Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Showing posts with label MLM. Show all posts
Showing posts with label MLM. Show all posts

Thursday, April 22, 2010

Ribut Besar Akan Melanda Kawasan Selatan Malaysia 24/4/2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Usah panik dan usah khuatir kerana ini hanyalah gimik dari ana sahaja. Ini hanyalah sekadar pemberitahuan dan makluman kepada pembaca tentang Majlis Pelancaran Stormreaders Network Kawasan Selatan pada 24 April ini. Kepada sesiapa yang berminat utk sertai Stormreaders, dijemput hadir ke Majlis Pelancaran Stormreaders di Selatan di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru pukul 1ptg hingga 5ptg pada hari Sabtu ini, 24 April 2010. Masuk adalah PERCUMA. Ana juga turut menyediakan banner tentang majlis yang akan berlangsung di dalam blog ana.



Pada majlis ini nanti,hadirin akan dihidangkan dengan tazkirah daripada Al-Fadhil Ustaz Zahazan (Panel Syariah Stormreaders Network) yang bertajuk 'Budaya Ilmu & Keberkatan Rezeki' dan Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet Malaysia) dengan talk-nya yang bertajuk 'Rahsia Menjana Pendapatan dari Rumah'.

Stormreaders ini baru dilancarkan pada Januari 2010 (baru berusia 4 bulan) yang lepas dengan keahlian sekitar lebih 3000 orang (maklumat beberapa minggu lalu). Jadi peluang adalah amat terbuka kepada sesiapa yang berminat menjadi ahli dan pengedar kepada produk-produk yang ditawarkan oleh Stormreaders Network seperti buku-buku, vcd dan cd. Perniagaan ini adalah berasaskan bisnes online dengan ahli yang menyertai dengan yuran serendah RM90 ahli akan menikmati sebuah kedai online dengan yuran tahunan RM30 setahun, khairat kematian RM3000 dan Insurans Takaful RM20000 (Renewal dgn RM30 setahun, contohnya pada gambar di bawah sekali) dan Kit Permulaan Perniagaan. Ahli yang menyertai akan menikmati komisyen 20% dari jualan produk2 SRN dan bonus kedai online SRN. Pengedar pula akan menikmati 7 bonus lain termasuklah bonus Tabung Umrah dan Pelancongan.



Jadi sesiapa yang berminat menjadi ahli bolehlah menghadiri majlis tersebut. Sekiranya masih menginginkan maklumat lanjut boleh menghubungi ana melalui email dan phone ana,013-7013885. Untuk melihat contoh kedai online yang dimiliki ana boleh melayari www.stormreaders.net/MdTaib. Bagi yang tidak dapat hadir tapi ingin mendaftar sebagai pengedar/ahli secara online, anda boleh mengisi maklumat diri anda di www.stormreaders2u.net/r/mdtaib. Di sini anda akan turut mendapat email tentang "6 Kaedah Mudah Menggunakan Internet utk Menambahkan Prospek Dalam Perniagaan MLM" oleh Dr Irfan Khairi, hadis mingguan dari Group Stormreaders2u (Rangkaian Dr Irfan Khairi) dan juga review tentang Books of the Month oleh Group Stormreaders2u.



Sekian sahaja dari ana,
Wassalam.

"Bersama Menyebarkan Ilmu Yang Bermanfaat"

Wednesday, March 3, 2010

Oh Indahnya...wEek eIGht



Assalamualaikum,

Lame sudah rasanya tak tulis apa2 dalam ni, maybe pasal ana kehilangan mood oleh kerana serangan manusia yang mabuk yang datang meluahkan kekecewaan dan kemarahannya pada ana. Tak cukup dengan itu, sempat pula dia menghantar balaci-balaci kononnya mahu spy kawasan ana jaga dan beristirehat(konon2nya mahu bikin ana 'Gempaq' la),keesokannya datang plak anggota polis yg dtg serbu tempat ana untuk check moto2 dan bersoal siasat. Entah btol, entah tidak, kononnya kedatangan polis tersebut adalah atas laporan oleh 'seorg' makhluk Allah. Tp ana nak tuduh sapa2 pon tak boleh, kerana buktinya tiada, apa yang mampu dilakukan oleh makhluk kerdil macam ana ni adalah bermohon pada Allah SWT supaya 'mereka2' yang di luar sana andainya ada niat buruk terhadap ana, semoga diberi hidayah olehNya, penentu setiap ketetapan dan maha berkuasa menentukan kepada siapa hidayahnya pergi.



Sudahlah, jemu ana nak membicarakan tentang kes2 khianat dan dengki mendengki macam ni, ana berbicara kat sini, kesannya takkan berhenti jugak, kerana apabila syetan di jadikan pendamping, maka sampai ke hari kiamat la kita umat Islam berbalah sesama sendiri. Baik kita berbalik pada tajuk yang ana dah tulis kat atas tu, Oh Indahnya...wEek eIGht. Seperti biasa pada sesi ni ana akan berkongsi tentang apa yang ana lakukan sepanjang week 8 lepas(22/2-28/2/10). Pada post yg lepas ana ada menceritakan tentang mini seminar bagaimana nak jual produk fizikal di internet yang dikendalikan oleh usahawan internet muda (Team Flarebiz), saudara Adly dan saudara zhafran. Hebatnya mereka ni sampai dah boleh buat produk internet sendiri, e-book malah sudah ada menerbitkan majalah online mereka sendiri iaitu majalah IM. So pada sesiapa nak review majalah ni boleh klik pada link di bawah:

http://www.majalahim.com/



And then 23 feb lepas ana ke Taman Sri Gombak utk mengikuti taklimat di Seven Layers Trading(if i'm not mistaken) utk mengikuti penerangan awal tentang perniagaan MLM bernama Stormreades Network Sdn Bhd. Bagaimana ana mendapat informasi tentang taklimat ni? Kenapa ana boleh tertarik selepas ana melihat pelbagai jenis perniagaan MLM yang muncul di Malaysia dulu hingga sekarang dan tidak kurang ramai juga menyertainya?? Antara sebabnya ialah ana mendapat informasi ini dari blog Irfan Khairi(Jutawan Internet) dan bertambah tertarik apabila membaca bahawa Dr IK sendiri telah menyertai bisnes MLM ini(pertama kali beliau join MLM) dan mendapat endorsement dari beliau sendiri. Mungkin boleh dibicarakan disini berlakunya konflik kepentingan kerana buku-buku karangan Dr IK juga di jual dalam StormReaders ni, tetapi itu tidak dapat menggugat penilaian ana apabila Dr IK menerangkan tentang potensi MLM ini kerana ianya diniagakan secara online dan menggunakan internet. Bermakna pelanggan kita bukan dari kawasan qariah kita atau daerah kita sahaja, tetapi meliputi seluruh rakyat Malaysia sehingga kepada global, itulah kuasa internet.



Maybe lepas ana tulis ni ramai yg akan berkata,"Taib tu,post yg lepas dok kutuk2 sistem MLM,tp skrang plak die sendiri yg berminat". Ingin ana tegaskan di sini bahawa pada post yg dahulu ana tidak mengutuk sistem MLM, tapi yg ana bicarakan di situ ialah tentang sistemnya sahaja, adakah selari dengan syariat Islam. Mengikut yg ana faham dari pembacaan dan review ana secara kasar, sistem ini diakui syariah compliance oleh panel syariahnya iaitu Ust Hj Zaharuddin dan Ust Zahazan. Nanti ana akan bicarakan lebih lanjut khas tentang StormReaders Network di post yg akan datang. Di sini ana selitkan link untuk e-store ana:

http://www.stormreaders.net/MdTaib

Antara yg terdapat di e-store ni ialah buku-buku agama dan motivasi dari ikon-ikon terkenal seperti Dato Dr Fadzilah Kamsah, Ustz Dato Siti Norbahyah, Ustaz Wan Akashah, Ustaz Zahazan, Ustaz Zaharuddin, Professor Izzi dan ramai lagi, termasuk buku-buku Dr Irfan Khairi. Kalau rasa malas nak membaca, boleh juga beli vcd atau cd untuk tatapan telinga kita. Sekurang2nya dengan mendengar kita akan dapat ilmu, apatah lagi dengan membaca. Tentang harga tidak usah dirisaukan, harganya adalah seperti di kedai2 buku yg lain, tiada terkurang, tiada terlebih, insyaAllah. Cuma apabila order, akan dikenakan charge untuk penghantaran sahaja. Di sini ada ditunjukkan senarai charge untuk kos penghantaran untuk buku ata vcd tersebut sampai terus ke rumah anda.

Kos Penghantaran Semenanjung Malaysia
Berat (g) Harga (RM)
0-999 5.00
1000-1999 6.00
2000-2999 7.00
3000-3999 8.00
4000-4999 9.00
5000-6999 12.00
7000-7999 13.00
8000-8999 14.00
9000-9999 15.00
10000-10999 17.00
11000-11999 18.00

Kos Penghantaran Sabah dan Sarawak
Berat (g) Harga (RM)
0-999 8.00
1000-1499 10.50
1500-1999 12.00
2000-2499 14.50
2500-2999 16.00
3000-3499 18.50
3500-3499 18.50
3500-3999 20.00
4000-4499 22.50
4500-4999 24.00
5000-5499 27.50

Juga di sini ana selitkan video dari StormReaders Network untuk tatapan umum=)



Seandainya ada apa2 pertanyaan tentang e-store ana atau berkaitan dengan StormReaders Network, bolehlah hubungi ana melalui email komeng131@gmail.com dan melalui phone ana 013-7013885. InsyaAllah ana cuba terangkan sebaik mungkin dan selagi ana terdaya.

"Sampaikan olehmu daripadaku walau sepotong ayat."(HR Bukhari)

Sekian dari ana untuk kali ini, sampai kita berjumpa lagi.
Wassalam.

'Beramal sambil Berniaga'

Sunday, February 28, 2010

Antara MLM, Skim Cepat Kaya Dan Hukum Syariah




Assalamualaikum,

Di kesempatan ini ana terpanggil untuk berkata-kata tentang dunia MLM dan Skim Cepat Kaya yg mana ributnya pernah melanda negara kita, Malaysia suatu ketika dulu dan angin sepoi2 bahasanya masih lagi dapat di rasai sehingga sekarang. Maaf la ana pon bukannya berilmu sangat untuk berbicara tentang perkara tersebut, tetapi adalah baik untuk kita meluahkan pendapat dan ilmu2 yang kita ada, dari ianya terus tersemat dalam kalbu tanpa sesiapa mendapat kebaikan darinya.

"Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam Kitab (Al-Qur'an), mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat (pula) oleh mereka yang melaknat" (Al-Baqarah, ayat 159)



Apakah pengertian MLM??? Ianya adalah definisi pendek dari perkataan Multi Level Marketing atau juga dikenali sebagai network marketing. Struktur ini direka untuk mencipta promosi dan jualan dengan memberi ganjaran kepada promoters produk kompeni, bukan sahaja melalui produk yang di jual, tetapi juga melalui produk2 yang dijual oleh ahli2 yang di perkenalkan oleh promoters tersebut, yg membawa istilah 'downline' dan 'upline'. Umumnya MLM ini ialah suatu perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan oleh banyak tingkat atau level (Shariah Issues in Multi Level Marketing, Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman). Menurut Ust Hj Zaharuddin, jualan MLM pada 2003 mencatatkan jualan sebanyak RM 4 Bilion dengan keahlian seramai 3 juta orang di Malaysia.Pada tahun 1993, Akta Jualan Langsung telah diperkenalkan untuk membendung aktiviti jualan langsung yang tidak beretika, melindungi pengguna dan menggalakkan aktiviti jualan langsung yang beretika(PENGLIBATAN PELAJAR SEBAGAI EJEN MULTI LEVEL MARKETING: KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI, NURUL NADIA BINTI ABDUL WAHAB).



Apa pula skim cepat kaya???“Skim Cepat Kaya” bermaksud satu bentuk pelaburan yang menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan bebas daripada sebarang risiko, yang tidak berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau pihak-pihak berkuasa lain(PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009,LARANGAN PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM SKIM CEPAT KAYA). Ianya termasuklah sebarang bentuk jualan atau pelaburan yang menyalahi undang2 walaupun dikendalikan oleh institusi berdaftar.



Suatu ketika dahulu kita di kejutkan dengan skim pelaburan yang popular di kalangan org ramai degan keupayaannya menjana pendapatan kepada pelabur dengan kadar yang tinggi. Setelah disiasat oleh kerajaan, maka diwartakan oleh kerajaan bahawa skim pelaburan tersebut ternyata haram dari segi sumbernya dan caranya. Kerajaan mengambil langkah drastik dengan mengharamkan perniagaan tersebut. Maka ramailah 'usahawan2' dan 'pelabur' yang kecundang di pertengahan jalan, adapun mereka yang tidak sempat menikmati hasil pulangan dari 'pengobanan' mereka. Tetapi mengapakah mereka sanggup mengambil risiko yang besar tanpa menyiasat terlebih dahulu selok belok syarikat atau institusi tersebut, siapa pemiliknya, dari mana sumber pendapatannya, dan lebih penting adakah ia menepati tuntutan syariah?? Andai kita tidak berilmu tentang perkara ini, rujuklah pakar2 yg arif dalam bab2 syariah serta ekonomi Islam. Adalah penting untuk kita mengetahui sumber pendapatan kita adalah Halal lagi bersih dari sebarang syubhah sebelum kita menceburi mana2 sektor yang membawa kepada pendapatan.



Andai di fikirkan dengan mudah, faktor yang paling banyak menjerumuskan 'usahawan' tersebut dalam skim pelaburan dan MLM yang berunsurkan penindasan adalah faktor duit. Cubalah kita pergi mana2 seminar atau program yang dikendalikan oleh syarikat MLM dan skim cepat kaya, pasti akan terdengar ungkapan,"Duit bukan segala2nya, tetapi segala2nya memerlukan duit". Ada benarnya ungkapan tersebut, tapi sebagai umat Islam tapislah ataupun ubah sedikit frasa tersebut seperti,"Duit bukan segala2nya, tetapi segala2nya memerlukan duit yang halal dan diredhai Allah". Kan sedap bunyinya malah sejuk kita mendengarnya. Janganlah membuta tuli kita mengejar keduitan sehingga terlupa kesannya di akhirat nnt.Tidak kurang juga apabila ada ikon-ikon yg dapat ditarik oleh syarikat tertentu untuk menjadi ahli atau mempromosikan business dan produk mereka. Apabila yg ditarik adalah golongan ustaz, maka bertambah lagi kepercayaan org ramai utk menyertai apabila ada golongan ini dengan terbuka menyokong konsep sistem MLM tersebut tanpa memperhalusi sistemnya adakah ia benar2 compliance dengan syariah.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW.;"Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta, apaka dari sumber yang halal atau haram".(40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman,Hadis ke-16,Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki)



Boleh di katakan di sini adalah skim cepat kaya adalah suatu sistem yang menindas, perniagaan yg tdak berasaskan produk dan ada sehingga boleh ditakrifkan sabagai judi. Manakala MLM tidak haram pada hakikatnya, yg menjadikan ianya meragukan apabila sistemnya mempunyai sistem2 seperti di bawah sebagaimana diterangkan oleh Ust Hj Zaharuddin sendiri:

1)Harga tinggi dari biasa-kerana bole membawa kepada penipuan dalam berniaga
2)Belian peribadi target sebagai syarat belian-terdapat unsur paksaan dan penindasan kpd ahli untuk 'maintain' pembelian untuk melayakkannya mendapat komisyen org bawahan. Juga boleh membawa kepada unsur judi.
3)Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan.
4)Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka ianya jelas keharamannya.
5)sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini mirip "shafqatayn fi shafqah" iaitu 2 akad jenis jual beli dalam 1 yg dilarang Rasulullah SAW.

"Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Utk penjelasan lebih lanjut dan mendalam mengenai perkara di atas, sila layari laman berikut: http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

Untuk menjadikan perniagaan MLM tersebut tidak meragukan dan compliance dengan syariah Islam,beberapa perkara mestilah di teliti terlebih dahulu antaranya ialah:-

1)Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya
2)Produknya bukan emas dan perak
3)Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.
4)Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja
5)Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu
6)Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat
7)Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya
8)Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas
9)Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.



Bukannya di sini ana nak memburukkan mana MLM yang dah ada kat negara kita ni, tetapi alangkah baiknya mereka melantik panel2 syariah yg mempunyai kuasa dan akses utk menegur org atasan sekiranya terdapat perkara2 dalam sistem syarikat yg tidak mematuhi dan menepati hukum syariah. Menjadi tanggungjawab kita untuk menyiasat dan menegur apa yang dirasakan tidak betul dan salah, seperti yang dilakukan oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman. Seperti kata beliau, "Saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam".

Akhir kata, tidak salahnya kita menyertai mana2 syarikat MLM asalkan sistem di akui mengikut atau compliance dengan syariah dan disahkan sendiri oleh panel syariah yang di lantik olehnya. Tidak ana katakan bahawa perniagaan MLM itu meragukan atau haram, tetapi apabila sistem yg digunakan berunsur menindas, riba dan judi, maka sistem yg diamalkan oleh syarikat MLM tersebut yang meragukan dan boleh membawa kepada haram. Andainya pihak syarikat mengambil inisiatif membetulkan sistemnya agar selari dengan tuntutan syariah Islam dan disahkan sendiri oleh panel syariah yg di lantiknya, maka kita bebas menyertainya tanpa ada keraguan.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda; "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya".".(40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman,Hadis ke-17,Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki)

Sekian saja dr ana,
Wassalam