Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Thursday, April 22, 2010

Kelebihan mempelajari dan membaca al-Quran



"Sebaik-baik kamu sesiapa yang belajar al-Quran dan mengajarnya" (HR al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w pernah bercerita tentang seorang lelaki yang telah meninggal dunia.Apabila dimasukkan ke dalam kuburnya,dia amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan ada suatu makhluk di dalamnya.Tanya lelaki itu,"Siapa kamu?"

Jawab makhluk itu,"Kamu tak kenalkah saya? Sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam."Barulah lelaki teringat,makhluk itu ialah al-Quran.Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dibawa bertemu Allah.Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci.Bukan sekadar itu sahaja,Allah telah memerintahkan malaikat memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu.Serta Allah memerintahkan agar malaikat turut memberikan perhiasan syurga kepada kedua-dua ibu bapa lelaki tersebut.

Terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata,"Wahai malaikat amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?"Jawab malaikat,"Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca al-Quran."

(Sumber:Tadabbur al-Quran:Beginilah al-Quran Mengajar Kami)

"Daripada ahli kitab ada satu umat yang berdiri atas kebenaran. Mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu sepanjang malam" (Surah Ali 'Imran, ayat 113)

Assalamualaikum,

Sekadar renungan dari ana buat pembaca yang budiman tentang kelebihan mempelajari dan membaca al-Quran.Beberapa hikmah dapat kita perolehi dari dari kisah ini antaranya;
1)Ketinggian ganjaran kepada mereka yang mengamalkan al-Quran
2)Syafaat yang diperolehi darinya
3)Bersahabat dengan al-Quran di dunia,maka ia akan menjadi teman dan sahabat kita di barzakh dan akhirat.
4)Ganjaranya tidak terhenti kepada si pengamal sahaja,tetapi turut diperolehi oleh ibu bapanya juga.

Itulah antara kelebihan al-Quran dari cerita di atas. Semoga ia menjadi pemangkin semangat kita untuk terus menjadikan pembelajaran dan pembacaan al-Quran sebagai rutin harian kita. Sekian sahaja dari ana,semoga bermanfaat.

Wassalam.

KELEBIHAN MEMBACA SURAL al-MULK
"Sesiapa yang membaca Tabarokallazi biyadihil mulk setiap malam, Allah akan mencegahnya dengannya dari azab kubur." (HR al-Nasa'i)

1 comments:

aliaazuan said...

SALAM..
Tak perasan pula ada satu title lg kat sini.

Ya, apa saja yg disampaikan melalui firman Allah & hadis2 nabi itu adalah benar & benar belaka.
Kena baca mafhumnya berulang2 kali supaya faham & timbul keinginan utk mengamalkannya..

Hazrat Abu Sulaiman Darani Rahmatullahi Alaih (seorg waliyullah), seorang yg rajin menuntut & mndgr ilmu. Apabila kali prtama beliau pergi belajar, kesan ilmu itu msih melekat dlm fikirannya,tp apabila dlm perjlnn pulang ke rumhnya, ilmu itu telah lenyap.Kali ke 2 beliau meneruskan rutinnya pergi belajar, kesan ilmu itu terus melekat hingga dlm perjalanan ke rumhnya. Apabila kali ke 3 beliau pergi, kesan ilmu itu terus kekal hingga sampai ke dlm rmhnya.Lalu beliau telah membuang & memecahkan asbab2 yg menjadi punca kemaksiatan yg trdapat dlm rmhnya...

Ksimpulannya,ilmu yg dipelajari tidaklah ckup dgn skali kita bljr, tp kena usaha lg dan lg spya kesan ilmu itu masuk ke dlm hti. Dgn itu insyaAllah perubahan akan ada dlm diri kita. Doa juga spya Allah betulkan 5 pkra ini dlm diri kita: IMAN, AKHLAK, MUAMALAT,MUASYARAT dan juga DOA. Amin.

Wallahu alam.