Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur RasuL....(Cinta inI Malik SiapA?)


Assalamualaikum dan Selamat Maulidur Rasul,

Alhamdulillah di kesempatan ini bersama2 kita memanjatkan syukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana diberi kesempatan untuk bersama2 mengecapi dan meraikan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW. Persoalan yang terbit dari sini ialah bagaimana kita menyambutnya? Adakah sekadar dengan berarak dengan sepanduk dan sebagainya dan membiarkan ianya berlalu seperti hari2 yang lain?

After Subuh tadi Maskid di tempat ana ada mengadakan sesi ceramah umum sempena Maulidur Rasul dengan Ustaz Hj. Sallehuddin Bin Mohd Nasir sebagai penceramah jemputan. Alhamdulillah banyak perkara2 yang dikongsi bersama dengan ustaz tentang Maulidur Rasul yang kita sambut ini. Antaranya ialah sejarah sambutan Maulidur Rasul yang bermula semasa pemerintahan Sultan Salahudin Al-Ayubi yang berhasil menyatukan umat pada zaman tersebut seterusnya berjihad membebaskan Masjidil Aqsa dari genggaman gabungan tentera salib laknatullah dan yahudi laknatullah. Turut di sentuh ialah tentang inisiatif ulamak di Republik Islam Iran yang turut meraikan hari kewafatan Rasulullah SAW. Pendapat mereka ialah dalam kita bergembira merayakan hari kelahiran Rasulullah SAW, perlu ada hari untk kita mengingati hari kewafatan Rasulullah SAW dengan mengisinya dengan ceramah tentang saat kewafatan Rasulullah dan keperitan RAsullullah SAW dalam menegakkan kalimah Allah dan Islam sehingga kita dapat mengecapi nikmat tersebut. Bukannya ana atau ustaz tersebut mempetahankan ajaran syiah seperti yang diamalkan di republik tersebut,tetapi apa yang baik kita sama2 jadikan tauladan, apa yang tidak baik bersama kita jadikan sempadan kepada kita.

Sekarang kita berkisar tentang sambutan maulidur rasul yang ana tempuhi pada hari semalam. Ana dijemput untuk menghadiri sambutan oleh org Indon bangsa Madura(kerana ana akrab dengan mereka) di 3 tempat semalam, tetapi hanya dapat memenuhi 2 jemputan sahaja. Ana kagum dengan cara mereka menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW di mana hampir setiap rumah kongsi mengadakan majlis marhaban dan selawat ke atas Rasulullah sehingga ana melihat gambaran mereka menyambut Maulidur Rasul seperti kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Terkejut juga ana semasa menumpangkan mereka berbelanja di pasar borong kelmarin di mana mereka berhabis belanja untuk makanan sahaja hampir RM 1000, tidak termasuk kos lain seperti hiasan dan duit2 yang diberi kepada hadirin.


Tanggal 14 feb nnt ana percaya ramai antara anak muda melayu dan Islam terutamanya yang akan mengucapkan ungkapan2 cinta kepada 'kekasih' mereka hatta terpengaruh dgn budaya barat dan kristian(Hayatilah kisah-kisah bermulanya perishtiharan 14 feb ini dan hari valentime nih). Angkara terikut-ikut dengan budaya maka ramailah saudara seagama kita sanggup menggadaikan maruah agama, diri dan bangsa hatta kerana asyik dengan tipu goda syetanirrojim kononnya pengorbanan untuk sebuah 'cinta'. Kuliah subuh tadi ada menyebut bahawa cinta kepada Allah dan Rasulnya mestilah melebihi kecintaan kepada makhluk sendiri, hatta kepada ibu bapa dan anak sendiri. Renungkanlah hadis di bawah ini;

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mencintai Allah hanya diterima apabila kita mencintai Rasullullah, dan begitulah sebaliknya. Tanda kita cinta dan sayang kepada Rasullullah SAW ialah dengan mengucapkan selawat ke atasnya setiap hari dan ketika termasuklah mengamalkan sunnah Rasullullah SAW, manakala tanda cinta kepada Allah ialah membaca Al-Quran setiap hari dan bergetarlah hati kita apabila nama Allahuakbar itu disebut. Bagaimana kita menyatakan cinta kepada Rasulullah sedangkan sunnahnya tidak diikuti, bahkan lebih teruk lagi ia di hina dan direndahkan tarafnya kononnya tidak mengikuti aliran zaman. Betapa cintanya Rasulullah SAWkepada umatnya sehingga di ambang kewafatan Rasullullah, masih lagi Rasulullah SAW bertanyakan jaminan Allah terhadap umatnya di akhirat nnt (bahawa umat Rasulullah SAW akan menjadi golongan yg pertama masuk ke syurga) dan di saat nyawa Rasulullah SAW hampir di cabut seluruhnya, mulut Rasulullah SAW masih menyebut "ummati,ummati,..". Renunglah diri kita samada kita layak berbangga dan memanggil diri kita yg kerdil ini umat Rasulullah berdasarkan amalan kita dan tahap kecintaan kita kepada Rasulullah?

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Sempena 12 Rabiulawal ini, samalah kita meningkatkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan Allah SWT dengan mengamalkan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Janganlah hanya menunggu detik 12 Rabiulawal pada tahun hadapan untuk mengingati Rasulullah, tapi amalkanlah sunnahnya dan berselawatlah kepada Rasulullah SAW setiap masa dan ketika, selagi hayat di kunjung badan. Wassalam...

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2313 http://www.iluvislam.com/v1/articles.php

0 comments: