Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Wednesday, May 5, 2010

Ceritalah Buku: Hadiah Buat Muslimah-Panduan Asas Fiqah Wanita


Seorang Muslimah
Dilahirkan ke dunia ibarat sebutir permata
Apabila digilap akan memancarkan cahaya
Apabila diletak di tempat yang mulia akan disanjung sebagai permaisuri
Apabila dibekal dengan ilmu di dada akan menjadi cendekiawan bistari
Seorang Muslimah akan dikenang sebagai suri sang jejaka
Menjadi ibu kepada putera dan puteri
Dan menjadi pertiwi seisi buana

Assalamualaikum,

Pada kali ini jom ana bawa para pembaca kepada review tentang buku yang amat2 berguna dan bermanfaat kepada para muslimah yang bertajuk Hadiah Buat Muslimah-Panduan Asas Fiqah Wanita. Buku ini adalah hasil tulisan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ida Ezyani Othman. Buku ini menyediakan jalan pantas untuk mengenali ibadah dengan paparan grafik yang berilustrasi. Ianya diterbitkan oleh syarikat Telaga Biru Sdn Bhd dan boleh dibeli secara online melalui www.stormreaders.net/MdTaib. Buku ini menyediakan 11 bab yang menceritakan perihal dan tanggungjawab muslimah antaranya solat, bersuci, pergaulan, perkahwinan dan perhiasan.

Hadiah Buat Muslimah ialah sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardhu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami. Hukum hakam yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas daripada al-Quran dan hadis. Isu yang dibincangkan mustahak, kontemporari dan relevan. Buku ini sesuai untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah.


Bagaimanakah Menggunakan Buku Ini?
  • Dijadikan bahan rujukan Fardhu Ain untuk Muslimah seisi keluarga
  • Dibaca selepas solat Subuh atau Maghrib berjamaah sebagai tazkirah
  • Digunakan sebagai modul Fardhu Ain dan usrah mingguan di pejabat, sekolah,surau atau masjid
  • Dibacakan kepada anak gadis oleh ibu dan kepada adik perempuan oleh kakak
  • Berikan sebagai hadiah kepada anak gadis atau murid perempuan
  • Jadikan sebagai hadiah pertunangan, perkahwinan, hari jadi dan hari ulang tahun perkahwinan



Semoga beroleh manfaat dan sedikit ilmu dari apa yang ana coretkan kali ini. Seandainya ada antara sehabat berminat untuk memiliki buku ini boleh mendapatkannya di e-store ana dengan cara membelinya secara on line. Semoga kita semua mendapat keberkatan. Sekian.

Wassalam.



"Kesempurnaan seseorang manusia itu dapat dilihat dari
jauh dan dekatnya kepada Allah. Pendekatan ini hanya mampu
dicapai dengan ilmu pengetahuan. Selama ilmunya cukup banyak
dan sempurna, maka ia semakin dekat dengan Allah
dan semakin dekat menyerupai malaikat."
-Imam al-Ghazali-

2 comments:

Bintu Sazali said...

salam alaik...
berminat tuk mengingatkan satu perkara...

err...sy mmg memiliki buku ni..dan ada satu part atau beberapa part tu,bercanggah drpd apa yg sy ketahui...lama dah sy tak rujuk balik pd buku ni..hampir terlupa apa yg bercanggah tu..

apa yg penting kat sini,yg baik jadikan tauladan,mana yg ragu,elok lah ditinggalkan...

Wallahua'lam~

taib wahid said...

wsalam,

Erm,terima kasih atas komennya.Itu juga suatu ilmu.Mana yg difikirkan bercanggah cuba rujuk ustaz/ustazah kerana mereka bole menjelaskan lagi tentang perkara tersebut.Seandainya boleh dikongsi bersama pembaca yang amat dialu-alukan.

Jazakallah khair