Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Tuesday, April 12, 2011

Kita Fanatik...

Assalamualaikum...
Menulis ketika keadaan hujan di luar pondok
Kadang akan terbit inspirasi dan keinginan
Untuk menulis dan ber'fanatik' seketika dengan menulis
Kerna hujan di malam hari bukan sahaja enak untuk mengulit mimpi
Idea juga banyak menerjah datang ketika ini
Itulah hikmat awal pagi kurniaan Allah
Khusyuk dan penghayatan lebih dirasai

Masyarakat
Hidup tak dapat lari dari berhubungan
Sebab kita saling memerlukan antara satu sama lain
Allah berkehendak untuk kita bergerak dalam barisan yang kukuh
Dan diberi kelebihan kepada yang berjemaah ketika solat
Dan memberi perhatian kepada nasib tetangga
Supaya kebajikan bermasyarakat tak diabaikan
Supaya masyarakat Islam terus kukuh dan tak terpinggir
Supaya kita tidak berseorangan menghadapi tentangan musuh agama
Kerna itu juga kita disuruh menjaga hubungan dengan Allah dan juga manusia

Bukan Kolot
Sekiranya ambil tahu hal jiran dan masyarakat
Sekiranya kita memerhatikan kehidupan tetangga
Sekiranya menegah atau melapor maksiat dalam kariah
Kiranya menjaga 'tepi kain' orang lain
Sebab itu tanggungjawab bermasyarakat
Menegur bila ada kesalahan
Membantah jika ada penyelewengan
Menghukum bila terbukti kesalahan
Sebab azab dan hukuman Allah tidak hanya khas untuk 'pemaksiat' sahaja
Tetapi seluruh masyarakat juga kerana mengabai tanggungjawab

Yang Kolot
Bila masyarakat meng'izin'kan maksiat
Memberi lesen untuk perjudian, pelacuran dan penyelewengan berleluasa
Mempercayai cerita yang disebar tanpa asas
Sama ada dari pihak haluan kiri dan kanan
Menidakkan pendapat ahli agama dan orang ilmuan
Sebaliknya jumud dengan pemimpin yang digilai
Yang akidah dan pensaksiannya diragui
Fanatik dengan 'lambang' yang dijulang
Melenting bila ada yang mencabar
Sedangkan menutup mata terhadap hukum dan syariat Islam
Kerana tidak selari dengan pendapat pemimpin pujaan
Dan bertentangan dengan perlembagaan 'lambang' yang disanjungi

(Gambar Hiasan)
Fanatik
Kita ini fanatik tidak bertempat
Marah, jijik dan menghina binatang khinzir
Menyumpah dan memaki seranah bila ia melintas lalu di hadapan
Sedangkan Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia
Tapi kita tidak fanatik membanteras riba
Yang sudah berpuluh-puluh tahun 'menolong' mereka yang kesusahan
Dengan menyusahkan dan memeras mereka sehingga ke tulang
Yang Allah istiharkan perang kepada yang bersubahat
Kita ini fanatik
Melenting bila Zionis mengebom saudara di Palestin
Pada masa sama menghantar puluhan ringgit duit dan sms
Untuk menyelamatkan peserta Akademi Fantastika dan Mentol
Yang secara terang-terangan mendukung misi dan visi kafir laknatullah

(Gambar Hiasan)
Kita tidak fanatik
Untuk melenting bila ada orang menggunakan nama Islam untuk peribadi
Untuk marah bila ada yang sengaja mempersenda hukum Islam
Untuk menjatuhkan pegawai dan kakitangan yang korup
Untuk meningkatkan ekonomi ummah supaya Islam tidak dipandang kolot
Untuk memenuhkan saf-saf yang kekosongan di masjid dan surau
Untuk sama-sama bergiat dalam kegiatan yang membela Islam



Yang menyeru kepada amal dan mencegah kemungkaran
Memperjuangkan Islam sebagai agama yang diredhaiNya


(Gambar Hiasan)
Secara ringkasnya
Masyarakat kita memang fanatik
Adakalanya fanatiknya betul, dan sebaliknya
Yang pasti,jumud dan fanatik tidak bertempat masih bersarang
Di hati mereka yang tidak mahu membuka mata hati mereka

**Coretan ini ditulis pada 2am 10 April 2011**

5 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

:)

nice sharing.

jenanese said...

gua tengok lu sekarang fanatik berjogging..kalau berani, datang shah alam la..

Nurul EL-Huda said...

heee,
k0lot atau x tue terpulang individu tue sndiri nk mentafsir kan.....

0wg x sume nye sama.....
sush nk faham manusia skg.....

nice sharing....
(=

Anonymous said...

I would like to thank You for looking at this page. Please allow me to have the chance to show my satisfaction with acid reflux and pregnancy Treatment. They have professional and quick support. Please read this : [url=http://sellhealth.forumhealth.net/acid-reflux-treatment/]acid reflux home remedies[/url].

I like acid reflux relief information, You will too.

aindzaya said...

Nak ubah Malaysia kena ubah diri dulu.! PUNCTUALITY.