Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Monday, May 24, 2010

Santai: Pagar Syurga dan Neraka



Assalamualaikum,

Tazkirah untuk malam ini ialah petikan yang ana ambil dari majalah Solusi Edisi 18 dalam ruangan Hadis Kudsi. Semoga sumua dapat menilai dengan akal yang waras dan hati yang tulus ikhlas mengakui kekuasaan Allah Yang Maha Agung.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ketika Allah telah menciptakan syurga, Allah berfirman kepada Jibrail: 'Pergilah, lalu lihatlah syurga itu.' Malaikat pun pergi dan melihat kepadanya. Kemudian ia datang dan berkata: 'Wahai Tuhanku, demi keperkasaan-Mu, tidaklah seseorang mendengarnya melainkan ingin memasukinya.' Kemudian syurga dipagari dengan ketidaksenangan. Dan Allah berfirman: 'Wahai Jibrail, pergilah dan melihat kepadanya.' Ia pun pergi dan melihat kepadanya, kemudian ia datang dan berkata: 'Wahai Tuhanku, demi keperkasaan-Mu, sungguh aku khuatir tidak ada seorang pun yang memasukinya.'



Nabi melanjutkan: "Ketika Allah menciptakan neraka, Dia berfirman: 'Pergilah dan lihatlah kepadanya.' Ia pun pergi lalu melihat kepadanya, kemudian datang seraya berkata: 'Wahai Tuhanku, demi keperkasaan-Mu, tidaklah seorang mendengarnya lalu ingin ingin memasukinya.' Lalu neraka dikelilingi kesenangan dan Allah berfirman: 'Wahai malaikat, pergilah lalu lihatlah kepadanya.' Ia pun pergi lalu melihat kepadanya, kemudian datang seraya berkata: ' Wahai Tuhanku, demi keperkasaan-Mu, sungguh aku khuatir, tiada seorang pun tersisa melainkan memasukinya."

(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa'i dan Ahmad)

Semoga beroleh iktibar dan manfaat. Dan renungilah apakah yang tersirat di sebaliknya.

Wassalam.

2 comments:

akuinsanlemah said...

salam mencelah.

syurga dipagari dengan ketidaksenangan: begitulah lumrah manusia yg beramal soleh..berjihad dgn ketidaksenangan yg sebenarnya membahagiakan..

neraka dikelilingi kesenangan : begitulah bila mana kesenangan titik ujian Allah buat hambanya..

maka..bukan kesenangan dunia yg kita dambakan tetapi..kasih sayang dan cinta DIA yang kita dambakan demi kehidupan ukhrawi yg terkehadapan..Allahu'alam

aliaazuan said...

Salam...

MasyaAllah baru smlm msa duduk2 ana bca hadis ni.Dua tiga kali ana tikror dan hafal matan bhsa arabnya skali,dgn izin Allah hgga dh lekat dlm kepala.
Hari ini dgn ksh syg Allah ana dpt bca lg dlm entry ni.

"Ad-dunya jiifah. Wa tolibuha kilaab...."

Ssungguhnya SYURGA adalah BENAR.. NERAKA juga adalah BENAR. Bila smpai masanya kita dijmput ke alam sana, tiada suatu prkara yg boleh mengubah ketentuan nasib kita melainkan dgn rahmat dan rahim drp Allah subhanahu Wataala.

Smoga kita smua brusaha utk mncari hkikat IMAN yg sbnr utk mdpt kbhgiaan yg kekal abadi di sana...Wallahu alam.