Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Friday, June 11, 2010

Info: Imam Muda 2010 Episod 3



Assalamualaikum,

Selamat sejahtera dan semoga kita semua sentiasa diberkati Allah SWT. Pada kali ini ingin menyampaikan sedikit review tentang rancangan Imam Muda 2010 episod 3 yang lepas (Jumaat 11/6/10, 9mlm). Pada minggu yang lepas, para peserta telah diberikan tugasan praktikal iaitu berkomunikasi dengan kanak-kanak. Ini kerana, penyampaian dakwah tidak hanya berlaku ke atas orang dewasa sahaja, malah kanak-kanak juga perlu di beri perhatian, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tugasan ini juga akan menguji kepintaran para ustaz yang menyertai imam muda dalam mempelbagaikan penyampaian dakwah kepada segenap lapisan masyarakat. Kerana apabila bergelar imam, mereka adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada semua lapisan masyarakat, dan berdakwah mestilah disampaikan secara bijaksana dan berhemah.



Mereka diberikan tugasan di pusat penjagaan kanak-kanak Rumah Nursalam, yang didiami oleh anak-anak yang terbuang sejak kecil. Di sini para peserta diberikan adik angkat setiap seorang yang mana mereka ditugaskan menyampaikan dakwah secara halus kepada kanak-kanak tersebut. Susahkah menyampaikan dakwah Islamiah kepada kanak-kanak ini?? Susah, kerana kanak-kanak ini mereka belum matang akal fikirannya dan tidak dapat menerima dakwah seperti yang dilakukan ke atas orang mereka. Mereka ini tidak sesuai di dakwahkan dengan hadis2 dan hujah2 al-Quran kerana paras pemikiran logik mereka belum dapat menerima dakwah seperti itu. Jadi para peserta imam muda menggunakan pelbagai kaedah penyampaian seperti bercerita, melakukan jenaka dan bernasyid.Turut diajarkan kepada kanak-kanak tersebut ialah doa,cara melakukan solat dan berselawat ke atas Nabi SAW. Seterusnya para peserta ini akan dinilai kaedah penyampaian mereka oleh mentor mereka dan mudir.



Seterusnya pada peringkat penyingkiran, para peserta imam muda akan dinilai oleh mudir, mentor dan pihak pengurusan bergantung kepada prestasi mereka pada minggu tersebut, meliputi tugasan praktikal dan juga ujian teori. Pada minggu yang lepas juga Ustaz Asyraf diberikan tugas khas iaitu menyampaikan khutbah Jumaat secara live kepada orang awam. Alhamdulillah tugas tersebut berjaya dilakukan oleh ustaz tersebut. Pada episod ketiga ini, Ustaz Miril hampir disingkirkan, tetapi pertimbangan dan kemurahan hati oleh mudir, Ustaz Hj. Hasan Mahmud Al Hafiz memberikan peluang kepada mereka dan bermakna tiada peserta yang akan disingkirkan pada kali ini. Seperti yang ana bicarakan sebelum ini, para peserta program ini seharusnya diberikan lebih asa dan peluang untuk mereka menunjukkan bakat dan kelebihan yang ada, disamping menimba ilmu dan menambah pengalaman yang ada. Jadi keputusan tiada penyingkiran pada kali ini suatu keputusan yang bijak.

Sekian sahaja.
Wassalam.

4 comments:

Din.. said...

salam.. sy suke tgk program.. program ni mmg bagus.. tp bg sy penyingkiran tiap2 minggu mcm x sesuai..

sepatut nya x payah la buat penyingkiran.. bila habis tempoh belajar 3 bulan pilih la sapa yg layak bergelar imam muda..

kurang2 pljr yg x menang tu dpt la jgk ilmu sepanjang tempoh program tu..

tu pendapat sy la..

taib wahid said...

salam,

Betul tu,sy pon berpendapat sedemikian.lagi bagus seandainya mereka dikekalkan bersama buat suatu tempoh dan orang yang layak akan dinobatkan pemenang di kalangan mereka

Unknown said...

salam..

sy memang minat progrm nih..lagi2 salah seorg tu senior sy n sy pernh sekelas ngan die..imam muda Taufek hehe..

betul laa.setuju ngan pendpt din n taib..better tak de penyingkiran...tp mungkin de sbb progrm nih wat mcm nih..just wait n see

hakikat said...

Programe macam ni saya sokong 100%, tapi saya tak sokong 100% bila sikap TV( tak kiraalah TV 1,2,3,4,5,6,7,8,9 ) mereka semua hipokrit pada Islam, berpura-pura, bila mana rancangan mengaji quran boleh, mentor boleh imam muda boleh, bintang rtm boleh, halakah boleh forum boleh dan banyaklah lagi saya pun dah lupa nama-anam rancangan tersebut!