Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, June 1, 2010

Santai: Global rallies continue over Israel


Assalamualaikum,

Ini adalah berita dalam bahasa english yang ana dapatkan dari AlJazeera.net yang menceritakan perkembangan terbaru tentang serangan dan protes yang mengecam keganasan dan ketidakmanusian rejim zionis laknatullah. Semoga bukan sahaja masyarakat Islam amnya, malah masyarakat dunia akan juga turut sedar tentang mudaratnya apabila rejim Zionis ini diberikan kebebasan yang amat melampui batas. Sebagai masyarakat Islam amnya, semoga kita tidak putus2 mengirim doa dan bantuan sedaya yang termampu kepada saudara kita di Palestin.

Berikut adalah artikel dari AlJazeera.net:-

Global rallies continue over Israel

Activists around the world are continuing to protest Israel's deadly action against a convoy of aid ships headed to Gaza that killed at least 10 people. Thousands of people took to the streets in several Indonesian cities on Tuesday, waving banners and flags condemning Israel for its attack on the so-called Freedom Flotilla.

In Turkey protesters launched a second day of demonstrations, with people gathering outside the Israeli embassy in Ankara, the capital. The city of Istanbul saw angry scenes a day earlier, as 10,000 people marched on the streets over the action, which Turkish nationals are believed to have been caught up in.

Protesters also took to the streets in Malaysia and Australia, which added its voice on Tuesday to worldwide condemnation of the violence. "The Australian government condemns any use of violence under the sorts of circumstances that we have seen," Kevin Rudd, the Australian prime minister, said.

More protests were scheduled in Europe later on Tuesday.

Turkish anger

Turkey has called for a strong international response to Monday's raid. In a speech to legislators on Tuesday, the country's prime minister said Israel should be "punished" for its "bloody massacre" on the flotilla, and warned that no one should test Turkey's patience.

"It is no longer possible to cover up or ignore Israel's lawlessness. The international community must from now on say 'enough is enough'," Recep Tayyip Erdogan said. "Dry statements of condemnation are not enough ... There should be results." He said the Israeli action was an attack "on international law, the conscience of humanity and world peace".

Anita McNaught, Al Jazeera's correspondent in Istanbul, said Erdogan's speech was "extraordinarily strong". She said he "mentioned the unmentionable, saying that Israel acts because it has powerful friends". Ergodan said he would be speaking to Barack Obama, the US president, later in the day.

Monday's raid has dramatically escalated tensions between Turkey and Israel, with Ankara's ruling AK Party saying ties will never be the same. The country has recalled its ambassador to Israel and cancelled three joint military exercises with Israel and sent three planes to Israel to bring back around 20 of its nationals wounded during the violence.



Gaza assistance

Meanwhile, the UN Human Rights Council is preparing to debate Israel's raid on the flotilla, at the request of Arab and Islamic states. A draft resolution sponsored by Pakistan and Sudan alongside the Palestinians "condemns in the strongest terms possible the outrageous attack by the Israeli forces" and says independent investigators should be sent to review possible violations of international law related to the incident.

The non-binding resolution also calls on Israel to ensure that food, fuel and medical assistance reaches the Gaza Strip. Claire Kaplun, a spokeswoman for the Geneva-based Council, said the discussion would start at 1300 GMT and last three hours.
-AlJazeera.net-

Mungkin ada antara kita yang mempersoalkan, apakah dengan berdemonterasi membuat bantahan dan memboikot barangan yang berkaitan dengan rejim zionis ini akan menghentikan ke sengsaraan saudara di Palestin? Tetapi apakah yang terdaya kita lakukan untuk menolong mereka? Sekurang-kurangnya bertindak seperti itu sudah menunjukkan yang kita sudah berusaha membela mereka dan sebagai tanda penghargaan di atas perjuangan kita. Bukanlah kita yang berkuasa menghukum para pendukung zionis itu, tetapi Allah yang berkuasa atas mereka. Dan setiap apa yang terjadi ada hikmahnya kepada mereka yang berfikir...

Wassalam.



Daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka." (HR Muslim) -Sumber:40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman-

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 2.3:Adab Berdoa)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera ke atas kalian,

Di kesempatan ini, ana akan menyambung berkenaan entry yang telah ana tulis sebelum ini berkaitan dengan amalan berdoa. Ini adalah bersumberkan buku yang sedang ana baca iaitu 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran karangan Ustaz Zahazan Mohamed. InsyaAllah semoga info dan perkongsian ini memberi kita kebaikan dan membawa kepada doa kita dimakbulkan Allah SWT.



Berikut adalah sambungan dari adab-adab berdoa yang perlu di jaga untuk kemakbulan doa:-

>> Bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan. Buktinya ialah kisah terselamatnya 3 orang sahabat daripada mati terkurung dalam sebuah gua yang tertutup pintunya berkat mereka bertawassul dengan amal soleh yang dilakukan sebelum itu ikhlas kerana Allah. (HR al-Bukhari dan Muslim)

>> Makanan dan minuman mestilah dari sumber yang halal kerana Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber yang haram. Sabda Nabi SAW: "...Makanannya daripada sumber yang haram, minumannya daripada sumber yang haram dan dia dibesarkan daripada sumber perolehan yang haram, maka bagaimana dimakbulkan permintaannya." (HR Muslim)

>> Hendaklah melakukan al-amru bil ma'ruf wan nahyi anil munkar. Sabda Nabi SAW: "Demi Allah yang jiwaku berada dalam tangan-Nya, hendaklah kalian menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar. Jika kalian tidak melaksanakannya, Allah akan menurunkan seksa kepada kalian dan apabila kalian berdoa kepad-Nya, nescaya tidak akan dimakbulkan." (HR al-Tirmizi, dianggap sebagai hasan)



>> Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum berdoa kepada orang lain. Dalilnya ialah firman Allah yang memuji keturunan sahabat, Muhajirin dan Ansar kerana doa mereka. Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat ke-10 yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Mu."

>> Menghimpunkan ke semua anak jari melainkan ibu jari. Ini berdasarkan sebuah hadis sahih, Nabi SAW bersabda: "Bahawa Nabi SAW apabila masuknya seseorang itu ke dalam Islam, maka Nabi SAW akan mengajarnya membaca doa: Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku, rahmatilah aku, berilah hidayah kepadaku, afiatkanlah aku dan kurniakanlah rezeki kepadaku." Dalam riwayat lain, dihimpunkan jari-jarinya melainkan ibu jari kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat. (HR Muslim)

>> Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa. Dalilnya ialah Ibn Abbas berkata: "Apabila kamu memohon kepada Allah, mohonlah dengan tapak-tapak tangan kamu dan jangan memohon dengan belakang tapak tangan kamu. Sapukan muka kamu dengan tapak tangan." (HR Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim)

>> Mengaminkan doa yang dibaca. Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan perkara ini. Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya imam mengatakan 'amin', maka ucapkanlah 'amin'. Sesiapa yang ucapan aminnya bertepatan dengan ucapan amin para malaikat, segala dosanya yang lalu akan diampunkan oleh Allah." (HR Bukhari, Muslim)
Abu Zuhair bin Numairi menceritakan, satu malam beliau dan para sahabat keluar berjalan bersama Rasulullah SAW. Mereka bertemu dengan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah. Baginda berhenti untuk mendengar doa lelaki tersebut. Kemudian baginda bersabda: "Sekiranya beliau menutup, pasti doanya akan diterima." Seorang sahabat lalu bertanya,"Dengan apa perlu ditutup doa?" Sabda baginda: "Dengan amin. Sekiranya beliau menutup doanya dengan amin pasti doanya akan diterima." (HR Abu Dawud)



Alhamdulillah dengan ini tamatlah bahagian untuk siri ke 2 iaitu Adab-adab Berdoa. Semoga beroleh manfaat dan ilmu yang berguna dari perkongsian ini. Semoga dengan ini kita dapat meningkatkan potensi kita di dalam berdoa untuk mendapat doa yang makbul dari Allah SWT, amin.

Kepada yang masih belum membaca entry sebelum ini, bolehlah klik pada link di bawah ini:-
1) Siri 1: Suatu Permulaan
2) Siri 2.1: Adab Berdoa
3) Siri 2.2: Adab Berdoa

Sekian, Wassalam.

Sunday, May 23, 2010

Santai: Bila Padinno Berblog...



Assalamualaikum,

Selamat sejahtera di ucapkan kepada para sahabat. Pada edisi santai kali ini, ana ingin mengulas tentang blog sahabat baik ana iaitu Mr Padin, bukannya berkenaan tuannya, tetapi berkenaan blognya. So, sape2 nak kenal die secara lecih terang, sila contact dia sendiri ya, tidak layak untuk ana bercerita tentangnya kecuali tuan empunya badan sendiri. Apa sebabnya ana tiba2 menulis entry berkenaan blog Padin nih?? Ini adalah kerana ana ingin blog ana disenaraikan dalam ruangan HOT di blog Padin nih. Ini adalah salah satu bentuk promotion yang bagus kerana apabila pengunjung ke blognya, secara automatik mereka akan melihat header blog kita di situ. Tapi sekiranya ingin disenaraikan dalam ruangan tersebut, perlu mematuhi syarat seperti memperkenalkan Padin kepada khalayak ramai.

Apa yang perlu diperkenalkan sedangkan dia sudah pun tersedia terkenal di dunia blogger ini. Oklah mari kita menyingkap kisah silam antara ana dan dia. Sewaktu menuntut di KMPP dahulu, ana sudah bertemu dengannya, siap satu kuliah lagi. Tapi kami tak pernah bertegur sapa, walaupun kami juga pernah bermain futsal bersama-sama. Mungkin pada masa itu belum ditentukan Allah untuk kami berkenalan. Dijadikan cerita, sewaktu pendaftaran Universiti Teknologi Malaysia pada hari pertama, sewaktu ingin memasuki bilik, ana bertembung dengannya lagi. Waktu tu baru la kami bertegur sapa. Rupa-rupanya dia ni amek course yang sama dengan ana dan tinggal bersebelahan dengan blog ana. Jadi start daripada itu kami menjadi rapat.



Hasil dari perkenalan itu maka kami menubuhkan pasukan futsal yang terdiri dari classmate kami sendiri. Team itu menggunakan pelbagai nama sehinggalah nama yang offical di pilih iaitu The Reborn. Walaupun bilangan kami sedikit pada masa itu, tapi rata-rata budak lelaki kelas kami semuanya pandai bermain bola dan memiliki bakat tersendiri. Dengan Padin sebagai striker utama nama The Reborn terus mengukir nama di Kolej Tun Dr Ismail dan UTM sendiri. Kiranya percapaian yang dicapai adalah boleh dibanggakan sepanjang team tersebut ditubuhkan walaupun kami jarang bergelar Johan kerana sering kalah pada perlawanan akhir.



Selepas masing-masing menamatkan pengajian di UTM, kami membawa haluan masing-masing dengan Padin sudah pun bergelar seorang pendidik. Tapi hubungan persahabatan tetap diteruskan walaupon telah berjauhan. Semoga ianya kekal dan tidak akan goyah dengan izin dariNya.

Wassalam.

Friday, May 14, 2010

Menolak Permusuhan, Mengelakkan Persengketaan



Assalamualaikum,

Entry pada kali ini pendek sahaja kerana entry2 yg sebelum ini panjang berjela ceritanya, jadi untuk mengimbanginya, kita berbicara secara ringkas dan pendek sahaja. Pada waktu malam tadi, sedang ana mengemas meja, ana berhasil bertemu buku Solusi Isu Perdana (Vol 1) yang telah diulang cetak oleh Stormreaders Network dan dibeli oleh ana pada minggu lepas melalui tempahan online di e-store. Baru sahaja ana membelek, sudah terdapat perkara yang menarik perhatian ana. Mari kita ikuti apakah perkara tersebut.



"Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib" (Surah Fussilat: 34)

Tip Menolak Permusuhan
  1. Maafkan, tanpa mengira pihak siapa yang benar atau salah.
  2. Jika tidak mampu memaafkan, cepat berlalu dan diam, tanpa membalas.
  3. Kenangkan detik-detik manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama dengan 'musuh' kita itu.
  4. Muhasabah hubungan kita dengan Allah SWT mendidik kita melalui kerenah musuh kita itu.
  5. Sedarlah, kita hanya hamba, penuh kekurangan dan kesalahan. Kita layak disakiti, disalahtafsirkan dan sebagainya.
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini, semoga beroleh manfaat.
Wassalam.

Thursday, May 13, 2010

Bilal Kecil: Jumaat-Suatu Anugerah Allah



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sempena hari Jumaat yang menjelang tiba, marilah kita berbicara tentang kelebihan dan kenikmatan yang Allah berikan kepada kita umat Islam untuk dimanfaatkan. Seperti sabda Rasulullah SAW, "Sebaik-baik hari yang terbit matahari pada hari berkenaan ialah hari Jumaat”. Pada hari Jumaat jugalah peristiwa-peristiwa besar bagi umat Islam telah berlaku seperti Nabi Adam dijadikan. Hari Jumaat jugalah Nabi Adam dimasukkan ke dalam syurga dan kemudian pada hari Jumaatlah Allah memerintahkan Nabi Adam dikeluarkan dari syurga. Pada hari Jumaat juga, kaum lelaki diwajibkan untuk bersembahyang Jumaat iaitu sembahyang yang dilakukan sebanyak 2 rakaat dimana ia dilakukan pada waktu Zohor. Solat Zohor ada 4 rakaat, dan solat Jumaat pula 2 rakaat. Namun begitu, umat Islam lelaki wajib mendengar 2 khutbah sebelum mengerjakan sembahyang Jumaat ini.

Betapa besarnya hari Jumaat ini kerana, pada hari Jumaat Allah mengutuskan Malaikat ke muka bumi untuk mencatatkan nama-nama orang Islam yang ke masjid untuk mendengar khutbah dan seterusnya mendirikan solat. Kemudian malaikat naik semula ke langit untuk mempersembahkan nama-nama ini. Allah mengampunkan dosa-dosa orang Islam yang menyempurnakan solat Jumaat. Memandangkan betapa pentingnya sembahyang Fardhu Jumaat, Rasulullah SAW amat mengambil berat terhadapnya sehingga Baginda telah memberikan amaran keras kepada mereka yang mengabaikan sembahyang Fardhu Jumaat, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

"Dari Abil Jahdid Dhamri katanya, telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : Barangsiapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah Subhanahu Wata'ala akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran". (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Terdapat juga banyak amalan2 sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW pada hari Jumaat supaya dapat menambahkan lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT dan bertambah pahala amalan dan darjat di sisiNya. Antara amalan-amalan tersebut ialah;

Pertama : Membaca Surah As Sajdah di dalam sembahyang Fardhu Subuh dan diiringi dengan sujud tilawah. Sesungguhnya tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah SWT yang terbentang luas, sebagaimana yang disebutkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud :

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Apabila anak cucu Adam Alaihissalam membaca Surah As Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata : Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam Alaihissalam di perintah untuk sujud kepada Allah, maka bagi mereka itu balasan syurga sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar, oleh itu untuk-ku api neraka". (Hadis riwayat Imam Abu Daud)



Kedua : Membaca Surah Al Kahfi pada malam Jumaat atau pagi hari Jumaat. Mereka yang membaca surah ini akan mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah SWT di sepanjang minggu tersebut dan akan memperolehi cahaya, sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis maksudnya:

"Dari Abi Sahid Al Khudri katanya : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada malam Jumaat nescaya Allah Subhanahu Wata'ala akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat". (Riwayat Al-Imam Ad-Darimi)

Ketiga : Memperbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, sebagaimana sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud :

"Dari Abi Ad Darda'e katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Perbanyakkanlah selawat ke atas-Ku pada hari Jumaat. Sesungguhnya ia disaksikan oleh para malaikat". (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)

Terdapat juga amalan-amalan lain yang digalakkan dan disunatkan pada hari Jumaat antaranya membaca al-Quran, beristighfar, memotong kuku, berhias dan memakai wangian, membersihkan diri/mandi sebelum ke masjid, memakai pakaian bersih atau baru (seeloknya putih), segera ke masjid, berzikir, memberikan sepenuh perhatian kepada khutbah yang disampaikan, menunggu sehingga doa selesai di baca, menunaikan solat sunat selepas solat Jumaat dan banyak lagi.



"Dari Ali bin Abi Talib Radiallahuanhu katanya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa yang bercakap-cakap pada hari Jumaat ketika imam sedang membaca khutbah dan sesiapa yang melarang kepada rakannya yang bercakap, maka tiadalah Jumaat baginya". (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Semoga kita beroleh manfaat dari perkongsian ini dan semoga dibuka pintu rahmat olehNya untuk kita dapat melakukan amalan-amalan yang dianjurkan di atas. Semoga dengan terlatihnya kita melakukan amalan-amalan yang menjadi kewajipan dan disunatkan pada hari Jumaat yang dimuliakan, kita akan dipermudahkan untuk mengulanginya pada hari-hari yang lain, InsyaAllah.

Sekian sahaja dari ana,
Wassalam.

"Dan apabila Al-Qur'an itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya supaya kamu beroleh rahmat" (Surah Al A'raaf ayat 204)

Sumber: Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei dan ibadahislam.com

Thursday, April 22, 2010

Kelebihan mempelajari dan membaca al-Quran



"Sebaik-baik kamu sesiapa yang belajar al-Quran dan mengajarnya" (HR al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w pernah bercerita tentang seorang lelaki yang telah meninggal dunia.Apabila dimasukkan ke dalam kuburnya,dia amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan ada suatu makhluk di dalamnya.Tanya lelaki itu,"Siapa kamu?"

Jawab makhluk itu,"Kamu tak kenalkah saya? Sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam."Barulah lelaki teringat,makhluk itu ialah al-Quran.Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dibawa bertemu Allah.Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci.Bukan sekadar itu sahaja,Allah telah memerintahkan malaikat memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu.Serta Allah memerintahkan agar malaikat turut memberikan perhiasan syurga kepada kedua-dua ibu bapa lelaki tersebut.

Terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata,"Wahai malaikat amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?"Jawab malaikat,"Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca al-Quran."

(Sumber:Tadabbur al-Quran:Beginilah al-Quran Mengajar Kami)

"Daripada ahli kitab ada satu umat yang berdiri atas kebenaran. Mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu sepanjang malam" (Surah Ali 'Imran, ayat 113)

Assalamualaikum,

Sekadar renungan dari ana buat pembaca yang budiman tentang kelebihan mempelajari dan membaca al-Quran.Beberapa hikmah dapat kita perolehi dari dari kisah ini antaranya;
1)Ketinggian ganjaran kepada mereka yang mengamalkan al-Quran
2)Syafaat yang diperolehi darinya
3)Bersahabat dengan al-Quran di dunia,maka ia akan menjadi teman dan sahabat kita di barzakh dan akhirat.
4)Ganjaranya tidak terhenti kepada si pengamal sahaja,tetapi turut diperolehi oleh ibu bapanya juga.

Itulah antara kelebihan al-Quran dari cerita di atas. Semoga ia menjadi pemangkin semangat kita untuk terus menjadikan pembelajaran dan pembacaan al-Quran sebagai rutin harian kita. Sekian sahaja dari ana,semoga bermanfaat.

Wassalam.

KELEBIHAN MEMBACA SURAL al-MULK
"Sesiapa yang membaca Tabarokallazi biyadihil mulk setiap malam, Allah akan mencegahnya dengannya dari azab kubur." (HR al-Nasa'i)

Wednesday, April 21, 2010

Bilal Kecil: Bacalah...Iqra'


Assalamualaikum,

INGATAN!!! ENTRY INI BUKAN UTK MENAKUTKAN ANDA MENGAMALKAN AL-QURAN, TETAPI MENYEDARKAN...

Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah, dan tidak lekang juga kita bermohon kemaafan dan taubat padaNya terhadap apa2 kesalahan yang dilakukan sepanjang menumpang di sunia yang fana ini. Erm, kenapa tajuk di atas Iqra' ye? Adakah berkaitan dengan buku Iqra' yang selalu dibaca oleh budak2 kecil yang baru endak mengenal al-Quran itu? Jawapannya adala YA.

Mari berbicara tentang pembacaan al-Quran kita ini, sememangnya kita telah dijanjikan untuk mendapat pelbagai ganjaran seandainya mengamalkan pembacaan ayat-ayat suci ini dalam kehidupan seharian kita. Tetapi pastikah kita bahawa pembacaan kita itu betul dari segi sebutan, makhraj hurufnya dan Hukum tajwidnya? Perlu difahami bahawa membaca dengan tidak tertib dan betul boleh menyebabkan maknanya berubah, boleh menyebabkan kita berdosa dan tujuan kita tidak tercapai. Sebagai contoh membaca al-Fatihah dan juga bacaan tahiyat sewaktu sembahyang. Pembacaan yang tidak betul dan penuh caca merba akan menyebabkan solat kita tidak diterima dan sia-sia. Persoalan di sini, mahukah amalan wajib kita bertukar menjadi sia-sia?



Di sinilah menjadi kepentingan menuntut ilmu. Dengan ilmu mengajar kita cara yang betul melakukan sesuatu perkara dan membawa amalan kita diterima oleh Allah. Bagaimana pula andai sudah belajar tp masih tidak dapat dibetulkan (sebab lidah sudah keras,kecacatan anggota dan lain2)?? Di sinilah kepentingan tawakal kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh. Semoga dengan tawakal dan doa kita menyebabkan amalan dan usaha bersungguh-sungguh kita diterima Allah SWT. Jangan menjadikan alasan seperti MALU, tiada masa, dan umur sudah lanjut untuk mencegah kita belajar membaca al-Quran dengan betul, semuanya adalah hasutan syaitan yang tiada mahu melihat anak-anak Adam mendekatkan diri kepadaNya.

Apa yang hendak di malukan seandainya melakukan perkara yang baik dan dituntut? Kenapa masa disalahkan sedangkan kita masi asyik mengejar duniawi? Kenapa umur di kambing hitamkan sedangkan kita masih lagi bernafas? Seandainya kita tidak pasti dengan bacaan diri sendiri, janganlah malu dan segan berjumpa orang alim dan arif, seperti imam, guru2 agama dan ulamak untuk mendengarkan bacaan dan meminta pendapat. Sesungguhnya mereka itu sedia menerima kita, cuma kadang-kadang kita yang tiada bersedia diterima mereka. Janganlah terlalu ego sampai merendah2kan status mereka ini walhal ilmu kita ini tidaklah setinggi mana. Janganlah bongkak dan angkuh sedangkan mereka ini adalah pewaris junjungan besar kita, Rasulullah SAW.



Pesanan ini jugak sebagai peringatan kepada ana yang sering lupa dan alpa. Terkadang ana bersuka ria dan lupa bahawa ada yang memerhati,kadang-kadang ana lupa dan alpa tanpa menyedari diri ini tiada pernah dilupaiNya, kadang-kadang ana bersedih atas dugaanNya tanpa menyedari ada rahmat di sebaliknya. Alhamdulillah di tempat ana telah diadakan kelas mengaji Iqra' secara personal oleh Bilal Azman yang sangat priatin terhadap permasalahan pembacaan di kalangan jemaah. Semga usahanya membawa keberkatan kepada para jemaah di tempat ana. Selain dari kelas belajar al-Quran pada hari khamis secara berjemaah, kelas personal membaca Iqra' ini diadakan pada selasa malam dan khamis malam selepas kelas tersebut. Syukur kepada hadrat Ilahi kerana dalam 2 kelas yang berlalu ana telah sampai ke muka surat 10, dan banyak bacaan huruf secara betul sebutannya telah diajar oleh Bilal Azman. Semoga diberi kesempatan oleh Allah untuk anna menghabiskan kelas ini sehingga khatam.

Kepada yang bermasalah dari segi pembacaan, rujuklah dan carilah guru yang boleh mendidik. Tiada alasan yang kukuh untuk lari darinya kecuali kita ini uzur dan sudah tidak mampu lagi belajar. Sebagai tambahan, ana adalah pelajar termuda dan tersingle di kelas itu, rata2nya pelajar lain adalah berumur 40-an ke atas dan sudah berstatus veteran. Siap ade sorang pak cik tu giginya pon dah takde, tp semangatnya tetap jitu dalam menuntut ilmu akhirat. So, any alasan??

Sekian untuk kali ini,
Wassalam.



Lintasan: Blog yang berkaitan ilmu tajwid??klik sini http://www.abdullahidris.com

Friday, April 16, 2010

Ceritalah Buku:Apabila Irfan Khairi Berbicara (NOTA PERNIAGAAN)

"Perniagaan tanpa perancangan, strategi dan kesungguhan hanya akan memberi KEGAGALAN!" (Dr Irfan Khairi,Jutawan Internet Malaysia)



Assalamualaikum,

Kali ini mari berbicara tentang buku pula. Ana baru sahaja khatam sebuah buku nukilan seorang yang hebat dalam perniagaan dan dunia internet. Penulis tersebut ialah Dr Irfan Khairi (Dr IK) yang terkenal sebagai jutawan muda internet di Malaysia yang mencapai pendapatan RM 1000000 seawal umur 25 tahun. Bukunya adalah kesinambungan dari buku beliau yang bertajuk Nota Jutawan, Nota Motivasi yang telah ana review pada post yang lalu, dan buku ini pula bertajuk Nota Jutawan, Nota Perniagaan.

Andainya dalam buku Nota Motivasi Dr IK banyak berbicara tentang motivasi dan ciri2 yang perlu ada pada seorang usahawan, pada Nota Perniagaan pula Dr IK berbicara tentang bagaimana membina empayar perniagaan milik sendiri yang kukuh. Dalam buku ini dikongsikan berbagai-bagai tip dengan para usahawan dan bakal usahawan dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan. Ditambah pula dengan variasi yang penuh warna warni dan ilustrasi yang menarik membuatkan pembaca tidak kebosanan semasa membaca.



Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian yang memenuhi skop seorang usahawan dalam berniaga. Bab pertama ialah tentang bagaimana Memulakan Perniagaan yang memberi idea yang pelbagai kepada usahawan yang ingin mula berniaga ataupon sebagai senarai semak kepada yang sudah berniaga. Bab kedua pula memberi tip2 yang bernas dan berlainan dari peniaga yang lain tentang cara bagaimana Menambah Pelanggan sebuah perniagaan. Seperti yang diketahui, customer adalah nyawa sebuah perusahaan, tiada gunanya sebesar dan segah mana pon sebuah perniagaan yang ketiadaan pelanggan.

Dalam bab ketiga, Dr IK mengajar pembaca tentang bagaimana Menjalankan Perniagaan dengan betul dan bijaksana. Di sini diceritakan tentang kaedah penetapan harga produk atau servis, ciri2 perniagaan yang di cari2 customer, cara2 promosi yang betul dan bijaksana serta petua-petua menambat hati pelanggan usahawan. Bab keempat pula memberi ilmu kepada pembaca bagaimana Menambahkan Pendapatan sedia ada dalam perniagaan. Ini termasuklah teknik2 yang boleh diaplikasi semasa customer membeli produk, teknik psiko dan juga teknik melaburkan pendapatan.

"Belian berulang daripada pelanggan lepas adalah lebih mudah daripada mendapatkan belian dari pelanggan baru."(Dr Irfan Khairi,Nota Jutawan Nota Perniagaan)

Dengan kadaran harga sebanyak RM 30, ana rasa ilmu yang terdapat di dalam buku ini amat over berbaloi2 kepada usahawan yang masih hijau dan juga kepada usahawan yang sudah berjaya. Jangan takut melabur kepada ilmu yang bermanfaat kerana ganjaran dan bantuannya mungkin adalah penyelamat kepada kehidupan kita.Sekian sahaja dari ana, semoga pembaca mendapat sesuatu dari post kali ini.

Wassalam.



Tips baca buku:Dulu ana ada bicara tentang orang yang sudah berjaya dalam kerjaya mereka menghabiskan sekurang-kurangnya 100 buku dalam bidang mereka, so petua ana luangkanlah masa sekurang2nya 2 jam sehari untuk membaca. 1 jam disiang hari dan 1 jam di malam hari. Mungkin sahabat boleh cilok masa 2 jam tersebut dari kegiatan sahabat yang kurang memberi manfaat. Seperti ana sekarang, siang hari diluangkan waktu 1 jam untuk buku motivasi dan perniagaan (terbaru ialah Langkah Bijak Usahawan Terbilang) dan di mlmnya untuk buku2 berunsur keagamaan (terbaru ialah Beginilah al-Quran Mengajar Kami). Semoga dipermudahkanNya=)



Untuk review buku ini, sila tekan di sini.
Untuk membeli melalui online shop ana, sila klik di sini; www.stormreaders.net/MdTaib

Keldai zaman modeN,Kami kah atau dia Yang Rugi



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lamenya rasa ana tak post ape2 entry kat sini,bukan ape pon,cume ana kadang-kadang tiada masa untuk memikirkan perkara baru. So untuk entry kali ini ana ingin berbicara tentang kisah keldai zaman moden. Bukan tujuan menegur, menghina atau mengutuk sesiapa, tetapi sebagai pengajaran kepada orang lain termasuk ana sendiri yang serba kekurangan dan hina di sisiNya. Mungkin perumpaan ‘keldai moden’ itu keterlaluan, tetapi tidaklah ana sendiri menamakannya melainkan di beri nama sendiri oleh kawan arwah abah ana.

Cerita teaternya begini, pada suatu malam ana berkunjung ke rumah kawan ana setelah bertemu dengannya di simpang jalan. Di situ kami rancak berbicara tentang kisah masing-masing, dan termasuklah perihal job@kerja kami. Disitu si O (bukan nama sebenar) meluahkan tentang kesusahannya menampung perbelanjaan keluarganya dengan gajinya yang tidak sampai RM 1K, nisbahnya dia terpaksa melakukan kerja lain untuk cover belanjanya, kirenya side job la nih. Diceritakannya bahawa dia ni boleh melakukan pelbagai kerja servis, ana very impressed mase kat situ.



So atas dasar sahabat seIslam, ana dan saudara ana offer kepadanya untuk membantunya berhenti dari kerja lamanya dan menumpukan sepenuhnya dalam mengeploitasi kebolehannya dalam menjana rezeki. Ana offer untuk mengiklan di internet kerana pasarannya luas dan permintaan yang tinggi terhadap servis dan kemahiran. So masa merangka strategi, dia beritahu bahawa dia boleh melakukan 6 jenis pekerjaan, siap bagi jaminan bahawa dia memang pakar.

Ana mengiklankan perkhidmatannya di internet dan hasilnya kawan ana dapat bermacam-macam offer sampai dia pon pening2 lalat melayan panggilan sehingga meminta bantuan ana. Semasa berjumpa, macam2 job yang dia dapat, dan dia menawarkan ana untuk membantunya. Katanya dia akan bagi gaji dan kerja ana adalah menguruskan job supaya lancar dari segi logistik dan operasi. Sedangkan katanya dia akan rileks di rumah untuk menunggu order dari pelanggan. Wah, ana berfikir,”Aik,aku yang offer dia opportunity, tetibe dia nak goyang kaki dan aku plak yang jadi pekerja”.



Tapi ana tidak bersetuju dan tidak juga menolak, ana Cuma cakap kalau dia memerlukan bantuan, InsyaAllah ana akan bantu. Alasannya simple sahaja, dia terlalu sibuk dengan pekerjaannya yang lama dan tiada masa untuk memenuhi permintaan customer (Herm,bukankah ana tolong dia supaya dia berhenti kerja dan mencari pendapatan yang lebih baik??). Masa tu jugak ana berpesan supaya job yang dia dapat, biar dia yang runding sendiri dan jangan bagi sub kpd orang lain.

Selang seli beberapa hari, dia mintak tolong saudara ana untuk cari pekerja dan buat servis di suatu tempat, sangkaan ana bahawa dia turut serta, tetapi meleset, alasannya dia tak boleh tinggal job dia. So pergilah saudara ana buat kerjanya, dan maghribnya dia datang, memberi upah dan sempat bercerita bahawa dia baru dapat RM1500 setelah sub projek bernilai puluhan ribu ringgit kepada orang lain, masa tu betapa keciwanya ana kerana tiada langsung dia mengambil nasihat ana dan tiada langsung wajah bersalah (memang dia pandai berjanji,huhu). Dan selepas itu dia memberi si O lagi kepada saudara ana, tetap dengan alasan yang sama.

Pulangnya saudara ana, dia mengeluh, kerana katanya si O tidak buat kerja pon tetapi mengambil keuntungan yang lebih dan pendapatan yang terbaru pon dia pegang, dah duit minyak tak bagi, duit pekerja pon saudara ana yang dahulukan. Saudara ana sms si O supaya memberi bakinya, tetapi tiada balasan. Lebih kurang 3 hari selepas itu baru ada balasan, ajak ke rumahnya ambil duit. Ni memang betul2 gaya bos. So ana cakap kepada saudara ana,”Sudahlah,biar sahaja duit tu. Cukuplah kita sudah terkena, jangan kita menjadi ‘keldai’ si O ni, yang hanya menurut kemahuannya saja”. So, kami ambil langkah berdiam diri, tobat dah lepas nih memang dah tak nak buat bisnes dengan die, untungnya hanya letih dan perasaan tidak puas hati.

Jadi setelah mendapat pengalaman berharga ini, semoga kita lebih berhati-hati memilih rakan kongsi, biarlah semua pihak yang memuaskan hati semua yang terlibat. Janganlah hanya seorang yang bongkak memberi arahan dan alasan sedangkan yang lainnya hanya menurut tanpa menegakkan hak kita sendiri. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.



Teringat kata2 kawan arwah abah dahulu sewaktu ana masih menuntut di universiti,”Apabila kamu sudah habis belajar dan memulakan pekerjaan, masa itu kamu akan nampak realiti dunia yang sebenar, ada yang menjadi keldai, ada yang tuan”.Tanya ana,”Apakah maksud keldai dan si tuan?”. Sambungnya,”Keldai tu adalah orang yang dipergunakan oleh orang lain untuk kepentingan peribadi dan material orang tersebut sedangkan si Keldai ini tiada mendapat nama, yang hanya didapatinya ialah hamburan janji2 manis berupa belanja makan, share keuntungan dan macam2 lagi. Sedangkan si tuan pula bukan bos yang menggaji si keldai, tetapi dia ialah orang yang mengarahkan si keldai membuat kerja dan member berbagai jaminan dan janji, tetapi selepas kerja di selesaikan, habuk habuan kepada si keldai pon tiada, sedangkan dia mendapat nama dan pangkat. Kalau kamu bertemu orang seperti ini, tinggalkan dia kerana tiada untungnya bekerja bersamanya”.(Lebih kurang percakapannya)

Maafkan ana kawanku, bukan bermaksud ana memutuskan silaraturrahim antara kita, tetapi bermaksud ana memutuskan ikatan perkongsian perniagaan yang dirancang dahulu. Kerana kamu gagal meyakinkan ana dari segi komitmen dan tanggungjawab. Biarlah kita terus berkawan dan semoga peristiwa ini tidak menjadi pemutus silaturrahim antara kita, Amin….

Sekian sahaja dari ana,
Wassalam.

Wednesday, April 7, 2010

Bilal Kecil: Aduhai, susahnya nak bangun pagi...



Assalamualaikum,

Bangun pagi??Kenapa mesti kita bangun pagi sedangkan tidur pada waktu tersebut adalah antara saat yang paling seronok.Kenapa mesti diganggu tidur kita di saat sedang enak melayan mimpi yang indah, lagi pula badan kita memerlukan rehat yang cukup untuk membina kembali tenaga dan stamina kita selepas penat bekerja.Usahkan pagi,kalau layan tidur sampai ke tengahari lagi enak,kerana bila bangun je terus pegi dapur makan,lepas tu boleh sambung tidur balik.

Ini adalah antara alasan yang selalu diberikan oleh orang yang cukup liat bangun pagi,lebih-lebih lagi kepada remaja. Kenapa kita mesti bangun pagi??Kalau ikut kata orang-orang tua dulu,tidur pada waktu pagi ni menutup pintu rezeki,betulkah??Ini adalah alasan yang sering diperkecilkan,sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri menggalakkan umatnya keluar pada waktu pagi untuk melakukan pekerjaan atau mencari ilmu.Seperti sabda baginda,"Ya Allah,berkatilah umatku pada waktu pagi".Kenapa kita jarang mengambil iktibar sedangkan orang kafir sendiri mengerti dengan keberkatan bangun pagi dalam menjana rezeki??

Antara kelebihan bangun pagi seperti yang ana baca dalam buku 101 Petua Murah Rezeki&Jauhi Hutang karangan Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan dan Mahfuzah Omar ialah;
a)Fikiran kita masih lapang,segar dan kosong.
b)Byk perkara boleh difikirkan.
c)Banyak aktiviti boleh dilakukan.
d)Cuaca masih sejuk dan pemandangan yang segar boleh menaikkan semangat kita untuk bekerja.
e)Badan cergas dan sehat.
f)Peluang menjana rezeki banyak dan luas.
Manakala kerugian tidur pada waktu pagi adalah perkara-perkara yang berlawanan dengan kelebihan di atas.



Jadi bagaimana pula caranya nak melatih diri bangun awal melakukan ibadat (solat Subuh) dan meluaskan pintu rezeki dengan bangun awal pagi??Antara petua yang terdapat dalam buku tersebut ialah;
a)Ikhlaskan niat kita untuk bangun awal untuk melakukan kerja kerana kerja itu juga suatu ibadah.
b)Merasakan dalam diri tuntutan bangun awal untuk melakukan ibadat seperti qiyamullail yang diberkati Allah.
c)Tahu kelebihan bangun awal.
d)Mengkaji cara hidup golongan al-salaf al-soleh yg sentiasa bangun awal.
e)Biasakan tidur mengiring di atas sebelah kanan tubuh (sunnah)
f)Berwuduk sebelum tidur.
g)Tidur awal
h)Biasakan dengan amalan zikir,wirid dan doa sebelum tidur.
i)Biasakan untuk tidur sebentar pada waktu tengahari sebelum Zohor (Qailullah)
j)Kurangkan makan berlebihan.
k)Bermujahadah melawan nafsu yang ingin tidur berlebihan.
l)Jauhi maksiat kepada Allah.
m)Hukum diri dan bermuhasabah jika cenderung tidur berlebihan.



Semoga petua ini menjadi maklumat dan ilmu yang berguna kepada kita semua dan ana terutamanya. Jujur ana maklumkan di sini bahwa ana sendiri seorang yang liat untuk bangun awal untuk beribadat, tapi kalu bangun tengok bola boleh la pulak=( Semoga dengan berkongsi post ini ana akan dapat semangat yang kental untuk bangun dengan lebih awal dan beribadah (solat+bekerja) kepadaNya. Amin ya Allah...

Sekian,
Wassalam.

Tuesday, March 30, 2010

Bosan la baca buku vs Bestnye baca buku



Assalamualaikum,

Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Buku? tentu biasa dengar kan, pelik bila orang cakap ape itu buku? mungkin dia betol2 tak tahu atau buat-buat tak tahu. Kenapa?? Kerana kurang kesedaran tentang buku dan ilmu. Kalau kita berbicara dengan budak-budak sekolah, tiada hairannya andai mereka berterus terang menyatakan bahwa mereka kurang gemar membaca, tetapi alangkah sedihnya apabila yang dewasa pulak mengalahkan budak-budak sekolah ni, dengan terang-terangan keluarkan kata-kata," Saya bukan budak sekolah nak baca-baca buku ni, cari duit lebih penting". Yes, maybe ape yang diperkatakan mereka benar, tetapi sudah berjutakah duit mereka mengeluarkan kenyataan demikian?? Kebanyakan pakar-pakar industri yang telah berjaya dan bertaraf jutawan telah membaca lebih daripada 100 buku berkaitan industri mereka, tak percaya tanya Dr Irfan Khairi(sebab dia yang keluarkan kenyataan ni). Bayangkan itu hanya buku berkaitan ndustri mereka sahaja.



Lupakah ayat pertama yang diberitahu oleh malaikat Jibril kepada junjungan besar kita Nabi Muhamad sa.w. di Gua Hira' sewaktu wahyu pertama diturunkan?? Iqra' (Bacalah). Pemahaman mudah di sini, walaupon Rasulullah s.a.w. seorang yang buta huruf, tapi difahami di sini bahawa membaca dan menuntut ilmu itu mempunyai keistimewaan tersendiri di sisi Allah. Ana pernah dengar ustaz beri kuliah bahawa orang yang menuntut ilmu itu, dia berada di bawah lindungan sayap malaikat. malah orang yang keluar menuntut ilmu itu di kira berjuang di jalan Allah sehingga dia pulang ke rumah.

Di kala ini ana sedang menelaah salah sebuah buku Dr Irfan Khairi yang bertajuk 'Nota Jutawan Nota Perniagaan' setelah selesai membereskan 2 buah buku pada minggu lepas ('Nota Jutawan,Nota Motivasi dan 101 Petua Murah Rezeki dan Jauhi Hutang'). Andai perihal 101 Petua tu ana dah huraikan sket-sket, so baik ana huraikan tentang Nota Jutawan, Nota Motivasi plak. Buku ini bukan buku tentang internet, tetapi lebih berkisar tentang motivasi dan juga cara-cara mind set yang betol untuk berjaya, bukan sekadar dalam perniagaan, tetapi juga dalam komunikasi dan pembinaan masyarakat. Cuma Dr IK lebih tekankan kepada orang berniaga, macamana nak kekalkan motivasi kita agar perniagaan kita stabil dan berdaya maju.




Dr IK berkata dia merancang untuk menjadi jutawan ketika berumur 18 tahun, dan mencapainya pada umur 25 tahun dengan modal berbekalkan RM 500. Kira jaraknya, 7 tahun tu. Nampaknya bukan senang nak jadi berjaya macam dia, so dia pesan dalam buku ni, tetapkan matlamat dan tempoh masa yang realistik, untuk mengelakkan kekecewaan dan terlalu gopoh. Perkara yang di tekankan dalam buku ini ialah penetapan matlamat kita untuk masa hadapan. Seingat saya dekat 10 kali kot kita disuruh menulis kembali matlamat kita oleh Dr IK, menggambarkan betapa pentingnya matlamat ni. Banyak penhuraian tentang cara-cara menjadi orang yang hebat dan berjaya terutama dalam perniagaan antaranya ialah pengurusan masa, keluar dari zon selesa, mencari momentum ke hadapan dan mencuba sesuatu yang baru dan tak terfikir oleh akal.


Macam saya cakap waktu awal post ni, statistik cakap yang orang yang berjaya banyak membaca, so tips yang ada diberikan oleh Dr IK dalam buku tersebut ialah gunakan sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari untuk membaca, insyaAllah dalam masa 3 tahun kita dapat habiskan 100 buah buku dan ilmu kita boleh jadi setaraf dengan golongan yang disebut tadi (pakar industri). Andai tak dapat 1 jam sekalipon, berilah minda kita 30 minit untuk aktif membaca, lebih baik dari tiada membaca langsung. Semuanya bergantung pada kehendak dan kemahuan, andai rasanya bosan baca buku berkaitan kerjaya, ubah angin sekali sekala kepada buku bercorak keagamaan dan motivasi, yang penting variasikan pembacaan kita. Janganlah ditinggal dan dipinggirkan sahaja buku begini, kerana ilmu agama membantu kita menjalani hidup dan menghadapi akhirat, so seimbangkan=) Laen la kalau kita kaki masjid dan slalu dengar kuliah kat masjid. orang macam ni memang ana tabik mereka=)

Sekian dulu dari ana,
Wassalam.



"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah al-A'raf,200)



Berminat dengan buku-buku ini. Please click here or here. Thank You=)