Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Showing posts with label perniagaan. Show all posts
Showing posts with label perniagaan. Show all posts

Saturday, August 14, 2010

Pertanian Suatu Perniagaan: Apabila Tebu Mula Bercerita...



Assalamua'laikum,

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua saudara Islam yang tekun mengerjakan dan memenuhi tuntutan salah satu daripada rukun Islam. Moga2 kita ini tidaklah menjadi orang yang berpuasa, tetapi tidak beroleh apa2 kecuali lapar dan dahaga semata-mata. Jadikanlah ibadah puasa ini sebagai platform untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah Taala, kerana tidak semudah apa yang difikirkan sebelum kita dinobatkan sebagai orang yang beriman, seperti dalam firmanNya:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"(AL-'ANKABUT,2)

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang- orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."(AL-'ANKABUT,3)

Baiklah, sekarang mari kita berbicara tentang tanaman tebu pulak. Sebenarnya dah lama ana nak buat entry pasal ni, memandangkan adik bongsu ana, Saidin begitu bersemangat nak praktik pasal tebu ni. Dan kesungguhannya untuk membangunkan tanah yang terbiar di kampung ana di sana, dan salah satu optionnya ialah dengan menanam tanaman tebu. Apabila berbicara tentang tebu, pasti ramai yang terliur kan, lagi2 apabila bulan puasa, jualan air tebu memang laris dan biasa menjadi minuman penghilang dahaga sewaktu berbuka. Sememangnya musim Ramadhan adalah musim yang paling laris untuk tebu di pasarkan. Malah ana ada dapat berita yang bekalan tebu di Kelantan telah habis ditempah sebulan sebelum Ramadhan, malah tebu tanaman pak cik ana juga sudah ditempah 2 bulan sebelumnya.




Hendak ana ceritakan dengan lebih terperinci tentang tebu ini pun, bukannya ana berilmu sangat pon. Tapi bolehlah dikongsi beberapa ilmu dari orang-orang lain berkenaan tebu ni. Setahu ana, tebu yang popular sekarang ini ialah tebu telur, tak dapat nak dipastikan nama saintifiknya. Nak berbicara tentang populariti tebu ni, sehinggakan adik ana meronda hampir sekitar Kelantan, tapi tiada pengusaha tebu telur yang mahu menjual benihnya, mungkin kerana tajut persaingan akan menjadi lebih sengit. Yang terbaru, ana dapat berita dari rakan sekolah ana dulu yang dia juga nak membuat tanaman tebu dan merancang nak ambil benih dari Johor, herm....ini suatu peluang yang baik.

Baiklah, sekitar ana melayari internet, bermacam cerita berkenaan tebu yang ana baca. Salah satu info tentang tebu yang berguna ialah tebu-daengnusantara. Dia ni banyak yang ditulis tentang tebu, sebab blognya khas untuk tebu dan dia juga tak silap memiliki projek tebu sendiri. Sekadar perkongsian tentang salah satu entrynya berkaitan menanam tebu telur:



Teknik Tanaman Tebu Telur..



Ada beberapa cara menanam yang boleh dipraktikan dlm menanam tebu telur nie..Aku cadangkan beberapa teknik tanam...
a) tanaman secara kekal
b) tanam secara bermusim
c) tanaman bergilir

Tanaman Secara Kekal
- Biasanya tebu ditanam dalam baris menggunakan pucuk atau batang..klu batang pastikan mata tebu tidak rosak. Jarak yang dicadangkan 100-110cm antara pokok dan antara baris 4-6 kaki.
Kedalaman lubang lebihkrg 1 kaki.PENTING..letakkan benih dalam lubang JANGAN ditimbus. Biarkan benih dalam lubang..Pastikan benih DISIRAM jika hujan x turun.Dalam tempoh seminggu anak benih akan bertunas...Apabila benih tebu mencapai ketinggian yg sesuai barulah tanah ditimbus dan digemburkan...



Tanaman Secara Bermusim
- Cara tanaman jenis nie dijalankan di China..Tebu ditanam rapat-rapat dalam baris..
Jarak antara baris 4 kaki..Kayu penyokong dibuat pada bahagian depan dan belakang baris pokok tebu kemudian tali diikat antara 2 tiang td..pokok tebu akan tumbuh lurus..rujuk gambar diatas..tebu yg mencapai tempoh matang akan ditebang keseluruhannya..

Tanaman Bergilir
- Cara tanaman sama seperti tanaman bermusim..anak pokok tebu yang baru tumbuh dipotong dan dipindahkan ke tapak yg baru..cara ini akan diulang bagi mengekalkan bekalan tebu sentiasa mencukupi.




Orang berkata, memang mudah untuk berkata-kata, dan akan lebih mudah dipercayai dengan pembuktian. Jadi mari kita mengikuti kisah petani wanita ini yang bernama Wan Hamidahton Wan Ishak, baru berumur 24 tahun, dan berkelulusan diploma Kejuruteraan Mekanikal Pertanian dari Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Beliau ini menjadikan motivasi dari ayahnya yang melonjakkannya sebagai petani tebu yang berjaya di Baling, Kedah dan pasaran tebunya hingga sampai ke Pulau Pinang. Suatu percapaian yang menakjubkan dari seorang gadis ini yang rajin malah pakar mengenderai jentera pembajak sehingga beliau digelar gadis tebu.



Baiklah,rasanya sampai sini sahaja berkaitan tebu ini. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua yang berminat dan juga yang belum terbuka hatinya.

Sekian,
Wassalam.

Sumber:
Utusan.com
tebu-daengnusantara

Tuesday, May 25, 2010

Ceritalah Buku: Beginilah al-Quran Mengajar Kami



"Itulah kitab (al-Quran) hal keadaan tiada ragu dan syak padanya, sebagai petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa." (Surah al-Baqarah:2)

Assalamualaikum,

Untuk sesi Ceritalah Buku pada kali ini, ana mengutarakan sebuah buku yang insyaAllah bagus dan berguna sebagai bacaan dan panduan pembaca. Bukunya bertajuk Beginilah al-Quran Mengajar Kami hasil tulisan Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir dan Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin. Buku ini diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd dan cetakan pertamanya ialah pada September 2008. Mari kita ikuti apakah cerita di dalamnya pula.

Baca al-Quran ialah membaca hanya dengan lidah. Ayat-ayat al-Quran disebut mengikut hukum tajwid dan dilagukan mengikut kaedah-kaedah taranum. Maka akan terserlah keindahan dan ketinggian nilai seni ayat-ayat al-Quran itu. Pembacanya akan terhibur, beroleh ketenangan jiwa dan kepuasan yang tersendiri di samping memperolehi ganjaran pahala serta fadilat surah-surah tertentu. Manakala Tadabbur al-Quran pula ialah membaca dengan lidah, akal dan hati. Lidah memastikan bacaan dengan tartil, akal mengambil pemahaman makna (yang tersurat dan tersirat) dan hati mengambil pengajaran untuk dijadikan panduan. Maka akan terserlah al-Quran sebagai kitab hidayah dan mukjizat yang sarat dengan khazanah-khazanah yang tidak ternilai harganya. Inilah asas para ulama dan ilmuwan pada zaman keagungan Islam membangun suatu tamadun lahiriah dan rohaniah yang tiada tolak bandingnya. Beginilah al-Quran Mengajar Kami mengajar anda prinsip-prinsip asas tentang tadabbur al-Quran.



Melalui tulisan ini, pembaca insyaAllah dapat menerobos kepentingan tentang bahagian mana yang perlu di beri fokus yang utama. Seperti yang dicontohkan oleh penulis, tentang kisah Luqman al-Hakim dalam surah Luqman ialah kisah yang baik untuk ditadabbur. Kerana ianya mengandungi wasiat yang amat bermakna dan berguna dalam pendidikan anak-anak. Namun ada peminat tafsir lebih menumpukan kepada aspek teori dan fakta berkaitan Luqman dan anaknya. Siapakah Luqman? Adakah beliau nabi, rasul, wali atau orang soleh sahaja. Apakah bangsa Luqman? Bangsa Arabkah beliau? Bagaimana bentuk fizikalnya dan handsomekah beliau? Akhirnya fokus utama yang di ajar al-Quran hilang. Penulis menyatakan bahawa tidak salah untuk mengetahui apa kata ulama tentang Luqman tetapi biarlah ada batasnya.



Buku ini mengandungi 3 Bab yang utama dengan Bab 1 berkisar tentang pengenalan berkenaan Tadabbur al-Quran. Diceritakan di sini tentang makna tadabbur, kaedah baik dalam tafsir al-Quran dan Beradab dengan al-Quran. Pada Bab 2 pula adalah berkaitan dengan Prinsip-Prinsip Umum Tadabbur al-Quran. Ianya berkisar tentang kaedah-kaedah tafsir, kepelbagaian tafsir dan banyak lagi berkaitan kaedah-kaedah yang digunakan dalam menafsir al-Quran. Manakala Bab 3 iaitu bab terakhir pula berkaitan Prinsip-Prinsip Bahasa Tadabbur al-Quran. Terkandung di dalamnya tentang maksud sesuatu lafaz, konsep hazaf, konsep past tense, dan jamak dan mufrad.

Sekian sahaja dari ana, semoga pengenalannya memberi sedikit ilmu kepada semua.

Wassalam.

"Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya bersama-sama para malaikat. Yang membaca al-Quran dan mengulang-ngulang dan al-Quran amat payah ke atasnya untuk membuang maka baginya dua pahala." (HR al-Bukhari)

Berminat memiliki buku ini, boleh ditempah di kedai on-line ana di www.stormreaders.net/MdTaib

Wednesday, May 12, 2010

Perniagaan itu duniaku: Ceritalah Adly

Assalamualaikum,

Selamat malam dan semoga kita sentiasa di bawah limpah rahmatNya. Semoga perkongsian ana pada malam ini tidak merencatkan kewajipan ana untuk bangun menunaikan solat Subuh pada pagi nanti. Kali ini ana ingin berkongsi tentang kejayaan seorang yang cukup muda dalam bisnes di internet. Beliau adalah Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Lebanon di dunia internet. Dia adalah rakan sekelas kepada adik bongsu ana dan telah menempa nama sebagai usahawan muda internet seawal umur 16 tahun lagi dengan pendapatan sebanyak RM 10000. Dia juga bersama rakan seperjuangannya, Zhafran telah menubuhkan group Flare Biz yang bergiat cukup cergas dalam dunia internet. Di sini ana selitkan sedikit sebanyak tentang sejarah hidupnya yang ana sedut dari mStar Online. Semoga ianya menjadi pembakar semangat dan memberi ilmu kepada usahawan yang bergiat secara online ataupun konvensional.

Wang Tidak Masuk Jika Bisnes Anda 'Offline"



FACEBOOK, blog, muat turun lagu, memasuki "chat rooms" di Internet memang menjadi kegemaran remaja ini, tiada bezanya dengan anak muda lain.

Adly Mukhtar banyak mencuri masa daripada setiap kesempatan yang ada untuk ke kafe siber, melayari Internet kerana di rumahnya tiada kemudahan itu.

Tapi boraknya di Internet bukan bualan kosong. Adly seronok meneroka dunia. Beliau mencari sesuatu yang bermakna setelah menyedari minatnya melayari Internet boleh membawa keuntungan pada dirinya.

Adly terpikat membaca kejayaan Irfan Khairi, pakar perniagaan Internet yang menjadi jutawan pada usia 25 tahun.

Irfan pernah dipetik sebagai berkata "cara paling mudah untuk berjaya di Internet ialah dengan mengikut jejak langkah mereka yang berjaya".

Itu jugalah yang diikuti Adly, "Saya terfikir, kalau dia boleh berjaya kenapa saya tidak?" kata Adly memulakan bicara.

BERMULA DENGAN RM300

Adly mula menjana pendapatan di Internet pada usia 16 tahun, ketika masih di tingkatan 4 lagi. Setahun selepas itu, beliau melancarkan produk digital yang diberi nama "101 Tip Adsense Terbongkar" dan menjana pendapatan RM10,000. Produk itu berupa e-buku bagi usahawan Internet yang berharga RM20 satu. Ia menerangkan 101 teknik bagaimana untuk memaksimum atau menggandakan pendapatan Google Adsense.

"Saya pinjam duit kawan sebanyak RM300 untuk memulakan projek ini," kata Adly.

Selepas SPM, dia melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti tempatan dalam bidang kejuruteraan komputer, namum nekad berhenti untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan Internet yang dijalankan dan berjanji pada dirinya untuk terus menimba ilmu bagi kemajuan diri dan masa depannya.

Pada ketika itu, beliau sudah memiliki komputer sendiri yang dibelikan ibunya untuk pengajian di universiti.

Bersama seorang rakan kampung di Kota Bharu, Kelantan, Mohd Zhafran Mohd Ghani, beliau menubuhkan syarikat penyelesaian Internet Flarebiz Network dua tahun lepas.

Mohd Zhafran yang meminati apa saja berkaitan dengan reka bentuk dan pembinaan laman web, menjana pendapatan di Internet dengan membuat servis reka bentuk laman web mini atau mini sites dan e-cover di pasaran domestik dan luar negeri.

TARIK MINAT USAHAWAN

Model perniagaan Flarebiz Network lebih kepada perkhidmatan dan penghasilan produk digital seperti e-book dan servis khas untuk usahawan yang mahu memperbaiki perniagaan mereka menggunakan kuasa Internet.

Bagi tujuan meluaskan jaringan rakan dari kalangan mereka yang berminat berniaga menerusi Internet, mengumpulkan pakar dan sebagainya, Flarebiz Network mengasaskan e-majalah atau Majalah Internet Malaysia untuk mempromosi pemasaran Internet.

Mereka mahu menyedarkan pengguna tentang potensi untuk menjana wang di Internet dengan berusaha menyatukan semua usahawan pemasaran Internet tempatan menulis artikel mengenai bidang perniagaan ini.

E-majalah yang boleh dimuat turun secara percuma itu diperkenal dengan tujuan mendidik pengguna Internet mengenai potensi Internet sebagai medium atau media baru untuk menjana pendapatan.

Adly berkata majalah itu mengandungi artikel-artikel menarik, termasuk ilustrasi kartun yang mendidik pembaca dengan cara dan teknik yang betul untuk menjadikan Internet sebagai sumber pendapatan tanpa melibatkan perkara seperti sistem MLM atau pemasaran multi peringkat, sistem piramid, skim pelaburan Internet, HYIP atau program keuntungan tinggi, sistem derma duit dan tukaran wang asing secara online.

Setakat ini IM dimuat turun oleh kira-kira 20,000 orang.

KE KUALA LUMPUR

Anak bongsu daripada tiga beradik ini mendapat sokongan ibu bapanya walaupun berhenti belajar dalam usia muda tetapi mereka tahu anak mereka mempunyai kecenderungan yang bukan sia-sia.

Bapanya seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar meninggal dunia tahun lepas, tetapi sempat melihat kejayaan Adly melalui bidang yang diceburinya.

Walaupun bisnes Internet boleh berpangkalan di mana-mana, keadaan sekeliling memaksa Adly membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dan membuka pejabat Flarebiz Network yang kini mempunyai enam lagi petugas terdiri daripada anak-anak muda berusia dalam lingkungan 20-an.

Selepas IM berjaya menarik perhatian ramai usahawan, Adly dan rakan kongsinya mahu mencipta sesuatu yang signifikan terutama dalam Bahasa Melayu untuk manfaat usahawan tempatan membawa perniagaan mereka maju setapak lagi.

Mereka bangunkan sistem kedai online - Niagakit - yang dicipta setelah mengenal pasti kelebihan dan kekurangan perisian shopping cart antarabangsa yang tidak sesuai dengan keperluan urus niaga tempatan.

"Kami guna Bahasa Melayu untuk kemudahan peniaga kecil dan peniaga konvensional dengan mengajak mereka daripada berniaga offline kepada online," katanya.

Niagakit, menurutnya, memudahkan usahawan menggunakan medium yang mereka selesa, tidak rumit dan memenuhi keperluan asas mereka.

Adly berbangga kerana kini ramai yang berjaya memanfaatkan sistem yang diperkenal beliau kerana masalah biasa yang dihadapi kebanyakan mereka ialah tidak tahu membina laman web dan kurang mahir dengan perkara teknikal untuk menjual produk di Internet .



PRODUK MALAYSIA

"Niagakit merupakan sistem kedai online khas untuk rakyat Malaysia," dan menurut Adly, beliau dan rakan kongsinya faham apa yang diperlukan oleh seseorang itu untuk menjual produk secara online.

"Dalam dunia perniagaan Internet kini anda memerlukan sebuah sistem kedai online yang benar-benar mantap dan menyediakan pelbagai fungsi menarik yang akan memudahkan kerja seseorang.

"Seseorang itu boleh melakukan semuanya sendiri bermula dengan menyenaraikan produk sehinggalah memproses tempahan tanpa menghadapi sebarang masalah, dan tanpa perlu membazir wang dan masa untuk sistem memilih kedai online yang selaras dengan kehendak pasaran tempatan," katanya.

Sistem ini ditawarkan pada harga RM1,000 tetapi Adly dan rakan kongsi turut menganjurkan bengkel atau seminar mini, mengajar secara mendalam selok belok sistem ini dan perniagaan Internet. Caj yang dikenakan untuk bengkel separuh hari hanya RM10.

"Baru-baru ini semasa saya mengadakan seminar di Johor Bahru, orang Singapura pun turut hadir," katanya bangga.

LAMAN WEB MINI

Flarebiz Network juga mencipta laman web mini, khas untuk menjual produk fizikal atau digital.

Untuk mempromosi produk mereka, Flarebiz Network mengadakan bengkel membina laman web mini yang memberikan panduan kepada peserta bagaimana untuk membina web mini dalam masa yang singkat tanpa perlu mengetahui perkara teknikal, yang sukar.

Biasa yang hadir ialah usahawan muda dan usahawan wanita yang mahu bekerja dari rumah, menjual tudung, pakaian, barang antik dan sebagainya.

Kebanyakan yang menggunakan sistem kedai online ini, menurut Adly ialah golongan berusia 25-40 tahun.

"Kebanyakan mereka bermula dengan bisnes konvensional. Kami ada pangkalan peminat dan yang berjaya akan berkongsi cerita di facebook, dari situ kaki turut memantau perkembangan perniagaan mereka.

"Saya sendiri belajar dan mendapatkan informasi (selain buku) daripada rakan pakar-pakar bisnes ini melalui jaringan Internet juga, berkongsi pengalaman, menggunakan konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya," katanya.

Kini menurut Adly, Flarebiz Network menjana pendapatan dalam lingkungan lima angka setiap bulan dan beliau mengambil gaji sebanyak RM5,000 sebulan.

CABARAN YANG DIHADAPI

Dalam setiap perniagaan sudah tentu ada jatuh bangunnya. Bagi Adly pengalaman pahit beliau ialah, bila pelaburannya mula-mula datang ke Kuala Lumpur membeli mesin mencetak t-shirt berharga RM10,000 daripada seorang kawan, terbengkalai begitu saja.

"Ketika itu saya anggap dunia perniagaan ini kejam, tapi dari situ saya belajar daripada kesilapan.

"Saya bangkit semula atas sokongan rakan-rakan dan pakar, seperti seorang usahawan IT di Kelantan. Kebanyakan mereka saya kenali melalui jaringan di Internet," katanya.

Adly sedar dalan perniagaan Internet dan perkembangan di dalam Internet itu sendiri membuatkan dia tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dibangunkan.

Adly juga percaya budaya membeli-belah secara online yang menjadi trend di banyak negara akan menjadi amalan di negara ini suatu hari nanti.

Maka itu beliau agresif menjaja Niagakit, mengadakan seminar mengenai penggunaannya dan memberi penerangan kepada usahawan lain.

Beliau memegang kata-kata pengasas Microsoft dan hartawan Bill Gates: "Dalam abad 21 ini kalau bisnes tiada dalam online, ia bukan bisnes."- BERNAMA

Untuk review laman web niagakit tersebut, bolehlah klik pada banner yang ana sediakan di bahagian tengah blog ana. Sekian sahaja untuk kali ini, semoga beroleh manfaat.

Wassalam.

Friday, April 16, 2010

Keldai zaman modeN,Kami kah atau dia Yang Rugi



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lamenya rasa ana tak post ape2 entry kat sini,bukan ape pon,cume ana kadang-kadang tiada masa untuk memikirkan perkara baru. So untuk entry kali ini ana ingin berbicara tentang kisah keldai zaman moden. Bukan tujuan menegur, menghina atau mengutuk sesiapa, tetapi sebagai pengajaran kepada orang lain termasuk ana sendiri yang serba kekurangan dan hina di sisiNya. Mungkin perumpaan ‘keldai moden’ itu keterlaluan, tetapi tidaklah ana sendiri menamakannya melainkan di beri nama sendiri oleh kawan arwah abah ana.

Cerita teaternya begini, pada suatu malam ana berkunjung ke rumah kawan ana setelah bertemu dengannya di simpang jalan. Di situ kami rancak berbicara tentang kisah masing-masing, dan termasuklah perihal job@kerja kami. Disitu si O (bukan nama sebenar) meluahkan tentang kesusahannya menampung perbelanjaan keluarganya dengan gajinya yang tidak sampai RM 1K, nisbahnya dia terpaksa melakukan kerja lain untuk cover belanjanya, kirenya side job la nih. Diceritakannya bahawa dia ni boleh melakukan pelbagai kerja servis, ana very impressed mase kat situ.



So atas dasar sahabat seIslam, ana dan saudara ana offer kepadanya untuk membantunya berhenti dari kerja lamanya dan menumpukan sepenuhnya dalam mengeploitasi kebolehannya dalam menjana rezeki. Ana offer untuk mengiklan di internet kerana pasarannya luas dan permintaan yang tinggi terhadap servis dan kemahiran. So masa merangka strategi, dia beritahu bahawa dia boleh melakukan 6 jenis pekerjaan, siap bagi jaminan bahawa dia memang pakar.

Ana mengiklankan perkhidmatannya di internet dan hasilnya kawan ana dapat bermacam-macam offer sampai dia pon pening2 lalat melayan panggilan sehingga meminta bantuan ana. Semasa berjumpa, macam2 job yang dia dapat, dan dia menawarkan ana untuk membantunya. Katanya dia akan bagi gaji dan kerja ana adalah menguruskan job supaya lancar dari segi logistik dan operasi. Sedangkan katanya dia akan rileks di rumah untuk menunggu order dari pelanggan. Wah, ana berfikir,”Aik,aku yang offer dia opportunity, tetibe dia nak goyang kaki dan aku plak yang jadi pekerja”.



Tapi ana tidak bersetuju dan tidak juga menolak, ana Cuma cakap kalau dia memerlukan bantuan, InsyaAllah ana akan bantu. Alasannya simple sahaja, dia terlalu sibuk dengan pekerjaannya yang lama dan tiada masa untuk memenuhi permintaan customer (Herm,bukankah ana tolong dia supaya dia berhenti kerja dan mencari pendapatan yang lebih baik??). Masa tu jugak ana berpesan supaya job yang dia dapat, biar dia yang runding sendiri dan jangan bagi sub kpd orang lain.

Selang seli beberapa hari, dia mintak tolong saudara ana untuk cari pekerja dan buat servis di suatu tempat, sangkaan ana bahawa dia turut serta, tetapi meleset, alasannya dia tak boleh tinggal job dia. So pergilah saudara ana buat kerjanya, dan maghribnya dia datang, memberi upah dan sempat bercerita bahawa dia baru dapat RM1500 setelah sub projek bernilai puluhan ribu ringgit kepada orang lain, masa tu betapa keciwanya ana kerana tiada langsung dia mengambil nasihat ana dan tiada langsung wajah bersalah (memang dia pandai berjanji,huhu). Dan selepas itu dia memberi si O lagi kepada saudara ana, tetap dengan alasan yang sama.

Pulangnya saudara ana, dia mengeluh, kerana katanya si O tidak buat kerja pon tetapi mengambil keuntungan yang lebih dan pendapatan yang terbaru pon dia pegang, dah duit minyak tak bagi, duit pekerja pon saudara ana yang dahulukan. Saudara ana sms si O supaya memberi bakinya, tetapi tiada balasan. Lebih kurang 3 hari selepas itu baru ada balasan, ajak ke rumahnya ambil duit. Ni memang betul2 gaya bos. So ana cakap kepada saudara ana,”Sudahlah,biar sahaja duit tu. Cukuplah kita sudah terkena, jangan kita menjadi ‘keldai’ si O ni, yang hanya menurut kemahuannya saja”. So, kami ambil langkah berdiam diri, tobat dah lepas nih memang dah tak nak buat bisnes dengan die, untungnya hanya letih dan perasaan tidak puas hati.

Jadi setelah mendapat pengalaman berharga ini, semoga kita lebih berhati-hati memilih rakan kongsi, biarlah semua pihak yang memuaskan hati semua yang terlibat. Janganlah hanya seorang yang bongkak memberi arahan dan alasan sedangkan yang lainnya hanya menurut tanpa menegakkan hak kita sendiri. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.



Teringat kata2 kawan arwah abah dahulu sewaktu ana masih menuntut di universiti,”Apabila kamu sudah habis belajar dan memulakan pekerjaan, masa itu kamu akan nampak realiti dunia yang sebenar, ada yang menjadi keldai, ada yang tuan”.Tanya ana,”Apakah maksud keldai dan si tuan?”. Sambungnya,”Keldai tu adalah orang yang dipergunakan oleh orang lain untuk kepentingan peribadi dan material orang tersebut sedangkan si Keldai ini tiada mendapat nama, yang hanya didapatinya ialah hamburan janji2 manis berupa belanja makan, share keuntungan dan macam2 lagi. Sedangkan si tuan pula bukan bos yang menggaji si keldai, tetapi dia ialah orang yang mengarahkan si keldai membuat kerja dan member berbagai jaminan dan janji, tetapi selepas kerja di selesaikan, habuk habuan kepada si keldai pon tiada, sedangkan dia mendapat nama dan pangkat. Kalau kamu bertemu orang seperti ini, tinggalkan dia kerana tiada untungnya bekerja bersamanya”.(Lebih kurang percakapannya)

Maafkan ana kawanku, bukan bermaksud ana memutuskan silaraturrahim antara kita, tetapi bermaksud ana memutuskan ikatan perkongsian perniagaan yang dirancang dahulu. Kerana kamu gagal meyakinkan ana dari segi komitmen dan tanggungjawab. Biarlah kita terus berkawan dan semoga peristiwa ini tidak menjadi pemutus silaturrahim antara kita, Amin….

Sekian sahaja dari ana,
Wassalam.

Monday, March 29, 2010

Perniagaan itu Duniaku...Susahnya berniaga dengan orang yang mengamalkan prinsip yahudi laknatullaH


Assalamualaikum,

"Adapun sebahagian daripada isi neraka Wail di akhirat kelak adalah terdiri daripada peniaga yang menipu atau mengurangi timbangan." (Hadis riwayat Muslim)

Sekadar nukilan pendek dari ana. Mungkin tajuk ini keterlaluan, tetapi bila kita sendiri yang terkena pasti jua kita tiada tahan akannya. Lagi-lagi apabila perkara tersebut diulang-ulang dan terus berulang oleh golongan yang sama. Mungkin agama mereka berlainan dengan ana, tetapi tiadakah mereka cuba untuk berlaku jujur dalam berniaga untuk menjaga hati ana selaku katanya rakan joint venturenya?? Sebaliknya terus menerus cuba melakukan pembohongan dengan tiada mahu memohon maaf atas kesilapan dan hanya memikirkan keuntungan dari pihak mereka sahaja. Jika berterusan begini, tiada maaf bagi mereka yang cuba memperkecilkan peranan ana. Mungkin mereka fikir di pihak ana ini budak hingusan semata-mata dan tiada pengalaman. Tetapi tiadalah guna ana belajar tinggi-tinggi hanya untuk menutup mata apabila mereka melakukan pembohongan tersebut.

Mungkin kalu dulu kita ada baca dari mana-mana buku islamik yang cerita perihal kedaifan dan kesombongan orang yahudi ni, termasuk la dalam perihal berniaga. Mereka ni terkenal dengan suka mengurangkan timbangan dan pengamalan riba sehingga dimurkai Alah SWT. Mereka ini memang dijanjikan kehinaan dan kemiskinan (dalam sikap dan perangai) biarpon sekaya mana sekalipun, kerana cahaya kehinaan tersebut telah di cop terus ke muka mereka ini sejak dari zaman Nabi Musa lagi. PErihal ini nampaknya sudah berjangkit dengan sebahagian golongan di negara kita ini walaupon modus operandinya berbeza. Apa yang berlaku kepada ana ialah penipuan dari segi kiraan, golongan peniaga yang kurang ajar ini telah mengurangkan kiraan untuk mengurangkan kos yang terpaksa di bayar kepada ana. Contohnya kiraan keluaran rumput dari kawasan sewaan ana kelmarin ialah 1700 sqf, tetapi mereka menipu dengan menulisnya hanya 1300 sqf sahaja(banyaknye kurang),dan kiraan hari ini pula dikurangkan sebanyak 200 sqf lagi. Betapa jahatnya cara mereka berniaga dan tiada kejujuran langsung. Nasib baik la ana ada mata-mata juga dalam pekerja mereka dan melaporkan hal yang sebenar. Lawan tetap lawan dan ana telah menyuruh mereka membuat checking terhadap kiraan yang short itu semula.



Alangkah sakitnya hati ini apabila diperlakukan demikian, harap selepas ini perkara ini akan jadi lebih baik walaupun hati ana berasakan mereka ini tiada pernah seriknya. Kerana perkara ini telah dilakukan sejak zaman arwah ayah ana lagi. Tetapi seperti ana katakan tadi, LAWAN TETAP LAWAN, yang HAK TETAP HAK.

Sekian dimaklumkan,
wassalam.

Sekadar renugan.
Pernah seorang bertanya kepada Nabi SAW: "Saya ke pasar membeli buah, tetapi selepas cukup timbangannya tiba-tiba kelihatan sang peniaga itu dengan sengaja menyisihkan sebiji buah itu daripada bungkusannya, maka benarkah peniaga itu beruntung ya Rasulullah?

Lalu menjawab Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya peniaga itu tidaklah mendapat apa-apa untung, sebaliknya tukaran daripada sebiji buah disisihkannya itu ialah bahang kepanasan api neraka."

Dalam sebuah hadis lain Nabi Muhammad SAW bersabda: "Pedagang dan peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak dengan menanggung beraneka kesalahan, melainkan peniaga yang bertakwa, jujur serta ikhlas dalam perniagaannya akan dilapangkan jalan ke syurga."

Sunday, March 21, 2010

Pertanian aDalaH perNiagaaN (Siri 3-Jagung oh Jagungan)



Assalamualaikum,

Pada hari isnin 22/03/2010 ini ana ingin berbicara tentang pertanian dan perniagaan plak. Dalam kita meniti hari-hari yg kian dewasa disamping semakin uzurnya tubuh kita, kita di bebani oleh berbagai jenis serangan penyakit dan bala yang semakin hari semakin bertambah. Tetapi harus di beri ingatan kepada kita dan orang di sekeliling kita supaya bersabar dalam menghadapi ujianNya dan sentiasa melakukan arahanNya semoga kita bersama-sama terhindar dari bala tersebut. Tiadalah Allah menurunkan bala penyakit dan wabak-wabak tanpa ada penawarnya, bergantung kepada rahmat Allah samada mempertemukan kita dengan penawarnya atau tidak.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali". (HR At-Tarmizi dan Ad-Darimi)



Untuk post kali ni mari kita berbicara tentang jagung dan khasiatnya. Mungkin kita selama ni memandang jagung hanya sebagai makanan di kala lapar dan mengisi perut, lagi2 seperti jagung bakar yg di jual di pasar malam. Tapi sedarkah kita dalam jagung itu sendiri malah kulit dan toncangnya (bulu jagung) mempunyai khasiat yang tersendiri. Nama lain bagi jagung adalah Zae Gramineae mempunyai pelbagai khasiat seperti protein, vitamin B, fosforus dan zat besi. Banyak memakan jagung boleh meningkatkan ketahanan badan, menurunkan tekanan badan dan gula dalam badan, melancarkan pengedaran darah dan melawaskan air kecil. Berbanding buah jagung itu sendiri, bulu dan kulit jagung itu sendiri boleh memberi khasiat kepada si pengguna di mana kulit jagung itu sendiri membantu melawaskan air kecil.

Manakala khasiat bulu jagung pula turut melawaskan air kecil disamping menguatkan hati dan menurunkan tekanan darah. Bagaimana cara penyediaan kulit dan bulu jagung ini?? Kita boleh merebusnya dengan 2 gelas air kosong+ 1 mangkuk bulu jagung. Then biarkan air mendidih sehingga kuantiti air tinggal 1 gelas. Selepas itu tapis rebusan tadi dan rebuslah airnya sebagai minuman sambil membaca Bismillah, insyaAllah di permudahkan olehNya dengan amalkan meminumnya 2 kali sehari. Kepada yang mempunyai masalah kudis atau luka, tumbuk kulit dan bulu jagung tersebut dan lumurkan pada tempat yg bermasalah, insyaAllah menjadi sembuh. Ada juga pendapat jika selalu di amalkan meminum air rebusannya akan dapat memecahkan batu karang dalam pundi kencing.



So bagaimana andai kita semua mencubenya. Tiada yang rugi (selain kos membelinya) bahkan kita akan mendapat kebaikan dan khasiat yang berlipat kali ganda darinya. Ape yang bole diniagakan?? Selama ni kita hanya dengar produk misai kucing yang popular untuk melawaskan air kecil dan memecahkan karang, so sebagai produk yang belum diterokai bagaimana kita cube memasarkannya sebagai minuman kesihatan pula? Bahan-bahannya boleh diproses menjadi seperti uncang teh dan dibuat minuman harian=) Dan kepada penjual jagung rebus dan jagung bakar, bagaimana jika anda disamping menjual produk jagung tersebut, anda jual sekali dengan air rebusan jagung ini, disamping menghulangkan dahaga boleh juga memberi khasiat kepada pengguna.

Sekian dahulu dari saya.
Wassalam...

Wednesday, March 17, 2010

Alangkah Indah Hidup Ini, Rezeki KetentuanNya



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Rezeki, itulah perkataan yang banyak mempengaruhi fikiran kita. Persoalannya timbul tentang bagaimana mencari rezeki dan bagaimana hendak berusaha ke arahnya. Tetapi sedarkah kita bahawa sebelum kita dilahirkan ke dunia, telah ditetapkan Allah kepada hambanya 4 perkara iaitu rezekinya, amalannya, umurnya dan bahagia atau menderita. Setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri, dan bergantung kepada kefahaman dan kebijaksanaan kita untuk menilainya. Bernasib baik atau kurang bernasib baik, semuanya adalah ujian Allah SWT dalam menguji hambaNya.

"Kemudian setelah selesai mengerjakan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam semua keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)." (Surah al-Jumu'ah,10)



Dalam kita memerah keringat mencari rezeki, terfikirkah kita tentang cara-cara lain untuk menarik rezeki selain dari hanya bekerja dan terus bekerja. Ana baru membaca tentang rahsia untuk murah rezeki dari buku bertajuk 101 Petua Murah Rezeki & Jauhi Hutang karangan Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed dan Mahfuzah Omar. Terdapat banyak petua yg disampaikan di dalamnya berkaitan pencarian rezeki berlandaskan konsep yang dituntut oleh Islam. Ini termasuklah petua-petua kepada pemiutang dan cara2 memudahkan membayar hutang disertai dengan doa2nya. InsyaAllah isi kandungan buku ini akan banyak memberi panduan dan hikmah kepada pembacanya.



Nabi s.a.w."Wahai manusia, beribadahlah kepada-Ku dengan sebenarnya, nescaya akan Kupenuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku menjadikan kamu tidak berharap pada orang lain, sebaliknya jika engkau tidak melakukannya Aku akan penuhi hatimu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menghalangmu daripada menjadi fakir."(HR Ahmad,Ibn Majah dan al-Tirmizi)



Sekadar renungan di sini, ana akan menaip secara ringkas petua murah rezeki ini, tetapi untuk huraian yang lebih nyata dan jitu, pembaca mestilah merujuk kepada buku tersebut, ini hanyalah sekadar ringkasan dari ana. Antara petua-petua dimurahkan rezeki oleh Allah SWT yang disebutkan dalam buku ini ialah;
1)Beristighfar dan bertaubat
2)Bertakwa kepada Allah
3)Sentiasa mengingati Allah
4)Bertawakal kepada Allah selepas berusaha
5)Beribadah kepada Allah dengan sebenar-benarnya
6)Mengerjakan Haji dan Umrah
7)Menjalin silaturrahim(networking)
8)Bersedekah secara istiqamah
9)Membantu penuntut ilmu
10)Membantu golongan yang miskin
11)Berhijrah untuk mencari pendapatan di tempat lain
12)Memperbanyakkan doa
13)Bersyukur atas nikmat
14)Bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan yang harus
15)Melibatkan diri dalam perniagaan

Kenapa ana highlight yang no 15 tu ye,erm,tepuk dada tanya selera la ye, nak hurai pon takut berjela-jela pulak panjangnya. Seperti petikan dari tulisan Dr Irfan Khairi, semua impian kita or target kita bermula dengan keiginan, adakah kita betul-betul inginkan sesuatu? Keiginan kita inilah yang akan menaikkan semangat kita dan memotivasikan kita secara automatik. So langkah yang diajar Dr IK ialah setiasa tulis dan tulis dan tulis lagi matlamat dan target kita walau dimana dan ketika mana kita berada, kerana melalui kaedah ini dapat memberi peringatan kepada kita dan meningkatkan motivasi kita yang kadang2 akan menurun apabila melalui suatu ketika.



So bagaimana dengan perihal hutang,si pemberi hutang dan pemiutang?? InsyaAllah ana akan post pada sesi post yang lain untuk dikongsikan bersama. Sekian dulu dari ana.

Wassalam...

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (hingga aku terhindar) daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu, (hingga aku tidak minta) kepada selain-Mu." (HR al-Tirmizi dan Ahmad)

Tuesday, March 16, 2010

Bilal Kecil Bab 2 (Etika Perniagaan Dalam Islam)


Assalamualaikum,

Semoga kita semua dilimpahi dengan rahmat dariNya berkat dari keikhlasan hati untuk beribadat kepada Allah SWT. Dalam kita menempuhi hidup sebagai seorang hamba Allah yang kerdil, sentiasalah kita memohon diberikan keikhlasan dan hidayah dariNya kerana hanya Dia sahaja yang berkuasa kepada siapa diberikan olehNya hidayah. Untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, sentiasalah melakukan kunjungan ke rumahNya yang sentiasa terbuka dan menerima tamuNya tanpa ada jemu dan buruk sangka. Damaikanlah rumahNya dengan majlis-majlis ilmu dan membaca Al-Quran, insyaAllah akan sentiasa kita dalam perlindungan dan rahmat dari Allah SWT.

"Barang siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Dan sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana puas dengan apa yang diperbuatnya."(HR Abu Daud dan al-Tirmizi)



Perniagaan mengandungi banyak cabangnya, dari cabang pertanian hinggalah yang canggih manggih seperti industri dan teknologi maklumat. Tidak dinafikan bahawa berniaga adalah salah satu kegiatan yang dihalalkan dalam Islam. Namun begitu, yang dihalalkan adalah perniagaan yang menepati syarak dan kehendak Islam manakala yang berbentuk riba dan penindasan adalah diharamkan oleh Islam. Untuk tidak terjerumus ke dalam perniagaan yang diharamkan, maka moleklah seandainya kita mengambil tahu bagaimana perniagaan yang menurut syariat agar kesuciannya terjaga dan kita terhindar dari perkara yang di larang oleh Allah SWT.



Dari segi konsep, berniaga adalah salah satu bentuk muamalah yang disyariatkan Islam. Dari segi bahasa ia bermaksud berdagang dan berjual beli, manakala dari syariat ia diertikan sebagai pertukaran harta dengan harta, dengan syarat2 tertentu. Harta yang dimaksudkan ialah semua jenis barang yang bernilai di sisi syariat. Antara aktiviti perniagaan yang menurut Islam ialah:
1)Jual beli (al-Bai)
2)Sewa (al-Ijarah)
3)Saham (al-Mudharabah)
4)Gadaian (al-Rahn)
5)Syarikat (al-Syarikat)
6)Insurans (al-Takaful)
7)Hutang (al-Qaradh)



Islam tiada melarang penganutnya berniaga bahkan menggalakkan mereka keluar mencari rezeki dari sumber yang halal. Rasulullah SAW sendiri pernah menjadi wakil perniagaan Khadijah binti Khuwailid r.a. ke negeri Syam. Terdapat juga para sahabat yang terkenal sebagai ahli perniagaan yang berjaya bahkan berupaya memecah monopoli kaum yahudi sewaktu di Madinah seperti Abdul Rahman bin Auf r.a. Islam amat menggalakkan dan menganjurkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan untuk kepentingan dan hubungan baik sesama manusia.



Hayatilah kandungan doa ini untuk sekadar renungan;

"Ya Allah,cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (hingga aku terhindar) daripada perkara yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu (hingga aku tidak minta) kepada selain-Mu" (Doa beroleh harta halal dan mudah membayar hutang)

Sekian, Wassalam...

Tuesday, February 23, 2010

Pertanian Adalah Perniagaan (Siri 2-Tanam Cili)




Assalamualaikum....

Pada post kali ini ana akan bercerita tentang pertanian plak sekali lagi. Sering kali kita memandang remeh kepada petani-petani yang mengusahakan tanaman padi, getah dan lain2 kerana kita menilai mereka dari sudut luaran sahaja. Mereka ini bila ke kebun, mereka pakai pakaian selekeh sahaja, tak de yang pakai tali leher, kemeja atau seluar jeans. Andai ada la petani yang berbuat demikian, nescaya kena cop orang gila pada sesiapa yang memandang. Tapi sedarkah kita pendapatan mereka bila tiba musimnya, musim menuai padi contohnya, berapa ribu RM diorang dapat dari hasil titik peluh diorang.

Tu sebagai pembuka kata sahaja, yang ana nak bincangkan di sini ialah berkaitan perkongsian ilmu dalam bab menanam pokok cili. Ana pon bukan pandai sangat pon nak bercerita pasal cili nih, yang ana tanam pon ada la dalam 20-30 pokok aje. Tapi masyuk tau buat cili nih, kalau ana tengok pasaran la, anak pokok cili yang baru matang pon berharga RM 4-5 sepokok, bayangkan yang kecik2 macam tu pon dah bole tolak kat pembeli dengan harga tu, padahal cili tu datangnya dari biji yang selalu kita telan tu. Tu hanya jual pokok baru, kalau jual buahnya pon banyak untung jugak. Pokok cili akan menghasilkan buah selepas 4-5 bulan di tanam dan 1 pokok cili dapat mengeluarkan 500g buah untuk tempoh 8-9 bulan.

Untuk cara penanamannya pulak, jika tanam dalam pasu, gunakan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah sehingga kadar 5 cm(2 inci) dari permukaan pasu. Untuk menyediakan anak benih, kotak semaian mesti di isi dengan tanah campuran dengan kadar yang sama seperti penyedian tanah dalam pasu di atas (3:1:1). Semai 5g biji benih secara barisan dan tutup biji benih dengan lapisan tanah nipis. Jarak semaian ialah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok. Siram dengan penyembur halus sebanyak 2 kali sehari dan kotak semaian mesti dilindungi dari cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Anak benih boleh dipindahkan ke pasu atau ladang selepas 6 minggu dalam kotak semaian. Sebelum di ubah, dedahkan anak benih kepada cahaya selama 3-4 hari sebelum dipindahkan untuk mengeraskannya.

Cara penjagaan pokok; untuk proses siraman, siram pokok di awalpagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan. Manakala untuk proses membaja pokok dalam pasu pula, taburkan 1 sudu teh atau 5 g baja NPK Blue Spesial (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

Sekian sahaja untuk post kali ini. Sampai ketemu lagi dan selamat mencuba.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali". (HR At-Tarmizi dan Ad-Darimi)

Wednesday, February 17, 2010

Pertanian Adalah Perniagaan (Siri 1)




Rasenya sudah lama kita tak dengar ungkapan ni diucapkan.Selalunya pada zaman Pak Lah dulu ungkapan ni memang popular dengan visi beliau yang melihat kepada pertanian sebagai salah satu penyumbang kepada ekonomi negara.So banyak la program pada zaman beliau yang berasaskan kpd usahawan tani seperti MIHAS dan Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (MAHA).

Firman Allah SWT dalam surah Al-Mulk ayat 15:
Yang bermaksud: " Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaan-Nya )".

Berdasarkan firman Allah SWT di atas jelas kpd kita bahawa nikmat dan rezeki kepada kita ada di mana,dan bergantung kpd kita bagaimana memanfaatkan kurniaan yg Allah kurniakan.Mungkin ramai antara kita yang tak nampak di mana potensi sebenar pertanian ni untuk dijadikan sumber pertanian kita.Tapi macam yang ana lihat dan perhati sendiri,potensinya cukup luas,contohnya dengan apa yang ana lihat seorg auntie cina di tempat ana di Sungai Buloh yang boleh jana pendapatan lebih kurang RM 4000 sehari hanya dengan menjual anak2 pokok buah dan bunga.Tidakkah kita takjub dgn kemahiran auntie ni dalam berniaga(umurnya lebih kurang umur arwah bapa ana dlm 58-60 tahun) yang berasaskan bertani.ana tgk strategi auntie ni memang biasa tapi effien,hingga die sudah tak perlu sebok2 mencari customer,tp customer sendiri yg datang cari dia.

Kadang2 ramai antara kita yang takut hendak memulakan perniagaan dalam bidang pertanian ni,banyak alasan yang bole di beri,antaranya modal tak cukup la,tak de kemahiran dan ilmu la,kurang keyakinan dan macam2 lagi.Semuanya bak kata org tua2,tepuk dada tanya selera.Ilmu boleh di cari,bergantung kpd kemampuan dan kemahiran kita dlm mencari dan mengembangkannya.DI MANA ADA KEMAHUAN,DI SITU ADA JALAN.Bukan sahaja kita dapat kemahiran dan pengalaman dalam menuntut ilmu,bahkan kita juga menuju ke jalan yg diredhaiNya.

Menurut Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke- 9, menyatakan menjelang tahun 2010, Malaysia dijangka mengeksport hasil pertanian bernilai RM72 bilion setahun. Berdasarkan aktiviti pertanian adalah fardhu kifayah, maka sikap membazir atau membiarkan tanah tanpa diusahakan dalam keadaan kegawatan ekonomi perlu diubah. Sesungguhnya perbuatan sedemikian amat dimurkai Allah SWT kerana seolah-olah tidak mensyukuri nikmat yang diberikan.Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:
“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.(Hadith Riwayat Abu Daud)
Jadi kepada sesiapa yg mempunyai keiginan menceburi bidang pertanian ni,teruskan kerana niat anda adalah murni.Kepada yang belom terbuka hati untuk menceburi bidang ni,teruskan menuntut ilmu dalam bidang keusahawanan yang lain,InsayaAllah usaha kita sama2 diberkati olehNya.Ingatlah wahai saudaraku,9/10 sumber rezeki adalah dari perniagaan.
"Memberi makanan kepada minda dengan meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan lebih besar makna dan fungsinya ke arah menaikkan tamadun dan peradaban manusia daripada memberi makanan kepada tubuh badan semata2"(Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah)