
Assalamualaikum,
Entry kali ini adalah edisi santai, tentang sukan bola sepak tanah air, Piala Malaysia. Kelmarin, ana bersama tiga rakan yang lain dengan penuh bersemangat telah pergi menyaksikan perlawanan di antara pasukan Kelantan menentang Negeri Sembilan yang dilangsungkan di Stadium Mohammad IV. Memang suasana pada ketika itu penuh sesak dengan ramai peminat-peminat Kelantan dari dalam atau yang masih bercuti di kampong berkumpul beramai-ramai untuk meraikan pasukan kesayangan masing-masing. Ana juga tidak ketinggalan untuk join bersama sahabat-sahabat ana menyaksikan pasukan Kelantan bermain di tempat sendiri.
Suasana adalah seperti yang dijangka di mana peminat bersesak-sesak untuk memasuki stadium, sehinggakan ramai juga yang tidak sabar dengan memanjat pagar besi untuk masuk ke stadium. Terasa leceh dan jenuh juga, kerana untuk masuk ke stadium ana beratur hamper sejam, dan bila sampai ke pintu kena pula berhimpit-himpit sampaikan terasa sengal2 badan. Bila masuk pula takde tempat duduk pulak, terpaksa la kami tegok perlawanan dari tepi pintu pagar saja. Herm, bila tengok tepi padang, terpaksa berdiri sepanjang game, malah terpaksa menanggung risiko mercun-mercun yang dibaling dari atas. Masa tu kami berharap janganlah pasukan Kelantan kalah, kerana kalau kalah mestilah stadium tersebut akan jadi seperti medan perang.
Dan apabila pengadil menghadiahkan penalty yang dipertikaikan oleh penyokong tuan rumah, terus seluruh stadium bergegar dengan mercun-mercun yang dilancarkan. Huh, sedih rasanya apabila kami yang kat bawah terpaksa menyorok di antara penyokong lain bila mercun yang dibaling jatuh main-main je depan kami,huhu…
Jom kita layan gambar...
Apapun,walau pon kalah dalam perlawanan pertama, masih ada perlawanan-perlawanan lain yang boleh team Kelantan ini membaiki permainan dan bahagian serangan mereka. Semoga berjaya dan mengharumkan nama negeri yang dicintai.
"Gomo Kelate Gomo".
Sekian,
Wassalam.
9 comments:
Erm... kalah lagi...
Pengulas sukan pun agak berat sebelah jugak semalam...
Tapi reaksi penyokong membetulkan lagi ulasan...
Erm,tak pe.nak buat macamane, mungkin player masih lagi terkena sindrom makan rendang terlebih kot.
Tentang pengulas plak, memang tak bole nak kate ape la, pasal dia menyuarakan pendapat dia. Lagipon penalti utk N9 pon ramai pertikai yg foul berlaku di luar kotak penalti.
tak pe, ni baru first game.
Erm,tak pe.nak buat macamane, mungkin player masih lagi terkena sindrom makan rendang terlebih kot.
Tentang pengulas plak, memang tak bole nak kate ape la, pasal dia menyuarakan pendapat dia. Lagipon penalti utk N9 pon ramai pertikai yg foul berlaku di luar kotak penalti.
tak pe, ni baru first game.
selangor rileks je menang.hee.
ala... x per.. br 1st game.. aku harap pasukan korang akan menang.. nnti filan ley jumpe slagor kat bukit jalil yer.. tp, jgn ler korang wat perngai lama lg plk.. bakar2 mmbakar.. majulah sukan utk diri sndiri.. hahahhah
salam,
wah,semangat jugak ye fan selangor kat sni.tak pe,kita jumpa di quarter or semi final,hehe
sepatutnya penyokong tidak lagi membawa dan membakar mercun
tak bagus bila ada budak2 yang nengok
Erm,betul tu kenyataan en. tehr,tapi tu la,tak semua yang sama mentality dengan kita.kesian orang2 yang dok kat bawah yang berdekatan dengan mercun tu meletup.
Tapi yang sedihnya,ulasan di TV hanya menampakkan hanya penyokong Kelantan yang membaling mercun,padahal kat stadium lain pon ade jugak insiden seperti ini.Perkara begini kadang-kadang buat fan Kelantan 'panas hati' dan bertindak liar.
Post a Comment