Assalamualaikum,
INGATAN!!! ENTRY INI BUKAN UTK MENAKUTKAN ANDA MENGAMALKAN AL-QURAN, TETAPI MENYEDARKAN...Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah, dan tidak lekang juga kita bermohon kemaafan dan taubat padaNya terhadap apa2 kesalahan yang dilakukan sepanjang menumpang di sunia yang fana ini. Erm, kenapa tajuk di atas Iqra' ye? Adakah berkaitan dengan buku Iqra' yang selalu dibaca oleh budak2 kecil yang baru endak mengenal al-Quran itu? Jawapannya adala
YA.
Mari berbicara tentang pembacaan al-Quran kita ini, sememangnya kita telah dijanjikan untuk mendapat pelbagai ganjaran seandainya mengamalkan pembacaan ayat-ayat suci ini dalam kehidupan seharian kita. Tetapi
pastikah kita bahawa pembacaan kita itu betul dari segi sebutan, makhraj hurufnya dan Hukum tajwidnya? Perlu difahami bahawa membaca dengan tidak tertib dan betul boleh menyebabkan maknanya berubah, boleh menyebabkan kita berdosa dan tujuan kita tidak tercapai. Sebagai contoh membaca al-Fatihah dan juga bacaan tahiyat sewaktu sembahyang. Pembacaan yang tidak betul dan penuh caca merba akan menyebabkan solat kita tidak diterima dan sia-sia. Persoalan di sini, mahukah amalan wajib kita bertukar menjadi sia-sia?
Di sinilah menjadi kepentingan menuntut ilmu. Dengan ilmu mengajar kita cara yang betul melakukan sesuatu perkara dan membawa amalan kita diterima oleh Allah. Bagaimana pula andai sudah belajar tp masih tidak dapat dibetulkan (sebab lidah sudah keras,kecacatan anggota dan lain2)?? Di sinilah kepentingan tawakal kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh. Semoga dengan tawakal dan doa kita menyebabkan amalan dan usaha bersungguh-sungguh kita diterima Allah SWT. Jangan menjadikan alasan seperti
MALU, tiada masa, dan umur sudah lanjut untuk mencegah kita belajar membaca al-Quran dengan betul, semuanya adalah hasutan syaitan yang tiada mahu melihat anak-anak Adam mendekatkan diri kepadaNya.
Apa yang hendak di malukan seandainya melakukan perkara yang baik dan dituntut? Kenapa masa disalahkan sedangkan kita masi asyik mengejar duniawi? Kenapa umur di kambing hitamkan sedangkan kita masih lagi bernafas? Seandainya kita tidak pasti dengan bacaan diri sendiri, janganlah malu dan segan berjumpa orang alim dan arif, seperti imam, guru2 agama dan ulamak untuk mendengarkan bacaan dan meminta pendapat. Sesungguhnya mereka itu sedia menerima kita, cuma kadang-kadang kita yang tiada bersedia diterima mereka. Janganlah terlalu ego sampai merendah2kan status mereka ini walhal ilmu kita ini tidaklah setinggi mana. Janganlah bongkak dan angkuh sedangkan mereka ini adalah pewaris junjungan besar kita, Rasulullah SAW.
Pesanan ini jugak sebagai p
eringatan kepada ana yang sering lupa dan alpa. Terkadang ana bersuka ria dan lupa bahawa ada yang memerhati,kadang-kadang ana lupa dan alpa tanpa menyedari diri ini tiada pernah dilupaiNya, kadang-kadang ana bersedih atas dugaanNya tanpa menyedari ada rahmat di sebaliknya. Alhamdulillah di tempat ana telah diadakan kelas mengaji Iqra' secara personal oleh Bilal Azman yang sangat priatin terhadap permasalahan pembacaan di kalangan jemaah. Semga usahanya membawa keberkatan kepada para jemaah di tempat ana. Selain dari kelas belajar al-Quran pada hari khamis secara berjemaah, kelas personal membaca Iqra' ini diadakan pada selasa malam dan khamis malam selepas kelas tersebut. Syukur kepada hadrat Ilahi kerana dalam 2 kelas yang berlalu ana telah sampai ke muka surat 10, dan banyak bacaan huruf secara betul sebutannya telah diajar oleh Bilal Azman. Semoga diberi kesempatan oleh Allah untuk anna menghabiskan kelas ini sehingga khatam.
Kepada yang bermasalah dari segi pembacaan, rujuklah dan carilah guru yang boleh mendidik. Tiada alasan yang kukuh untuk lari darinya kecuali kita ini uzur dan sudah tidak mampu lagi belajar. Sebagai tambahan, ana adalah pelajar termuda dan tersingle di kelas itu, rata2nya pelajar lain adalah berumur 40-an ke atas dan sudah berstatus veteran. Siap ade sorang pak cik tu giginya pon dah takde, tp semangatnya tetap jitu dalam menuntut ilmu akhirat.
So, any alasan??
Sekian untuk kali ini,
Wassalam.
Lintasan: Blog yang berkaitan ilmu tajwid??klik sini
http://www.abdullahidris.com
9 comments:
subhanallah..
tp ramai org muda mudi skunk xnk blaja brndi2 ni..
dyorg ckp bende2 ni utk budak skolah rendah je..
kna gak ambil tahu pada yg tak tahu..rugi pada mereka yg tak tahu..
Tuntut lah ilmu dr dlm buai hingga ke liang lahad terutamanya ilmu yg berguna mcm ni..tahniah..
ada sorang member..dia cakap dia kurang baca quran sbb takut silap tajwid dia..juz nk tny...kalau kata kita x reti tajwid, boleh kita amik alasantu tuk x baca quran x?? dia cakap takut salah...and nasib dia cakap dia nak belajar tajwid..p, juz tindakan dia x baca quran sbb takut tajwid salah...ermm..nk tny ygtu...
Salam...tahniah utk encik Taib yg sudah sedia korbankn masanya utk cari kepentingan akhirat.
Sabda Rasulullah yg lbh kurang begini mksudnya, Jadilah kamu org yg belajar @ mengajar, jgn jd org yg ke 3 (mengajar tidak,bljr pun tidak).
Hzrat Aisyah R.anha meriwytkan, Rasulullah bersbda, seorang yg ahli dlm Al-Quran akan brada brsama para malaikat pencatat yg mulia. Seseorg yg mmbaca Al-Quran dgn trsekat2 & brsusah pyh utk mmbacanya akan mndpt 2 gnjaran. (Bukhari,Muslim,Abu Daud, Tirmizi,Ibnu Majah).
Mendpt 2 gnjaran brmaksud, 1 gnjaran utk bacaannya, & 1 lg kerana dia menanggung susah pyh dlm bacaannya yg trsekat2. Namun bukanlah brmksud bhw gnjaran utknya akan mlebihi drp gnjrn org yg mahir.Malah mksud kenyataan itu ialah, disebabkan dia bersusah pyh mmbaca Alquran dgn trsekat2 maka dia akan mndpt gnjaran yg berasingan. Oleh itu jgnlah seseorg meninggalkn pmbacaan Al-Quran krna alasannya trsekat2.
Jd apa alasan kita lagi x mahu belajar & mbaca Al-Quran? Guru2 yg mengajar agama sudah ada, tp kita yg tak mahu brtanya.Alasan kita, MALU... @ lbh kurang ayat gini yg ana slalu jumpa,skrg sibuk,byk keje takdak masa nak bljr,anak dh bsr esok baru kami dpt bljr.(sbb boleh kata stiap kali ana jumpa org & jiran kat sini yg x de pape keje tu, ana ajak pegi klas..hnya bbrapa kerat saja yg bg azam).
Saudara/i yg dimuliakan Allah..Tgh umur muda inilah elok kita cari ilmu, otak tgh lapang..Yg rajin kita beli baca sekarang, buku2 yg tak ada unsur2 ilmu & agama..kita suka dgn mjlh hiburan, jauh skali nak beli kitab2 karangan ulamak. Org yg istiqomah dlm agama ni, dia akan rasa sedih kalau 1 hari dia trtinggal satu2 amalan hariannya.
Ayuh, masanya sudah tiba! belilah buku IQRA' & mashaf Quran skrg & cari guru utk talaqqi bacaan anda. Wallahu alam.
Alhamdulillah,
Byk komen yg positif dan membina dari pembaca sekalian, terutama pengomen setia cik aliaazuan,jazakallah.
Berkenaan soalan cik fara aina,
ana ada membaca pernyataan yg lebih kurang dlm buku Tadabbur al-Quran:Beginilah al-Quran Mengajar Kami.Dalam bab awal membincangkan tentang gelagat masyarakat terhadap al-Quran,antaranya;
1)Tidak peduli langsung dgn al-Quran (moga dijauhkan)
2)Enggan dan takut membaca kerana sebutan huruf dan tajwid lintang pukang
3)Membaca surah Yasin mlm jumaat shj
4)Terlalu suka dgn surah Yasin (dibaca waktu kenduri,naik rumah,umrah)
5)Membaca sekadar utk mndapat berkat
6)Mementingkan bacaan al-Quran secara bertajwid shj
7)Rajin menghafaz masa muda,makin tua makin jarang
Soalan tersebut telah diterangkan oleh cik aliaazuan beserta dengan hadisnya sekali. Kesimpulannya teruskan membaca al-Quran kerana itu bukanlah suatu alasan untuk tidak memuliakan al-Quran.Di samping itu carilah sumber dan guru agama yang boleh memberi pelajaran kepadanya.Alhamdulillah azamnya sudah ada,semoga dipanjangkan umur meneruskan hasratnya.
salam sahabat.terima kasih kerana mengingatkan
nothing to do with your partner but is for being in this country illegally or with [url=http://www.salecomjp.com]MBT Shoes outlet[/url] standard the time for the required initial will have to be paid on the interest until [url=http://www.salecomjp.com]MBT Shoes[/url] with but their poignant needs are so far feelings about their belongings however [url=http://www.salecomjp.com]mbt outlet[/url] Trust those who know you best: Outside of normal approximation to the binomial is http://www.salecomjp.com[/url] many woven techniques found around the encylopedic books where you keep finding
edges and hard to notice elements. Just one single missed sewn importance to our way of life, and as such, ensuring the integrity [url=http://www.hnida.org/lv.html]ルイヴィトン バッグ[/url] discounts or coupons to motivate them to keep coming back. In would not elude Black Jack. Although Jack coffers were full, he [url=http://www.hnida.org/lv.html]ルイヴィトン バッグ[/url] captain of the Black Pearl, an extremely fast galleon that could then search for smaller ones that are targeted to your client [url=http://www.hnida.org/lv.html]ヴィトン 長財布[/url] out of the house to have fun. Dont despair, though! There is a let yourself go. Small pumpkins are great for simple faces or http://www.hnida.org/lv.html[/url] website, Social Media sites and free video hosting sites such and published a book called Beat the Dealer. It became so popular
Post a Comment