Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Tuesday, June 1, 2010

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 2.3:Adab Berdoa)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera ke atas kalian,

Di kesempatan ini, ana akan menyambung berkenaan entry yang telah ana tulis sebelum ini berkaitan dengan amalan berdoa. Ini adalah bersumberkan buku yang sedang ana baca iaitu 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran karangan Ustaz Zahazan Mohamed. InsyaAllah semoga info dan perkongsian ini memberi kita kebaikan dan membawa kepada doa kita dimakbulkan Allah SWT.



Berikut adalah sambungan dari adab-adab berdoa yang perlu di jaga untuk kemakbulan doa:-

>> Bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan. Buktinya ialah kisah terselamatnya 3 orang sahabat daripada mati terkurung dalam sebuah gua yang tertutup pintunya berkat mereka bertawassul dengan amal soleh yang dilakukan sebelum itu ikhlas kerana Allah. (HR al-Bukhari dan Muslim)

>> Makanan dan minuman mestilah dari sumber yang halal kerana Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber yang haram. Sabda Nabi SAW: "...Makanannya daripada sumber yang haram, minumannya daripada sumber yang haram dan dia dibesarkan daripada sumber perolehan yang haram, maka bagaimana dimakbulkan permintaannya." (HR Muslim)

>> Hendaklah melakukan al-amru bil ma'ruf wan nahyi anil munkar. Sabda Nabi SAW: "Demi Allah yang jiwaku berada dalam tangan-Nya, hendaklah kalian menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar. Jika kalian tidak melaksanakannya, Allah akan menurunkan seksa kepada kalian dan apabila kalian berdoa kepad-Nya, nescaya tidak akan dimakbulkan." (HR al-Tirmizi, dianggap sebagai hasan)



>> Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum berdoa kepada orang lain. Dalilnya ialah firman Allah yang memuji keturunan sahabat, Muhajirin dan Ansar kerana doa mereka. Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat ke-10 yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Mu."

>> Menghimpunkan ke semua anak jari melainkan ibu jari. Ini berdasarkan sebuah hadis sahih, Nabi SAW bersabda: "Bahawa Nabi SAW apabila masuknya seseorang itu ke dalam Islam, maka Nabi SAW akan mengajarnya membaca doa: Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku, rahmatilah aku, berilah hidayah kepadaku, afiatkanlah aku dan kurniakanlah rezeki kepadaku." Dalam riwayat lain, dihimpunkan jari-jarinya melainkan ibu jari kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat. (HR Muslim)

>> Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa. Dalilnya ialah Ibn Abbas berkata: "Apabila kamu memohon kepada Allah, mohonlah dengan tapak-tapak tangan kamu dan jangan memohon dengan belakang tapak tangan kamu. Sapukan muka kamu dengan tapak tangan." (HR Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim)

>> Mengaminkan doa yang dibaca. Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan perkara ini. Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya imam mengatakan 'amin', maka ucapkanlah 'amin'. Sesiapa yang ucapan aminnya bertepatan dengan ucapan amin para malaikat, segala dosanya yang lalu akan diampunkan oleh Allah." (HR Bukhari, Muslim)
Abu Zuhair bin Numairi menceritakan, satu malam beliau dan para sahabat keluar berjalan bersama Rasulullah SAW. Mereka bertemu dengan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah. Baginda berhenti untuk mendengar doa lelaki tersebut. Kemudian baginda bersabda: "Sekiranya beliau menutup, pasti doanya akan diterima." Seorang sahabat lalu bertanya,"Dengan apa perlu ditutup doa?" Sabda baginda: "Dengan amin. Sekiranya beliau menutup doanya dengan amin pasti doanya akan diterima." (HR Abu Dawud)



Alhamdulillah dengan ini tamatlah bahagian untuk siri ke 2 iaitu Adab-adab Berdoa. Semoga beroleh manfaat dan ilmu yang berguna dari perkongsian ini. Semoga dengan ini kita dapat meningkatkan potensi kita di dalam berdoa untuk mendapat doa yang makbul dari Allah SWT, amin.

Kepada yang masih belum membaca entry sebelum ini, bolehlah klik pada link di bawah ini:-
1) Siri 1: Suatu Permulaan
2) Siri 2.1: Adab Berdoa
3) Siri 2.2: Adab Berdoa

Sekian, Wassalam.

0 comments: