Assalamualaikum,
Sudah lama rasanya diri ini tidak menaip untuk menukilkan entry baru dek kerana masa dan minda ana yang tidak mengizinkan. Tetapi tangan ini terasa '
panas' kelmarin dek kerana diapi-apikan oleh cik
loyar lawa (dirahsiakan nama sebenar) supaya ana mengeluarkan entry yang baru. Mungkin kerana dia sudah bosan apabila setiap kali melawat blog ana, asyik keluar entry tentang "Hadiah Buat Sahabat" sahaja. Bercakap tentang entry yang lepas, ianya akan ditutup pada 11/5/2010 tepat pada pukul 12 am, seperti janji ana yang lepas dan penerimanya akan diumumkan, diharapkan semua pihak berpuas hati dengan hasilnya nanti.
Baiklah, berbalik kepada tajuk entry itu. Kenapa ya ada perkataan
kubur kat situ?? Erm, umum tahu apakah yang dinamakan kubur ini, sepertimana yang kita tahu, kubur ialah di mana jasad kita sebagai orang Islam disemadikan. Bersesuaian dengan asal kejadian kita yang diciptakan dari tanah. Tetapi tak ramai antara kita yang gemar untuk menziarah kubur, selalunya dikatakan tiada masa, dan sesekali ia dikaitkan dengan 'keras'nya tempat tersebut. Itu benar juga, seperti kata Ustaz Ismail Kamus, kawasan perkuburan ialah salah satu tempat yang menjadi tempat tinggal golongan jin. Tetapi di sini bukannya mahu diceritakan tentang misterinya, tetapi kebiasaan orang kita yang suka apabila diajak untuk amal makruf nahi mungkar, mereka menyindir dengan berkata, "
Ala,kubur lain-lain la".
Kisahnya bermula begini, sewaktu Imam Harun menyampaikan kuliah tentang cara-cara pengurusan jenazah, beliau sempat menyentuh tentang peristiwa ketika beliau masih muda (sewaktu itu memegang jawatan bilal). Dia ada mengajak seorang kenalannya untuk melakukan ibadat, tidak ingat apa yang diajaknya, kemungkinan melakukan ibadah solat jika tidak silap. Lalu kenalannya itu berkata,"Ala tak apa la bilal, kubur lain-lain" (begitulah lebih kurang). Lalu Imam Harun berasa marah dengan sindiran dan kejahilan lelaki tersebut, lalu berkata kepadanya,"Hang jangan cakap kita ni kubur lain-lain, kalau hang cakap macam tu maknanya kubur-kubur lain itu kubur penganut agama lain selain dari Islam". Imam Harun menjelaskan bahawa kita ini umat Islam apabila diambil nyawa kelak, akan dikuburkan di tempat yang sama iaitu di tanah perkuburan Islam. Orang yang selalu berkata 'kubur lain-lain' itu jelas kejahilannya kerana tidak mahu mengikuti kelas-kelas dan kuliah agama yang dijalankan di masjid dan surau.
Apabila direnungkan sejenak, sememangnya betul juga kata Imam Harun itu. Kita yang menganut agama Islam yang mulia ini apabila meninggal dunia, akan diuruskan dengan cara yang sama, ditanah perkuburan yang sama akan di semadikan bersama-sama dengan umat Islam yang lain. Cara ini berlainan pula dengan penganut agama lain seperti budha, hindu dan kristian. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Imam Harun. Kepada orang yang berkata pula, barangkali maksud kata-katanya itu memberi isyarat supaya orang lain tidak menjaga tepi kainnya dalam ajakan berbuat kebaikan. Tapi apakah ruginya seandainya dia bersama-sama membuat kebaikan, sedangkan apabila menyanggah dan menyindir kata-kata nasihat orang lain dalam perkara kebaikan memberi gambaran betapa rendah martabatnya dan jahilnya dirinya, bahkan boleh berdosa pula kepada Allah SWT.
Bersama-samalah kita mengambil iktibar dan membaiki serta bermuhasabah diri kita sendiri seandainya masih ada kejahilan dan kekurangan. Berdoalah kepada Allah SWT semoga kita sentiasa dilimpahi cahaya hidayahnya dan menjauhkan kita dari perbuatan mungkar dan keji. Sekian sahaja dari ana.
Wassalam.
2 comments:
hahahhaha rahsiakan nama sebenar ke memang tak taw...muahhahaa...
emmm amar maruf nahi munkar. betol tue. tapi kalo dh tego tak dngr ckp gak nak wat cm ner kan...dah jadi urusan dia sendiri
ap2pon mari kita bermuhasabah...huhu
terimaksih ats perkongsian(bahasa sekema)
dan last suka lagu anda... ape nama lagu tue???
Assalamualaikum, kembali lg. Dh lama x komen rasanya.Err..tajuk ni pun ana minat sbb ada kaitan dgn mslh umat, keruntuhan yg brlaku & bgmna nk cri jln penyelesaianny.
Mmg sedih & perit sngguh kalo dgr ayat 'kubur lain2'.. Jauh kt sudut hti terbit rasa kasihan atas mslh yg ada pd org2 gini & trpikir knapa mreka bleh jd bgini, adakah JAHIL @ BODOH SOMBONG? Maaf,mgkn ungkapan yg ke 2 itu agak ksr tp lbih tepat pd ana. Semuanya brkaitan mslh iman.
Bknkah kita slalu dgr hadis ni (bg yg biasa ikut klas pengajian @ yg usaha ambil pengajaran sj yg akan faham)...Rasulullah Sallallahu alihi wasallam brsbda:Brgsiapa yg diantara kamu melihat suatu kemungkaran,hndaklah ia mengubah dgn tangannya. Jika x mmpu,maka dgn lidahnya. Jika x mmpu juga, maka dgn hatinya,yg dmikian itu adalah SELEMAH2 IMAN.(Muslim).
Prsoalannya skrg, adakah tgkatn yg trakhir yg kt dlm hadis tu wujud dlm hati kita? Malah, kita rajin plak bg alasan, sy bkn ustaz,sy sndiri pun x betul2, buat apa sy nak dkwh?...Jika itu alasannya, mari kita fikirkan apa mksud sbnrnya Allah hntar kita & lahir kat dunia ni? Sama2 ingat-mengingatkan @ tegurmenegur ke arah kebaikan,bukankah akan mncantikkan lg agama kita? Agama Islam saling lgkap mlengkapi... Takkan sekelumit ilmu pun tak ada dlm hati kita...jd kena sedih dgn kekurangan diri sndiri,buatlah perubahan juga spy kita lbh baik dri sblmnya.
Baca pula firman Allah di bwh ini: Wahai org yg beriman,peliharalah diri & kluargamu drp api neraka, yg bhn2 bakarnya ialah drp manusia & batu. (at-Tahrim-6)
Jd, sgt pnting mnjaga tepi kain org lain utk kemaslahatan agama, spya smuanya x terhumban dlm api neraka...Oleh itu mari kita muhasabah & slalu check diri kita apa pnyakit2 rohani yg msti kita perbaiki, shngga byk perkara yg membuatkan kita sntiasa brmasalah & mjdikan Allah murka kpd kita. Hndak seribu daya, x hndk seribu dalih. Tepuk dada tnya iman.Smoga ana sndri dpt amalkan,insyaAllah moga Allah mudhkan.
Maaf cik Taib, komen ni trrrrrlalu pnjg smpai dh boleh buat entry lg satu... Smua org jgn boring ya.Wallahu alam.
Post a Comment