Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Friday, July 2, 2010

Sudah lebih 300....Alhamdulillah


Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, sekitar entry ini dinukilkan, bilangan followers blog yang tidak seberapa ini sudah pon mencecah 311 orang. Suatu penghargaan dan keharuan bagi ana kerana ianya dapat mencapai peringkat ini, walaupun si penulis tidaklah seberapa rajin dalam sentiasa mengupdate isi-isinya buat tatapan pembaca. Sememangnya tanpa sokongan dan respons dari pembaca, tidaklah ia akan mencapai hingga ke sekarang ini. Diharapkan ianya tidak putus2 menerima kunjungan dan respons pembaca sebagai pembakar semangat dalam terus menyebarkan sedikit ilmu buat perkongsian bersama, insyaAllah.

Berkaitan dengan entry yang boleh dikatakan sekian lama terbengkalai, ianya bukan disebabkan kemalasan yang melampau atau ketidak pedulian si penulis untuk mengarang sedikit bahan bacaan, tetapi antara puncanya ialah memastikan apa yang dihantar sebagai perkongsian adalah sesuatu yang memberi makna dan kebaikan kepada pembaca. Tidaklah senang untuk diposkan dan dikongsikan bahan-bahan seperti ini kerana seboleh-bolehnya penulis ingin menapis dulu apa yang ingin dikongsikan, supaya tiada yang tersalah faham dan isi-isinya betul dan boleh diterima umum. Tiadalah dimahukan untuk si penulis mengepos entry-entry yang lagho dan mendatangkan ketidak baikan kepada pembaca kerana sedikit sebanyak ianya mendatangkan saham (dosa) yang tidak diinginkan.

Di sini di ucapkan Jazakallah khair dan setinggi terima kasih kepada yang sudi mengikuti blog ini. Di sini ialah mereka-mereka yang menjadi ahli terbaru dalam ruangan 'Mereka Rakan, Sahabat dan Pejuang' (Followers) ini. Semoga kita sama-sama diberkati dan diberikan hidayah dariNya, kerana Allah sahaja yang berkuasa menentukan ganjaran hidayah kepada hamba-hambaNya yang terpilih.

295. Nailah El-Aziz
296. Abu Ubaidah
297. Pencari Cinta
298. Tokwan
299. Amirah
300. Melatidaisy88
301. PurpleRoses
302. Impian Cinta
303. Nur Hidayat
304. Dev
305. no_cha
306. Aliff edogawa
307. Pendulang dollar
308. Cik alin
309. Gransaver
310. Jus Queenita
311. Pena



Juga sebagai mengambil kesempatan ingin diwar2kan perkembangan terbaru blog Duniaku Duniamu Jua... ini iaitu satu widget baru iaitu mixpodd.com yang mana ianya terletak di bawah sekali. Ini adalah sebuah music player yang mana ana khaskan untuk memainkan lagu-lagu berunsur nasyid dan ketuhanan. Jadi seandainya sahabat sekalian berkunjung dan mendengar lagu Nurkasih, bukanlah lagu itu sahaja terisi di situ, tetapi turut memuatkan 17 lagi lagu-lagu (setakat ini) yang lain. Jadi untuk memilih, klik sahaja pada lagu tersebut. Dan sesiapa yang ingin request lagu di alu-alukan, yang penting ianya berunsur ketuhanan.

Dan terdapat juga banner baru yang ana selitkan di ruangan atas sekali blog ini iaitu banner Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab dan Suterasongket.com. InsyaAllah review tentang baner dan perniagaan ini akan ana beritahu dalam entry-entry yang akan mendatang. Tetapi seandainya sahabat ada yang tidak sabar mengetahuinya, boleh klik pada banner di atas itu, insyaAllah.



Sekian sahaja untuk entry yang berorientasikan penghargaan ini, segala kasalahan dan kesilapan harap diberikan teguran untuk proses pembaikan diri ini. Sekian.

Wassalam.

8 comments:

Sofiayantie said...

congrats ya.. ^^

Anonymous said...

Subhanallah Ustaz. hebatnya. tapi sebagai peringatan sesama manusia.

UJUB DENGAN BANYAKNYA PENGIKUT DAN AHLI

Firman Allah swt:

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئاً وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ

"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mu'minin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu diwaktu kamu menjadi UJUB (kagum) dengan banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfa'at kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai. (25 : at-Taubah)

Disini menunjukkan ujub dengan banyaknya tentera (10,000) ketika itu menyebabkan mereka telah tewas pada pusingan pertama. Tuhan menegaskan bahawa banyaknya mereka tidak memberi makna sedikit pun pada buat mereka.

Oleh berhati2lah kepada guru yang rasa kagum dengan banyak anak muridnya, penganjur program yang kagum dengan ramai pesertanya, persatuan yang kagum dengan banyak ahlinya, bloger yang ramai yg banyak follower bahwa banyak tidak memberi makna , malahan mendatangkan kemurkaan tuhan seperti dalam tajuk seterusnya.

MORAL:
KITA TEWAS DAN GAGAL BUKAN KERANA SEDIKIT AHLI TETAPI KERANA PENYAKIT HATI YANG MASIH MELANDA TERUTAMA SIFAT UJUB.

KEMURKAAN TUHAN KEPADA YANG KAGUM DENGAN DIRINYA

Nabi saw bersabda:

بينما رجل يمشي في حلة تعجبه نفسه مرجل جمته إذ خسف الله به فمو يتجلجل في الأرض إلى يوم القيامة

“ Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju dan rambut yang disikat meneybabkan dia rasa kagum dengan pakain dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah menenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”

Hadis sahih riwayat Bukhari (5789) dan Muslim ( 2088).

Kita digalakkan untuk memakai cantik tetapi dilarang untuk merasa kagum dengan diri kita tetapi kita hendaklah melihat Allah yang memberinya nikmat. Lihat betapa murkanya tuhan dengan manusia sebagini sehingga Allah menenggelamkan dia sehingga hari kiamat.

Sekian.

taib wahid said...

Salam,

Jazakallah khair ustaz atas peringatan ke atas diri ana yang lemah lagi serba kekurangan ini. Semoga ana dijauhkan saki baki sifat ujub yang sentiasa menekan diri ini dengan bantuan syaitan laknatullah.

Ana ada sedikit persoalan tentang perkara yang ustaz ingatkan ana ini iaitu berkaitan blog ana ini. InsyaAllah ana akan melawat post ustaz dan meninggalkan soalan di situ. Harap ustaz bole memberikan pandangan dan pendapat ustaz berkaitan soalan yang ana akan tanya nanti.Pendapat dan jawapan ustaz akan ana renungkan dan kaji untuk kebaikan bersama.

Alhamdulillah ana sudah dapat ilmu yang sungguh besar pada hari ini berkaitan penyakit hati ini. Nikmat Allah yang dikurniakan mengizinkan ana mendalami perkara ujub ini.Seperti yang ana nyatakan dalam entry ini,diharapkan andai ada pendapat dan teguran yang ingin diberikan kepada ana atau bukan diri ana, amatlah dialu-alukan selagi ianya benar dan bermanfaat.InsyaAllah ana akan menerima dengan hati yang terbuka.

Jazakallah khair.

Seri Bahasa said...

setelah 6 bulan berblogging seri pon belum mencapai tahap itu...tahniah dari seri...semoga ia dapat memberi perangsang buat teman untuk terus berblogging di dunia alam maya tanpa sempadan ini.

taib wahid said...

salam,

terima kasih cik seri,insyaAllah =)

Unknown said...

tahniah =)

taib wahid said...

salam,

syukran juga kepada cik Farha =)

Rice Recipes said...

Good reaading