Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Wednesday, May 26, 2010

Santai: Wahyu Sulung (BACALAH!)



Assalamualaikum,

Segala pujian tertentu bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan besar kita, Muhammad SAW, sahabat dan keluarga baginda. Semoga semua sahabat dan para pembaca juga sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat. Sewaktu ana membaca majalah Solusi Edisi 18 pada hari yang lepas, ana tertarik membaca suatu cerita. Di mana cerita ini terdapat dalam segmen ANEKDOT yang bertajuk seperti di atas, Wahyu Sulung (BACALAH!). Jadi amat bagus rasanya andainya dikongsikan bersama. Mungkin sudah ramai yang telah tahu kisah ini, tapi apa salahnya kalau kita menajamkan ingatan kita melalui pembacaan semula di sini. Inilah yang terdapat dalam segmen tersebut;



Wahyu pertama yang diterima Rasulullah ialah mimpi yang benar. Setiap kali baginda bermimpi, mimpi itu datang bagaikan terangnya waktu Subuh. Baginda sering menyendiri, biasanya di Gua Hira'. Di sana, baginda beribadah untuk beberapa malam sebelum kembali ke rumah. Baginda pulang kepada Khadijah, mengambil lagi bekal untuk beberapa malam. Hal itu terus baginda lakukan hingga tiba suatu waktu wahyu datang kepada baginda sedang berada di Gua Hira'.

Malaikat Jibrail a.s. datang dan berkata: "Bacalah!" Baginda menjawab: "Aku tidak dapat membaca." Baginda SAW bersabda (yang bermaksud): "Malaikat itu menarik dan mendakapku, hingga aku berasa kepayahan (untuk bernafas). Lalu ia melepaskanku dan berkata: 'Bacalah!' Aku menjawab: 'Aku tidak dapat membaca.' Dia menarik dan mendakapku lagi, hingga aku berasa sukar (untuk bernafas). Kemudian ia melepaskan sambil berkata: 'Bacalah!' Aku menjawab: 'Aku tidak dapat membaca.'


Dan untuk yang ketiga kalinya ia menarik dan mendakapku sehingga aku berasa kepayahan (untuk bernafas), lalu ia melepaskanku dan berkata: 'Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang paling Pemurah, yang mengajarkan manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak ia ketahui.'" (Surah al-'Alaq 96: 1-5)



Rasulullah SAW pulang membawa ayat tersebut dalam keadaan gementar, hingga baginda masuk ke rumah Khadijah seraya berkata: "Selimutilah aku! Selimutilah aku!" Beliau menyelimutnya, hingga gementarnya hilang. Kemudian baginda berkata kepada Khadijah: "Hai khadijah, apa yang telah terjadi denganku?" Lalu baginda menceritakan seluruh peristiwa. Baginda berkata: "Aku benar-benar khuatir terhadap diriku."

Khadijah menghiburkan baginda: "Jangan begitu, bergembiralah. Demi Allah, Allah tidak akan merendahkanmu selamanya. Demi Allah sungguh engkau telah menyambung tali persaudaraan, engkau jujur dalam berkata-kata, engkau sering memikul beban orang lain, engkau sering membantu keperluan orang yang tak punya apa-apa, engkau menjamu tetamu dan selalu membela kebenaran." Kemudian Khadijah mengajak baginda menemui Waraqah bin Naufal bin Asad, saudara sepupu Khadijah. Dia adalah penganut Kristian pada masa jahilliah. Dia pandai menulis kitab berbahasa Arab dan menterjemahkan kitab Injil ke dalam bahasa Arab, sesuai dengan kehendak Allah. Dia telah tua dan buta.

Khadijah berkata kepadanya: "Pakcik, dengarkanlah cerita anak saudaramu ini (Muhammad)." Waraqah bin Naufal berkata: "Hai anak saudaraku, apa yang telah engkau alami?" Rasulullah SAW menceritakan peristiwa yang baginda alami. Mendengar cerita tersebut, Waraqah berkata: "Ini adalah Namus (Jibrail a.s.) yang dahulu datang kepada Musa a.s. Seandainya saat kenabianmu ini aku masih muda. Oh, seandainya aku masih hidup pada waktu engkau diusir oleh kaummu."

Rasulullah SAW bertanya: "Apakah mereka akan mengusirku?" Waraqah menjawab: "Ya, setiap orang yang mengembangkan tugas sepertimu pasti dimusuhi. Jika hari itu sempat kualami, tentu aku akan membelamu bermati-matian."
(Riwayat al-Bukhari no. 4670)

Sekian sahaja untuk kali ini, semoga beroleh manfaat dan pengetahuan yang berguna kepada semua dari perkongsian ini.

Wassalam.

2 comments:

yastro said...

Alhamdulillah...teruskan saudara, insyaallah usaha murni tu x sia2..

taib wahid said...

InsyaAllah, semoga kita sama-sama diberkati oleh-Nya.

Jazakallahu khair