Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada kali ini ana ingin menceritakan tentang sebuah lagu majalah yang sememangnya patut di miliki, bahkan lagi kepada remaja pada masa ini. Ana pon baru tahu semalam berkenaan perkara ini, dan mungkin masih ramai sahabat2 di luar sana yang masih belum mengetahui berkenaan perkara ini. Jadi sebagai salah satu tugas dakwah, ana akan war2kan perkara tersebut di sini. Majalah ini adalah hasil kerja yang dilakukan antara organisasi
ILuvIslam.com dan
Team FlareBiz, antara 2 group yang sudah cukup terkenal di dunia internet dan media di Malaysia yang dianggotai anak-anak muda yang berjiwa besar. Lebih memberansangkan lagi, majalah ini diberi secara
percuma kepada mereka yang berminat dengan hanya memberi nama dan alamat e-mail sahaja. Selepas itu e-mail akan dihantar dengan memberi link2 untuk mendownload majalah tersebut.
Dakwah Viral
Jika Johor Corporation terkenal dengan konsep
‘Jihad Bisnes‘ untuk berdakwah, mereka di iLuvislam juga ingin memperkenalkan dan mempopularkan suatu konsep yang unik dan belum pernah diperkatakan oleh orang kebanyakan:
‘Dakwah Viral‘.
Dakwah Viral adalah suatu konsep murni yang diperkenalkan oleh Presiden iLuvislam.com, En. Mohd Nurul Imran Koyube pada 1 April 2010. Ia merupakan suatu inovasi islamik dari istilah yang selalu dikaitkan dengan pemasaran, perniagaan dan internet;
viral marketing.
Beberapa definasi viral marketing adalah seperti berikut:
> A technique aiming at reproducing “word of mouth”> Marketing phenomenon that facilitates and encourages people to pass along a marketing messageIdea untuk mempopularkan konsep ini diperoleh setelah beliau menyertai pelbagai seminar perniagaan antarabangsa dan juga seminar internet antarabangsa semenjak awal 2009. Istilah yang kerap didengari semasa seminar adalah viral marketing. Antara tokoh yang pernah memberi tunjuk ajar kepada beliau adalah Stephen Pierce (multi-millionaire Internet Wealth Advocate), Ewen Chia (World no. 1 Super Affiliate), Tom Hua (a self-made multi-millionaire product-creation expert), Alok Jain (viral marketing expert), Dr. Irfan Khairi dan lain-lain.
Walaupun kebanyakan ilmu yang diperoleh daripada jutawan-jutawan di atas adalah bertujuan untuk menjadi kaya dengan duit dan harta, namun En. Imran Koyube sentiasa memikirkan akan cara memanfaatkan ilmu serta pengalamannya bagi mengembangkan dakwah Islam. Alhamdulillah berbekalkan semangat kental serta jaringan yang dibina bersama iLuvislam, beliau dengan rasminya memperkenalkan konsep Dakwah Viral. Buat permulaan, terdapat 2 produk percuma yang dilancarkan secara rasmi pada 1 April 2010:
> MARS (Majalah Remaja Sempoi) dengan kerjasama
Flarebiz Network> MEOW (Message of The Week)
Semoga dengan kelahiran 2 produk di atas mampu memberikan satu momentum besar kepada masyarakat Islam secara umum dan juga iLuvislam secara khusus untuk terus memikirkan cara terbaik dan terpantas dalam menyebarkan ayat-ayat cinta Allah.
Sejarah MARSMARS atau Majalah Remaja Sempoi adalah sebuah majalah e-book dakwah santai yang diterbitkan bersama di antara iLuvislam.com dan Flarebiz Network bermula 1 April 2010. Konsep MARS adalah:
> sempoi dan santai : ia bertujuan untuk menembusi golongan remaja yang kurang mengamalkan ajaran Islam
> dakwah viral : majalah e-book yang dimuat turun akan dikongsikan bersama rakan-rakan lain dengan mudah tanpa memerlukan internet
Nama MARS dipilih ketika mesyuarat pertama di antara pihak iLuvislam.com yang diwakili oleh En. Mohd Nurul Imran Koyube (Presiden iLuvislam.com) dan En. Mohd Fitri Zainul (Head of Technology iLuvislam.com) serta wakil Flarebiz Network; En.Mohd Zhafran Mohd Ghani (IT Executive) dan Hanny Ramzy (Internet Entrepreneur).
Asalnya pihak iLuvislam.com ingin ‘outsource’ projek E-Book dakwah kepada syarikat Flarebiz Network yang terdiri daripada pakar-pakar Internet Marketing. Namun setelah perbincangan panjang, pihak Flarebiz Network ingin bekerjasama dengan iLuvislam.com dalam menyebarkan ayat-ayat cinta Allah.
Buat pengetahuan pembaca, iLuvislam.com dan Flarebiz Network terdiri daripada anak-anak muda Malaysia dengan ‘range’ umur 20-24 tahun. Jadi, MARS merupakan suatu projek unik kerana ia adalah hasil usaha anak-anak muda yang mahu membantu anak-anak muda lain. Buat permulaan, MARS akan diterbitkan sekali sebulan; pada 1 hari bulan. Semoga MARS mampu merancakkan lagi perkembangan dakwah di Malaysia dan dunia tidak lama lagi.
Berminat dengan
Majalah Remaja Sempoi (MARS)?? Layari laman ini untuk mendaftar diri sebagai Pelanggan Percuma.
http://mars.iluvislam.comSekian,
Wassalam.
5 comments:
owh baru tau..dah daftar..hehe
Salam..
InsyaAllah, di mana ada usaha, di situ ada jln...amin..
Nice info for sharing
salam,
semoga ilmunya bermanfaat kepada semua
baru taw majalh ini wujud.... jazzakallah khair ya akhi...(entah betol ke tak ejanya)
Post a Comment