Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Tuesday, June 22, 2010

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 3:Waktu Mustajab Berdoa)





Assalamualaikum,
Selamat sejahtera kepada kalian dan semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT. Sesudah lama berehat (bercuti), tibalah masanya untuk ana mengantarkan sebuah entry baru setelah lama tidak menaip. Untuk kali ini kita akan menyambung tentang perkongsian doa. Semoga kita semua beroleh manfaat dan sesuatu yang berguna daripanya.Menurut Ibn 'Atha, doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah SWT. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawadduk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan waktu yang dimakbulkan, iaitu;

>> Berdoa sewaktu hujan turun. Sabda Nabi SAW: "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu; sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun." (HR Abu Dawud)

>> Ketika hendak solat.

>>
Pada waktu tengah malam terutama sepertiga akhir malam. Sabda Nabi SAW: "Allah SWT turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata: 'Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kukabulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon keampunan untuk Kuampunkan?'" (HR Bukhari dan Muslim)

>> Waktu di antara azan dan iqamah. Sabda Nabi SAW: "Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah." (HR al-Tirmizi)

>> Ketika sujud dalam solat. Sabda Nabi SAW: "Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdoa." (HR Muslim)

>>
Selesai solat fardu. Sabda Nabi SAW ketika ditanya tentang mestajab doa: "Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu." (HR al-Tirmizi)>> Ketika berpuasa. Sabda Nabi SAW: "Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah, doa ibu bapa terhadap anak, doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir." (HR al-Baihaqi)

>> Malam al-Qadar. Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadan. Kemungkinan besar ia berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadan berdasarkan kepada beberapa hadis yang menggesa para sahabat mencari malam al-Qadar pada sepuluh malam terakhir.

Aishah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: "Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar, apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah SAW: 'Sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Kamu sukakan kemaafan. Jesteru, maafkanlah aku.'" (HR al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Naza'ie)

Sekian sahaja dari ana, insyaAllah ada sambungannya pada entry yang akan datang. Semoga kita semua dapat beramal dengannya dan beroleh manfaat dari coretan di sini.

Wassalam.

Sumber: 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran

**Kuliah pada maghrib tadi oleh Ustaz Hj. Ahmad Bukhari ada menyatakan bahawa pada hari Jumaat ada suatu yang doa akan dimakbulkan Allah SWT. terdapat perbezaan pendapat antara Ulama, dan antaranya ialah sewaktu khatib sedang naik ke atas mimbar, sebelum dia memberi salam kepada jemaah. Wallahu'alam.
Kepada yang masih belum membaca entry sebelum ini, bolehlah klik pada link di bawah ini:-
1) Siri 1: Suatu Permulaan
2) Siri 2.1: Adab Berdoa
3) Siri 2.2: Adab Berdoa
4) Siri 2.3: Adab Berdoa

Untuk mendapatkan buku ini, layari www.stormreaders.net/MdTaib

4 comments:

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalamualaikum...

DOA. Suatu entry yg baik, cik Taib. Prkra yg elok biar diulang berkali2 tak apa..sbb mnusia mudah lalai & leka. walaupun kita rasa dh tau hal ni @ dh brkali2 baca, spatutnya tak boleh jemu. Yg penting, adakah prkara yg kita tau tu dh diamalkan... lgpun tak rugi kita baca slalu.

AD-DU'AAU MUKHKHUL IBAADAH. Doa itu adalah intipati kpd ibadat.Allah juga amat suka apabila hmbaNya brdoa mmohon ssuatu kpdNya..

Sdikit tmbhn, Allah kabulkan doa kita melalui 3 cara:

1- Meminta, langsung diberikan.
2- Meminta, tp tak diberikan, lalu musibah pula yg disingkirkan.
3- Di dunia tak diberikan, tp di akhirat nnti diberikan.

InsyaAllah, wallahu alam.

Anonymous said...

assalamualaikum..

terima kasih atas entry ini..
dulu ada tahu sikit2 macam lepas hujan dan antara azan dan iqamah, harini dah dapat ilmu baru :)

cikpia said...

terima kasih sudi kongsi ilmu yang baik macam nie....

+qasih nadira+ said...

perkongsian yang baik~terima kasih~
n___n