Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Saturday, June 26, 2010

Info: Amalan sunat semasa gerhana


Assalamualaikum,

Sempena gerhana bulan pada malam ini, marilah kita berkongsi ilmu tentang amalan-amalan sunat yang dianjurkan Rasulullah SAW. Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan darinya.

Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:

Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.

Berzikir dan beristighfar. Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.

Berlindung daripada azab kubur. Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”



Bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”

Memerdekakan hamba. Asma’ ra berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “

Inilah sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.

Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat.



Sumber: ekhutbah.wordpress.com

Info: Khutbah Gerhana Bulan

Khutbah Pertama


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ


MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata’ala di dunia dan di akhirat.


Muslimin / muslimat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 38 – 40 surah Yaasiin:

وَآيَةٌ لَهُمُ اللَّيْلُ نَسْلَخُ مِنْهُ النَّهَارَ فَإِذَا هُمْ مُظْلِمُونَ وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ ۚ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

Maksudnya : Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing

Kita baru sahaja menyaksikan kejadian gerhana matahari pada bulan lepas dan pada malam ini pula kita dapat sama-sama saksikan bagaimana kejadian gerhana bulan. Kejadian ini mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata’ala jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang.

Pergerakan matahari dan bulan yang teratur dan tetap juga dapat digunakan oleh manusia untuk dijadikan kalendar tahunan samada berdasarkan pergerakan matahari bagi kalendar Masihi dan mengikut peredaran bulan bagi taqwim Hijrah. Oleh itu setiap kejadian yang berlaku termasuk gerhana bulan pada malam ini adalah untuk mengetuk hati kita agar bersyukur dan mengingati Allah sepanjang masa dan tempat. Kita sentiasa diminta agar berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah dalam mengenali sifat-sifat Allah dan juga mengakui diri kita sebagai hamba yang serba lemah


Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim ayat 33:

سَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

“Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.”


Kejadian gerhana bulan dan matahari menunjukkan kepada kita bagaimana kedua kejadian ini walau pun hebat tetapi berada arahan dan perintah Allah. Walau bagaimana pun hebat dan kuat sesuatu kejadian Allah namun ia mempunyai kelemahan di mana kehebatan dan kekuatan yang tidak akan kurang walaun sedikit hanya milik Allah. Betapa malangnya sekira ada umat manusia yang menjadikan bulan, matahari dan sesuatu selain Allah sebagai tuhan yang disembah akibat terpesona dengan kehebatannya yang tidak seberapa sehingga mereka gagal memahami bahawa adanya kuasa yang lebih hebat yang menciptakan setiap sesuatu yang mereka kagumi selama ini iaitu Allah. Begitu juga lahirnya ramai manusia yang hanya merasa bagaimana hebatnya pergerakan bulan, matahari dan segala cakerawala yang lain di atas landasan orbitnya tanpa berlakunya perlanggaran antara satu sama lain tetapi golongan ini gagal menjejaki tentang adanya Allah yang mengatur segala pergerakan tersebut. Inilah antara kelemahan akal manusia yang terbatas had kemampuannya di mana tanpa panduan agama maka manusia tidak mampu mengenali Allah Tuhan Pencipta walau pun terlalu kagum dengan alam ciptaanNya.


Muslimin / muslimat yang dihormati sekalian,

Kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan sebaliknya ia menunjukkan antara kehebatan dan kekuasaan Allah. Kejadian gerhana juga bukanlan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran Rasulullah s.a.w terhadap para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim lalu sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم (رواه البخاري ومسلم)


Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu maka berdoalah kepada Allah, dirikanlah sembahyang sehingga hilangnya tanda gerhana daripada kamu


Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,

Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

[ إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته ، فإذا رأيتم ذلك فادعوا الله وكبروا، وصلوا ، وتصدقوا …… ( البخاري )


Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala di mana kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana itu maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, dirikanlah sembahyang dan bersedekahlah……

Di samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 190 – 191:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka.”


Muslimin / mat yang dikasihi sekalian,

Pernah suatu masa Rasulullah s.a.w terus melakukan solat sunat apabila berlakunya gerhana dengan bacaan yang panjang dalam kedaan seolah-olah seperti akan berlaku qiamat. Ini semua mengajar kita semua agar sentiasa ingat kepada hari kematian kita serta hari qiamat yang begitu dahsyat dengan kehancuran langit dan bumi termasuk bulan dan matahari. Peringatan ini sewajarnya kita perbanyakkan terutama bila berlakunya gerhana sebagaimana malam ini.

فرمان الله دالم أية 6 – 12 سورة القيامة :

يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ وَخَسَفَ الْقَمَرُ وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ
يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ كَلَّا لَا وَزَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ

Maksudnya : Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



Khutbah Kedua

الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى خَلَقَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالقَمَرَ نُوْرًا , وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ



Firman Allah dalam ayat 5 -6 surah Yunus :

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَّقُونَ



Maksudnya : Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.

إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

اللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ رَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ


Perhatian :
Ada ulama’ seperti Syeikh Ali Syabramallisi yang berpendapat bahawa dibacakan istighfar sebagaimana Khutbah Sunat Istisqa’ (Minta hujan) iaitu :

اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اله اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ


9 kali pada awal khutbah pertama dan 7 kali pada awal khutbah yang kedua

( Kitab Kasyfu al-Litham jilid 1 )

Sumber: ekhutbah.wordpress.com

Friday, June 25, 2010

Info: Gerhana Bulan Separa Hari Ini (Sabtu,26.06.2010)


KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara jam 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.

Gerhana bulan itu akan bermula 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.
Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di sini hari ini.
Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku 1 Januari lalu.


ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari jam 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium. – BERNAMA

Tuesday, June 22, 2010

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 3:Waktu Mustajab Berdoa)





Assalamualaikum,
Selamat sejahtera kepada kalian dan semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT. Sesudah lama berehat (bercuti), tibalah masanya untuk ana mengantarkan sebuah entry baru setelah lama tidak menaip. Untuk kali ini kita akan menyambung tentang perkongsian doa. Semoga kita semua beroleh manfaat dan sesuatu yang berguna daripanya.Menurut Ibn 'Atha, doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah SWT. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawadduk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan waktu yang dimakbulkan, iaitu;

>> Berdoa sewaktu hujan turun. Sabda Nabi SAW: "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu; sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun." (HR Abu Dawud)

>> Ketika hendak solat.

>>
Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam. Sabda Nabi SAW: "Allah SWT turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata: 'Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kukabulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?'" (HR Bukhari dan Muslim)

>> Waktu di antara azan dan iqamah. Sabda Nabi SAW: "Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah." (HR al-Tirmizi)

>> Ketika sujud dalam solat. Sabda Nabi SAW: "Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdoa." (HR Muslim)

>>
Selesai solat fardu. Sabda Nabi SAW ketika ditanya tentang mestajab doa: "Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu." (HR al-Tirmizi)>> Ketika berpuasa. Sabda Nabi SAW: "Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah, doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir." (HR al-Baihaqi)

>> Malam al-Qadar. Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadan. Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir.

Aishah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: "Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar, apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah SAW: 'Sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Kamu sukakan kemaafan. Jesteru, maafkanlah aku.'" (HR al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Naza'ie)

Sekian sahaja dari ana, insyaAllah ada sambungannya pada entry yang akan datang. Semoga kita semua dapat beramal dengannya dan beroleh manfaat dari coretan di sini.

Wassalam.

Sumber: 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran

**Kuliah pada maghrib tadi oleh Ustaz Hj. Ahmad Bukhari ada menyatakan bahawa pada hari Jumaat ada suatu yang doa akan dimakbulkan Allah SWT. terdapat perbezaan pendapat antara Ulama, dan antaranya ialah sewaktu khatib sedang naik ke atas mimbar, sebelum dia memberi salam kepada jemaah. Wallahu'alam.
Kepada yang masih belum membaca entry sebelum ini, bolehlah klik pada link di bawah ini:-
1) Siri 1: Suatu Permulaan
2) Siri 2.1: Adab Berdoa
3) Siri 2.2: Adab Berdoa
4) Siri 2.3: Adab Berdoa

Untuk mendapatkan buku ini, layari www.stormreaders.net/MdTaib

Wednesday, June 16, 2010

My Zone: Syair Titipan Buat Teman


Ya Sodiqi.
sedarlah kita adalah penyambung dakwah Nubuwwat,
generasi yang dilahirkan untuk menegakkan kalimah "Lailahaillallah",
kita adalah umat terpilih untuk memperjuangkan Dinul Islam,
meneruskan perjuangan para sahabat dan Rasul junjungan,
dalam menegakkan agama Allah yang diredhai.

Wahai Rajul penegak Islami.
Hentikanlah kelalaian dalam mengharungi arus duniawi.
selamilah dirimu mencari kekuatan hakiki,
demi Islam yang dicintai.
Harumi jiwamu dengan tarbiah Islami,
agar hatimu sekental Umar Al-Khattab,Hamzah 'Asadullah dan Salahuddin Al-Ayubi,
tidak gentar berjuang di jalan Ilahi.

Duhai akhawat mukminah sejati,
inginku ingatkan kita adalah sayap kiri perjuangan lelaki sejati.
Kelembutan dan keindahan akhlakmu penghias peribadi.
Tuturmu berhikmah penuh teliti,
menjadi dambaan syabab pilihan Ilahi.
Pagari dirimu dengan syariat Islami.
Jadilah mawar berduri yang sukar dipetik lelaki,
agar mereka mengerti dirimu sukar dimiliki,
tanpa iman yang teguh di hati.

Wahai sahabat pendukung agama Allah,
hubungkanlah hatimu dengan ukhuwahfillah,
agar jiwa ini dekat dengan Illahi.
Tabahkan hati menempuh cubaan duniawi,
semoga syurga tempat pertemuan abadi.

Sumber: I Luv Islam dot com
pedamba syahid
editor : IskethaykaL


Friday, June 11, 2010

Info: Imam Muda 2010 Episod 3



Assalamualaikum,

Selamat sejahtera dan semoga kita semua sentiasa diberkati Allah SWT. Pada kali ini ingin menyampaikan sedikit review tentang rancangan Imam Muda 2010 episod 3 yang lepas (Jumaat 11/6/10, 9mlm). Pada minggu yang lepas, para peserta telah diberikan tugasan praktikal iaitu berkomunikasi dengan kanak-kanak. Ini kerana, penyampaian dakwah tidak hanya berlaku ke atas orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak juga perlu di beri perhatian, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tugasan ini juga akan menguji kepintaran para ustaz yang menyertai imam muda dalam mempelbagaikan penyampaian dakwah kepada segenap lapisan masyarakat. Kerana apabila bergelar imam, mereka adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada semua lapisan masyarakat, dan berdakwah mestilah disampaikan secara bijaksana dan berhemah.



Mereka diberikan tugasan di pusat penjagaan kanak-kanak Rumah Nursalam, yang didiami oleh anak-anak yang terbuang sejak kecil. Di sini para peserta diberikan adik angkat setiap seorang yang mana mereka ditugaskan menyampaikan dakwah secara halus kepada kanak-kanak tersebut. Susahkah menyampaikan dakwah Islamiah kepada kanak-kanak ini?? Susah, kerana kanak-kanak ini mereka belum matang akal fikirannya dan tidak dapat menerima dakwah seperti yang dilakukan ke atas orang mereka. Mereka ini tidak sesuai di dakwahkan dengan hadis2 dan hujah2 al-Quran kerana paras pemikiran logik mereka belum dapat menerima dakwah seperti itu. Jadi para peserta imam muda menggunakan pelbagai kaedah penyampaian seperti bercerita, melakukan jenaka dan bernasyid.Turut diajarkan kepada kanak-kanak tersebut ialah doa,cara melakukan solat dan berselawat ke atas Nabi SAW. Seterusnya para peserta ini akan dinilai kaedah penyampaian mereka oleh mentor mereka dan mudir.



Seterusnya pada peringkat penyingkiran, para peserta imam muda akan dinilai oleh mudir, mentor dan pihak pengurusan bergantung kepada prestasi mereka pada minggu tersebut, meliputi tugasan praktikal dan juga ujian teori. Pada minggu yang lepas juga Ustaz Asyraf diberikan tugas khas iaitu menyampaikan khutbah Jumaat secara live kepada orang awam. Alhamdulillah tugas tersebut berjaya dilakukan oleh ustaz tersebut. Pada episod ketiga ini, Ustaz Miril hampir disingkirkan, tetapi pertimbangan dan kemurahan hati oleh mudir, Ustaz Hj. Hasan Mahmud Al Hafiz memberikan peluang kepada mereka dan bermakna tiada peserta yang akan disingkirkan pada kali ini. Seperti yang ana bicarakan sebelum ini, para peserta program ini seharusnya diberikan lebih asa dan peluang untuk mereka menunjukkan bakat dan kelebihan yang ada, disamping menimba ilmu dan menambah pengalaman yang ada. Jadi keputusan tiada penyingkiran pada kali ini suatu keputusan yang bijak.

Sekian sahaja.
Wassalam.

Thursday, June 10, 2010

Info: Imam Muda oleh Astro



Assalamualaikum,

Pada malam semalam, sedang ana asyik berblog walking sambil menonton Astro Oasis, disiarkan di situ siaran ulangan tentang rancangan yang terbaru oleh Astro Oasis saluran 106. Rancangan tersebut bertajuk
Imam Muda. Rasanya sudah ramai yang tahu tentang rancangan ini kerana pemasaran yang meluas oleh pihak Astro sejak sebelum ia ditayangkan dan pencarian ahlinya di lancarkan. Sedang ana mengikuti rancangan tersebut, terdetik di hati ana untuk berkongsi tentangnya kepada sahabat2 ana kerana mungkin tidak ramai yang , mengetahui tentang konsepnya dan para ustaz2 yang menjadi peserta di rancangan tersebut. Sememangnya program Imam Muda ini, seandainya dibandingkan dengan rancangan realiti yang lain seperti Akademi Fantasia dan Mentor, ianya tidak dapat menandinginya dari segi publisiti dan jumlah penonton. Tapi seandainya dibandingkan dengan ilmu dan pembelajaran yang terdapat dalam program Imam Muda, ianya umpama langit dan bumi. Oleh itu, harapan ana menerusi pendedahan tentang rancangan ini di sini, dapat menarik minat sahabat2 untuk meluangkan masa walaupun sedikit untuk mengikutinya.




Konsep Imam Muda

Idea program Imam Muda ini tercetus apabila melihat anak muda zaman ini mempunyai potensi untuk memikul tanggungjawab bukan saja sebagai seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam.

Calon-calon Imam Muda ini akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua individu ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan praktikal dan bertulis berdasarkan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan. Mereka yang menunjukkan prestasi yang paling bawah akan disingkirkan.

Meskipun hampir kesemua mereka berpotensi menjadi seorang Imam Muda, hanya seorang yang bakal dinobatkan sebagai juara Imam Muda. Ikuti program kerohanian terbaru, Imam Muda hanya di Astro Oasis, saluran 106, Inspirasi Sanubari.



Kalendar Imam Muda

Imam Muda - Ujian: 24 & 25 Mei 2010 (Isnin & Selasa), 6.30 petang dan ulangan 11.00 malam, Program dua episod yang memaparkan sesi temuduga dan ujian calon-calon Imam Muda yang dijalankan di Kuala Terengganu, Alor Setar, Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Imam Muda - Kapsul: Setiap Isnin hingga Khamis, 6.55 petang dan ulangan 11.00 malam, bermula 26 Mei 2010, Program lima (5) minit yang memaparkan kelas-kelas yang diaturkan dan aktiviti harian yang dilalui oleh calon Imam Muda merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

Imam Muda: Setiap Jumaat, 9.00 malam, bermula 28 Mei 2010, Rancangan penentuan prestasi semua calon Imam Muda selepas mereka melalui praktikal dan ujian berdasarkan tema yang ditetapkan setiap minggu.

Kemuncak Imam Muda: Siaran Langsung, 30 Julai 2010, Jumaat, 9.00 malam, Malam penentuan Imam Muda terunggul pertama.

Imam Muda - Jejak: Jumaat, 6 Ogos 2010 dan ulangan Sabtu, 7 Ogos 2010, Program yang akan mendekati juara Imam Muda. Kita akan dapat mengenali dengan lebih dekat latar belakang kehidupan Juara Imam Muda pertama kelahiran Astro Oasis.

Maraton Ulangan Imam Muda: Setiap Sabtu, 2.00 petang bermula 29 Mei 2010, Tayangan ulangan semua program Imam Muda sepanjang minggu.

Selepas mengikuti program ini semalam, terasa ingin sahaja bersama2 para ustaz berjuang di sana, bukanlah kerana ingin dinobatkan sebagai pemenang program ini, tetapi kerana ilmu yang akan didapati oleh ustaz2 tersebut. Mereka ini mendapat pengajaran dan ilmu yang amat berguna dunia dan akhirat kerana didikan oleh Ustaz Hj. Hasan Mahmud Al Hafiz (pengetua), Ustaz Syed Mohd Norhisyam Bin Tuan Padang (Mentor), Ustaz Ustaz Hj. Shahrizan bin Hj. Daud At Turabi (Mentor) dan Ustaz Hj. Dzulkarnain Bin Hj Hamzah, yang mana sudah diakui keilmuan dan keahlian mereka dalam perihal Islam. Lebih mengharukan apabila salah seorang pesertanya diberi peluang menyampaikan khutbah Jumaat secara live di masjid. Alhamdulillah setakat ini masih tiada penyingkiran. Suatu keputusan yang amat bijak dari mudir dan pihak pengurusan kerana para pesertanya masih baru dalam program ini dan sewajarnya diberikan lebih masa untuk mereka belajar dan menonjolkan bakat dan prestasi mereka.

Jazakallah khair.
Wassalam.

Sumber: Astro dan Facebook


Friday, June 4, 2010

My Zone: Salahkah Bila Berubah?



Assalamualaikum,

Kali ini dikongsikan sebuah artikel yang ana ambil dari laman web ILuvIslam.com yang bertajuk Salahkah Bila Berubah? Artikel ini ditulis oleh Rasailul Ashwaq dan Nazarudin89 sebagai editor. Ianya bagus dan bermanfaat untuk dikongsikan bersama kerana ianya diolah dengan santai dan bersahaja oleh penulis. Berikut adalah artikel tersebut:-

Salahkah Bila Berubah?

Izzat mengerutkan dahi memandang teman sebilliknya menumbuk tendang batang pohon, melepaskan amarahnya. Pagi tadi bukan main gembira Aliuddin melangkah keluar dari bilik. Tapi Aliuddin yang berada di hadapannya kini...

“Ali, bangun sembahyang Subuh. Dah lewat ni.” “Diamlah kau. Aku nak sembahyang ke, tak nak ke, kau peduli apa? Kubur masing-masing.”

“Memang la kubur masing-masing. Kalau kubur kita sekali, bolehlah aku backup kau. Kau tak sembahyang, aku boleh tolong cover.”

Aliuddin menarik selimut lalu memekap mukanya dengan bantal. Izzat hanya menggeleng-gelengkan kepala. Suasana menyepi seketika. Hakim menepuk-nepuk bahu Izzat, mengisyaratkannya supaya ke tepi. Dia dekat ke tepi Aliuddin lalu menjerit, “Bangun Subuh!” Aliuddin yang tersentak bangun terduduk dengan matanya terbeliak bulat. Melihatkan wajah takut teman sebiliknya itu, Hakim ketawa mengekek. “Nasib baik kaki aku sakit. Kalau tak, kau sarapan kaki aku pagi ni.”

Ketuk ketampi tiga ratus kali dan dirotan di kaki. Denda yang menyebabkan kakinya sakit yang amat. Denda atas perbuatan memancitkan tiga tayar kereta guru yang menyagat rambutnya. Ini bukanlah kali pertama dia didenda dan mungkin bukan yang terakhir. Dia cuba bangun dari katil tapi kakinya terasa perit untuk berdiri. Malah hendak duduk kembali pun dia tak mampu. Mukanya berkerut menahan kesakitan.

“Kau tak apa-apa ke?” Izzat bertanya.

“Aku nampak macam tak ada apa-apa ke?” Aliuddin bersuara garang.

Hakim cuba untuk membantu memapah tapi ditangkis keras oleh Aliuddin. Dia menguatkan diri untuk melangkah padahal dalam hati menjerit menahan sakit. Memang Aliuddin tidaklah sebaik nama yang diberi, namun cara pengurusan sekolah mengatasi pelajar bermasalah hanya menambahkan lagi dendam di dada. Pernahkah guru yang memberi denda itu merasai betapa sakitnya kaki setelah ketuk ketampi beratus kali? Di sebalik hukuman-hukuman pihak sekolah, kenapa agaknya pendekatan yang diambil lebih kepada menghukum pesalah sedangkan fungsi sekolah ialah memanusiakan manusia?



Esok cuti sekolah bermula. Sebaik sahaja loceng berbunyi, Aliuddin meluru ke asrama, mengejar tombol pintu biliknya. Cepat-cepat dia menukar baju lalu berlari ke tempat perhentian bas. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung. Di dalam perut bas, dia mencapai buku komiknya, sekadar membaca melepaskan kebosanan yang mula menghantui. Ada sesuatu yang jatuh dari celah-celah muka surat komik itu. Sepucuk surat.

I – Isyak
S – Subuh
L – Luhur (Zuhur) A – Asar
M – Maghrib

Kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, kita sudah bukan Islam lagi. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah s.w.t. berkata keada Nabi Muhammad s.a.w., “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.”

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Izzat, sahabatmu.



Bas meluncur laju membelah malam. Dia melabuhkan pandangannya ke luar tingkap. Pokok-pokok ketapang di pesisir lebuh raya berbalam. Melambai-lambai gemalai ditiup angin. Sinar bulan malu-malu menjenguk alam. Debar jantung tiba-tiba menderas. Dia menatap semula surat itu. Dibacanya berulang-ulang kali. Bicara ayat-ayat mengelus jiwanya yang layu.

“Kau ni ada masalah apa? Kalaulah pokok tu ada tangan, terkulai layu kau dibuatnya.”

“Budak-budak tu la…” mulutnya memuncung ke satu arah.

“Budak-budak mana?” Izzat mencari-cari kelibat orang.

“Aku jalan-jalan tadi, terdetik dalam hati nak sembahyang kat masjid. Elok je aku nak langkah masuk pagar masjid, Si Shukri tu perli-perli aku. Dia kata dia nak tengok selama mana muka ahli neraka macam aku ni boleh jadi baik. Sampai aku habis solat pun dia tak henti-henti lagi mengumpat aku. Geram betul la!” Satu tumbukan padu dilepaskan. Daun-daun kering mula berguguran. Menari-nari lalu jatuh menapak lantai bumi.

“Muka aku ni ada cop neraka ke? Aku jadi jahat pun salah, jadi baik pun salah.”

“Meh sini aku check.” Izzat membelek-belek muka Aliuddin. “Ish…” Aliuddin menepis tangan Izzat, merenung tajam kawannya itu. “Dia saja main-main kot.” “Kalau main-main, orang takkan sambung dengan mengumpat.”

“Biarlah… Bila dia mengumpat kau, kau dapat pahala. Kau sepatutnya gembira dapat pahala free.” “Pahala free? Kenapa pula?”

“Bila kita mengumpat orang, orang yang diumpat dapat pahala, kita dapat dosa.”

“Owh… ye ke?” Izzat mengangguk. “Aku dapat pahala?” Aliuddin senyum tersipu-sipu sambil tangannya memeluk batang pokok. Izzat hanya menepuk dahi melihat telatahnya.

Sekian sahaja untuk kali ini, semoga dapat iktibar dari cerita persahabatan di atas. Sentiasalah kita ingat mengingati dalam menjalankan tugas khalifah Allah di atas muka bumi ini. InsyaAllah.

Wassalam.

Wednesday, June 2, 2010

Info: Majalah Remaja Sempoi (MARS)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada kali ini ana ingin menceritakan tentang sebuah lagu majalah yang sememangnya patut di miliki, bahkan lagi kepada remaja pada masa ini. Ana pon baru tahu semalam berkenaan perkara ini, dan mungkin masih ramai sahabat2 di luar sana yang masih belum mengetahui berkenaan perkara ini. Jadi sebagai salah satu tugas dakwah, ana akan war2kan perkara tersebut di sini. Majalah ini adalah hasil kerja yang dilakukan antara organisasi ILuvIslam.com dan Team FlareBiz, antara 2 group yang sudah cukup terkenal di dunia internet dan media di Malaysia yang dianggotai anak-anak muda yang berjiwa besar. Lebih memberansangkan lagi, majalah ini diberi secara percuma kepada mereka yang berminat dengan hanya memberi nama dan alamat e-mail sahaja. Selepas itu e-mail akan dihantar dengan memberi link2 untuk mendownload majalah tersebut.



Dakwah Viral

Jika Johor Corporation terkenal dengan konsep ‘Jihad Bisnes‘ untuk berdakwah, mereka di iLuvislam juga ingin memperkenalkan dan mempopularkan suatu konsep yang unik dan belum pernah diperkatakan oleh orang kebanyakan: ‘Dakwah Viral‘.

Dakwah Viral adalah suatu konsep murni yang diperkenalkan oleh Presiden iLuvislam.com, En. Mohd Nurul Imran Koyube pada 1 April 2010. Ia merupakan suatu inovasi islamik dari istilah yang selalu dikaitkan dengan pemasaran, perniagaan dan internet; viral marketing.

Beberapa definasi viral marketing adalah seperti berikut:

> A technique aiming at reproducing “word of mouth”
> Marketing phenomenon that facilitates and encourages people to pass along a marketing message

Idea untuk mempopularkan konsep ini diperoleh setelah beliau menyertai pelbagai seminar perniagaan antarabangsa dan juga seminar internet antarabangsa semenjak awal 2009. Istilah yang kerap didengari semasa seminar adalah viral marketing. Antara tokoh yang pernah memberi tunjuk ajar kepada beliau adalah Stephen Pierce (multi-millionaire Internet Wealth Advocate), Ewen Chia (World no. 1 Super Affiliate), Tom Hua (a self-made multi-millionaire product-creation expert), Alok Jain (viral marketing expert), Dr. Irfan Khairi dan lain-lain.

Walaupun kebanyakan ilmu yang diperoleh daripada jutawan-jutawan di atas adalah bertujuan untuk menjadi kaya dengan duit dan harta, namun En. Imran Koyube sentiasa memikirkan akan cara memanfaatkan ilmu serta pengalamannya bagi mengembangkan dakwah Islam. Alhamdulillah berbekalkan semangat kental serta jaringan yang dibina bersama iLuvislam, beliau dengan rasminya memperkenalkan konsep Dakwah Viral. Buat permulaan, terdapat 2 produk percuma yang dilancarkan secara rasmi pada 1 April 2010:

> MARS (Majalah Remaja Sempoi) dengan kerjasama Flarebiz Network
> MEOW (Message of The Week)

Semoga dengan kelahiran 2 produk di atas mampu memberikan satu momentum besar kepada masyarakat Islam secara umum dan juga iLuvislam secara khusus untuk terus memikirkan cara terbaik dan terpantas dalam menyebarkan ayat-ayat cinta Allah.



Sejarah MARS

MARS atau Majalah Remaja Sempoi adalah sebuah majalah e-book dakwah santai yang diterbitkan bersama di antara iLuvislam.com dan Flarebiz Network bermula 1 April 2010. Konsep MARS adalah:

> sempoi dan santai : ia bertujuan untuk menembusi golongan remaja yang kurang mengamalkan ajaran Islam
> dakwah viral : majalah e-book yang dimuat turun akan dikongsikan bersama rakan-rakan lain dengan mudah tanpa memerlukan internet

Nama MARS dipilih ketika mesyuarat pertama di antara pihak iLuvislam.com yang diwakili oleh En. Mohd Nurul Imran Koyube (Presiden iLuvislam.com) dan En. Mohd Fitri Zainul (Head of Technology iLuvislam.com) serta wakil Flarebiz Network; En.Mohd Zhafran Mohd Ghani (IT Executive) dan Hanny Ramzy (Internet Entrepreneur).

Asalnya pihak iLuvislam.com ingin ‘outsource’ projek E-Book dakwah kepada syarikat Flarebiz Network yang terdiri daripada pakar-pakar Internet Marketing. Namun setelah perbincangan panjang, pihak Flarebiz Network ingin bekerjasama dengan iLuvislam.com dalam menyebarkan ayat-ayat cinta Allah.

Buat pengetahuan pembaca, iLuvislam.com dan Flarebiz Network terdiri daripada anak-anak muda Malaysia dengan ‘range’ umur 20-24 tahun. Jadi, MARS merupakan suatu projek unik kerana ia adalah hasil usaha anak-anak muda yang mahu membantu anak-anak muda lain. Buat permulaan, MARS akan diterbitkan sekali sebulan; pada 1 hari bulan. Semoga MARS mampu merancakkan lagi perkembangan dakwah di Malaysia dan dunia tidak lama lagi.

Berminat dengan Majalah Remaja Sempoi (MARS)?? Layari laman ini untuk mendaftar diri sebagai Pelanggan Percuma.
http://mars.iluvislam.com

Sekian,
Wassalam.

Tuesday, June 1, 2010

Santai: Global rallies continue over Israel


Assalamualaikum,

Ini adalah berita dalam bahasa english yang ana dapatkan dari AlJazeera.net yang menceritakan perkembangan terbaru tentang serangan dan protes yang mengecam keganasan dan ketidakmanusian rejim zionis laknatullah. Semoga bukan sahaja masyarakat Islam amnya, malah masyarakat dunia akan juga turut sedar tentang mudaratnya apabila rejim Zionis ini diberikan kebebasan yang amat melampui batas. Sebagai masyarakat Islam amnya, semoga kita tidak putus2 mengirim doa dan bantuan sedaya yang termampu kepada saudara kita di Palestin.

Berikut adalah artikel dari AlJazeera.net:-

Global rallies continue over Israel

Activists around the world are continuing to protest Israel's deadly action against a convoy of aid ships headed to Gaza that killed at least 10 people. Thousands of people took to the streets in several Indonesian cities on Tuesday, waving banners and flags condemning Israel for its attack on the so-called Freedom Flotilla.

In Turkey protesters launched a second day of demonstrations, with people gathering outside the Israeli embassy in Ankara, the capital. The city of Istanbul saw angry scenes a day earlier, as 10,000 people marched on the streets over the action, which Turkish nationals are believed to have been caught up in.

Protesters also took to the streets in Malaysia and Australia, which added its voice on Tuesday to worldwide condemnation of the violence. "The Australian government condemns any use of violence under the sorts of circumstances that we have seen," Kevin Rudd, the Australian prime minister, said.

More protests were scheduled in Europe later on Tuesday.

Turkish anger

Turkey has called for a strong international response to Monday's raid. In a speech to legislators on Tuesday, the country's prime minister said Israel should be "punished" for its "bloody massacre" on the flotilla, and warned that no one should test Turkey's patience.

"It is no longer possible to cover up or ignore Israel's lawlessness. The international community must from now on say 'enough is enough'," Recep Tayyip Erdogan said. "Dry statements of condemnation are not enough ... There should be results." He said the Israeli action was an attack "on international law, the conscience of humanity and world peace".

Anita McNaught, Al Jazeera's correspondent in Istanbul, said Erdogan's speech was "extraordinarily strong". She said he "mentioned the unmentionable, saying that Israel acts because it has powerful friends". Ergodan said he would be speaking to Barack Obama, the US president, later in the day.

Monday's raid has dramatically escalated tensions between Turkey and Israel, with Ankara's ruling AK Party saying ties will never be the same. The country has recalled its ambassador to Israel and cancelled three joint military exercises with Israel and sent three planes to Israel to bring back around 20 of its nationals wounded during the violence.



Gaza assistance

Meanwhile, the UN Human Rights Council is preparing to debate Israel's raid on the flotilla, at the request of Arab and Islamic states. A draft resolution sponsored by Pakistan and Sudan alongside the Palestinians "condemns in the strongest terms possible the outrageous attack by the Israeli forces" and says independent investigators should be sent to review possible violations of international law related to the incident.

The non-binding resolution also calls on Israel to ensure that food, fuel and medical assistance reaches the Gaza Strip. Claire Kaplun, a spokeswoman for the Geneva-based Council, said the discussion would start at 1300 GMT and last three hours.
-AlJazeera.net-

Mungkin ada antara kita yang mempersoalkan, apakah dengan berdemonterasi membuat bantahan dan memboikot barangan yang berkaitan dengan rejim zionis ini akan menghentikan ke sengsaraan saudara di Palestin? Tetapi apakah yang terdaya kita lakukan untuk menolong mereka? Sekurang-kurangnya bertindak seperti itu sudah menunjukkan yang kita sudah berusaha membela mereka dan sebagai tanda penghargaan di atas perjuangan kita. Bukanlah kita yang berkuasa menghukum para pendukung zionis itu, tetapi Allah yang berkuasa atas mereka. Dan setiap apa yang terjadi ada hikmahnya kepada mereka yang berfikir...

Wassalam.



Daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka." (HR Muslim) -Sumber:40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman-

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 2.3:Adab Berdoa)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera ke atas kalian,

Di kesempatan ini, ana akan menyambung berkenaan entry yang telah ana tulis sebelum ini berkaitan dengan amalan berdoa. Ini adalah bersumberkan buku yang sedang ana baca iaitu 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran karangan Ustaz Zahazan Mohamed. InsyaAllah semoga info dan perkongsian ini memberi kita kebaikan dan membawa kepada doa kita dimakbulkan Allah SWT.



Berikut adalah sambungan dari adab-adab berdoa yang perlu di jaga untuk kemakbulan doa:-

>> Bertawassul dengan amal soleh yang pernah dilakukan. Buktinya ialah kisah terselamatnya 3 orang sahabat daripada mati terkurung dalam sebuah gua yang tertutup pintunya berkat mereka bertawassul dengan amal soleh yang dilakukan sebelum itu ikhlas kerana Allah. (HR al-Bukhari dan Muslim)

>> Makanan dan minuman mestilah dari sumber yang halal kerana Allah menolak doa orang yang makan dan dibesarkan daripada sumber yang haram. Sabda Nabi SAW: "...Makanannya daripada sumber yang haram, minumannya daripada sumber yang haram dan dia dibesarkan daripada sumber perolehan yang haram, maka bagaimana dimakbulkan permintaannya." (HR Muslim)

>> Hendaklah melakukan al-amru bil ma'ruf wan nahyi anil munkar. Sabda Nabi SAW: "Demi Allah yang jiwaku berada dalam tangan-Nya, hendaklah kalian menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada perkara mungkar. Jika kalian tidak melaksanakannya, Allah akan menurunkan seksa kepada kalian dan apabila kalian berdoa kepad-Nya, nescaya tidak akan dimakbulkan." (HR al-Tirmizi, dianggap sebagai hasan)



>> Hendaklah berdoa untuk diri sendiri sebelum berdoa kepada orang lain. Dalilnya ialah firman Allah yang memuji keturunan sahabat, Muhajirin dan Ansar kerana doa mereka. Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat ke-10 yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Mu."

>> Menghimpunkan ke semua anak jari melainkan ibu jari. Ini berdasarkan sebuah hadis sahih, Nabi SAW bersabda: "Bahawa Nabi SAW apabila masuknya seseorang itu ke dalam Islam, maka Nabi SAW akan mengajarnya membaca doa: Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku, rahmatilah aku, berilah hidayah kepadaku, afiatkanlah aku dan kurniakanlah rezeki kepadaku." Dalam riwayat lain, dihimpunkan jari-jarinya melainkan ibu jari kerana kesemua itu menghimpunkan kebaikan dunia dan akhirat. (HR Muslim)

>> Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa. Dalilnya ialah Ibn Abbas berkata: "Apabila kamu memohon kepada Allah, mohonlah dengan tapak-tapak tangan kamu dan jangan memohon dengan belakang tapak tangan kamu. Sapukan muka kamu dengan tapak tangan." (HR Abu Dawud, Ibn Majah dan al-Hakim)

>> Mengaminkan doa yang dibaca. Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan perkara ini. Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya imam mengatakan 'amin', maka ucapkanlah 'amin'. Sesiapa yang ucapan aminnya bertepatan dengan ucapan amin para malaikat, segala dosanya yang lalu akan diampunkan oleh Allah." (HR Bukhari, Muslim)
Abu Zuhair bin Numairi menceritakan, satu malam beliau dan para sahabat keluar berjalan bersama Rasulullah SAW. Mereka bertemu dengan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah. Baginda berhenti untuk mendengar doa lelaki tersebut. Kemudian baginda bersabda: "Sekiranya beliau menutup, pasti doanya akan diterima." Seorang sahabat lalu bertanya,"Dengan apa perlu ditutup doa?" Sabda baginda: "Dengan amin. Sekiranya beliau menutup doanya dengan amin pasti doanya akan diterima." (HR Abu Dawud)



Alhamdulillah dengan ini tamatlah bahagian untuk siri ke 2 iaitu Adab-adab Berdoa. Semoga beroleh manfaat dan ilmu yang berguna dari perkongsian ini. Semoga dengan ini kita dapat meningkatkan potensi kita di dalam berdoa untuk mendapat doa yang makbul dari Allah SWT, amin.

Kepada yang masih belum membaca entry sebelum ini, bolehlah klik pada link di bawah ini:-
1) Siri 1: Suatu Permulaan
2) Siri 2.1: Adab Berdoa
3) Siri 2.2: Adab Berdoa

Sekian, Wassalam.