Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Friday, April 30, 2010

Bilal Kecil: Artis dan Pengaruh Mereka di Malaysia



Assalamualaikum,

Rasa-rasanya ana terdetik membuat entry berkenaan artis setelah membaca ulasan berkenaan artis di Tabloid I Luv Islam edisi 7 yang bertajuk "Cerita Artis Kita: Apa Sudah Jadi?". Di sini hanyalah sekadar renungan bagi kita yang tidak akan lepas dari pengaruh yang dimainkan oleh media massa di Malaysia ini. Bukanlah daya ana untuk mengkritik artis di Malaysia sepenuhnya, cuma sekadar ingin berkongsi pendapat dengan para sahabat.

Mahu atau tidak, memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan artis adalah golongan yang amat rapat dengan masyarakat. Malah tidak salah andai ana katakan di sini bahawa mereka adalah lebih popular dan berpengaruh berbanding dengan tokoh2 ilmuan. Itulah hakikat yang dinyatakan dalam tabloid ini. Seandainya terjadi pertembungan antara perkembangan artis dan ilmuan Islam, kemungkinan masyarakat akan memilih mereka. Setuju atau tidak, masyarakat hari ini tidak akan lokek mengeluarkan wang untuk mengangkat artis berbanding membelanjakannya untuk menuntut ilmu.



Pelbagai fenomena telah terjadi dan telah kita ikuti di Malaysia, dari peristiwa tsumawi, drama2 yang berjaya mempengaruhi seperti Nurkasih dan juga kehandalan Siti Nurhaliza yang gah sebagai penyanyi paling berjaya di Malaysia. Sememangnya mereka memberi impak yang besar kepada peminat sehinggakan trend2 berpakaian di tiru dan kadang2 menitiskan air mata dengan lakonan2 mereka yang menyayat hati. Apabila lakonan yang dibawakan adalah positif di mata masyarakat, sememangnya mereka akan menganggap bahawa kehidupan luaran mereka juga akan positif. Tapi bagaimana pula apabila hanya lokanan sahaja yang sopan santun, tapi berbeza dengan kehidupan di luar set2 pengambaran atau pentas nyanyian? Perlu diingat mereka hanyalah sekadar manusia biasa seperti kita yang sentiasa melakukan kesilapan.

Semoga kita semua tidaklah terlalu taksub dengan hiburan, tiada salahnya dalam Islam untuk berhibur tetapi cubalah kita usahakan untuk menyelidik apakah bentuk hiburan yang di bolehkan dalam Islam. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)


Seimbangkanlah dan lebihkanlah untuk mencari pedoman hidup di dunia dan membanyakkan bekal kita di akhirat. Tiada salahnya kita mengangkat seseorang artis dan meminatinya, tapi seeloknya buatlah research terlebih dahulu. Bagaimanakah keperibadiannya? Apakah yang diperjuangkannya selari dengan syiar Islam? Dan apakah yang dilakonkan itu menggambarkan kehidupan mereka di dunia realiti?Begitulah halnya dengan nyanyian. Imam al-Ghazali berpendapat, dalam mendengar nyanyian, ada yang harus dan sunat. Selain itu ada yang diharamkan. Sheikh Mahmud Shaltut, bekas Sheikh al-Azhar berpendapat bahawa mendengar suara indah dan merdu, sama ada daripada binatang, manusia atau apa-apa alat atau ada kecenderungan untuk memperlajari sesuatu daripadanya, adalah keinginan untuk memenuhi tuntutan nalurinya.



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada persidangan 12-13 Mei 1981 ada menggariskan tentang jenis2 nyanyian yang dibolehkan antaranya yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak menggalakkan percampuran lelaki dan wanita dan tidak menyebabkan fitnah adalah harus. Mungkin terdapat juga banyak kebaikan dalam kita berhibur antaranya menenangkan hati, menaikkan semangat dan mencari idea dan pedoman. Seandainya ianya bertetapan dengan syariat dan syiar Islam, alangkah indahnya hiburan itu.

Antara web yang ada membicarakan tentang perkara ini ialah JAKIM dan Islam.gov.my. Semoga kita dapat menerunginya bersama. Dan semoga kita sama2 mendapat manfaat darinya. Sekian sahaja dari ana.

Wassalam.

"Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan." (Surah al-Bawarah:204-205)

6 comments:

aliaazuan said...

Salam..

Encik Taib, maaf ya. Ana trcari2 mana dia hadis yg cik Taib tulis kat entry tu. Nggak ada...

InsyaAllah nnti ana dtg komen smula..

Wassalam..

aliaazuan said...

Salam...dgn izin Allah dtg kembali.

Err..bab hiburan ye. Ana pun x tau mcmna nk mula & nk kasi pndpt.. sbb ana pun dh 'keliru' & sudah rasa 'lain mcm' dgn dunia hiburan, nyanyian,lakonan trmasuklah juga nasyid2 yg ada sekarang. Dh lama juga ana tak layan citer kat tv & dgr radio..maaf ya,jgn ingat ana ni seorg yg pelik lak. Ana ada sbb trsendiri.. Satu, mmg tiada masa, satu lg dh kurang minatnya dlm hal2 begini brbanding zmn sekolah dulu.. keinginan tu tetap ada, tp kasi kontrol n tahan2 lah sikit kan.

Mmg byk pendpt ulamak ttg hiburan ni. Ada yg mengharuskan & ada yg mengharamkan, dgn melihat kpd faktor bentuk nyanyian, pakaian, jenis alat muzik yg digunakan dll.

Dan ana sgt2 brstuju dgn kata2 cik Taib yg menyatakan manusia diberi oleh Allah Taala fitrah iaitu inginkan hiburan cuma bergantung pd diri kita bgaimna kita nk memilih hiburan trsebut.

Cuma dikhuatiri skrg, hiburan yg kita suka itu boleh menumbuhkan ssuatu dlm hati kita..cth spt kata2 Imam Ahmad bin Hambal trhadap anaknya yg brtanya pendptnya ttg nanyi-nyanyian..Imam Ahmad brkata "nyanyian itu boleh menumbuhkan sifat NIFAQ di dlm hati, aku tidak tertarik dgnnya". Begitulah kata2 Imam Ahmad. Dan ada juga hadis yg sohih menyatakan barangsiapa yg mndengar nyanyian seorang biduanita,maka akan dituangkan cairan timah ke dlm telinganya..nauzubillah.

Para nabi,shbt,tabiin srta salafus soleh pula (brdasarkan pembacaan & pengajian ana)mereka juga sukakan 'hiburan' ttp hiburan mereka lbh cenderung kpd Al-Quran & solat malam, kerana bg mereka mukjizat Allah SWT dan tahajjud itulah hiburan mereka..kerana apa? mereka telah merasai kelazatan & keasyikan drp amalan2 trsebut. Subhanallah..mereka mmg manusia hebat!

Secara kesimpulannya,manusia adalah makhluk Allah yg amat mudah lalai & alpa.Jadi kita perlu berhati2 dlm bab hiburan ni..telitilah dr pelbagai segi adakah hiburan itu boleh meningkatkan iman @ membantu kita ke arah kebaikan @ melalaikan kita serta lupa tanggungjwb kita trhadap Allah SWT.

Wallahualam. Jazakallah cik Taib,& maaf la..panjang lagi ana karang ayat. Best tajuk ni.

Nashays said...

salah satu dakyah yahudi nak menyesatkan umat islam adalah melalui hiburan..selalu igt yg tu supaya x tersasar jauh... :)

MofizPutra.com said...

em betul tu, setuju sangat2 zaman sekarang artis disanjung-sanjung, terbalik tk macam zaman dahulu, guru2 ilmu dan para-para ulamak disanjung tapi hari ini sudah terbalik, artis dikasi dato'... tapi para ilmuan kita yang berusaha memartabatkan ilmu supaya berkembang tkada siapa yang peduli, ulamak-ulamak kita yang menegagkan agama islam tidak di endahkan.. hemm tjk thulah nak kata ape..apa2pun bagus entri nih :)

taib wahid said...

Alhamdulillah,komen yg sungguh bernas dari pembaca. Seperti diulas oleh cik alia mendengar nyanyian oleh biduanita pon begitu janjian seksanya kelak.Tetapi kita sekarang ini seolah-olah tersempit, pergilah kemana2 tempat perkumpulan manusia (shoping complex, fun fair, malah pesta konvo), anasir2 seperti ini sudah tiada dapat kita hindari tempiasnya ke telinga kita.

grecek said...

sllu ingat allah,swt