Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Friday, May 14, 2010

Menolak Permusuhan, Mengelakkan Persengketaan



Assalamualaikum,

Entry pada kali ini pendek sahaja kerana entry2 yg sebelum ini panjang berjela ceritanya, jadi untuk mengimbanginya, kita berbicara secara ringkas dan pendek sahaja. Pada waktu malam tadi, sedang ana mengemas meja, ana berhasil bertemu buku Solusi Isu Perdana (Vol 1) yang telah diulang cetak oleh Stormreaders Network dan dibeli oleh ana pada minggu lepas melalui tempahan online di e-store. Baru sahaja ana membelek, sudah terdapat perkara yang menarik perhatian ana. Mari kita ikuti apakah perkara tersebut.



"Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib" (Surah Fussilat: 34)

Tip Menolak Permusuhan
  1. Maafkan, tanpa mengira pihak siapa yang benar atau salah.
  2. Jika tidak mampu memaafkan, cepat berlalu dan diam, tanpa membalas.
  3. Kenangkan detik-detik manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama dengan 'musuh' kita itu.
  4. Muhasabah hubungan kita dengan Allah SWT mendidik kita melalui kerenah musuh kita itu.
  5. Sedarlah, kita hanya hamba, penuh kekurangan dan kesalahan. Kita layak disakiti, disalahtafsirkan dan sebagainya.
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini, semoga beroleh manfaat.
Wassalam.

8 comments:

akuinsanlemah said...

salam
melihat rasional keadaan yg kita alami seadilnya.
sandarkan kembali kepada Allah.
insafi dan mengerti bahawa segala rasa yang sukar, marah, gembira, kecewa adalah hadiah sayang Allah buat hamba-Nya.

Loyar Lawa said...

tapi skrng bnyk bermusuh mcm mana negara nak maju...muahahhaa

aliaazuan said...

Salam...entry yg bagus, menunjukkan sifat penulis yg suka bersatu hati.

"Laa yadkhulul jannata qooti'" -tidak akan msuk syurga org yg memutuskan silaturrahmi.

Drp Anas, Rasulullah brsbda; Tidak akan smpai hakikat iman seseorg itu shinggalah dia mengasihi saudaranya sptmna dia mengasihi dirinya sndri..."

Umat Islam adalah brsaudara,jd sayangilah saudara2 kita wlaupun dia ada brmcm2 sifat yg tak molek dlm dirinya.Carilah 10 keburukan kita sblm kita cari 1 keburukan org. Pndaglah 10 kebaikan mreka dan perbaiki kekurangan2 diri kita.InsyaAllah. Wallahu alam.

Nuraisyyah said...

hmmm..dunia dh semakin huru hara..ngn bencana..ngn ketidakadilan..pemimpin dh jadik materialistik..rsional manusia pon dh kurg..smoge kte sentiase d beri petunjuk yg ESA.. :)

taib wahid said...

Terima kasih atas komennya,
Kekadang kita tidak dapat lari dari himpitan perasaan marah, kecewa dan sakit hati. Ana juga selalu diserang perasaan ini, lebih-lebih lagi bila berkumpul bersama2 kawan2. Langkah terbaek adalah berdiam diri, apabila mereka lihat kita tidak beri respons atau hilang mood, lama kelamaan mereka akan diam jugak.

Berbalik kepada pemimpin, kita perlu selidiki peribadinya dan akhlaknya dahulu sebelum kita boleh mengangkatnya menjadi pemimpin. Kerana pemimpin adalah orang yang bertanggungjawab ke atas keselamatan dan keamanan orang-orang yang dipimpinnya

Aidi-Safuan said...

senyum je. insya Allah musuh akan terpaku dan tak jadi nak serang. :)

sweeTSour said...

ermmm mmg susah nk kawal marah... tp memaafkan itu adalah sebaek-baeknya.. sbb bila kita maafkan sesorang, hati mesti rasa tenang.. Btol jugak dgn cr mengingati kebaikan yg dia penanh buat dpt menyejukkan hati yg panas..hehe

taib wahid said...

Betul tu,memaafkan adalah salah satu jalan yang paling baik. sedangkan kita ini selalu berdoa kepada Allah supaya diampunkan Allah akan kesalahan kita, inikan pula kesalahan orang dengan kita. Ana pernah dengar motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah, memaafkan orang lain akan membuka pintu rezeki kepada kita kerana keberkatan memaafkan orang lain, InsyaAllah.