Buat kali keduanya ana telah di tag sepanjang minggu ini dan kali pertamanya ana dapat award,huhu. Kali ini ia datang dari Indonesia. Jauh betol visionnya hinggakan sampai ke Malaysia. Terima kasih untuk en. Four Dream (dirahsiakan nama sebenar). Tak best pulak andainya tag itu tidak di balas kan. So, bila perkara itu terjadi, ana pon menjawabnya dengan hati yang rela=)
Sememangnya buku itu jendela dunia, tanpa kita belajar dan membaca, pastikah kita akan memahami perkara2 dan peristiwa2 dalam dunia ini?Tanpa pembacaan dan pengkajian, dapatkah kita mengambil iktibar akan peristiwa pembersihan etnik di Bosnia, penjajahan rejim zionis ke atas bumi Palestin dan natijahnya di turunkan ayat al-Quran pertama kepada Rasulullah yang bermaksud 'Bacalah'.
Ok, sekarang berbalik kepada jawabannya pula,sebenarnya ana tak faham berapa buku yang harus dibicarakan, tetapi lihat en. four dream buat sinopsis 3 biji buku, jadi ana ceritakan 3 jugak ye.
Buku I
Indahnya Hidup Bersyariat
oleh: Ustaz Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.
Buku II
Tadabbur al-Quran: Beginilah al-Quran Mengajar Kami
oleh: Ustaz Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin & Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Baca al-Quran ialah membaca hanya dengan lidah. Ayat-ayat al-Quran disebut mengikut hukum tajwid dan dilagukan mengikut kaedah-kaedah taranum. Maka akan terserlah keindahan dan ketinggian nilai seni ayat-ayat al-Quran itu. Pembacanya akan terhibur, beroleh ketenangan jiwa dan kepuasan yang tersendiri di samping memperolehi ganjaran pahala serta fadila Tadabbur al-Quran pula ialah membaca dengan lidah, akal dan hati. Lidah memastikan bacaan dengan tartil, akal mengambil pemahaman makna (yang tersurat dan tersirat) dan hati mengambil pengajaran untuk dijadikan panduan. Maka akan terserlah al-Quran sebagai kitab hidayah dan mukjizat yang sarat dengan khazanah-khazanah yang tidak ternilai harganya. Inilah asas para ulama dan ilmuwan pada zaman keagungan Islam membangun suatu tamadun lahiriah dan rohaniah yang tiada tolak bandingnya. Beginilah al-Quran Mengajar Kami mengajar anda prinsip-prinsip asas tentang tadabbur al-Quran.
Buku III
Nota Jutawan, Nota Perniagaan
oleh: Dr. Irfan Khairi
Penulis buku terlaris Nota Jutawan Nota Motivasi, Irfan Khairi kini menghasilkan siri seterusnya dalam Nota Jutawan Nota Perniagaan. Seorang usahawan Internet yang berjaya dan diberi jolokan Jutawan Internet, Irfan juga berkecimpung dalam berbagai-bagai perniagaan termasuk syarikat pengurusan acara, syarikat penerbitan serta syarikat produksi. Dalam buku ini, Irfan Khairi berkongsi pelbagai tip dengan para usahawan dan juga bakal usahawan dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan. Buku penuh warna-warni ini memberi senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah berserta ilustrasi menarik.

3 comments:
kamu jual bku yer?
thank you sob udeh di kerjakan tagnya hehe
Sensei 14:Erm,saya jual buku. Kat bahagian side bar tu ade dijelaskan tentang produknya. nak lebih kepastian lagi layari http://www.stormreaders.net/MdTaib
four dreams:hehe,bagus2 dan tahniah kepada kamu=)
Post a Comment