Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Rezeki, itulah perkataan yang banyak mempengaruhi fikiran kita. Persoalannya timbul tentang bagaimana mencari rezeki dan bagaimana hendak berusaha ke arahnya. Tetapi sedarkah kita bahawa sebelum kita dilahirkan ke dunia, telah ditetapkan Allah kepada hambanya 4 perkara iaitu rezekinya, amalannya, umurnya dan bahagia atau menderita. Setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri, dan bergantung kepada kefahaman dan kebijaksanaan kita untuk menilainya. Bernasib baik atau kurang bernasib baik, semuanya adalah ujian Allah SWT dalam menguji hambaNya.
"Kemudian setelah selesai mengerjakan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam semua keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)." (Surah al-Jumu'ah,10)
Dalam kita memerah keringat mencari rezeki, terfikirkah kita tentang cara-cara lain untuk menarik rezeki selain dari hanya bekerja dan terus bekerja. Ana baru membaca tentang rahsia untuk murah rezeki dari buku bertajuk
101 Petua Murah Rezeki & Jauhi Hutang karangan Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed dan Mahfuzah Omar. Terdapat banyak petua yg disampaikan di dalamnya berkaitan pencarian rezeki berlandaskan konsep yang dituntut oleh Islam. Ini termasuklah petua-petua kepada pemiutang dan cara2 memudahkan membayar hutang disertai dengan doa2nya. InsyaAllah isi kandungan buku ini akan banyak memberi panduan dan hikmah kepada pembacanya.
Nabi s.a.w."Wahai manusia, beribadahlah kepada-Ku dengan sebenarnya, nescaya akan Kupenuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku menjadikan kamu tidak berharap pada orang lain, sebaliknya jika engkau tidak melakukannya Aku akan penuhi hatimu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menghalangmu daripada menjadi fakir."(HR Ahmad,Ibn Majah dan al-Tirmizi)
Sekadar renungan di sini, ana akan menaip secara ringkas petua murah rezeki ini, tetapi untuk huraian yang lebih nyata dan jitu, pembaca mestilah merujuk kepada buku tersebut, ini hanyalah sekadar ringkasan dari ana. Antara petua-petua dimurahkan rezeki oleh Allah SWT yang disebutkan dalam buku ini ialah;
1)Beristighfar dan bertaubat
2)Bertakwa kepada Allah
3)Sentiasa mengingati Allah
4)Bertawakal kepada Allah selepas berusaha
5)Beribadah kepada Allah dengan sebenar-benarnya
6)Mengerjakan Haji dan Umrah
7)Menjalin silaturrahim(networking)
8)Bersedekah secara istiqamah
9)Membantu penuntut ilmu
10)Membantu golongan yang miskin
11)Berhijrah untuk mencari pendapatan di tempat lain
12)Memperbanyakkan doa
13)Bersyukur atas nikmat
14)Bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan yang harus
15)
Melibatkan diri dalam perniagaanKenapa ana highlight yang no 15 tu ye,erm,tepuk dada tanya selera la ye, nak hurai pon takut berjela-jela pulak panjangnya. Seperti petikan dari tulisan Dr Irfan Khairi, semua impian kita or target kita bermula dengan keiginan, adakah kita betul-betul inginkan sesuatu? Keiginan kita inilah yang akan menaikkan semangat kita dan memotivasikan kita secara automatik. So langkah yang diajar Dr IK ialah setiasa tulis dan tulis dan tulis lagi matlamat dan target kita walau dimana dan ketika mana kita berada, kerana melalui kaedah ini dapat memberi peringatan kepada kita dan meningkatkan motivasi kita yang kadang2 akan menurun apabila melalui suatu ketika.
So bagaimana dengan perihal hutang,si pemberi hutang dan pemiutang?? InsyaAllah ana akan post pada sesi post yang lain untuk dikongsikan bersama. Sekian dulu dari ana.
Wassalam...
"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (hingga aku terhindar) daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu, (hingga aku tidak minta) kepada selain-Mu." (HR al-Tirmizi dan Ahmad)
0 comments:
Post a Comment