Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Thursday, June 10, 2010

Info: Imam Muda oleh Astro



Assalamualaikum,

Pada malam semalam, sedang ana asyik berblog walking sambil menonton Astro Oasis, disiarkan di situ siaran ulangan tentang rancangan yang terbaru oleh Astro Oasis saluran 106. Rancangan tersebut bertajuk
Imam Muda. Rasanya sudah ramai yang tahu tentang rancangan ini kerana pemasaran yang meluas oleh pihak Astro sejak sebelum ia ditayangkan dan pencarian ahlinya di lancarkan. Sedang ana mengikuti rancangan tersebut, terdetik di hati ana untuk berkongsi tentangnya kepada sahabat2 ana kerana mungkin tidak ramai yang , mengetahui tentang konsepnya dan para ustaz2 yang menjadi peserta di rancangan tersebut. Sememangnya program Imam Muda ini, seandainya dibandingkan dengan rancangan realiti yang lain seperti Akademi Fantasia dan Mentor, ianya tidak dapat menandinginya dari segi publisiti dan jumlah penonton. Tapi seandainya dibandingkan dengan ilmu dan pembelajaran yang terdapat dalam program Imam Muda, ianya umpama langit dan bumi. Oleh itu, harapan ana menerusi pendedahan tentang rancangan ini di sini, dapat menarik minat sahabat2 untuk meluangkan masa walaupun sedikit untuk mengikutinya.




Konsep Imam Muda

Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam.

Calon-calon Imam Muda ini akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan praktikal dan bertulis berdasarkan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Mereka yang menunjukkan prestasi yang paling bawah akan disingkirkan.

Meskipun hampir kesemua mereka berpotensi menjadi seorang Imam Muda, hanya seorang yang bakal dinobatkan sebagai juara Imam Muda. Ikuti program kerohanian terbaru, Imam Muda hanya di Astro Oasis, saluran 106, Inspirasi Sanubari.



Kalendar Imam Muda

Imam Muda - Ujian: 24 & 25 Mei 2010 (Isnin & Selasa), 6.30 petang dan ulangan 11.00 malam, Program dua episod yang memaparkan sesi temuduga dan ujian calon-calon Imam Muda yang dijalankan di Kuala Terengganu, Alor Setar, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Imam Muda - Kapsul: Setiap Isnin hingga Khamis, 6.55 petang dan ulangan 11.00 malam, bermula 26 Mei 2010, Program lima (5) minit yang memaparkan kelas-kelas yang diaturkan dan aktiviti harian yang dilalui oleh calon Imam Muda merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

Imam Muda: Setiap Jumaat, 9.00 malam, bermula 28 Mei 2010, Rancangan penentuan prestasi semua calon Imam Muda selepas mereka melalui praktikal dan ujian berdasarkan tema yang ditetapkan setiap minggu.

Kemuncak Imam Muda: Siaran Langsung, 30 Julai 2010, Jumaat, 9.00 malam, Malam penentuan Imam Muda terunggul pertama.

Imam Muda - Jejak: Jumaat, 6 Ogos 2010 dan ulangan Sabtu, 7 Ogos 2010, Program yang akan mendekati juara Imam Muda. Kita akan dapat mengenali dengan lebih dekat latar belakang kehidupan Juara Imam Muda pertama kelahiran Astro Oasis.

Maraton Ulangan Imam Muda: Setiap Sabtu, 2.00 petang bermula 29 Mei 2010, Tayangan ulangan semua program Imam Muda sepanjang minggu.

Selepas mengikuti program ini semalam, terasa ingin sahaja bersama2 para ustaz berjuang di sana, bukanlah kerana ingin dinobatkan sebagai pemenang program ini, tetapi kerana ilmu yang akan didapati oleh ustaz2 tersebut. Mereka ini mendapat pengajaran dan ilmu yang amat berguna dunia dan akhirat kerana didikan oleh Ustaz Hj. Hasan Mahmud Al Hafiz (pengetua), Ustaz Syed Mohd Norhisyam Bin Tuan Padang (Mentor), Ustaz Ustaz Hj. Shahrizan bin Hj. Daud At Turabi (Mentor) dan Ustaz Hj. Dzulkarnain Bin Hj Hamzah, yang mana sudah diakui keilmuan dan keahlian mereka dalam perihal Islam. Lebih mengharukan apabila salah seorang pesertanya diberi peluang menyampaikan khutbah Jumaat secara live di masjid. Alhamdulillah setakat ini masih tiada penyingkiran. Suatu keputusan yang amat bijak dari mudir dan pihak pengurusan kerana para pesertanya masih baru dalam program ini dan sewajarnya diberikan lebih masa untuk mereka belajar dan menonjolkan bakat dan prestasi mereka.

Jazakallah khair.
Wassalam.

Sumber: Astro dan Facebook


10 comments:

akuinsanlemah said...

salam. asif, internet di rumah agak lembab. blogwalking agak terbatas.

erm, ana merasakan program ini satu usaha yg menarik utk menonjolkan cbran sbnr sbagai daie dlm apa jua lapangan.

namun, ana amat mengharapkan pemenangnya nnt tak lah tenggelam spt yg terjadi kpd juara akademi al-Quran, akademi nasyid ect..

aliaazuan said...

Salam...cikTaib yg dirhmati Allah.

Erm..Sbnrnya tggungjwb jadi da'ie ni sgt bsr & berat,& kita smua adalah prlu mmikul tggugjwb ini.Cuma d sini pentingnya prlu sntiasa brjaga2 & brhti2 dgn bbrpa pkara: keikhlasan, penyakit2 hati2 spt ujub, riak, takabbur... dsbnya.

Dlm sbuah hadis yg dirwytkn oleh Abu Hurairah R.Anhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam brsbda: Di antra org yg paling prtma yg akan dibuat kptsn trhdpnya, antranya ialah,

1-SEORG YG TELAH SYAHID
2-ORG YG MMPLAJARI ILMU AGAMA & MENGAJARKANNYA KPD ORG LAIN SERTA MMBCA AL-QURAN
3-PARA HARTAWAN/DERMAWAN

Ketiga2 golongan ini akan disoal oleh Allah Taala,utk apakh mreka gunakan sgala klbihan trsbut? Golongan ini mnjwb kami lakukan smua ini smata2 kranaMu Ya Allah...lalu Allah brfirman: KAMU DUSTA! Kamu mnjdi SYUHADA, ALIM ULAMA & DERMAWAN spya kamu mndpt gelaran2 trsbut, maka prkara itu telah pun kamu perolehi. Lalu Allah memutuskan spya wajahnya ditelangkupkan,diseret & dilemparkn ke dlm neraka Jahannam! (Hadis rwyt Muslim)

-Nauzubillah..Justeru dlm mlakukn apa2 shj pkara kebaikn, @ dlm usaha mninggalkn kejahatn, perlu jaga bbrpa pkra spt di atas,paling utama PENYAKIT2 HATI..smoga Allah jauhkn.

InsyaAllah..moga Allah terima usaha & niat baik cik Taib itu (utk mnnuntut ilmu, mndmpingi ulama). Smoga Allah betulkan niat kita smua juga & hindarkan sgala pnyakit2 trsbut (dgn usaha yg sgguh2 dr diri kita) spya tidak tersasar dr mksud & tjuan sbnr.

Wallahu alam.

hellioz said...

imam imam..ghahahahaha!! semua untung astro gahahahah!! hampeh je

taib wahid said...

salam,

Terima kasih atas komennya. Benar kata cik Fakir, semoga pemenangnya terus diberikan rahmat Allah utk menjalankan tanggungjawabnya kepada mereka yang di bawah tanggungjawabnya. Terima kasih juga kepada cik AA kerana memberi peringatan tentang penyakit hati yang senang meracuni rohani kita, semoga dengan pertolongan Allah kita akan dihindari dari penyakit2 tersebut.

Dan kepada cik Hellioz, ok la tu Asto cari keuntungan dari benda2 yang baik dan membina akhlak, dari ia berterusan mencari keuntungan dari perkara2 maksiat sahaja.yang penting, apa yang membawa kebaikan, kita berilah sokongan kepada mereka.

Jazakallah khair

sweeTSour said...

Keyyah suka tgk imam muda..tp lebih sewonok kalo xder penyingkiran sbb kat situ dorg dapat blaja banyak perkara..task yg dorg dpt pun mmg mencabar..

taib wahid said...

Herm, btol jugak tu. ana pon lebih senang kalau tak de penyingkiran,boleh lah tgk mereka bekerjasama secara berkumpulan. Topik ini juga ade dibincangkan dalam discussion di facebook juga.

q-nizam said...

rancangan yang sangat menarik ditonton..rancangan mcam ni lar yg perlu diperbanyakkan

taib wahid said...

salam,

betul kata en q-nizam, program berbentuk keilmuan dan keagamaan sememangnya perlu sentiasa diterapkan kepada masyarakat

nas said...

kpd hellioz,tak baik kata begitu...at least ade jugalah program yg membawa manfaat kpd kita khususnya remaja...tapi kalau program cm AF tue..mmg ar just astro nak $$$$ jerk...huhu...saye xde astro,so xpenah berpeluang tengok rancangan nie..ehehe

taib wahid said...

salam,

betul tu.terima kasih kepada saudara nas.