Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Friday, July 16, 2010

Info: Khutbah Jumaat 1

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …
أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ


Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Renungilah firman Allah dalam ayat 150 surah al-Baqarah:

وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِي عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Maksudnya : Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)

Kini kita berada pada awal bulan Sya’aban yang turut mempunyai kelebihan dan catatan sejarah yang tersendiri. Sya’aban ertinya berpecah atau bercerai-berai memandangkan Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air sehingga ke gua-gua. Ada mengatakan, Syaaban tanda pemisah yang memisahkan Rejab dan Ramadhan. Hukama’ menyifatkan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan manakala bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Marilah kita sama-sama menghidupkan bulan Sya’aban ini dengan pelbagai amalan soleh sebagai latihan awal dan persiapan dari segi rohani dan jasmani sebelum datangnya Ramadhan. Antara amalan sunat yang paling disukai oleh nabi Muhammad s.a.w sepanjang bulan Sya’aban ialah berpuasa sunat selain daripada memperbanyakkan doa dan memohon keampunan kepada Allah

عَنْ ‏ ‏عَائِشَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ‏ ‏قَالَتْ ‏ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ – رواه البخاري

Maksudnya : Siti ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 51 surah at-Taubah :

قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jugalah hendaknya orang yang beriman bertawakal.”

Kedatangan bulan Sya’aban bersama dengan berlalunya bulan Rejab yang disebut sebagai bulan solat, bulan Isra’ Mikraj dan juga bulan pembebasan Masjid Aqsa. Begitu juga berlalunya suatu pertandingan yang digilai ramai termasuk umat Islam iaitu Piala Dunia walau pun masih ramai yang belum kebah lagi daripada demam bola walau pun negaranya sendiri tidak layak bertanding dalam kejohanan tersebut. Piala Dunia di negara kita agak bercelaru dengan masalah lesen judi yang akhirnya ditarik balik atas desakan majoriti rakyat yang anti judi yang menjadi lambang kerosakan akhlak dan perosak keamanan negara. Piala Dunia kali ini turut dicemari dengan suatu kepercayaan yang boleh membawa kepada syirik iaitu terlalu percaya kepada ramalan seekor Sotong kurita termasuk oleh umat Islam sendiri. Racun yang dituba oleh Yahudi bila ditelan dengan begitu rakus oleh umat Islam menyebabkan mereka tidak menghiraukan lagi panduan al-Quran dan tunjuk ajar daripada hadis nabi serta pengajaran Ulama’ sebaliknya mereka lebih yakin untuk merujuk kepada binatang yang tidak berakal yang menyebabkan mereka lebih sesat daripada binatang. Manusia yang rosak ini akan lebih percaya kehebatan binatang sehingga menolak kekuasaan dan ketetapan Qadha’ dan Qadar Allah. Kepercayaan kepada sesuatu ramalan ini merupakan amalan jahiliah sebagaimana pernah disebut oleh imam Syafie sendiri : “Dulu golongan jahiliah apabila ingin bermusafir akan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Jika ia terbang ke kanan maka mereka pun keluar atas tanggapan tuah itu. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi SAW diutuskan, Baginda menyeru orang ramai: Kekalkan burung pada sarangnya.”
عَنْ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏الطِّيَرَةُ ‏ ‏مِنْ الشِّرْكِ وَمَا مِنَّا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُذْهِبُهُ بِالتَّوَكُّلِ
Maksudnya: “Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, Dan tidak ada seorang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-Thiyarah) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakkal.” (HR Abu Daud).


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam 32 surah al-Isra’ :

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Ketika merenungi tentang antara seksaan ahli neraka yang disaksikan oleh nabi Muhammad s.a.w pada malam Isra’ dan Mikraj ialah terhadap penzina begitulah juga bila datangnya bulan Sya’aban bila memikirkan antara hikmat berlakunya pertukaran Qiblat antaranya supaya umat Islam membina identiti sendiri berasaskan Islam. Selagi umat Islam berqiblatkan cara hidup barat termasuk dari segi sosial maka kesan kehancurkan akhlak di barat turut dirasai di negara kita seperti masalah penzinaan. Jika sebelum ini kita didedahkan bagaimana 1/3 rakyat Amerika Syarikat merupakan anak luar nikah yang menyebabkan kesan sosialnya begitu teruk. Maka kita kini sedang menuju ke arah kehancuran itu sekiranya masalah zina tidak dibendung di mana kita begitu gerun apabila membaca tentang hasil kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas sehingga ada yang menggugurkan janin. Lebih mengejutkan lagi kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan terkutuk itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan akibat pengaruh rakan sebaya disamping faktor internet, telefon bimbit dan sebagainya. Ini ditambah dengan laporan berdaftarnya anak luar nikah seramai 257 000 bermula tahun 2000 hingga 2008 di negara kita. Begitu juga maklumat tentang lebih 70 peratus daripada 87,710 penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah daripada kalangan umat Islam akibat dadah kebanyakannya di samping zina
Ketika keadaan bertambah parah adanya suara sumbang daripada beberapa NGO termasuk Sisters in Islam yang meminta agar kerajaan menghapuskan kuasa Mahkamah Syariah yang membenarkan umat Islam yang berumur 16-18 tahun untuk berkahwin atas alasan umur ini tidak mampu menafkah keluarga sedangkan remaja peringkat ini semakin ramai terlibat dengan zina akibat kerajaan membuka terlalu banyak pintu zina termasuk hiburan dan rancangan tv serta majalah tidak senonoh. Ketika didesak agar pelajaran agama dan moral menjadi subjek yang dijadikan subjek utama peperiksaan utama seperti UPSR maka ia ditolak atas alasan memualkan iaitu belum tentu tinggi markah boleh jamin akhlak. Sudah tiba masanya untuk memperkasakan pengajian agama bukan sahaja di sekolah, universiti malah kepada masyarakat yang telah bekerja. Kalau mahu habuan dunia pun mesti berilmu apatah lagi untuk mahu masuk Syurga Allah maka lebih berhajat kepada ilmu

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,
Mulai hari ini geraklah diri kita untuk memastikan diri sendiri dan ahli keluarga tidak menjadi mangsa kepada kerosakan akhlak akibat kesilapan kita sendiri. Jangan menjadi seorang yang dayus yang membiarkan rumah kita melahirkan manusia yang derhaka kepada Allah. Jangan biarkan atas nama kebebasan dan tamadun maka kita membiarkan pakaian mendedah aurat, pergaulan bebas, anak isteri lebih banyak berguru dengan tv daripada turut serta dalam majlis ilmu, keluarga lebih banyak membaca majalah hiburan daripada al-Quran, masa mengadap internet lebih banyak dariada bermunajat kepada Allah, wang untuk membayar bil telefon untuk mesej sia-sia lebih banyak daripada sedekah jariah. Ubahlah diri dan keluarga kita sebelum mereka menjadi mangsa kepada kerosakan akhlak yang terus mencari mangsa. Cegah sebelum parah, sekat sebelum melarat

عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” ثَلاثَةٌ لا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ أَبَدًا : الدَّيُّوثُ مِنَ الرِّجَالِ ، وَالرَّجُلَةُ مِنَ النِّسَاءِ ، وَمُدْمِنُ الْخَمْرِ ” . فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ , أَمَّا مُدْمِنُ الْخَمْرِ فَقَدْ عَرَفْنَاهُ ، فَمَا الدَّيُّوثُ مِنَ الرِّجَالِ ؟ قَالَ : ” الَّذِي لا يُبَالِي مَنْ دَخَلَ عَلَى أَهْلِهِ ” . قُلْنَا : فَالرَّجُلَةُ مِنَ النِّسَاءِ ؟ ، قَالَ : ” الَّتِي تَشَّبَّهُ بِالرِّجَالِ – رواه البيهقي

Maksudnya : Daripada Ammar bin Yasir daripada Rasulullah, saw, bersabda: “Tiga orang tidak akan masuk Syurga selamanya iaitu laki-laki dayus, perempuan bersifat lelaki dan peminum arak.” Mereka berkata: Wahai Rasulullah, peminum arak itu kami tahu, Siapakah laki-laki dayus? Baginda bersabda: “Orang yang tidak peduli siapa yang masuk bergaul bebas dengan ahli keluarganya.” Kami bertanya lagi: Siapa perempuan bersifat lelaki ? Baginda bersabda: “perempuan yang menyerupai lelaki”.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

6 comments:

Ida Sazarina said...

sebut pasal isu khutbah ni..
ramai yg g solat jumaat semata2 solat jew..
khutbah haram xdgr pon..
dtg lewat jew~ :(

Kamsiah yusoff said...

dulu2,masa saya belum kawen...kalau susah nak tido...ayah suruh baca teks khutbah..ayah saya sorg imam...dia kata pasti tertido...sbb kt masjid,ramai yg tido semasa khutbah dibaca hehe

♥xaturen♥ said...

assalamualaikum.

ziarah sini baca Khutbah! mana tahu nanti jadi imam.

cikpia said...

menarik!! dan sangat berilmiah......

Kiko Berdendang said...

Memang bagus kot tok imam yang baca sangat cergas dan suara pun jelas n mantap. Ini tok imam pun dan gigil, tapi nak jadi khatib jugak, tak da pelapis ke.....rugilah benda elok jadi air dicurah kedaun keladi...huhu

adam said...

duniaku.. artikel ni best tp tulisan kecil sgt utk di baca.. sory ye comen..