
Untuk entry kali ini,ana ingin berbicara tentang perlawanan akhir piala dunia 2010 yang bakal berlangsung pada malam ini di antara pasukan Sepanyol dan Belanda. Ini adalah kali pertama ana membuat ulasan tentang perlawanan bola sepak piala dunia 2010, dan terujanya ana menulis kali ini ialah kerana pasukan pilihan ana, iaitu Sepanyol layak ke perlawanan akhir. Walaupun harapan untuk melihat perlawanan akhir antara Sepanyol dan Argentina tidak kesampaian,dek kerana kekalahan Argentina dengan teruk di tangan pasukan German semasa di suku akhir,tetapi kemaraan pasukan Sepanyol ke perlawanan akhir melegakan hati. Lebih-lebih lagi selepas mengalahkan pasukan German yang tidak diminati ana di separuh akhir.

Berbalik kepada pasukan Belanda,pasukan ini sering memiliki barisan pemain bertaraf bintang setiap kali piala dunia berlangsung, seperti juga pasukan Sepanyol.Tetapi kenapakah dua pasukan ini sering dilabel Top Flop Team In The World Cup?Ini kerana mereka tidak pernah menjuarai Piala Dunia, walaupon mereka team pertama yang memperkenalkan Total Football.Kali ini,setelah mara ke perlawanan akhir,pastinya peluang keemasan tidak akan dilepaskan.Diketuai oleh jeneral tengah Wesley Sneijder dan dibantu oleh tricky master Arjen Robben, pastinya jentera serangan pasukan Belanda adalah digeruni lawan setiap kali perlawanan.Tetapi mengapa top scorer pasukan Belanda ini adalah attacking midfilder??bukannya seorang striker??Ini kerana,prestasi striker mereka iaitu Robin Van Persie kurang menyerlah dan tidak menyengat.Tidak seperti yang diheboh-hebohkan sebelum kempen Piala Dunia 2010 bermula.Tetapi pastinya pasukan Sepanyol tidak akan memandang rendah kebolehan Persie ini berdasarkan rekod jaringan semasa mewakili kelab Arsenal.Alasan yang lain ialah pasukan Belanda mengamalkan corak permainan seakan-akan pasukan Barcelona, dimana Persie bertindak sebagai lone striker dan Kuyt dan Robben bertindak bi bahagian sayap hadapan. Kelemahan pasukan ini ialah dibahagian pertahanan, di mana ia dibarisi oleh pemain veteran dan kurang ternama seperti Van Bronchost dan Bouhlarouz. Pastinya kekentalan mereka akan diuji oleh jeneral Sepanyol Xavi Hernandez, Andrea Iniesta dan pastinya David Villa.Tetapi kembalinya Nigel De Jong selepas digantung perlawanan akan menguatkan lagi pertahanan pasukan Belanda.

Wassalam.
2 comments:
selamat sobat, sobat dapat "Penghargaan Blog Award" silahkan ambil disini: http://www.andriawan.tk/2010/07/penghargaan-blog-award.html
tahniah!!!! spain dah menang.......
Post a Comment