Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Saturday, July 10, 2010

My Zone: Spain vs Holland

Assalamualaikum,

Untuk entry kali ini,ana ingin berbicara tentang perlawanan akhir piala dunia 2010 yang bakal berlangsung pada malam ini di antara pasukan Sepanyol dan Belanda. Ini adalah kali pertama ana membuat ulasan tentang perlawanan bola sepak piala dunia 2010, dan terujanya ana menulis kali ini ialah kerana pasukan pilihan ana, iaitu Sepanyol layak ke perlawanan akhir. Walaupun harapan untuk melihat perlawanan akhir antara Sepanyol dan Argentina tidak kesampaian,dek kerana kekalahan Argentina dengan teruk di tangan pasukan German semasa di suku akhir,tetapi kemaraan pasukan Sepanyol ke perlawanan akhir melegakan hati. Lebih-lebih lagi selepas mengalahkan pasukan German yang tidak diminati ana di separuh akhir.

Terlebih dahulu mari kita melihat kekuatan pasukan Sepanyol.Apakah percaturan yang akan dilakukan oleh pengurus pasukan Sepanyol??Adakah dia sekali lagi akan membuat kejutan dengan menurunkan Pedro menggantikan Fernando Torres?Yang pastinya aksi Pedro di separuh akhir adalah mantap dan menghiburkan walaupun dia ada melakukan kesilapan yang besar pada perlawanan yang lepas?Hakikatnya ana lebih suka melihat Pedro beraksi daripada mengambil risiko menurunkan Torres yang masih belum cergas sepenuhnya.Yang pastinya, perlawanan pada malam ini akan sekali lagi menyaksikan barisan pemain Barcelona mengetuai pasukan Sepanyaol.Adakah Del Bosque pilih kasih dan meminati pasukan Barcelona??Perlu diingat bahawa dia adalah bekas jurulatih pasukan Real Madrid,yang mana adalah musuh tradisi Barcelona.Jadi tidak timbul soal pilih kasih di sini.Pastinya perlawanan malam ini akan menjadi perlawanan yang penting kepada David Villa dan Wesley Sneijder,kerana sesiapa yang menjaringkan gol berpeluang besar menjadi penjaring terbanyak Piala Dunia 2010.Kelemahan di skuad Sepanyol adalah di kawasan pertahanan tengah,di mana prestasi Pique menjadi persoalan kerana sering melakukan kesilapan.Seandainya Pique berjaya mengawal keadaan dan menjadi tembok utuh Sepanyol bersama-sama Puyol pada malam ini,maka jentera serangan Belanda akan mengalami kesulitan yang besar.

Berbalik kepada pasukan Belanda,pasukan ini sering memiliki barisan pemain bertaraf bintang setiap kali piala dunia berlangsung, seperti juga pasukan Sepanyol.Tetapi kenapakah dua pasukan ini sering dilabel Top Flop Team In The World Cup?Ini kerana mereka tidak pernah menjuarai Piala Dunia, walaupon mereka team pertama yang memperkenalkan Total Football.Kali ini,setelah mara ke perlawanan akhir,pastinya peluang keemasan tidak akan dilepaskan.Diketuai oleh jeneral tengah Wesley Sneijder dan dibantu oleh tricky master Arjen Robben, pastinya jentera serangan pasukan Belanda adalah digeruni lawan setiap kali perlawanan.Tetapi mengapa top scorer pasukan Belanda ini adalah attacking midfilder??bukannya seorang striker??Ini kerana,prestasi striker mereka iaitu Robin Van Persie kurang menyerlah dan tidak menyengat.Tidak seperti yang diheboh-hebohkan sebelum kempen Piala Dunia 2010 bermula.Tetapi pastinya pasukan Sepanyol tidak akan memandang rendah kebolehan Persie ini berdasarkan rekod jaringan semasa mewakili kelab Arsenal.Alasan yang lain ialah pasukan Belanda mengamalkan corak permainan seakan-akan pasukan Barcelona, dimana Persie bertindak sebagai lone striker dan Kuyt dan Robben bertindak bi bahagian sayap hadapan. Kelemahan pasukan ini ialah dibahagian pertahanan, di mana ia dibarisi oleh pemain veteran dan kurang ternama seperti Van Bronchost dan Bouhlarouz. Pastinya kekentalan mereka akan diuji oleh jeneral Sepanyol Xavi Hernandez, Andrea Iniesta dan pastinya David Villa.Tetapi kembalinya Nigel De Jong selepas digantung perlawanan akan menguatkan lagi pertahanan pasukan Belanda.

Pastinya perlawanan malam ini akan menjanjikan aksi yang menarik dari kedua-dua pasukan.Jadi siapakah yang akan pulang membawa trofi Piala Dunia edisi 2010??Ana bukanlah Octopus yang konon-kononnya boleh meramal pemenang perlawanan.Tetapi seperti pilihan octopus itu,ana memilih pasukan Sepanyol menjuarai piala dunia edisi kali ini=)

Wassalam.

2 comments:

andriawan said...

selamat sobat, sobat dapat "Penghargaan Blog Award" silahkan ambil disini: http://www.andriawan.tk/2010/07/penghargaan-blog-award.html

cikpia said...

tahniah!!!! spain dah menang.......