Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Friday, April 16, 2010

Ceritalah Buku:Apabila Irfan Khairi Berbicara (NOTA PERNIAGAAN)

"Perniagaan tanpa perancangan, strategi dan kesungguhan hanya akan memberi KEGAGALAN!" (Dr Irfan Khairi,Jutawan Internet Malaysia)



Assalamualaikum,

Kali ini mari berbicara tentang buku pula. Ana baru sahaja khatam sebuah buku nukilan seorang yang hebat dalam perniagaan dan dunia internet. Penulis tersebut ialah Dr Irfan Khairi (Dr IK) yang terkenal sebagai jutawan muda internet di Malaysia yang mencapai pendapatan RM 1000000 seawal umur 25 tahun. Bukunya adalah kesinambungan dari buku beliau yang bertajuk Nota Jutawan, Nota Motivasi yang telah ana review pada post yang lalu, dan buku ini pula bertajuk Nota Jutawan, Nota Perniagaan.

Andainya dalam buku Nota Motivasi Dr IK banyak berbicara tentang motivasi dan ciri2 yang perlu ada pada seorang usahawan, pada Nota Perniagaan pula Dr IK berbicara tentang bagaimana membina empayar perniagaan milik sendiri yang kukuh. Dalam buku ini dikongsikan berbagai-bagai tip dengan para usahawan dan bakal usahawan dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan. Ditambah pula dengan variasi yang penuh warna warni dan ilustrasi yang menarik membuatkan pembaca tidak kebosanan semasa membaca.



Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian yang memenuhi skop seorang usahawan dalam berniaga. Bab pertama ialah tentang bagaimana Memulakan Perniagaan yang memberi idea yang pelbagai kepada usahawan yang ingin mula berniaga ataupon sebagai senarai semak kepada yang sudah berniaga. Bab kedua pula memberi tip2 yang bernas dan berlainan dari peniaga yang lain tentang cara bagaimana Menambah Pelanggan sebuah perniagaan. Seperti yang diketahui, customer adalah nyawa sebuah perusahaan, tiada gunanya sebesar dan segah mana pon sebuah perniagaan yang ketiadaan pelanggan.

Dalam bab ketiga, Dr IK mengajar pembaca tentang bagaimana Menjalankan Perniagaan dengan betul dan bijaksana. Di sini diceritakan tentang kaedah penetapan harga produk atau servis, ciri2 perniagaan yang di cari2 customer, cara2 promosi yang betul dan bijaksana serta petua-petua menambat hati pelanggan usahawan. Bab keempat pula memberi ilmu kepada pembaca bagaimana Menambahkan Pendapatan sedia ada dalam perniagaan. Ini termasuklah teknik2 yang boleh diaplikasi semasa customer membeli produk, teknik psiko dan juga teknik melaburkan pendapatan.

"Belian berulang daripada pelanggan lepas adalah lebih mudah daripada mendapatkan belian dari pelanggan baru."(Dr Irfan Khairi,Nota Jutawan Nota Perniagaan)

Dengan kadaran harga sebanyak RM 30, ana rasa ilmu yang terdapat di dalam buku ini amat over berbaloi2 kepada usahawan yang masih hijau dan juga kepada usahawan yang sudah berjaya. Jangan takut melabur kepada ilmu yang bermanfaat kerana ganjaran dan bantuannya mungkin adalah penyelamat kepada kehidupan kita.Sekian sahaja dari ana, semoga pembaca mendapat sesuatu dari post kali ini.

Wassalam.



Tips baca buku:Dulu ana ada bicara tentang orang yang sudah berjaya dalam kerjaya mereka menghabiskan sekurang-kurangnya 100 buku dalam bidang mereka, so petua ana luangkanlah masa sekurang2nya 2 jam sehari untuk membaca. 1 jam disiang hari dan 1 jam di malam hari. Mungkin sahabat boleh cilok masa 2 jam tersebut dari kegiatan sahabat yang kurang memberi manfaat. Seperti ana sekarang, siang hari diluangkan waktu 1 jam untuk buku motivasi dan perniagaan (terbaru ialah Langkah Bijak Usahawan Terbilang) dan di mlmnya untuk buku2 berunsur keagamaan (terbaru ialah Beginilah al-Quran Mengajar Kami). Semoga dipermudahkanNya=)



Untuk review buku ini, sila tekan di sini.
Untuk membeli melalui online shop ana, sila klik di sini; www.stormreaders.net/MdTaib

Keldai zaman modeN,Kami kah atau dia Yang Rugi



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lamenya rasa ana tak post ape2 entry kat sini,bukan ape pon,cume ana kadang-kadang tiada masa untuk memikirkan perkara baru. So untuk entry kali ini ana ingin berbicara tentang kisah keldai zaman moden. Bukan tujuan menegur, menghina atau mengutuk sesiapa, tetapi sebagai pengajaran kepada orang lain termasuk ana sendiri yang serba kekurangan dan hina di sisiNya. Mungkin perumpaan ‘keldai moden’ itu keterlaluan, tetapi tidaklah ana sendiri menamakannya melainkan di beri nama sendiri oleh kawan arwah abah ana.

Cerita teaternya begini, pada suatu malam ana berkunjung ke rumah kawan ana setelah bertemu dengannya di simpang jalan. Di situ kami rancak berbicara tentang kisah masing-masing, dan termasuklah perihal job@kerja kami. Disitu si O (bukan nama sebenar) meluahkan tentang kesusahannya menampung perbelanjaan keluarganya dengan gajinya yang tidak sampai RM 1K, nisbahnya dia terpaksa melakukan kerja lain untuk cover belanjanya, kirenya side job la nih. Diceritakannya bahawa dia ni boleh melakukan pelbagai kerja servis, ana very impressed mase kat situ.



So atas dasar sahabat seIslam, ana dan saudara ana offer kepadanya untuk membantunya berhenti dari kerja lamanya dan menumpukan sepenuhnya dalam mengeploitasi kebolehannya dalam menjana rezeki. Ana offer untuk mengiklan di internet kerana pasarannya luas dan permintaan yang tinggi terhadap servis dan kemahiran. So masa merangka strategi, dia beritahu bahawa dia boleh melakukan 6 jenis pekerjaan, siap bagi jaminan bahawa dia memang pakar.

Ana mengiklankan perkhidmatannya di internet dan hasilnya kawan ana dapat bermacam-macam offer sampai dia pon pening2 lalat melayan panggilan sehingga meminta bantuan ana. Semasa berjumpa, macam2 job yang dia dapat, dan dia menawarkan ana untuk membantunya. Katanya dia akan bagi gaji dan kerja ana adalah menguruskan job supaya lancar dari segi logistik dan operasi. Sedangkan katanya dia akan rileks di rumah untuk menunggu order dari pelanggan. Wah, ana berfikir,”Aik,aku yang offer dia opportunity, tetibe dia nak goyang kaki dan aku plak yang jadi pekerja”.



Tapi ana tidak bersetuju dan tidak juga menolak, ana Cuma cakap kalau dia memerlukan bantuan, InsyaAllah ana akan bantu. Alasannya simple sahaja, dia terlalu sibuk dengan pekerjaannya yang lama dan tiada masa untuk memenuhi permintaan customer (Herm,bukankah ana tolong dia supaya dia berhenti kerja dan mencari pendapatan yang lebih baik??). Masa tu jugak ana berpesan supaya job yang dia dapat, biar dia yang runding sendiri dan jangan bagi sub kpd orang lain.

Selang seli beberapa hari, dia mintak tolong saudara ana untuk cari pekerja dan buat servis di suatu tempat, sangkaan ana bahawa dia turut serta, tetapi meleset, alasannya dia tak boleh tinggal job dia. So pergilah saudara ana buat kerjanya, dan maghribnya dia datang, memberi upah dan sempat bercerita bahawa dia baru dapat RM1500 setelah sub projek bernilai puluhan ribu ringgit kepada orang lain, masa tu betapa keciwanya ana kerana tiada langsung dia mengambil nasihat ana dan tiada langsung wajah bersalah (memang dia pandai berjanji,huhu). Dan selepas itu dia memberi si O lagi kepada saudara ana, tetap dengan alasan yang sama.

Pulangnya saudara ana, dia mengeluh, kerana katanya si O tidak buat kerja pon tetapi mengambil keuntungan yang lebih dan pendapatan yang terbaru pon dia pegang, dah duit minyak tak bagi, duit pekerja pon saudara ana yang dahulukan. Saudara ana sms si O supaya memberi bakinya, tetapi tiada balasan. Lebih kurang 3 hari selepas itu baru ada balasan, ajak ke rumahnya ambil duit. Ni memang betul2 gaya bos. So ana cakap kepada saudara ana,”Sudahlah,biar sahaja duit tu. Cukuplah kita sudah terkena, jangan kita menjadi ‘keldai’ si O ni, yang hanya menurut kemahuannya saja”. So, kami ambil langkah berdiam diri, tobat dah lepas nih memang dah tak nak buat bisnes dengan die, untungnya hanya letih dan perasaan tidak puas hati.

Jadi setelah mendapat pengalaman berharga ini, semoga kita lebih berhati-hati memilih rakan kongsi, biarlah semua pihak yang memuaskan hati semua yang terlibat. Janganlah hanya seorang yang bongkak memberi arahan dan alasan sedangkan yang lainnya hanya menurut tanpa menegakkan hak kita sendiri. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.



Teringat kata2 kawan arwah abah dahulu sewaktu ana masih menuntut di universiti,”Apabila kamu sudah habis belajar dan memulakan pekerjaan, masa itu kamu akan nampak realiti dunia yang sebenar, ada yang menjadi keldai, ada yang tuan”.Tanya ana,”Apakah maksud keldai dan si tuan?”. Sambungnya,”Keldai tu adalah orang yang dipergunakan oleh orang lain untuk kepentingan peribadi dan material orang tersebut sedangkan si Keldai ini tiada mendapat nama, yang hanya didapatinya ialah hamburan janji2 manis berupa belanja makan, share keuntungan dan macam2 lagi. Sedangkan si tuan pula bukan bos yang menggaji si keldai, tetapi dia ialah orang yang mengarahkan si keldai membuat kerja dan member berbagai jaminan dan janji, tetapi selepas kerja di selesaikan, habuk habuan kepada si keldai pon tiada, sedangkan dia mendapat nama dan pangkat. Kalau kamu bertemu orang seperti ini, tinggalkan dia kerana tiada untungnya bekerja bersamanya”.(Lebih kurang percakapannya)

Maafkan ana kawanku, bukan bermaksud ana memutuskan silaraturrahim antara kita, tetapi bermaksud ana memutuskan ikatan perkongsian perniagaan yang dirancang dahulu. Kerana kamu gagal meyakinkan ana dari segi komitmen dan tanggungjawab. Biarlah kita terus berkawan dan semoga peristiwa ini tidak menjadi pemutus silaturrahim antara kita, Amin….

Sekian sahaja dari ana,
Wassalam.

Saturday, April 10, 2010

Duniaku Duniamu Jua: Erk, RAsuah??


"Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui."(Surah Al-Baqarah Ayat 188)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada entry kali ini mari kita berbicara tentang perihal rasuah pula. Pada khutbah Jumaat di masjid kawasan ana pon turut berbicara tentang perkara ini, jadi alangkah baik andai ianya dapat dikongsikan bersama dengan pembaca di internet yang jaringan nya lebih luas. Ana rasa ramai antara kita yang peka terhadap perkara ini dan kadangkala perkara tersebut berlaku di hadapan kita sendiri. Tapi terdayakah kita menghalangnya?? Sedangkan perkara tersebut dilakukan oleh orang yang mempunyai 'kuasa' dan boleh bertindak terhadap kita dengan menggunakan 'kuasa' dan 'pangkat' yang terdapat padanya. Terdayakah kita hendak menyedarkan mereka ini?



Rasuah atau makan suap ialah suatu perbuatan yang biasanya beredar di kalangan pejabat-pejabat yang mempunyai kuasa seperti yang diperkatakan oleh Mohd Hafiz. Menurut Norhafifi Yahya dalam www.islam.gov.my rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.



Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Di tempat ana, boleh dikatakan gejala ini seperti menjadi kebiasaan kepada mereka yang 'berkuasa', mungkin kerana terlalu bermegah dengan 'kuasa' dan 'pangkat' yang dimiliki mereka. Tidak mahu ana war-warkan di sini siapakah mereka kerana ini boleh menimbulkan provokasi terhadap ana.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.(HR Abu Hurairah)



Pada khutbah Jumaat yang lalu, diberitahu oleh khatib bahawa amalan memakan rasuah boleh menjejaskan kredibiliti diri, intitusi dan negara malah boleh memberi kesan kepada keturunan mereka sendiri kerana ia menjadi sumber darah daging si perasuah tersebut. Ada ana terdengar cerita tentang seorang yang hartawan dan berjaya, tetapi mempunyai anak-anak yang nakal dan kurang akhlaknya sehingga menjejaskan orang tuanya sendiri. Apabila diutarakan kepada ustaz, ustaz tersebut menyuruh supaya si hartawan tadi bermuhasabah tentang amalannya sebelum ini. Setelah diselidiki sedarlah si hartawan tentang perbuatannya yang mengamalkan rasuah sewaktu mudanya dahulu.

Persoalan di sini bagaimana kita hendak menyedarkan mereka yang berkuasa ini?? Mungkin ramai orang yang berkata bahawa mereka-mereka sudah tak makan nasihat dan 'kebal' konon-kononnya. Pada ana, teruslah kita berdakwah secara halus-halusan atau terang-terangan kerana andai diberikan hidayah oleh Allah SWT, maka mereka boleh termasuk dalam golongan orang yang beruntung.

Sekian sahaja untuk kali ini, semoga entry ini memberi peringatan terutamanya kepada ana sendiri dan orang-orang yang lain. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmatNya, Amin...

Wassalam.



“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.(HR Ahmad)

Wednesday, April 7, 2010

Bilal Kecil: Aduhai, susahnya nak bangun pagi...



Assalamualaikum,

Bangun pagi??Kenapa mesti kita bangun pagi sedangkan tidur pada waktu tersebut adalah antara saat yang paling seronok.Kenapa mesti diganggu tidur kita di saat sedang enak melayan mimpi yang indah, lagi pula badan kita memerlukan rehat yang cukup untuk membina kembali tenaga dan stamina kita selepas penat bekerja.Usahkan pagi,kalau layan tidur sampai ke tengahari lagi enak,kerana bila bangun je terus pegi dapur makan,lepas tu boleh sambung tidur balik.

Ini adalah antara alasan yang selalu diberikan oleh orang yang cukup liat bangun pagi,lebih-lebih lagi kepada remaja. Kenapa kita mesti bangun pagi??Kalau ikut kata orang-orang tua dulu,tidur pada waktu pagi ni menutup pintu rezeki,betulkah??Ini adalah alasan yang sering diperkecilkan,sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri menggalakkan umatnya keluar pada waktu pagi untuk melakukan pekerjaan atau mencari ilmu.Seperti sabda baginda,"Ya Allah,berkatilah umatku pada waktu pagi".Kenapa kita jarang mengambil iktibar sedangkan orang kafir sendiri mengerti dengan keberkatan bangun pagi dalam menjana rezeki??

Antara kelebihan bangun pagi seperti yang ana baca dalam buku 101 Petua Murah Rezeki&Jauhi Hutang karangan Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan dan Mahfuzah Omar ialah;
a)Fikiran kita masih lapang,segar dan kosong.
b)Byk perkara boleh difikirkan.
c)Banyak aktiviti boleh dilakukan.
d)Cuaca masih sejuk dan pemandangan yang segar boleh menaikkan semangat kita untuk bekerja.
e)Badan cergas dan sehat.
f)Peluang menjana rezeki banyak dan luas.
Manakala kerugian tidur pada waktu pagi adalah perkara-perkara yang berlawanan dengan kelebihan di atas.



Jadi bagaimana pula caranya nak melatih diri bangun awal melakukan ibadat (solat Subuh) dan meluaskan pintu rezeki dengan bangun awal pagi??Antara petua yang terdapat dalam buku tersebut ialah;
a)Ikhlaskan niat kita untuk bangun awal untuk melakukan kerja kerana kerja itu juga suatu ibadah.
b)Merasakan dalam diri tuntutan bangun awal untuk melakukan ibadat seperti qiyamullail yang diberkati Allah.
c)Tahu kelebihan bangun awal.
d)Mengkaji cara hidup golongan al-salaf al-soleh yg sentiasa bangun awal.
e)Biasakan tidur mengiring di atas sebelah kanan tubuh (sunnah)
f)Berwuduk sebelum tidur.
g)Tidur awal
h)Biasakan dengan amalan zikir,wirid dan doa sebelum tidur.
i)Biasakan untuk tidur sebentar pada waktu tengahari sebelum Zohor (Qailullah)
j)Kurangkan makan berlebihan.
k)Bermujahadah melawan nafsu yang ingin tidur berlebihan.
l)Jauhi maksiat kepada Allah.
m)Hukum diri dan bermuhasabah jika cenderung tidur berlebihan.



Semoga petua ini menjadi maklumat dan ilmu yang berguna kepada kita semua dan ana terutamanya. Jujur ana maklumkan di sini bahwa ana sendiri seorang yang liat untuk bangun awal untuk beribadat, tapi kalu bangun tengok bola boleh la pulak=( Semoga dengan berkongsi post ini ana akan dapat semangat yang kental untuk bangun dengan lebih awal dan beribadah (solat+bekerja) kepadaNya. Amin ya Allah...

Sekian,
Wassalam.

Saturday, April 3, 2010

Debu-debu DOSA!!!



"Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu, dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Qur'an) dan Hikmah (Sunnah), serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui." (Al-Baqarah; 151)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

April menjelang sudah, tabirnya sudah pon terbuka. Kesiannya dengan April sehingga ada harinya yang diberi nama ‘April Fool’. Apakah sebenarnya yang dimengertikan dengan sinonim perkataan ini?? Tidakkah kita menyelidik terlebih dahulu kenapa tanggal 1 April setiap tahun di gelar dengan perkataan itu?? Adakah perkataan ini muncul dengan sengaja dan hanya rekaan segelintir manusia dan menjadi ikutan kebanyakan manusia di pelosok dunia ini. It must be a reason behind this. Takkanlah dengan sengaja mencipta nama itu boleh menjadikan ia terkenal dengan sendirinya. Andai tiada pendokong dan dalang yang mempunyai agenda mereka tersendiri, tidaklah detik itu dikenang dan diraikan oleh manusia yang berakal, lebih-lebih lagi bila terdapat sebilangan dari umat Islam sendiri yang dengan tanpa segan silu meraikannya dengan bebagai cara dan trick.



Menyingkap kembali waktu ana berada di sekolah berasrama dulu, malam sebelum 1 April terkenal dengan suatu malam yang ‘menggerunkan’ di kalangan pelajar junior (dan sebilangan pelajar senior). Kenapa ya?? Ini kerana mereka sebolehnya tidak mahu tidur pada malam tersebut kerana ingin mengelakkan diri menjadi mangsa 1 April. Waktu ana junior dulu, ada kawan-kawan yang tidak tidur atau tidur-tidur ayam. Andai siapa yang tidur lena, maka dapatlah dia ganjarannya, antaranya muka+badan berconteng dengan marker, badan terasa sejuk dan pedas kerana di lumur dengan ubat gigi, bila bangkit tido baru sedar rupa-rupanya katil sudah berada dalam bilik air dan kehilangan barang-barang (ubat gigi, alat tulis, kasut). Antara trick lain yang popular ialah air bancuhan water colour warna-warni diletakkan atas pintu tandas, bila nak pakai kasut penuh gam/ubat gigi dalam kasut dan juga sebelah kasut nak pegi kelas sudah dituka-tukar dengan sebelah kasut orang lain. Tak ke naya mereka-mereka yang menjadi mangsa, dan dapat difahami disini mengapa 1 April amat ditakuti oleh warga junior sekolah ana dulu.



Pengertian dan pengajaran yang dapat kita pelajari dari makna sambutan ‘April Fool’ itu ialah hari di mana orang yang menyambutnya mengenakan atau berbuat ‘sesuatu’ yang foolish kepada kawannya atau orang lain. Ada orang yang berasa seronok dengan berbuat demikian kerana menunjukkan kehebatan mereka dalam mengenakan or menipu orang. Orang yang melakukan pastinya berasa bangga bila tricknya menjadi, so bagaimana pula dengan yang terkena?? Andai yang terkena tak kisah (tak tahu malu) tak mengapa, tapi andai mangsa ialah orang yang mementingkan maruah dan menjaga nama baiknya (dituntut dalam Islam tau), pastinya ia mengundang sengketa dan perasaan tidak puas hati, dan boleh membawa kepada dendam. Bukankah menyakiti manusia (fizikal dan mental) itu ditegah dalam agama yang mulia manakala berbuat aniaya kepada orang lain boleh mengundang dosa dan boleh jadi terputusnya silaraturahim?? Tapi masih ramai antara kita yang tidak ambil peduli dan hanya menganggap ini just sekadar gurauan semata-mata.

Lebih best lagi ada antara kita umat Islam tanpa segan silu mengucapkan ‘Hepi April Fool’ kepada rakan dan orang yang mereka kenal, seolah-olah 1 April ini menjadi satu hari kebesaran dan bermakna kepada mereka. Tapi sewaktu Maulid Rasulullah adakah mereka turut mengucapkannya pada orang yang sama atau orang lain?? Adakah mereka turut meraikan hari Nuzul al-Quran?? Adakah mereka turut mengambil iktibar dari tarikh peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w?? Adakah mereka menyambut kedatangan tahun baru Islam dengan melafazkan doa akhir tahun dan awal tahun?? Ada antara kita yang memandang sepi perkara ini tetapi memandang berat pula kepada sambutan hari-hari lain yang tiada dalam calendar Islam, antaranya Valentine’s Day, April Fool, New Year Eve dan lebih dasat juga sekiranya ada yang turut merayakan Halloween’s Day. Pendek kata, apa sahaja yang disambut oleh golongan barat, akan disambut ‘mereka-mereka’ ini,apa motifnya?? Motifnya ialah hari-hari tersebut adalah merupakan hari yang mereka boleh berseronok, bergaul bebas dan melakukan apa sahaja yang mereka sukai. Sedangkan samada pada hari perayaan Islam dan hari-hari biasa, perkara-perkara tersebut dilarang keras oleh Islam.



Jadi di manakah silapnya? Hampir setiap tahun kita akan terima berita atau flyers dari insan-insan yang prihatin tentang sejarah hitam berkaitan 'April Fool' yang diraikan dan juga 'Valentine's Day'. Peringatan ini harus diteruskan kerana ia adalah amalan yang baik untuk pedoman kepada masyarakat. Harus diingat bahawa masyarakat kita sekarang ini 'mudah lupa' tetapi 'mudah menerima' dakyah-dakyah yang terpesong dan sesat. Benarlah kata seorang ustaz semasa satu konvensyen yang ana sertai dahulu, bahwa masyarakat kita mudah menerima pengaruh-pengaruh yang datang dari luar.

Sekian,
Wassalam...





"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang-orang yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah di beri kitab sebelummu dan orang-orang kafir (orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang-orang beriman." (Al-Ma'idah; 57)