Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Saturday, June 26, 2010

Info: Amalan sunat semasa gerhana


Assalamualaikum,

Sempena gerhana bulan pada malam ini, marilah kita berkongsi ilmu tentang amalan-amalan sunat yang dianjurkan Rasulullah SAW. Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan darinya.

Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:

Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.

Berzikir dan beristighfar. Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.

Berlindung daripada azab kubur. Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”



Bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”

Memerdekakan hamba. Asma’ ra berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “

Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.

Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat.



Sumber: ekhutbah.wordpress.com

7 comments:

maCy said...

zaman sekarang ada lagi tak term memerdekakan hamba tu?

Loyar Lawa said...

kalao nampak gerhana teruja tengok je, x tpk pon nak berdoa or solat..ish ish ish

aliaazuan said...

Assalamualaikum.

Info yang brmanfaat.
Ramai yg tak tau sdg berlakunya gerhana, skurang2nya info ini mmberi mklumat kpd smua.

Byk hadis & peristiwa khusuf di zaman Rasulullah serta amalan2 sunat yg patut dilkukan, antaranya seperti yg tertera dlm n3 ini.insyaAllah melalui pembacaan & ilmu yg ada, sama2 lah kita belajar lakukan sunnah2 trsebut.

Jazakallahu khairan.

zue said...

salam taib,
k.zue dpt saksikan gerhana bulan pd sabtu mlm ahad...sungguh bersyukur kehadrat ilahi diatas limpah kurnianya.

::Umiliya6677:: said...

salam...saudara terima kasih ya share info berguna..dan izinkan umi copy n paste nak kongsi kat fb ya salam..terima kasih

tehr said...

salam
banyak peluang untuk umat Islam mendapat pahala dan keredhaanNya

...antara mahu dengan tidak sahaja

taib wahid said...

salam,

Syukran kepada yang sudi meninggalkan komen. Sungguh buah fikiran sahabat semua amat dihargai.

cik macy: term tu mungkin jarang didengari sekarang,sebab di tempat kita ianya telah dimansuhkan setelah dijajah oleh bangsa asing dulu dengan propaganda 'demokrasi' mereka.Tetapi mungkin di sesetengah negara seperti di tanah Arab ianya masih wujud bagi mereka yang masih mengamalkan cara hidup tradisional mereka.

cik LL:Sememangnya bila berjumpa sesuatu yang pelik dan jarang dilihat kita akan teruja,sudah fitrah manusia begitu =) Tapi kena diingat yang tanda berlakunya kiamat ialah gerhana.

cik AA:Terima kasih cik aa.sama2lah kita ingat mengingati sesama kita.moga2 sama2 beroleh manfaat darinya.

k. zue:Erm,beruntung kak zue dapat tengok.moga ianya mendekatkan lagi kita kepadaNya.

Umilia:Silakan ya ummi,sungguh berbesar hati seandainya dapat dikongsikan dengan lebih ramai orang.Terima kasih sekali lagi atas kesudian ummi.

tehr:betul kata tehr tu,kemahuan ,niat dan ikhlas memainkan peranan penting.moga sentiasa kita ada kemahuan untuk berbuat ibadah dan kebaikan,amin.

Jazakallah khair.