Assalamualaikum
Selamat sejahtera kepada semua. Kali ini anna ingin berbicara pasal topik Islamik plak,iaitu belajar membaca Al-quran
dengan betul dari segi makhraj huruf dan tajwidnye. Di sini bukannya anna ingin mengajar saudara-saudara, tapi sekadar memberi tips dan peringatan sahaja,kepada diri saudara dan ana sendiri.
Di tempat ana(Masjid Jamek Pekan Sg Buloh) ada mengendalikan bacaan iqra' dan membetulkan bacaan Al-Quran pada setiap hari Khamis malam yang dikendaikan oleh Bilal 1 masjid tersebut,Ustaz Azman. Ana adalah salah seorang hadirin yang menghadiri kelas tersebut. Hadirin yang lain ramai terdiri dari golongan yang berumur dan sudah berusia(ana antara yang termuda). Ini bukan bermaksud bahawa mereka tidak pandai membaca ayat2 suci, tetapi adalah memperbetulkan bacaan dari segi makhraj huruf dan tajwdnya. Apa yang menarik ialah kami siap kena baca secara solo dan menggunakan microphone lagi, supaya bacaan jelas di dengar oleh ustaz. Ana cukup respect kepada hadirin kerana mereka bukan sahaja menghadiri majlis tersebut, bahkan tidak segan silu dalam menimba ilmu.
Untuk permulaan,Bilal Azman mengajar membaca al-fatihah dengan betul sebutan dan tajwidnya. Jemaah di kehendaki membaca ayat tersebut dan dia akan membetulkan mana yang terkurang atau mana yang terlebih. Penting sekali al-fatihah ni sehinggakan solat kite boleh jadi tidak sah andai tidak mematuhi makhraj huruf dan bacaannya(kerana maksudnya bole berubah dari yang asal). So kita kena la jaga betul2 cara pembacaannya.tidak perlulah tergesa2 dalam membaca al-fatihah semasa solat kerana dikhutiri kita tidak sempat menjaga mana yang perlu dtunaikan semasa membaca ayat tersebut.
Di sini ana hendak kongsi 10 syarat dalam membaca al-fatihah semasa solat seperti yang telah diajarkan oleh Bilal Azman:-
1) Dibaca dalam bahasa arab. Tak boleh la pandai2 nak baca dalam bahasa lain semasa solat nih
2) Tertib antara kalimah-kalimahnya. Maknenya kena ikut aturan dari ayat 1 hingga 7.
3) Berturut-turut.
4) Memelihara huruf-hurufnya 142 huruf. Huruf ni mestilah di baca dengan makhraj dan tajwid yang betul.
5) Memelihara syahadah 14 tempat.
6) Jangan melamakan diam lebih drpd kadar bernafas dan pnat.
7) Jangan mencederakan maknanya. Makhraj huruf yang di sebut dgn tidak betol boleh menyimpangkan makna ayat tersebut.
8) Sambil berdiri atau gatinya ketika uzur.
9) Mempedengarkan akan dirinya jika tiada tuli. Bacalah dengan kadar berbisik agar dapat didengar oleh telinga kita, tidak terlalu kuat(bimbang mengganggu jemaah lain) dan tidak terlalu perlahan. Ini juga membantu kita khusyuk ketika solat.
10) Jangan menyebut antara ayat2 fatihah itu bacaan lain yang bukan daripada sembahyang.
www.al-islam.com
Di sini ana selitkan alamat web andai yang berminat nak belajar Al-quran dan tajwid dan lain2 lagi berkaitan Islam. Silalah melayari laman web ini, tak rugi andai kita habiskan masa kitadengan menuntut ilmu. Ustaz yang mengajar kuliah agama di tempat ana selalu menyebut bahawa orang yang menghadiri majlis ilmu lebih mulia daripada orang yang sembahyang sunat 1000 rakaat,moga hati kita sama2 terbuka untuk menimba ilmu,lebih2 lagi berkaitan dgn Islam.
Dalil dari hadis rasulullah s.a.w pula ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hambaNya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan”.
0 comments:
Post a Comment