Assalamu'alaikum,
Sedikit perkongsian di sini, semasa ana blogwalking tadi,terlihat pada ruangan
Ecah tentang
Sistem Daftar Pengundi Baru Secara Online. Jadi terdetik di hati ini nak check adakah ana sudah berdaftar sebagai pemilih untuk pilihanraya yang bakal menjelang tiba nanti. Ini kerana pada pemilihan yang lepas, ana tidak mendaftar untuk mengundi walaupun telah cukup umur, kerana pada masa itu ana tersepit untuk memilih yang mana satu ingin di pangkah kerana hati ini masih di atas pagar. Mungkin pada masa itu ana belajar di UTM dan belum terdedah sepenuhnya dengan dunia politik di luar. Tetapi setelah menyedari kewajipan ana pada kali ini untuk memilih seorang pemimpin, ana bertekad untuk mengundi pada kali ini dan tidak akan mengulangi kesilapan yang dahulu lagi. Kenapa kita perlu menyemak sekarang?? Ini kerana sebagai persediaan kita dari awal dan sekarang telah terbit berita yang digembar-gemburkan bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan dalam masa terdekat.
Jadi langkah pertama ana ialah melayari laman web
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, yang ana dapati laman webnya di RTM. Kalau kita perhatikan senario sekarang, RTM sedang giat mengiklankan tentang penyemakan dan pendaftaran pengundi, itu adalah satu lagi petanda bahawa pilihan raya sudah tidak jauh lagi dari sekarang. Selepas itu ana klik pada butang
Semak Daftar Pemilih Disini. Dan keputusannya ialah ...
Herm,jadi nampaknya ana kena mendaftar sebagai pemilih untuk pilihan raya kali ini kerana rekodnya belum ada. Jadi ana pergi ke butang
BAGAIMANA HENDAK MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH dan mesejnya adalah:-
Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda
Jadi ana perlu pergi mendaftar sendiri. Jadi terpaksalah ana mencari pusat pendaftaran tersebut. InsyaAllah akan dilakukan dalam sedikit masa lagi.
Wassalam.
4 comments:
Daftar cepat.Jadilah pengundi yang bijak. Pilihan ditangan anda!
Betul tu...
Kaedah yang digunakan sekarang membuatkan kita ini menentukan bakal pemimpin kita. Kewajipan kita untuk taat kepada pemimpin yang selama mana memerintah mengikut syariat Islam dan tidak mempersekutukan Allah. Selidikilah peribadi calon2 yang bakal bertanding di tempat kita sebelum memilih,jangan sekadar memilih hanya kerana lambang yang diwakilinya.
akupun belum berdaftar.... dah tua bangka dah.....
Semangat anda sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab amat disanjung!
Post a Comment