Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Sunday, April 25, 2010

Apabila mereka di gelar Musang Berjanggut!!!



Assalamualaikum,

Tentu rata2 pembaca sudah biasa tengok cerita P. Ramlee yang bertajuk 'Musang Berjanggut' kan. Filem Musang Berjanggut diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 1 Ogos 1959. Cerita yang mengisahkan seorang putera raja yang mengembara semata2 mencari calon isterinya yang sempurna dari segi wajah dan kebijaksanaan. Cerita ini memang menghiburkan hati kerana digarap bersama2 dengan lakonan2 lucu para pelakon yang tidak asing lagi.



Tetapi apa yang ana nak sampaikan di sini bukanlah berkaitan dengan filem tersebut, tetapi berkenaan sebuah cerita yang disampaikan kepada ana oleh seorang sahabat ana. Ceritanya bermula begini, apabila ana pada suatu hari duduk2 berehat di dalam masjid bersama2 sahabat ana itu. Sedang kami sedang berbicara, lalu dia membuka cerita tentang kejadian di mana sedang dia singgah di rumah seorang tua, lalu dia memerhatikan bahawa orang itu sedang menonton tv yang sedang menayangkan cerita bertajuk 'Musang Berjanggut' yang ana ceritakan di atas. Lalu dia menegur dengan kata-kata seperti ini,"Tengok Musang Berjanggut Nampak". Lalu orang tua itu menyambut kata2nya dengan nada lebih kurang begini,"Dekat masjid itu pon banyak musang berjanggut". Yang dimaksudkan 'masjid itu' adalah masjid di mana tempat ana berehat.



Sejurus selepas pulang, ana terfikir2 tentang apa yang diperkatakan oleh orang tua tersebut. Memang ana akui bahawa apa yang diperkatakannya adalah sekadar sindiran politik semata2 kepada golongan2 yang tidak dapat memuaskan hatinya. Tetapi tiadakah dia sedar bahawa ungkapannya itu akan menyebabkan jemaah yang selalu ke masjid turut terpalit dengan kata-katanya. Walaupon ana faham akan maksudnya, tetapi bila digelarkan orang di masjid itu musang berjanggut, maka terhinalah rasanya kita ini yang dianugerahkan dengan perasaan. Lebih2 lagi kepada orang-orang yang berjanggut seperti ana ini,huhu. Tidak perlulah sampai begitu sekali marahnya dan tidak puas hatinya itu sehinggakan orang2 yang tidak terlibat turut terpalit.

Sebetul-betulnya ungkapan lidah itu lebih tajam daripada pisau adalah benar. Kerana kata-kata itu bisa menghiris sanubari, dan tidak hairanlah ramai yang bermusuh dek kerana fitnah yang datangnya dari mulut. Sebetulnya perkara tentang percanggahan politik tidak boleh ditujukan kepada umum semata2. Perlu difahami bahawa golongan yang ke masjid itu terdiri daripada pelbagai golongan, baik yang mencari redha dari Ilahi dan termasuklah yang menunaikan kewajipan mereka sebagai seorang muslim. Walaupon kita menuduh bahawa orang yang ke masjid ini penyokong sesebuah organisasi dan bermotifkan politik semata-mata, tetapi layakkah kita menghakimi ketakwaan dan keikhlasan mereka?? Sebetulnya yang paling layak menghakimi mereka ini ialah Allah SWT. Kecualilah mereka ini secara terang-terangan menunjukkan sifat orang-orang yang dimurkai Allah, seperti mereka ke masjid, tetapi merupakan seorang kaki arak dan hamba permainan judi.



Dan bagaimana pula tanggapan orang2 yang belum terbuka hatinya untuk mengimarahkan masjid,apabila orang2 yang selalu mendekati masjid menerima tanggapan sedemikian rupa. Bukankah lebih baik kiranya kita menumpukan usaha dan dakwah untuk mengajak orang ramai beriktikaf dan mengimarahkan masjid. Usahlah dek kerana perbezaan fahaman politik institusi masjid yang mulia dan suci menerima tempiasnya. Di tempat ana sendiri dapat dilihat apabila kerana tidak berpuas hati terhadap sesuatu golongan, masjid di tepi rumah pon tiada mahu dijejaki, inikan pula kelas2 dan kuliah pengajian agama. Nilailah di sini samada fahaman politik kita yang menang, atau nafsu kita yang lebih berjaya.

Sekian dari ana, semoga memperoleh iktibar ke semuanya.
Wassalam.

3 comments:

Shudai Ajlani said...

pertama :) hihi
ada tag untuk kamu :)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam..

Takpa,sabar..sabar..cik Wahid, jgn sensitip bab janggut nih, kerana bnyak dalil & nas drp hadis yg menyuruh kaum lelaki menyimpan janggut.Anda & org lain yg berjanggut takde salahnya pun..

Berjanggut & berjambang merupakan sunnah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, amalan para shbt bgnda & para nabi Alaihimussalam. Di antara nabi yg brjnggut yg disebut dlm Al-Quran ialah nabi Harun(abg kpd nabi Musa a.s).
FirmanNya: Nabi Harun brkata, Wahai anak ibuku, jgnlah engkau meragut janggut & menarik rambutku. (Taha:94)

Drp Ibnu Umar,Rasulullah brsabda, kamu cukurlah misai & peliharalah janggut. (Bukhari & Muslim).

Malah ada lg hadis sohih yg lebih keras & tegas ttg pentingnya memelihara janggut & mencukur misai...Untuk had memotong @ cara memeliharanya bolehlah dipelajari @ dirujuk kpd ustz2 @ org2 alim yg sntiasa menjaga sunnah. Nak cerita kat sini insyaAllah tp agak panjang lebar sgt.

Jika kita mengutuk @ menghina org yg brjanggut, amatlah tidak wajar kerana seumpama telah menghina sunnah Rasululah juga. Nauzubillah..

Msjid juga tmpt utk seluruh umat Islam berkumpul. Inilah tempatnya utk dptkan kesatuan hati & 1 fikir agama. Allah sudah bg garis panduan yg trbaik utk hambaNya tp manusia jelas bersifat sombong & tidak mahu berfikir..Doakan hidayat utk seluruh umat.

Special 4 kaum Adam,ramai2lah solat brjemaah & imarahkan masid wahai saudara2ku!

Wallhu alam.

taib wahid said...

Alhamdulillah,

Senang hati sekali ana baca komen cik alia. pertama ialah kaum hawa mempertahankan sunnah Rasulullah, dan mengajak kita sama2 mengimarahkan masjid sebagai pusat kita mendekatkan diri kepada Allah yang Esa.