Assalamualaikum,
Lama sudah tidak bercoretan, di kala ini sungguh sibuk skali ana dalam menempuhi sisa-sisa hidup semenjak dua ini. Di laluan ini hanyalah sekadar coretan ringkas dari ana kerana buat masa ini ana masih berada di rumah kakak ana, so tak berapa banyak idea yang mahu keluar, sumenya malu-malu dek suasana sekitar yang berlainan(barangkali...). Dalam kita menempuh hidup kita ini, janganlah kita jadikan wang sebagai tunjangan hidup kita kerna bila menghambakan diri kepada duniawi, nescaya rosak lah diri dan nilai hidup kita sebagai hamba Allah SWT. Jadikanlah ianya sekadar keperluan untuk kita menempuhi dan meneruskan hidup di dunia ini. Tidak salah kita meninginkan kehidupan yang senang dan sentiasa mendapat rezeki dariNya, tetapi alangkah manis jika keinginan itu disertai dengan niat yang murni dan ikhlas. Contohnya bila kita beroleh kesenangan, niatkanlah sebahagian dari harta kita nanti adalah untuk membantu golongan fakir dan miskin, andainya tiada golongan tersebut, salurkanlah rezeki tersebut ke masjid atau surau untuk meringankan beban dan tanggungjawab pegawai masjid yang berjihad mengajak ahli kariah mereka untuk sama mengimarahkan rumah Allah SWT. Seperti pernh diriwayatkan bahawa Saidina Ali pernah berkata bahawa antara ilmu dan harta, ilmu lebih penting kerana kita menjaga harta, dan ilmu menjaga kita.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana berkat pertolongan dan peluang yang diberikan, akhirnya buku pertama yang ana tempah melalui Stormreaders Network telah pon sampai melalui pos. Di kesempatan ini, ana ingin berkongsikan tentang sebuah buku yang ana oder(cuma sekadar sinopsis je la,xsempat baca habis lagi=)). Bukunya bertajuk Syamail Rasulullah SAW(Keperibadian Rasulullah SAW). Buku ini dalam isi versi bahasa Indonosia. Syamail Muhammad SAW ialah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w. dalam 5 aspek kehidupan Baginda iaitu:
1)FIZIKAL: Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
2)PERILAKU: Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.
3)IBADAH: Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-Quran.
4)PERHUBUNGAN & AKHLAK: Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan.
5)PENGHIDUPAN: Nama-nama Rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.
Banyak yang boleh kita pelajari dari buku ini tentang keperibadian Rasulullah SAW dan amalan-amalan baginda semasa hayatnya. Amatlah molek kerana apabila kita berbicara dan membaca tentang amalan dan cara hidup Rasulullah SAW bermkna di dalamnya adalah sunnah-sunnah yang ditinggalkan Rasulullah kepada umatnya untuk diikuti. InsyaAllah dengan pengamalan dari sunnah Rasulullah dapat membangkitkan lagi perasaan cinta dan rindu kita kepada Rasulullah pada setiap hari, bukan sekadar pada hari-hari tertentu sahaja.
"Salah satu karya terbaik mengenai keperibaian dan akhlak Rasulullah SAW ini ialah karya Imam al-Tirmizi. Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan da keagungan peribadi Rasulullah yang mulia." (Syeikh al-Qari dalam Jam'ul-wasa'il tentang Syamail Rasulullah SAW)
Di sini juga ana ingin berkongsi tentang satu ruangan yang baru ana terima dari pihak Stormreaders2u. Apakah sistem yang sungguh menarik tersebut, marilah bersama kita mengelik address di bawah ini=)
http://www.stormreaders2u.net/r/mdtaib
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengunjungi kedai on-line ana untuk tengok-tenok atau menempah buku, bolehlah berkunjung ke alamat di bawah ini.
http://www.stormreaders.net/MdTaib
Sebarang pertanyaan atau kemushkilan bolehlah menghubungi ana di komeng131@gmail.com atau sms ke 013-7013885.
Sekian, Wassalam...
Selenggaraan Rutin Axia G 2017 ke-10
6 months ago
0 comments:
Post a Comment