Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Saturday, March 27, 2010

Halalkah Pay per Klik,Nuffnang dan Google Ads?..Jom Tanya Ustaz


Assalamualaikum,

Salam sejahtera dan semoga kita semua sentiasa dalam keredhaanNya,amin.
Semestinya jika terlintas tentang keraguan tentang sesuatu, maka perkara yang paling bijak dilakukan ialah bertanya, andai tiada sumber untuk bertanya, then siasat dan buatlah research. Nampaknya tiada sia-sia ana mengikuti blog Ustaz Nor Amin (UNA) di mana dari pembacaan tentang perihal PTPTN membawa ana kepada pembacaan perihal berkaitan pendapatan di internet melalui nuffnang, Google Ads, pay perclick dan seangkatan dengannya yang selama ini menjadi tanda tanya bagi ana. Apakah persoalan itu?? Persoalannya ialah apakah hukumnya dan natijahnya pendapatan kita melalui sistem tersebut. Sebelum ini kita sekadar terikut-ikut sahaja dengan kata-kata orang lain tentang penjanaan pendapatan di internet(termasuk lah ana) tanpa pengetahuan tentang hukumnya dari segi Islam. Mungkin kerana perkara ini masih 'baru' dan tidak banyak diperbincangkan tentang hukumnya, so bila terdengar tentang kelebihannya dari segi penjanaan wang, selalunya tanpa berfikir panjang kita 'terjah' sahaja untuk mencuba.

Sebetulnya pada mula-mula dulu sehingga sekarang ana masih was-was dengan segi kepatuhannya dan kehalalnya dari segi hukum Islam, tapi seperti ana katakan di atas, ana pon terjah sahaja kerana tertarik dengan benefit yang ditawarkan. Tapi setelah membaca artikel tentangnya di blog Ustaz Nor Amin, maka legalah ana dan ketahuilah oleh ana akan sebenarnya hukum-hukum perkara tersebut. Terima kasih yang tiada terhingga kerana menerangkan dan menperjelaskan tentang perkara ini di samping memberi panduan bagaimana program affilate ini boleh membawa kepada haram.



Ana rasa tiada perlu lagi diterangkan lagi apakah itu nuffnang, google ads dan program affilate yg lain kerana rata-rata sudah sedia maklum tentangnya (harapnya begitu) dan dalam blog ustaz sendiri ada menerangkan serba sedikit tentang perkara tersebut. Menurut pendapat Ustaz Nor Amin menyertai affilate seperti ini adalah harus kerana tiada penipuan dan penindasan dan ada perjanjian antara kedua-dua pihak. Persoalannya siapa penjualnya pula? Jawapan bagi soalan ini ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah pemblog yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.



Ana juga ada tertanya2 tentang bagaimanakah pula dengan pembloger yang memberi ruang kepada syarikat-syarikat ini mempromote iklan-iklan yang mengandungi unsur-unsur yang diharamkan (arak, porno dan hubungan bebas) dalam Islam? Adakah kita perlu menapis bahan-bahan tersebut? Ya, kita perlu menapis kandungan iklan yang mahu dimasukkan ke blog kita supaya tiada hukum yang pada asalnya harus mengikut pendapat UNA tetapi menjadi haram setelah iklan-iklan tersebut menjadi penghias blog kita. Mengikut pendapat UNA, apabila pembloger bersetuju mengizinkan iklan yang bercanggah dengan Islam diwar-warkan di blog mereka, duit pendapatan yang terhasil adalah haram kerana pembloger telah redha untuk unsur-unsur yang haram ini menjana pendapatan kepada mereka. Mengikut pengalaman ana semasa mendaftar dengan nuffnang, kita boleh memilih bentuk iklan yang ingin di masukkan ke dalam blog kita, jadi tiada alasan yang munasabah untuk kita tidak menapis iklan-iklan seperti itu.



Diingatkan oleh UNA seperti yang dipetik dari pandangan Ustaz Ismail berbunyi:
“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :

" Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan "
" Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini "
" Bantu saya dengan satu klik pada iklan "

Ayat2 diatas mengajak kita untuk mengelik pada iklan-iklannya dengan ayat-ayat seperti ini, jadilah kita kepada terma dan syarat seperti yang terdapat dalam perjanjian kita dengan syarikat-syarikat yang menjual. Bolehkah kita berbuat demikian?? Erm, tepuk dada tanyalah selera kita=)



Sekian sahaja nukilan ana pada kali ini, harapan ana semoga kita sama-sama beroleh manfaat dari apa yang ana postkan di sini. Ambillah mana yang baik, dan tegurlah mana keburukan yang terdapat pada diri ini. InsyaAllah ana akan cuba memperbaiki pada masa yang akan datang, amin...

Wassalam.

Dalam satu hadis sahih, Abu Hurairah r.a. telah diajar satu fadilat ayat Kursi oleh seorang lelaki yang cuba mencuri harta zakat Ramadhan. Katanya:
"Apabila kamu mengadap ke tempat baringmu, maka bacalah ayat Kursi. Seorang penjaga Allah akan sentiasa bersama kamu dan syaitan tidak akan menghampiri kamu hingga kamu berpagi." (Riwayat al-Bukhari)

Nabi s.a.w pun bersabda:
"Dia benar akan kamu dan hal sebenarnya dia kaki penipu. Itulah syaitan." (Riwayat al-Bukhari)


2 comments:

Cik Cinta said...

walaupun dah diterangkan disini. saya masih belum jelas. sebab saya kira semasa isi form untuk sesuatu agensi membuat iklan di laman blog saya, saya telah tick pada perkataan NO untuk mereka tidak memaparkan sebarang iklan yg berunsurkan arak dsb.adakah tindakan mereka memaparkan iklan yang halal dikira sebagai haram?

taib wahid said...

misz manja:mengikut pemahaman saya dari artikel kat blog Ustaz Nor Amin, hukum penyiaran iklan yg halal kat blog kita adalah harus dan pendapatan darinya adalah halal.tetapi hukumnya jatuh kepada haram bila iklan itu bertentangan dgn syariat Islam dan sumber pendapatannya (dari iklan tsbt) dikira sebagai haram.Sekian