Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Sunday, February 28, 2010

Antara MLM, Skim Cepat Kaya Dan Hukum Syariah




Assalamualaikum,

Di kesempatan ini ana terpanggil untuk berkata-kata tentang dunia MLM dan Skim Cepat Kaya yg mana ributnya pernah melanda negara kita, Malaysia suatu ketika dulu dan angin sepoi2 bahasanya masih lagi dapat di rasai sehingga sekarang. Maaf la ana pon bukannya berilmu sangat untuk berbicara tentang perkara tersebut, tetapi adalah baik untuk kita meluahkan pendapat dan ilmu2 yang kita ada, dari ianya terus tersemat dalam kalbu tanpa sesiapa mendapat kebaikan darinya.

"Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam Kitab (Al-Qur'an), mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat (pula) oleh mereka yang melaknat" (Al-Baqarah, ayat 159)



Apakah pengertian MLM??? Ianya adalah definisi pendek dari perkataan Multi Level Marketing atau juga dikenali sebagai network marketing. Struktur ini direka untuk mencipta promosi dan jualan dengan memberi ganjaran kepada promoters produk kompeni, bukan sahaja melalui produk yang di jual, tetapi juga melalui produk2 yang dijual oleh ahli2 yang di perkenalkan oleh promoters tersebut, yg membawa istilah 'downline' dan 'upline'. Umumnya MLM ini ialah suatu perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan oleh banyak tingkat atau level (Shariah Issues in Multi Level Marketing, Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman). Menurut Ust Hj Zaharuddin, jualan MLM pada 2003 mencatatkan jualan sebanyak RM 4 Bilion dengan keahlian seramai 3 juta orang di Malaysia.Pada tahun 1993, Akta Jualan Langsung telah diperkenalkan untuk membendung aktiviti jualan langsung yang tidak beretika, melindungi pengguna dan menggalakkan aktiviti jualan langsung yang beretika(PENGLIBATAN PELAJAR SEBAGAI EJEN MULTI LEVEL MARKETING: KAJIAN TERHADAP PELAJAR SPI, NURUL NADIA BINTI ABDUL WAHAB).



Apa pula skim cepat kaya???“Skim Cepat Kaya” bermaksud satu bentuk pelaburan yang menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan bebas daripada sebarang risiko, yang tidak berdaftar dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau pihak-pihak berkuasa lain(PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009,LARANGAN PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM SKIM CEPAT KAYA). Ianya termasuklah sebarang bentuk jualan atau pelaburan yang menyalahi undang2 walaupun dikendalikan oleh institusi berdaftar.



Suatu ketika dahulu kita di kejutkan dengan skim pelaburan yang popular di kalangan org ramai degan keupayaannya menjana pendapatan kepada pelabur dengan kadar yang tinggi. Setelah disiasat oleh kerajaan, maka diwartakan oleh kerajaan bahawa skim pelaburan tersebut ternyata haram dari segi sumbernya dan caranya. Kerajaan mengambil langkah drastik dengan mengharamkan perniagaan tersebut. Maka ramailah 'usahawan2' dan 'pelabur' yang kecundang di pertengahan jalan, adapun mereka yang tidak sempat menikmati hasil pulangan dari 'pengobanan' mereka. Tetapi mengapakah mereka sanggup mengambil risiko yang besar tanpa menyiasat terlebih dahulu selok belok syarikat atau institusi tersebut, siapa pemiliknya, dari mana sumber pendapatannya, dan lebih penting adakah ia menepati tuntutan syariah?? Andai kita tidak berilmu tentang perkara ini, rujuklah pakar2 yg arif dalam bab2 syariah serta ekonomi Islam. Adalah penting untuk kita mengetahui sumber pendapatan kita adalah Halal lagi bersih dari sebarang syubhah sebelum kita menceburi mana2 sektor yang membawa kepada pendapatan.



Andai di fikirkan dengan mudah, faktor yang paling banyak menjerumuskan 'usahawan' tersebut dalam skim pelaburan dan MLM yang berunsurkan penindasan adalah faktor duit. Cubalah kita pergi mana2 seminar atau program yang dikendalikan oleh syarikat MLM dan skim cepat kaya, pasti akan terdengar ungkapan,"Duit bukan segala2nya, tetapi segala2nya memerlukan duit". Ada benarnya ungkapan tersebut, tapi sebagai umat Islam tapislah ataupun ubah sedikit frasa tersebut seperti,"Duit bukan segala2nya, tetapi segala2nya memerlukan duit yang halal dan diredhai Allah". Kan sedap bunyinya malah sejuk kita mendengarnya. Janganlah membuta tuli kita mengejar keduitan sehingga terlupa kesannya di akhirat nnt.Tidak kurang juga apabila ada ikon-ikon yg dapat ditarik oleh syarikat tertentu untuk menjadi ahli atau mempromosikan business dan produk mereka. Apabila yg ditarik adalah golongan ustaz, maka bertambah lagi kepercayaan org ramai utk menyertai apabila ada golongan ini dengan terbuka menyokong konsep sistem MLM tersebut tanpa memperhalusi sistemnya adakah ia benar2 compliance dengan syariah.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW.;"Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta, apaka dari sumber yang halal atau haram".(40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman,Hadis ke-16,Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki)



Boleh di katakan di sini adalah skim cepat kaya adalah suatu sistem yang menindas, perniagaan yg tdak berasaskan produk dan ada sehingga boleh ditakrifkan sabagai judi. Manakala MLM tidak haram pada hakikatnya, yg menjadikan ianya meragukan apabila sistemnya mempunyai sistem2 seperti di bawah sebagaimana diterangkan oleh Ust Hj Zaharuddin sendiri:

1)Harga tinggi dari biasa-kerana bole membawa kepada penipuan dalam berniaga
2)Belian peribadi target sebagai syarat belian-terdapat unsur paksaan dan penindasan kpd ahli untuk 'maintain' pembelian untuk melayakkannya mendapat komisyen org bawahan. Juga boleh membawa kepada unsur judi.
3)Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan.
4)Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka ianya jelas keharamannya.
5)sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini mirip "shafqatayn fi shafqah" iaitu 2 akad jenis jual beli dalam 1 yg dilarang Rasulullah SAW.

"Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Utk penjelasan lebih lanjut dan mendalam mengenai perkara di atas, sila layari laman berikut: http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

Untuk menjadikan perniagaan MLM tersebut tidak meragukan dan compliance dengan syariah Islam,beberapa perkara mestilah di teliti terlebih dahulu antaranya ialah:-

1)Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya
2)Produknya bukan emas dan perak
3)Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.
4)Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja
5)Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu
6)Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat
7)Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya
8)Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas
9)Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.



Bukannya di sini ana nak memburukkan mana MLM yang dah ada kat negara kita ni, tetapi alangkah baiknya mereka melantik panel2 syariah yg mempunyai kuasa dan akses utk menegur org atasan sekiranya terdapat perkara2 dalam sistem syarikat yg tidak mematuhi dan menepati hukum syariah. Menjadi tanggungjawab kita untuk menyiasat dan menegur apa yang dirasakan tidak betul dan salah, seperti yang dilakukan oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman. Seperti kata beliau, "Saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam".

Akhir kata, tidak salahnya kita menyertai mana2 syarikat MLM asalkan sistem di akui mengikut atau compliance dengan syariah dan disahkan sendiri oleh panel syariah yang di lantik olehnya. Tidak ana katakan bahawa perniagaan MLM itu meragukan atau haram, tetapi apabila sistem yg digunakan berunsur menindas, riba dan judi, maka sistem yg diamalkan oleh syarikat MLM tersebut yang meragukan dan boleh membawa kepada haram. Andainya pihak syarikat mengambil inisiatif membetulkan sistemnya agar selari dengan tuntutan syariah Islam dan disahkan sendiri oleh panel syariah yg di lantiknya, maka kita bebas menyertainya tanpa ada keraguan.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda; "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya".".(40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman,Hadis ke-17,Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki)

Sekian saja dr ana,
Wassalam

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur RasuL....(Cinta inI Malik SiapA?)


Assalamualaikum dan Selamat Maulidur Rasul,

Alhamdulillah di kesempatan ini bersama2 kita memanjatkan syukur ke hadrat Allah Ta'ala kerana diberi kesempatan untuk bersama2 mengecapi dan meraikan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW. Persoalan yang terbit dari sini ialah bagaimana kita menyambutnya? Adakah sekadar dengan berarak dengan sepanduk dan sebagainya dan membiarkan ianya berlalu seperti hari2 yang lain?

After Subuh tadi Maskid di tempat ana ada mengadakan sesi ceramah umum sempena Maulidur Rasul dengan Ustaz Hj. Sallehuddin Bin Mohd Nasir sebagai penceramah jemputan. Alhamdulillah banyak perkara2 yang dikongsi bersama dengan ustaz tentang Maulidur Rasul yang kita sambut ini. Antaranya ialah sejarah sambutan Maulidur Rasul yang bermula semasa pemerintahan Sultan Salahudin Al-Ayubi yang berhasil menyatukan umat pada zaman tersebut seterusnya berjihad membebaskan Masjidil Aqsa dari genggaman gabungan tentera salib laknatullah dan yahudi laknatullah. Turut di sentuh ialah tentang inisiatif ulamak di Republik Islam Iran yang turut meraikan hari kewafatan Rasulullah SAW. Pendapat mereka ialah dalam kita bergembira merayakan hari kelahiran Rasulullah SAW, perlu ada hari untk kita mengingati hari kewafatan Rasulullah SAW dengan mengisinya dengan ceramah tentang saat kewafatan Rasulullah dan keperitan RAsullullah SAW dalam menegakkan kalimah Allah dan Islam sehingga kita dapat mengecapi nikmat tersebut. Bukannya ana atau ustaz tersebut mempetahankan ajaran syiah seperti yang diamalkan di republik tersebut,tetapi apa yang baik kita sama2 jadikan tauladan, apa yang tidak baik bersama kita jadikan sempadan kepada kita.

Sekarang kita berkisar tentang sambutan maulidur rasul yang ana tempuhi pada hari semalam. Ana dijemput untuk menghadiri sambutan oleh org Indon bangsa Madura(kerana ana akrab dengan mereka) di 3 tempat semalam, tetapi hanya dapat memenuhi 2 jemputan sahaja. Ana kagum dengan cara mereka menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW di mana hampir setiap rumah kongsi mengadakan majlis marhaban dan selawat ke atas Rasulullah sehingga ana melihat gambaran mereka menyambut Maulidur Rasul seperti kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Terkejut juga ana semasa menumpangkan mereka berbelanja di pasar borong kelmarin di mana mereka berhabis belanja untuk makanan sahaja hampir RM 1000, tidak termasuk kos lain seperti hiasan dan duit2 yang diberi kepada hadirin.


Tanggal 14 feb nnt ana percaya ramai antara anak muda melayu dan Islam terutamanya yang akan mengucapkan ungkapan2 cinta kepada 'kekasih' mereka hatta terpengaruh dgn budaya barat dan kristian(Hayatilah kisah-kisah bermulanya perishtiharan 14 feb ini dan hari valentime nih). Angkara terikut-ikut dengan budaya maka ramailah saudara seagama kita sanggup menggadaikan maruah agama, diri dan bangsa hatta kerana asyik dengan tipu goda syetanirrojim kononnya pengorbanan untuk sebuah 'cinta'. Kuliah subuh tadi ada menyebut bahawa cinta kepada Allah dan Rasulnya mestilah melebihi kecintaan kepada makhluk sendiri, hatta kepada ibu bapa dan anak sendiri. Renungkanlah hadis di bawah ini;

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mencintai Allah hanya diterima apabila kita mencintai Rasullullah, dan begitulah sebaliknya. Tanda kita cinta dan sayang kepada Rasullullah SAW ialah dengan mengucapkan selawat ke atasnya setiap hari dan ketika termasuklah mengamalkan sunnah Rasullullah SAW, manakala tanda cinta kepada Allah ialah membaca Al-Quran setiap hari dan bergetarlah hati kita apabila nama Allahuakbar itu disebut. Bagaimana kita menyatakan cinta kepada Rasulullah sedangkan sunnahnya tidak diikuti, bahkan lebih teruk lagi ia di hina dan direndahkan tarafnya kononnya tidak mengikuti aliran zaman. Betapa cintanya Rasulullah SAWkepada umatnya sehingga di ambang kewafatan Rasullullah, masih lagi Rasulullah SAW bertanyakan jaminan Allah terhadap umatnya di akhirat nnt (bahawa umat Rasulullah SAW akan menjadi golongan yg pertama masuk ke syurga) dan di saat nyawa Rasulullah SAW hampir di cabut seluruhnya, mulut Rasulullah SAW masih menyebut "ummati,ummati,..". Renunglah diri kita samada kita layak berbangga dan memanggil diri kita yg kerdil ini umat Rasulullah berdasarkan amalan kita dan tahap kecintaan kita kepada Rasulullah?

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Sempena 12 Rabiulawal ini, samalah kita meningkatkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan Allah SWT dengan mengamalkan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Janganlah hanya menunggu detik 12 Rabiulawal pada tahun hadapan untuk mengingati Rasulullah, tapi amalkanlah sunnahnya dan berselawatlah kepada Rasulullah SAW setiap masa dan ketika, selagi hayat di kunjung badan. Wassalam...

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2313 http://www.iluvislam.com/v1/articles.php

Wednesday, February 24, 2010

How to make a good salespersoN??




Assalamualaikum...

Ana just reading through of a book(not finished yet) that ana got for free from a convention by Peoplelogy Group last year. The title is I Walked The Dollar writed by Dr. Saiful Bahari. This book drawing attention from ana as it teach readers how to become a good salesperson. Not to teach the readers to become a salesman, but teach them to be a good communicator, customers friendly and to make a sale from product that they want to sell.

In the early stage of this book is about the criteria of a person that wanted to become a salesperson. First step is the need of a person to belive in himself and his ability. As in the book said,"There are no one more influential in your life than you". We always heard that we are our own worst enemy as we always be sorround by our's negetive thought when we want to do something. Learn how to overcome this internal negativity and fears is what seperate already successful person and want to be successful person.

Want to be salaesperson must have a strong will power, energy and desire to succeed. Sometimes a person will attacked by his or external negative thought that can push his passon in doing something to go down. This three driving factor careteristics will push the people towards his objective and keep reminding them. They also must be focused with what they want to achieve to keep them working towards it. Asking ourself about what it is that we want in this life and how long would like to achieve it. Target must be realistic to prevent disappoinment. Lot of people tend to get tired and losing will power as their target was too high and the time set was unrealistic.

Product remains a important criteria in selling activity. So when we want to sell a product, keep to believe in the product that we want to sell. How can people will want to buy the product if the seller didn't believe in the product he represent. Believing in the product means we know the product, good and bad sides. Be a constant student and patient also important step to be a good salesman. Keep on updating and studying a new aspect and way to represent the product and ourself. Don't rush into making a sale if there are mental roadblocks between us and our prospect, they had to be respected.

Sekadar Renungan=)

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tuesday, February 23, 2010

Pertanian Adalah Perniagaan (Siri 2-Tanam Cili)




Assalamualaikum....

Pada post kali ini ana akan bercerita tentang pertanian plak sekali lagi. Sering kali kita memandang remeh kepada petani-petani yang mengusahakan tanaman padi, getah dan lain2 kerana kita menilai mereka dari sudut luaran sahaja. Mereka ini bila ke kebun, mereka pakai pakaian selekeh sahaja, tak de yang pakai tali leher, kemeja atau seluar jeans. Andai ada la petani yang berbuat demikian, nescaya kena cop orang gila pada sesiapa yang memandang. Tapi sedarkah kita pendapatan mereka bila tiba musimnya, musim menuai padi contohnya, berapa ribu RM diorang dapat dari hasil titik peluh diorang.

Tu sebagai pembuka kata sahaja, yang ana nak bincangkan di sini ialah berkaitan perkongsian ilmu dalam bab menanam pokok cili. Ana pon bukan pandai sangat pon nak bercerita pasal cili nih, yang ana tanam pon ada la dalam 20-30 pokok aje. Tapi masyuk tau buat cili nih, kalau ana tengok pasaran la, anak pokok cili yang baru matang pon berharga RM 4-5 sepokok, bayangkan yang kecik2 macam tu pon dah bole tolak kat pembeli dengan harga tu, padahal cili tu datangnya dari biji yang selalu kita telan tu. Tu hanya jual pokok baru, kalau jual buahnya pon banyak untung jugak. Pokok cili akan menghasilkan buah selepas 4-5 bulan di tanam dan 1 pokok cili dapat mengeluarkan 500g buah untuk tempoh 8-9 bulan.

Untuk cara penanamannya pulak, jika tanam dalam pasu, gunakan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah sehingga kadar 5 cm(2 inci) dari permukaan pasu. Untuk menyediakan anak benih, kotak semaian mesti di isi dengan tanah campuran dengan kadar yang sama seperti penyedian tanah dalam pasu di atas (3:1:1). Semai 5g biji benih secara barisan dan tutup biji benih dengan lapisan tanah nipis. Jarak semaian ialah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok. Siram dengan penyembur halus sebanyak 2 kali sehari dan kotak semaian mesti dilindungi dari cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Anak benih boleh dipindahkan ke pasu atau ladang selepas 6 minggu dalam kotak semaian. Sebelum di ubah, dedahkan anak benih kepada cahaya selama 3-4 hari sebelum dipindahkan untuk mengeraskannya.

Cara penjagaan pokok; untuk proses siraman, siram pokok di awalpagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan. Manakala untuk proses membaja pokok dalam pasu pula, taburkan 1 sudu teh atau 5 g baja NPK Blue Spesial (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

Sekian sahaja untuk post kali ini. Sampai ketemu lagi dan selamat mencuba.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali". (HR At-Tarmizi dan Ad-Darimi)

Sunday, February 21, 2010

Wah!!! Menariknya...WeEk SevEn




Assalamualaikum and salam sejahtera,

Pada post kali ini, ana mahu bercerita sket tentang perkara2 menarik yang ana dah lakukan dalam week 7 2010 lepas. Sekadar perkongsian bersama mereka2 yang sudi membaca post ini=)

Kebanyakan week 7 ana habiskan di kampung ana(sempena cuti tahun baru cina) di pengkalan chepa, Kelantan. Semasa ana berada di sana, ana merajinkan diri untuk menelaah web mentor jutawan internet, Dr. Irfan Khairi untuk mencari informasi2 yang berguna untuk perniagaan internet. Dari situ juga ana telah di perkenalkan dgn perniagaan MLM yg masih baru di mana ianya 100% berlandaskan syariah. Perniagaan ini bernama Storm Readers dan sebuah anak syarikat Telaga Biru, sebuah syarikat yang menerbitkan buku2 karangan penulis2 dan penceramah terkeal. Produk yang di jual di perniagaan ini ialah buku2 agama dan motivasi dari ikon-ikon terkenal seperti Dato Dr Fadzilah Kamsah, Ustz Dato Siti Norbahyah, Ustaz Wan Akashah, Ustaz Zahazan, Ustaz Zaharuddin, Professor Izzi dan ramai lagi, termasuk Dr Irfan Khairi sendiri.Nnt ana akan ceritakan lagi tentang storm readers ni di post ana yang lain.

Ok,kali ni ana nak crita pasal mini seminar yang ana sertai pada sabtu yang lepas (20/2/2010) yg dikendalikan oleh Team Flarebiz di office mereka. Apa yang menjadi daya penarik kpd ana utk sertai seminar ni ialah kerana ia dikendalikan oleh saudara Adly Mukhtar@labanon dan partner beliau, saudara Zhafran. Untuk pengetahuan semua, Adly ni sebaya dgn adek bongsu ana, tetapi telah mencipta berbagai sejara. Dia telah memulakan perniagaan internet sejak di bangku sekolah lagi dan telah mendapat RM 10000 pertama beliau semasa berumur 17 tahun (ada bukti dalam paper). Team Flarebiz ni di anggotai oleh anak2 muda remaja yang hijau2 lagi, tp kematangan and pemikiran jauh meninggalkan remaja yg sebaya dgn diorg. Kalu tak silap ana, umur Adly tu lebih kurang 20 tahun (sama Umur dgn adik ana) manakala Zhafran berumur 24 tahun. Syabas kepada anak2 muda ini, semoga mereka terus meraih kejayaan dan bersama membimbing anak muda Islam dan melayu ke arah kejayaan yang diredhai Allah, Amin.

Seminar tersebut bertajuk, Seminar Asas Perniagaan Internet: Asas Buat Duit dgn Produk Fizikal yang disampaikan oleh saudara Adly manakala saudara Zhafran pula menerangkan tentang Laman Web Yang Menjual Produk Fizikal. Memang rugi la sesape yang tau pasal mini seminar ni tapi tak pegi kerna ilmu and information yang diberikan adalah berguna. Mungkin ramai yang tak tau apa sebenarnya menjual produk fizikal di internet? Produk fizikal ni ialah seperti perfume, jam, kasut, baju dan mcm2 lagi asalkan boleh disentuh(mcm eBay la). Perniagaan ini amat mudah dengan customer hanya pilih barang yg dia suka dan order sahaja. Selepas daripada itu, peserta diperkenalkan dgn produk terbaru team Flare Biz nih, iaitu NiagaKit iaitu sebuah kedai online yang khas menjual apa2 barang yang kita suke.

NiagaKit membolehkan kite mengontrol dan mengawal aktiviti jualan mereka dan menjadi saluran pemasaran oleh para usahawan internet. Dengan membeli produk NiagaKit, usahawan boleh meletakkan barang yg ingin mereka jual dan promotekan kpd customer di internet. Kirenya macam usahawan tu jadi tokey ala-ala eBay la. Org akan order dan die hanya mengepos sahaja kepada customernya, menarikkan? Lebih menarik, Team Flarebiz akan membantu dan sentiasa mengikuti perkembangan pelanggan mereka andai terdapat apa2 masalah.

Ok la, di sini ana sertakan beberapa kedai online yang telah melanggan perisian NiagaKit yg dipromosikan oleh Team FlareBiz.

http://galeribatik.com
http://www.esavebudget.com
http://ubishoppe.com (dr kartunis popular-UBI)
http://jomshopping.net
http://soccerpitstop.com

So, sesape yang berminat untuk keterangan lebih lanjut tentang NiagaKit atau ingin melanggan produk tersebut, bolehlah melayari laman web di bawah ini atau klik sahaja pada banner yang ana letak.

http://niagakit.com/go/?id=957148
Sekian saja utk kali ini,sampai kita bertemu lagi=)
Wassalam

Saturday, February 20, 2010

Bilal KeciL BaB 1 (Mari beLajaR Al-Quran-Tajwid)




Assalamualaikum

Selamat sejahtera kepada semua. Kali ini anna ingin berbicara pasal topik Islamik plak,iaitu belajar membaca Al-quran dengan betul dari segi makhraj huruf dan tajwidnye. Di sini bukannya anna ingin mengajar saudara-saudara, tapi sekadar memberi tips dan peringatan sahaja,kepada diri saudara dan ana sendiri.

Di tempat ana(Masjid Jamek Pekan Sg Buloh) ada mengendalikan bacaan iqra' dan membetulkan bacaan Al-Quran pada setiap hari Khamis malam yang dikendaikan oleh Bilal 1 masjid tersebut,Ustaz Azman. Ana adalah salah seorang hadirin yang menghadiri kelas tersebut. Hadirin yang lain ramai terdiri dari golongan yang berumur dan sudah berusia(ana antara yang termuda). Ini bukan bermaksud bahawa mereka tidak pandai membaca ayat2 suci, tetapi adalah memperbetulkan bacaan dari segi makhraj huruf dan tajwdnya. Apa yang menarik ialah kami siap kena baca secara solo dan menggunakan microphone lagi, supaya bacaan jelas di dengar oleh ustaz. Ana cukup respect kepada hadirin kerana mereka bukan sahaja menghadiri majlis tersebut, bahkan tidak segan silu dalam menimba ilmu.

Untuk permulaan,Bilal Azman mengajar membaca al-fatihah dengan betul sebutan dan tajwidnya. Jemaah di kehendaki membaca ayat tersebut dan dia akan membetulkan mana yang terkurang atau mana yang terlebih. Penting sekali al-fatihah ni sehinggakan solat kite boleh jadi tidak sah andai tidak mematuhi makhraj huruf dan bacaannya(kerana maksudnya bole berubah dari yang asal). So kita kena la jaga betul2 cara pembacaannya.tidak perlulah tergesa2 dalam membaca al-fatihah semasa solat kerana dikhutiri kita tidak sempat menjaga mana yang perlu dtunaikan semasa membaca ayat tersebut.

Di sini ana hendak kongsi 10 syarat dalam membaca al-fatihah semasa solat seperti yang telah diajarkan oleh Bilal Azman:-
1) Dibaca dalam bahasa arab. Tak boleh la pandai2 nak baca dalam bahasa lain semasa solat nih
2) Tertib antara kalimah-kalimahnya. Maknenya kena ikut aturan dari ayat 1 hingga 7.
3) Berturut-turut.
4) Memelihara huruf-hurufnya 142 huruf. Huruf ni mestilah di baca dengan makhraj dan tajwid yang betul.
5) Memelihara syahadah 14 tempat.
6) Jangan melamakan diam lebih drpd kadar bernafas dan pnat.
7) Jangan mencederakan maknanya. Makhraj huruf yang di sebut dgn tidak betol boleh menyimpangkan makna ayat tersebut.
8) Sambil berdiri atau gatinya ketika uzur.
9) Mempedengarkan akan dirinya jika tiada tuli. Bacalah dengan kadar berbisik agar dapat didengar oleh telinga kita, tidak terlalu kuat(bimbang mengganggu jemaah lain) dan tidak terlalu perlahan. Ini juga membantu kita khusyuk ketika solat.
10) Jangan menyebut antara ayat2 fatihah itu bacaan lain yang bukan daripada sembahyang.

www.al-islam.com

Di sini ana selitkan alamat web andai yang berminat nak belajar Al-quran dan tajwid dan lain2 lagi berkaitan Islam. Silalah melayari laman web ini, tak rugi andai kita habiskan masa kitadengan menuntut ilmu. Ustaz yang mengajar kuliah agama di tempat ana selalu menyebut bahawa orang yang menghadiri majlis ilmu lebih mulia daripada orang yang sembahyang sunat 1000 rakaat,moga hati kita sama2 terbuka untuk menimba ilmu,lebih2 lagi berkaitan dgn Islam.

Dalil dari hadis rasulullah s.a.w pula ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hambaNya membaca al-Quran secara tepat sebagaimana ia diturunkan”.

Friday, February 19, 2010

Realizing a DreAM...Chapter 1




Assalamualaikum...

Today ana would like to write my new post in english.After ana finishing my bachelor,ana think ana had gone too long without writing any word in english(except when ana leave a comment in ligasubang.blogspot a few weeks ago).My appologize because there will be many mistake in my grammer,hehe.

Recently ana had read about a blog created by my friend (Mohd Fathuallah) at www.teenagemoneygenius.com .Ana was impressed to read about the commitment of his team in giving kids a motivation to become entrepreneur in a younger age.Ana still remember when ana was in primary school,Fath was a entrepreneur kid.He used to sell us 'kerepek pedas' and 'nasi lemak'(if ana not mistaken) in our class.So when he focussing in entreprenuer industry,ana not too shock.

Ok,let's go back to the subject.Many successful entrepreneur didn't start their career in entrepreneurship after grading from school,but they already start when they are in primary and secondry school.Let's pick Irfan Khairi(Internet Millionaire) as our example.During his school's day,he already involve in business and marketing by selling 'kad raya' during Hari Raya festival and school uniform at the end of the year.This a person that become wealthy and successful man after he gained more experience in business and marketing.By doing this for many many years,he know how to handle his customer and how to increase his sale.

If we think that we are already too old or the entrepreneur is not for ours,let's think about that again.If we dare to dream to have a successful life,wealthy income and happy lifestyle,why not giving entreprenuership a go or another go?Even our prophet said that 9/10 of wealthy/income is from business/entrepreneur.Factors that seperate successful and not so successful person is not ageing factor or money that can be invest,but factors that seperate are passion to realizing dream,skill and plan and also their hard work.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Mulk ayat 15:

Yang bermaksud: " Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaan-Nya )".

That's all for the chapter 1,see you soon in another chapter.
wassalam=)

Wednesday, February 17, 2010

Pertanian Adalah Perniagaan (Siri 1)




Rasenya sudah lama kita tak dengar ungkapan ni diucapkan.Selalunya pada zaman Pak Lah dulu ungkapan ni memang popular dengan visi beliau yang melihat kepada pertanian sebagai salah satu penyumbang kepada ekonomi negara.So banyak la program pada zaman beliau yang berasaskan kpd usahawan tani seperti MIHAS dan Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (MAHA).

Firman Allah SWT dalam surah Al-Mulk ayat 15:
Yang bermaksud: " Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaan-Nya )".

Berdasarkan firman Allah SWT di atas jelas kpd kita bahawa nikmat dan rezeki kepada kita ada di mana,dan bergantung kpd kita bagaimana memanfaatkan kurniaan yg Allah kurniakan.Mungkin ramai antara kita yang tak nampak di mana potensi sebenar pertanian ni untuk dijadikan sumber pertanian kita.Tapi macam yang ana lihat dan perhati sendiri,potensinya cukup luas,contohnya dengan apa yang ana lihat seorg auntie cina di tempat ana di Sungai Buloh yang boleh jana pendapatan lebih kurang RM 4000 sehari hanya dengan menjual anak2 pokok buah dan bunga.Tidakkah kita takjub dgn kemahiran auntie ni dalam berniaga(umurnya lebih kurang umur arwah bapa ana dlm 58-60 tahun) yang berasaskan bertani.ana tgk strategi auntie ni memang biasa tapi effien,hingga die sudah tak perlu sebok2 mencari customer,tp customer sendiri yg datang cari dia.

Kadang2 ramai antara kita yang takut hendak memulakan perniagaan dalam bidang pertanian ni,banyak alasan yang bole di beri,antaranya modal tak cukup la,tak de kemahiran dan ilmu la,kurang keyakinan dan macam2 lagi.Semuanya bak kata org tua2,tepuk dada tanya selera.Ilmu boleh di cari,bergantung kpd kemampuan dan kemahiran kita dlm mencari dan mengembangkannya.DI MANA ADA KEMAHUAN,DI SITU ADA JALAN.Bukan sahaja kita dapat kemahiran dan pengalaman dalam menuntut ilmu,bahkan kita juga menuju ke jalan yg diredhaiNya.

Menurut Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke- 9, menyatakan menjelang tahun 2010, Malaysia dijangka mengeksport hasil pertanian bernilai RM72 bilion setahun. Berdasarkan aktiviti pertanian adalah fardhu kifayah, maka sikap membazir atau membiarkan tanah tanpa diusahakan dalam keadaan kegawatan ekonomi perlu diubah. Sesungguhnya perbuatan sedemikian amat dimurkai Allah SWT kerana seolah-olah tidak mensyukuri nikmat yang diberikan.Nabi SAW telah menekankan di dalam sabdanya tentang betapa perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Sabda baginda yang mafhumnya:
“ Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.(Hadith Riwayat Abu Daud)
Jadi kepada sesiapa yg mempunyai keiginan menceburi bidang pertanian ni,teruskan kerana niat anda adalah murni.Kepada yang belom terbuka hati untuk menceburi bidang ni,teruskan menuntut ilmu dalam bidang keusahawanan yang lain,InsayaAllah usaha kita sama2 diberkati olehNya.Ingatlah wahai saudaraku,9/10 sumber rezeki adalah dari perniagaan.
"Memberi makanan kepada minda dengan meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan lebih besar makna dan fungsinya ke arah menaikkan tamadun dan peradaban manusia daripada memberi makanan kepada tubuh badan semata2"(Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah)