Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Saturday, August 28, 2010

Bila Remaja Sudah Kurang Ajaran...



Assalamualaikum,

Selamat sejahtera diucapkan kepada para sahabat dan rakan-rakan taulan. Di bulan yang baik dan penuh keberkatan ini, marilah kita sama bermaaf-maafan sesama kita kerana pada bulan inilah keberkatan untuk bermaafan akan dapat dirasai, insyaAllah. Sekadar entry ringkas di sini, yang sedikit menbicarakan perihal tentang remaja kita sekarang ini. Bukanlah ia bertujuan mengkritik remaja kerana ana sendiri pun remaja, tetapi sekadar kesedaran kepada sebahagian yang lain yang masih kurang ajaran.

Sedang kami makan moreh di masjid tempat ana, sempat nazir di kawasan tempat ana bercerita kepada ustaz yang menyampaikan tazkirah Ramadhan pada malam itu. Dia bercerita tentang peristiwa yang berlaku pada sebelah petangnya dan watak utamanya ialah dua orang remaja lelaki dan nazir itu sendiri. Begini la lebih kurang ceritanya...

Sedang nazir menunggang motor untuk ke bazar Ramadhan (pergi mengutip zakat fitrah), dia sempat lalu di hadapan kedai Acheh, dan kebetulan dia bertembung dengan seorang remaja lelaki yang keluar dari kedai acheh sambil menghidupkan api rokok di mulutnya. Oleh kerana rasa tanggung jawabnya, nazir itu melakukan pusingan U-turn dan menghampiri remaja tersebut dan kawannya. Lalu dia menegur remaja pertama, "Awak ni orang Islam ke tak?". Lalu dibalas oleh remaja tadi, "Islam". "Habis tu tak puasa ke? ni hisap rokok ni", sambung nazir. Dengan nada kurang ajar, rakan remaja tu menjawab, "Kenapa?Tak boleh ke?". Dengan cool nazir menjawab, "Mestilah tak boleh, ni bulan Ramadhan, bulan yang diwajibkan berpuasa". Seolah-olah tidak berpuas hati, remaja terbabit bertanya, "Pak cik ni siapa?" Lalu nazir mengeluarkan kad kuasanya, terus terkedu rakannya dan menyuruh remaja itu membuang rokok. Kerana sayang pada rokok tersebut, dia hanya meletakkan di tepi longkang, lalu disepak rokok tersebut terus ke dalam longkang.

Lalu nazir memberi amaran bahawa sekali lagi dia lihat remaja ini melakukan perkara seperti ini, tanpa ragu2 mereka akan ditahan. Pekerja kedai Acheh (sekadar watak tambahan) mempersoal kenapa tidak diberi ajaran dengan guna cara kekerasan sahaja, tetapi dilembutkan nazir supaya mereka bersabar dan memberi peluang kepada remaja tersebut.



Lantas apabila direnungkan kisah ini, apa yang dapat kita lihat?? Salah satunya ialah keselamberan remaja tersebut mencucuh dan menghisap rokok di kalangan orang awam, seolah-olah memberi gambaran mereka ini kebal dari undang2 negara dan hukum Allah. Malahan mereka sempat melawan orang yang menegur kerana berasakan mereka ini sudah besar kepalanya. Rasenya remaja seperti ini andai diberi ajaran dengan cara kekerasan barulah luntur egonya itu. Lantas siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini?? Pada pendapat ana, sekiranya ibu bapa remaja tersebut gagal menyediakan pelajaran agama dan dunia kepada anaknya, maka mereka yang harus disalahkan. Bak kata pepatah, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Lain lah pula seandainya mereka telah memberikan pelajaran yang sempurna, tetapi anak tersebut masih degil, maka pohonlah doa semoga dibukakan pintu hatinya dan diberikan kasih sayang Allah melalu hidayahNya.

Sekian sahaja kisah pendek ini,

Wassalam.

18 comments:

Hanys Najib said...

remaja sekarang..
kalau tak,masakan ada kes melawan cikgu, buang anak, kes gaduh sampai membunuh..
*sigh*
:)

zikrie said...

fuhh.. entah la..
kurangnya kefahaman dalam agama, tu yg jd mcm tu..
lagi pum org2 zaman skrng ni mcm wat xtau sgt dan x ambil kisah sgt.. org kita berapa ramai yg ambil tau pasal bnda2 mcm ni.. klu xkena kt anak2 dan adik2 dieorg sndiri..fuhh..

annazanariah said...

salam..
taib, agaknya camne remaja lelaki tersebut nak mendidik anaknya nanti. Semoga dia berubah ke arah kebaikan.. Takut sgt dengan ape yg terjadi kebelakangan ni.. dengan kisah zikir dipersenda.. buang bayi, minum arak bulan ramadhan.. masyaAllah.. anna pun bukan baik sgt, tapi sentiasa berusaha untuk menjadi yg terbaik..

wallahu'alam~

meowwmania said...

sekalipon tak puasa hormatilah bulan yg mulia ini

tak kuasa nak tegur org yg berilmu tetapi jahil

Rose kakrose said...

ibu bapa sekarang..mendidik anak tidak mengikut cara ajaran emak bapak diaorang, masa dia kecik2 dulu.anak2 di beri kebebasan sangat..takde langsung perasaan takut dan segan silu dgn ibubapa sendiri.

Cik Tim said...

bila renaja sudah kurang ajaran, maka akan jadi remaja kurang ajar.. tu yang jadi macam2 hal.. tapi bukan setakat ajaran saja. rezeki yang dimakan mengikut sumber, sama ada halal atau haram atau syubhah..pun menjadi antara cabang mengapa ia berlaku.. juga persekitaran sekeliling.. ;D

laksamana said...

pendapat saya,Kebanyakan kes-kes masalah sosial dan keosakan akhlak datang dari ibu bapa budak-budak itu sendiri yang selalu menangkan anak mereka walaupun salah dan tidak pernah menegur anak mereka.contohnya dlm surat khabar hari ini kes remaja kena pukul polis.yang di persalahkan polis pulak walaupun dah terang2 kesalahan anak mereka sendiri iaitu memandu tanpa topi keledar,buat pusingan u Dan lari dari sekatan polis.kalau tak salah tak akan berlaku kes demikian

Unknown said...

sgt baik artikel ini~menarik cerita dan pendekatan dakwah :)

TERBARU: mencari wajah Tuhan

taib wahid said...

Salam, syukran atas komen2nya.

Hanys: Erm,yg penting kita kena perbaiki akar umbi masalah tersebut,iaitu PENDIDIKAN.

Sitti: Erm,kadang2 pendekatan begitu berguna, tapi kadang2 tidak sesuai,bergantung pada situasi.

Zikrie: btol tu akhi,ni lah akibatnya apabila budaya amar makruf nahi mungkar di kalangan masyarakat kita kian terhakis dan disalah ertikan. Sudah berkurang golongan yang berpesan2 kpd kebenaran dan dgn kesabaran.

anna: Moga2 Allah masih memberi peluang utk mereka mendapat hidayahNya.itu la anna,kalu kita risau generasi hadapan kita,dari sekarang kita mesti berusaha memperbaiki apa yang tidak betul.Yg penting kita berusaha,berdoa dan bertawakkal.

meow: itulah,takde langsung perasaan segan dan malu pada diri diorg tu, kononnya bajet 'otai' la kot.

kak ros:betul tu kak,sebab tu la Rasulullah dah mengajar mendidik anak. contohnya bilakah perlu diajar solat dan umur brapakah kita dibolehkan merotan anak2 jika tak semayang,itu adalah satu sistem pendidikan keluarga harmoni.

black roses:Erm,btol tu,lebih terbaik perlu dijaga semuanya,dari makan minum sampai la ke pakaian.Ini perlu perhatian ibu bapa yang mencari rezeki.

laksamana:itu lah yg teruknya parents skrang,mereka ini tidak mahu mengaku kesalahan anak malah menyalahkan orang lain yg cuba memberi ajaran.sebab itu la masyarakat kita semakin hilang budaya tegur-menegur.

iqbalsyarie: Syukran akhi iqbal.

ibuintan said...

salam,
bebudak sekarang tak taulah nak cakap macam mana, sudah hilang hormat dan perasaan segan kepada yg lebih berusia...

bekas anak murid yg sudah remaja selamba saja merokok depan kita di bulan puasa ni...hanya mampu menggeleng kepala saja

Ummu Tasneem said...

RAMAI LA YG MCM TU BUKAN REMAJA JE.. SEMALAM SAYA JUMPE DAH DALAM 40AN.. MAKAN KAT TEPI LONGKANG BELAKANG PASAR RAYA.. RASANYA MMG ORG MELAYU.. ENTAHLA..
YG SEDIH TU SAUDARA MARA DI SEKELILINGPUN ADA JUGA BERSIKAP MCM TU..

Fontonk said...

kesian dia. kalau saya, doakan remaja tu dan nasihat dia. Dia tak dapat cahaya dari Allah lagi. hatinya gelap. Hanya Allah yg mampu terangi hatinya

taib wahid said...

wsalam,

ibuintan: Sebab itu remaja perlu diberi lebih perhatian tidak kira dari ibu bapa atau tenaga pengajar.Kerana dalam proses umur ini,mereka cenderung utk mencuba byk perkara kerana sifat ingin tahu.

UmmuTasneem: Memang menyedihkan kalau umur sudah meningkat,tapi masih jahil dgn kewajipan menunaikan rukun Islam. Kalau kita boleh membantu,pujuklah mereka ke masjid sambil mendengar kuliah2 agama, insyaAllah keinsafan akan datang.

Fotonk: Benar tu sahabat,moga2 mereka diberi hidayah. Walaupun kita berusaha dengan berbagai cara,hanya dengan belas kasihan Allah mereka akan mendapat hidayah dariNya.

Unknown said...

moga dibukakan sahabatsahabat baik buat budak tu.yang tak ajak buat jahat.

eyl said...

hais, buat dosa terang terangan pulak tu. tade dh rase malu dlm diri.

piewahid said...

salam,
sedih membacanya....
hanya satu ubatnya, kita semua wajib kembali kpd Islam secara kaffah.

**********************************

1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

4. Berhati-hati di jalanraya.

taib wahid said...

Salam,

benar kata akhi piewahid,kita mesti kembali kepada Islam secara kuffah untuk mengecapi kedamaian dan kegemilangan Islam semula.

suka_haha said...

Dah tak bestla jadi cikgu zaman sekarang hehe..