Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Saturday, April 10, 2010

Duniaku Duniamu Jua: Erk, RAsuah??


"Janganlah kamu makan harta-harta diantara kamu dengan jalan haram dan kamu bawa (berikan) kepada hakim-hakim untuk kamu makan sebahagian dari harta-harta manusia (orang lain) dengan cara kedosaan walhal kamu mengetahui."(Surah Al-Baqarah Ayat 188)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada entry kali ini mari kita berbicara tentang perihal rasuah pula. Pada khutbah Jumaat di masjid kawasan ana pon turut berbicara tentang perkara ini, jadi alangkah baik andai ianya dapat dikongsikan bersama dengan pembaca di internet yang jaringan nya lebih luas. Ana rasa ramai antara kita yang peka terhadap perkara ini dan kadangkala perkara tersebut berlaku di hadapan kita sendiri. Tapi terdayakah kita menghalangnya?? Sedangkan perkara tersebut dilakukan oleh orang yang mempunyai 'kuasa' dan boleh bertindak terhadap kita dengan menggunakan 'kuasa' dan 'pangkat' yang terdapat padanya. Terdayakah kita hendak menyedarkan mereka ini?



Rasuah atau makan suap ialah suatu perbuatan yang biasanya beredar di kalangan pejabat-pejabat yang mempunyai kuasa seperti yang diperkatakan oleh Mohd Hafiz. Menurut Norhafifi Yahya dalam www.islam.gov.my rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.



Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Di tempat ana, boleh dikatakan gejala ini seperti menjadi kebiasaan kepada mereka yang 'berkuasa', mungkin kerana terlalu bermegah dengan 'kuasa' dan 'pangkat' yang dimiliki mereka. Tidak mahu ana war-warkan di sini siapakah mereka kerana ini boleh menimbulkan provokasi terhadap ana.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.(HR Abu Hurairah)



Pada khutbah Jumaat yang lalu, diberitahu oleh khatib bahawa amalan memakan rasuah boleh menjejaskan kredibiliti diri, intitusi dan negara malah boleh memberi kesan kepada keturunan mereka sendiri kerana ia menjadi sumber darah daging si perasuah tersebut. Ada ana terdengar cerita tentang seorang yang hartawan dan berjaya, tetapi mempunyai anak-anak yang nakal dan kurang akhlaknya sehingga menjejaskan orang tuanya sendiri. Apabila diutarakan kepada ustaz, ustaz tersebut menyuruh supaya si hartawan tadi bermuhasabah tentang amalannya sebelum ini. Setelah diselidiki sedarlah si hartawan tentang perbuatannya yang mengamalkan rasuah sewaktu mudanya dahulu.

Persoalan di sini bagaimana kita hendak menyedarkan mereka yang berkuasa ini?? Mungkin ramai orang yang berkata bahawa mereka-mereka sudah tak makan nasihat dan 'kebal' konon-kononnya. Pada ana, teruslah kita berdakwah secara halus-halusan atau terang-terangan kerana andai diberikan hidayah oleh Allah SWT, maka mereka boleh termasuk dalam golongan orang yang beruntung.

Sekian sahaja untuk kali ini, semoga entry ini memberi peringatan terutamanya kepada ana sendiri dan orang-orang yang lain. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmatNya, Amin...

Wassalam.



“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.(HR Ahmad)

0 comments: