Assalamualaikum,
Di kesempatan ini ana terpanggil untuk berkata-kata tentang dunia MLM dan Skim Cepat Kaya yg mana ributnya pernah melanda negara kita, Malaysia suatu ketika dulu dan angin sepoi2 bahasanya masih lagi dapat di rasai sehingga sekarang. Maaf la ana pon bukannya berilmu sangat untuk berbicara tentang perkara tersebut, tetapi adalah baik untuk kita meluahkan pendapat dan ilmu2 yang kita ada, dari ianya terus tersemat dalam kalbu tanpa sesiapa mendapat kebaikan darinya.
"Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam Kitab (Al-Qur'an), mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat (pula) oleh mereka yang melaknat" (Al-Baqarah, ayat 159)
Apakah pengertian MLM??? Ianya adalah definisi pendek dari perkataan Multi Level Marketing atau juga dikenali sebagai network marketing. Struktur ini direka untuk mencipta promosi dan jualan dengan memberi ganjaran kepada promoters produk kompeni, bukan sahaja melalui produk yang di jual, tetapi juga melalui produk2 yang dijual oleh ahli2 yang di perkenalkan oleh promoters tersebut, yg membawa istilah 'downline' dan 'upline'. Umumnya MLM ini ialah suatu perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan oleh banyak tingkat atau level (Shariah Issues in Multi Level Marketing, Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman). Menurut Ust Hj Zaharuddin, jualan MLM pada 2003 mencatatkan jualan sebanyak RM 4 Bilion dengan keahlian seramai 3 juta orang di Malaysia.Pada tahun 1993, Akta Jualan Langsung telah diperkenalkan untuk membendung aktiviti jualan langsung yang tidak beretika, melindungi pengguna dan menggalakkan aktiviti jualan langsung yang beretika(PENGLIBATAN PELAJAR SEBAGAI EJEN MULTI LEVEL MARKETING: KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI, NURUL NADIA BINTI ABDUL WAHAB).
Apa pula skim cepat kaya???“Skim Cepat Kaya” bermaksud satu bentuk pelaburan yang menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan bebas daripada sebarang risiko, yang tidak berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau pihak-pihak berkuasa lain(PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009,LARANGAN PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM SKIM CEPAT KAYA). Ianya termasuklah sebarang bentuk jualan atau pelaburan yang menyalahi undang2 walaupun dikendalikan oleh institusi berdaftar.
Suatu ketika dahulu kita di kejutkan dengan skim pelaburan yang popular di kalangan org ramai degan keupayaannya menjana pendapatan kepada pelabur dengan kadar yang tinggi. Setelah disiasat oleh kerajaan, maka diwartakan oleh kerajaan bahawa skim pelaburan tersebut ternyata haram dari segi sumbernya dan caranya. Kerajaan mengambil langkah drastik dengan mengharamkan perniagaan tersebut. Maka ramailah 'usahawan2' dan 'pelabur' yang kecundang di pertengahan jalan, adapun mereka yang tidak sempat menikmati hasil pulangan dari 'pengobanan' mereka. Tetapi mengapakah mereka sanggup mengambil risiko yang besar tanpa menyiasat terlebih dahulu selok belok syarikat atau institusi tersebut, siapa pemiliknya, dari mana sumber pendapatannya, dan lebih penting adakah ia menepati tuntutan syariah?? Andai kita tidak berilmu tentang perkara ini, rujuklah pakar2 yg arif dalam bab2 syariah serta ekonomi Islam. Adalah penting untuk kita mengetahui sumber pendapatan kita adalah Halal lagi bersih dari sebarang syubhah sebelum kita menceburi mana2 sektor yang membawa kepada pendapatan.
Andai di fikirkan dengan mudah, faktor yang paling banyak menjerumuskan 'usahawan' tersebut dalam skim pelaburan dan MLM yang berunsurkan penindasan adalah faktor duit. Cubalah kita pergi mana2 seminar atau program yang dikendalikan oleh syarikat MLM dan skim cepat kaya, pasti akan terdengar ungkapan,"Duit bukan segala2nya, tetapi segala2nya memerlukan duit". Ada benarnya ungkapan tersebut, tapi sebagai umat Islam tapislah ataupun ubah sedikit frasa tersebut seperti,"Duit bukan segala2nya, tetapi segala2nya memerlukan duit yang halal dan diredhai Allah". Kan sedap bunyinya malah sejuk kita mendengarnya. Janganlah membuta tuli kita mengejar keduitan sehingga terlupa kesannya di akhirat nnt.Tidak kurang juga apabila ada ikon-ikon yg dapat ditarik oleh syarikat tertentu untuk menjadi ahli atau mempromosikan business dan produk mereka. Apabila yg ditarik adalah golongan ustaz, maka bertambah lagi kepercayaan org ramai utk menyertai apabila ada golongan ini dengan terbuka menyokong konsep sistem MLM tersebut tanpa memperhalusi sistemnya adakah ia benar2 compliance dengan syariah.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW.;"Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta, apaka dari sumber yang halal atau haram".(40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman,Hadis ke-16,Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki)
Boleh di katakan di sini adalah skim cepat kaya adalah suatu sistem yang menindas, perniagaan yg tdak berasaskan produk dan ada sehingga boleh ditakrifkan sabagai judi. Manakala MLM tidak haram pada hakikatnya, yg menjadikan ianya meragukan apabila sistemnya mempunyai sistem2 seperti di bawah sebagaimana diterangkan oleh Ust Hj Zaharuddin sendiri:
1)Harga tinggi dari biasa-kerana bole membawa kepada penipuan dalam berniaga
2)Belian peribadi target sebagai syarat belian-terdapat unsur paksaan dan penindasan kpd ahli untuk 'maintain' pembelian untuk melayakkannya mendapat komisyen org bawahan. Juga boleh membawa kepada unsur judi.
3)Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan.
4)Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka ianya jelas keharamannya.
5)sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini mirip "shafqatayn fi shafqah" iaitu 2 akad jenis jual beli dalam 1 yg dilarang Rasulullah SAW.
"Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )
Utk penjelasan lebih lanjut dan mendalam mengenai perkara di atas, sila layari laman berikut:
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html
Untuk menjadikan perniagaan MLM tersebut tidak meragukan dan compliance dengan syariah Islam,beberapa perkara mestilah di teliti terlebih dahulu antaranya ialah:-
1)Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya
2)Produknya bukan emas dan perak
3)Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.
4)Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja
5)Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu
6)Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat
7)Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya
8)Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas
9)Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Bukannya di sini ana nak memburukkan mana MLM yang dah ada kat negara kita ni, tetapi alangkah baiknya mereka melantik panel2 syariah yg mempunyai kuasa dan akses utk menegur org atasan sekiranya terdapat perkara2 dalam sistem syarikat yg tidak mematuhi dan menepati hukum syariah. Menjadi tanggungjawab kita untuk menyiasat dan menegur apa yang dirasakan tidak betul dan salah, seperti yang dilakukan oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman. Seperti kata beliau, "Saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam".
Akhir kata, tidak salahnya kita menyertai mana2 syarikat MLM asalkan sistem di akui mengikut atau compliance dengan syariah dan disahkan sendiri oleh panel syariah yang di lantik olehnya. Tidak ana katakan bahawa perniagaan MLM itu meragukan atau haram, tetapi apabila sistem yg digunakan berunsur menindas, riba dan judi, maka sistem yg diamalkan oleh syarikat MLM tersebut yang meragukan dan boleh membawa kepada haram. Andainya pihak syarikat mengambil inisiatif membetulkan sistemnya agar selari dengan tuntutan syariah Islam dan disahkan sendiri oleh panel syariah yg di lantiknya, maka kita bebas menyertainya tanpa ada keraguan.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda; "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya".".(40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman,Hadis ke-17,Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki)
Sekian saja dr ana,
Wassalam
0 comments:
Post a Comment