Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Sunday, March 7, 2010

Stormreaders....thE BegInninG

"Sesiapa melepaskan 1 kesusahan seorang mukmin di dunia, nescaya Allah SWT akan melepaskan 1 kesusahannya di hari akhirat" (HR Muslim)



Assalamualaikum and selamat sejahtera,

Di post yg dulu ana ada kata nak kenalkan ape itu stormreaders network (SRN), so sekarang ni ana akan cerita la serba sedikit tentang syarikat yg masih hijau nih. Kenapa ana cakap masih hijau?? Kerana majlis perasmian syarikat adalah pada 9 Januari 2010 dan keahliannya dibuka pada 1 Disember 2009. Keahliannya sehingga 27 Februari 2010 ialah lebih kurang 1700 orang (belum mencapai 2000)seperti yang diperkatakan oleh Pengurus Besar SRN pada 27 Februari 2010 di majlis SRN bersama Dr Irfan Khairi (IK) di Hotel Vistana. So SRN boleh dikatakan masih baru dan persaingan sihat antara ahli boleh dikatakan masih belum sengit. Baiklah di sini ana akan sampaikan sedikit pengenalan tentang SRN seperti yg ana petik dari laman web DR IK.

Pertama sekali ialah mengapa SRN adalah suatu sistem MLM yang bagus?? Dalam menghadapi era globalisasi yang serba mencabar ini, berbagai cabaran baru timbul dan manusia perlu menghadapinya. Tambahan pula peningkatan bahan api telah mendedahkan kita kepada kenaikan keperluan asas dan taraf kehidupan tanpa kawalan.



Menghadapi situasi ini jalan pintas menghadapi konflik ini, muslim tidak terkecuali perlu membuat keputusan, untuk mencari pendapatan sampingan bagi memenuhi keperluan hidup yang semakin meningkat. Kemunculan berbagai skim perniagaan termasuk skim cepat kaya yang telah diharamkan merupakan suatu isyarat kepada kecenderungan masyarakat menghadapi situasi ekonomi ini. Cuma bagi seseorang muslim, hendaklah dipastikan supaya penglibatan dalam skim perniagaan moden ini adalah sah dari segi undang-undang dan yang lebih utama lagi halal dari perspektif Islam.

Islam secara dasarnya meletakkan beberapa prinsip bagi menjadikan sesuatu kerja yang dilakukan bertepatan dengan syarak dan sekaligus dinilai sebagi ibadah, iaitu niat yang baik, perlaksanaan yang selari dengan kehendak syarak,natijah yang dihasilkan adalah baik selain dari larangan meninggalkan kewajipan-kewajipan yang asas dalam kerja-kerja yang terlibat. Sebagai sebuah syarikat Islam yang prihatin kepada perkembangan semasa melibatkan umat Islam, Telaga Biru Sdn Bhd diwakili oleh Stormreaders merasai kepentingan mewujudkan rangkaian perniagaan baru yang jauh dari penganiayaan golongan tengah. Plan perniagaan yang dibangunkan ini secara dasarnya berdiri di atas prinsip yang dinyatakan Allah dalam al-Quran :
Bertolong-tolonglah kamu dalam kebaikan …



Stormreaders sebenarnya merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal Negara seperti Dato` Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah , Ustazah Siti Nor Bahyah , Zahazan Mohamed, Irfan Khairi dan lain-lain dalam berbagai format melibatkan cenderahati, kaset, CD, VCD dan buku.

Sebelum meneroka perniagaan ini TBSB telah pun mengadakan kajian yg mendalam selama lebih dari dua tahun termasuk mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan serta mengadakan muzakarah dengan alim ulama di kalangan golongan yang ahli dalam bidang mu’amalah syar’iyyah semasa dan ahli undang-undang serta ekonomi serta mereka yang berpengalaman mengendalikan perniagaan MLM. Ini bertujuan mengelakkan berlakunya kekaburan dalam urusniaga selain dari mempastikan ia bertepatan dengan prinsip muamalat Islam.

Bagi mempastikan aktiviti ‘network’ ini berdiri teguh dalam prinsip perniagaan Islam yang melayakkannya dinilai sebagai ibadah, yang bermula dengan niat , diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, perlaksanaan yang bertepatan dengan aqad jual beli yang diperakui syarak yang jauh dari manipulasi dan gharar, Stormreaders turut menyediakan skim latihan susulan dalam bidang keusahawanan dan keagamaan untuk setiap ahli agar sentiasa istiqamah dengan niat yang dipasang di peringkat awal.



Stormreaders meyakini bahawa kebanyakan masalah yang menyerang umat Islam disebabkan kekurangan ilmu dan kekangan ekonomi , justeru produk yang difokuskan adalah berupa ilmu yang murni berpandukan buku-buku yang disediakan oleh mereka yang pakar dalam bidang masing-masing . Mudah-mudahan dengan usaha yang dibayangi dengan ukhuwwah dan persahabatan Islam ini dapat menamatkan pergantungan setiap ahli pada orang lain. Malah lebih dari itu plan perniagaan ini bukan sahaja bermatlamat melahirkan usahawan yang berdikari , ia juga bertujuan melahirkan golongan elit muslim yang mempunyai taraf ekonomi yang lebih baik yang dengannya kebahagian dan keharmonian rumahtangga akan lebih dirasai.



Golongan dalaman yang akan sentiasa dinyalakan kelahiran Stormreaders juga disasarkan untuk merealisasikan kelahiran generasi yang teguh prinsip perniagaan Islam yang melayakkannya dinilai sebagai ibadah, yang bermula dengan niat , diikuti dengan jenis produk yang diniagakan, perlaksanaan yang bertepatan dengan aqad jual beli yang diperakui syarak yang jauh dari manipulasi dan gharar.



Dengan menyertai plan ini kita sebenarnya ingin memperbaiki gaya berfikir kita,memotivasikannya,meningkatkan ilmu,mengamalkan petua-petua dan doa-doa yang terdapat dalam amalan Nabi s.a.w,menjalin hubungan kekeluargaan yang lebih bahagia,berdakwah kepada orang lain,menjadi penasihat dan pembimbing kepada hidup yang lebih berkualiti…intipatinya adalah seruan Nabi s.a.w yang bermaksud :

"Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat !" ( Riwayat al-Bukhari )



Plan perniagaan ini juga bertujuan ke arah melahirkan usahawan muslim yang mampu hidup mulia berdikari tanpa perlu bergantung kepada orang lain selari dengan pujian Nabi terhadap Nabi Daud a.s yang hidup mulia kerana bekerja sendiri, dan berjati diri serta mampu melakukan anjakan paradigma memperbaiki mentaliti kebergantungan kepada orang lain tanpa mengembangkan kemampuan diri yang sebenarnya.



Ana rasa sampai sini sahaja untuk sesi pengenalan SRN, insyaAllah pada post akan datang ana akan berbicara tentang kegunaan buku-buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd dan kelebihannya. Andai ada salah dan silap ana mohon seribu kemaafan dan andainya terdapat sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan ana. Untuk review ana punya e-store, sila klik pada link di bawah, thanks=)

http://www.stormreaders.net/MdTaib

Sekian, Wassalam.

Firman Allah SWT:
“...dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).”
(Surah al-Hasyr 59:7)

1 comments:

Inside a Box said...

Interesting thoughtss