Assalamualaikum,
Lamanya saya tinggalkan tempat ni
Yang pastinya sudah banyak yang berubah
Sama ada dalam perjalanan kehidupan dan persekitaran
Yang pastinya sudah 4 bulan tinggalkan kegiatan menulis
Kerana penumpuan lebih terarah ke banyak arah
Perniagaan, kehidupan sosial, kepentingan diri
Semuanya mudah nak dijadikan alasan...
Alhamdulillah
Banyak pengalaman yang ditempuh sepanjang kehilangan
Kejayaan dan rezeki yang Allah berikan
Dan juga kegagalan
Yang Allah limpahkan
Untuk hati lebih berfikir
Moga diri lebih positif
Dalam menghadapi ujian dariNya
Yang datang dalam bentuk kesenangan dan kesusahan
Serabut
Siapa yang dapat tafsirkan perkataan ni?
Ramai akan fikir
Serabut milik orang yang kesusahan
Hak milik mereka yang susah hati
Jadi apa lawan bagi serabut?
Bagaimana dengan ketenangan
Orang yang tenang,mereka jarang serabut
Sebab mereka ada ubat mereka sendiri
Apakah ramuannya?
Ada masalah-dekatkan diri dengan Allah
Tiada masalah-diri masih dekat dengan Allah
Yang pastinya bila serabut
Ambil Al-Quran di rak atau di dinding
Baca dengan tertib...lebih baik seandai kita ambil tahu maknanya
Kerana ia ibarat Allah berfirman kepada kita
Dan melakukan solat
Syaratnya sepenuh hati ditumpukan kepada Yang Maha Esa
Maka akan terasa seolah-olah kita sedang berbicara dengan Yang Maha Mendengar
Dan luahkan perasaan berkecamuk dalam rayuan doa kepada Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
Semua keserabutan yang melanda itu negatif?
Mungkin tidak, kerana ada juga perkara yang patut untuk kita rasa serabut
Kita serabut dengan kelakuan kaum kerabat yang jauh dari jalan Allah
Tegur dan ketenangan akan kembali
Kita serabut dengan fitnah yang menjadi-jadi
Yang seolah-olah permainan mereka yang berkuasa
Tidak kira dari pihak 'kanan' atau 'kiri'
Apa daya kita orang biasa?
Benci dan Hidayah
Kita bencilah pada perbuatan mereka yang mengadu domba dengan modal fitnah
Dan tuduhan yang tiada asas yang kukuh
Tidak kira dari pihak 'kanan' atau 'kiri'
Sambil bermohon semoga mereka diberi hidayah
Untuk menjadi ketua yang meredhai jalan Allah
Dan berpolitik dengan garis yang dipandukan dengan syariat Islam
Bukannya penggunaan nama Islam sahaja semata-mata
2 comments:
itu la..lamenya taib xonline...wow..4bulan tue...
hadapi keserabutan dgn tenang dan terima ia sebagai cabaran dan pengalaman yg akan bg pengajaran pada kita...
hee.. macy 2 bulan je ta hapdet~
Post a Comment