Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Wednesday, July 14, 2010

My Zone: Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya



Assalamu'alaikum,

Sedikit perkongsian di sini, semasa ana blogwalking tadi,terlihat pada ruangan Ecah tentang Sistem Daftar Pengundi Baru Secara Online. Jadi terdetik di hati ini nak check adakah ana sudah berdaftar sebagai pemilih untuk pilihanraya yang bakal menjelang tiba nanti. Ini kerana pada pemilihan yang lepas, ana tidak mendaftar untuk mengundi walaupun telah cukup umur, kerana pada masa itu ana tersepit untuk memilih yang mana satu ingin di pangkah kerana hati ini masih di atas pagar. Mungkin pada masa itu ana belajar di UTM dan belum terdedah sepenuhnya dengan dunia politik di luar. Tetapi setelah menyedari kewajipan ana pada kali ini untuk memilih seorang pemimpin, ana bertekad untuk mengundi pada kali ini dan tidak akan mengulangi kesilapan yang dahulu lagi. Kenapa kita perlu menyemak sekarang?? Ini kerana sebagai persediaan kita dari awal dan sekarang telah terbit berita yang digembar-gemburkan bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan dalam masa terdekat.



Jadi langkah pertama ana ialah melayari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, yang ana dapati laman webnya di RTM. Kalau kita perhatikan senario sekarang, RTM sedang giat mengiklankan tentang penyemakan dan pendaftaran pengundi, itu adalah satu lagi petanda bahawa pilihan raya sudah tidak jauh lagi dari sekarang. Selepas itu ana klik pada butang Semak Daftar Pemilih Disini. Dan keputusannya ialah ...



Herm,jadi nampaknya ana kena mendaftar sebagai pemilih untuk pilihan raya kali ini kerana rekodnya belum ada. Jadi ana pergi ke butang BAGAIMANA HENDAK MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH dan mesejnya adalah:-

Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda



Jadi ana perlu pergi mendaftar sendiri. Jadi terpaksalah ana mencari pusat pendaftaran tersebut. InsyaAllah akan dilakukan dalam sedikit masa lagi.

Wassalam.

4 comments:

Mesintaip: said...

Daftar cepat.Jadilah pengundi yang bijak. Pilihan ditangan anda!

taib wahid said...

Betul tu...

Kaedah yang digunakan sekarang membuatkan kita ini menentukan bakal pemimpin kita. Kewajipan kita untuk taat kepada pemimpin yang selama mana memerintah mengikut syariat Islam dan tidak mempersekutukan Allah. Selidikilah peribadi calon2 yang bakal bertanding di tempat kita sebelum memilih,jangan sekadar memilih hanya kerana lambang yang diwakilinya.

cikpia said...

akupun belum berdaftar.... dah tua bangka dah.....

MUARA said...

Semangat anda sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab amat disanjung!