Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Friday, April 16, 2010

Keldai zaman modeN,Kami kah atau dia Yang Rugi



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lamenya rasa ana tak post ape2 entry kat sini,bukan ape pon,cume ana kadang-kadang tiada masa untuk memikirkan perkara baru. So untuk entry kali ini ana ingin berbicara tentang kisah keldai zaman moden. Bukan tujuan menegur, menghina atau mengutuk sesiapa, tetapi sebagai pengajaran kepada orang lain termasuk ana sendiri yang serba kekurangan dan hina di sisiNya. Mungkin perumpaan ‘keldai moden’ itu keterlaluan, tetapi tidaklah ana sendiri menamakannya melainkan di beri nama sendiri oleh kawan arwah abah ana.

Cerita teaternya begini, pada suatu malam ana berkunjung ke rumah kawan ana setelah bertemu dengannya di simpang jalan. Di situ kami rancak berbicara tentang kisah masing-masing, dan termasuklah perihal job@kerja kami. Disitu si O (bukan nama sebenar) meluahkan tentang kesusahannya menampung perbelanjaan keluarganya dengan gajinya yang tidak sampai RM 1K, nisbahnya dia terpaksa melakukan kerja lain untuk cover belanjanya, kirenya side job la nih. Diceritakannya bahawa dia ni boleh melakukan pelbagai kerja servis, ana very impressed mase kat situ.



So atas dasar sahabat seIslam, ana dan saudara ana offer kepadanya untuk membantunya berhenti dari kerja lamanya dan menumpukan sepenuhnya dalam mengeploitasi kebolehannya dalam menjana rezeki. Ana offer untuk mengiklan di internet kerana pasarannya luas dan permintaan yang tinggi terhadap servis dan kemahiran. So masa merangka strategi, dia beritahu bahawa dia boleh melakukan 6 jenis pekerjaan, siap bagi jaminan bahawa dia memang pakar.

Ana mengiklankan perkhidmatannya di internet dan hasilnya kawan ana dapat bermacam-macam offer sampai dia pon pening2 lalat melayan panggilan sehingga meminta bantuan ana. Semasa berjumpa, macam2 job yang dia dapat, dan dia menawarkan ana untuk membantunya. Katanya dia akan bagi gaji dan kerja ana adalah menguruskan job supaya lancar dari segi logistik dan operasi. Sedangkan katanya dia akan rileks di rumah untuk menunggu order dari pelanggan. Wah, ana berfikir,”Aik,aku yang offer dia opportunity, tetibe dia nak goyang kaki dan aku plak yang jadi pekerja”.



Tapi ana tidak bersetuju dan tidak juga menolak, ana Cuma cakap kalau dia memerlukan bantuan, InsyaAllah ana akan bantu. Alasannya simple sahaja, dia terlalu sibuk dengan pekerjaannya yang lama dan tiada masa untuk memenuhi permintaan customer (Herm,bukankah ana tolong dia supaya dia berhenti kerja dan mencari pendapatan yang lebih baik??). Masa tu jugak ana berpesan supaya job yang dia dapat, biar dia yang runding sendiri dan jangan bagi sub kpd orang lain.

Selang seli beberapa hari, dia mintak tolong saudara ana untuk cari pekerja dan buat servis di suatu tempat, sangkaan ana bahawa dia turut serta, tetapi meleset, alasannya dia tak boleh tinggal job dia. So pergilah saudara ana buat kerjanya, dan maghribnya dia datang, memberi upah dan sempat bercerita bahawa dia baru dapat RM1500 setelah sub projek bernilai puluhan ribu ringgit kepada orang lain, masa tu betapa keciwanya ana kerana tiada langsung dia mengambil nasihat ana dan tiada langsung wajah bersalah (memang dia pandai berjanji,huhu). Dan selepas itu dia memberi si O lagi kepada saudara ana, tetap dengan alasan yang sama.

Pulangnya saudara ana, dia mengeluh, kerana katanya si O tidak buat kerja pon tetapi mengambil keuntungan yang lebih dan pendapatan yang terbaru pon dia pegang, dah duit minyak tak bagi, duit pekerja pon saudara ana yang dahulukan. Saudara ana sms si O supaya memberi bakinya, tetapi tiada balasan. Lebih kurang 3 hari selepas itu baru ada balasan, ajak ke rumahnya ambil duit. Ni memang betul2 gaya bos. So ana cakap kepada saudara ana,”Sudahlah,biar sahaja duit tu. Cukuplah kita sudah terkena, jangan kita menjadi ‘keldai’ si O ni, yang hanya menurut kemahuannya saja”. So, kami ambil langkah berdiam diri, tobat dah lepas nih memang dah tak nak buat bisnes dengan die, untungnya hanya letih dan perasaan tidak puas hati.

Jadi setelah mendapat pengalaman berharga ini, semoga kita lebih berhati-hati memilih rakan kongsi, biarlah semua pihak yang memuaskan hati semua yang terlibat. Janganlah hanya seorang yang bongkak memberi arahan dan alasan sedangkan yang lainnya hanya menurut tanpa menegakkan hak kita sendiri. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.



Teringat kata2 kawan arwah abah dahulu sewaktu ana masih menuntut di universiti,”Apabila kamu sudah habis belajar dan memulakan pekerjaan, masa itu kamu akan nampak realiti dunia yang sebenar, ada yang menjadi keldai, ada yang tuan”.Tanya ana,”Apakah maksud keldai dan si tuan?”. Sambungnya,”Keldai tu adalah orang yang dipergunakan oleh orang lain untuk kepentingan peribadi dan material orang tersebut sedangkan si Keldai ini tiada mendapat nama, yang hanya didapatinya ialah hamburan janji2 manis berupa belanja makan, share keuntungan dan macam2 lagi. Sedangkan si tuan pula bukan bos yang menggaji si keldai, tetapi dia ialah orang yang mengarahkan si keldai membuat kerja dan member berbagai jaminan dan janji, tetapi selepas kerja di selesaikan, habuk habuan kepada si keldai pon tiada, sedangkan dia mendapat nama dan pangkat. Kalau kamu bertemu orang seperti ini, tinggalkan dia kerana tiada untungnya bekerja bersamanya”.(Lebih kurang percakapannya)

Maafkan ana kawanku, bukan bermaksud ana memutuskan silaraturrahim antara kita, tetapi bermaksud ana memutuskan ikatan perkongsian perniagaan yang dirancang dahulu. Kerana kamu gagal meyakinkan ana dari segi komitmen dan tanggungjawab. Biarlah kita terus berkawan dan semoga peristiwa ini tidak menjadi pemutus silaturrahim antara kita, Amin….

Sekian sahaja dari ana,
Wassalam.

5 comments:

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalamualaikum.
Bagus2...penutup ceritanya amat baik.
Itu la pentingnya agama dalam hidup, buatlah sesuatu perkara yg menjadi asbab kesukaan Allah.Yang penting kat dunia ni kena slalu pikir & ada usaha bgaimna kat akhirat nanti nak selamat... mksudnya ada RISAU AKHIRAT.(peringatan utk diri sy juga)

Drp Anas b.Malik, Rasulullah brsabda: Brgsiapa mahu rzkinya ditambah & umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi sesama saudaranya.(HR Bukhari).

Wallahu alam.

taib wahid said...

Waalaikumussalam aliaazuan,

Terima kasih,sentiasa lah kita istiqamah dalam perbuatan.Berniaga macam kita ni banyak dugaan yang akan dihadapi,bergantung kepada cara kita mengendalikannya.Biarlah kita rebah dahulu,yg penting dapat ilmu supaya tidak jatuh ke tempat yang sama.Moga ana tidak tergolong dalam golongan orag yg memutuskan silaturrahim.

Sama kita berjuang mencari rezeki yang halal dan diberkati.Seperti kata Saidina Umar r.a.:"Jgn ada seorang dari kamu yang enggan mencari rezeki dan hanya berkata:"Ya Allah,berilah rezeki kepadaku",sedangkan dia tahu bahawa langit tidak menurunkan hujan emas atau perak".

Nashays said...

pengajaran untuk saya n kita semua...

Nuraishah Hanani said...

artikel ni bgs untul dipikirkan dan muhasabah smbl2 ziarah =)

Pacifist said...

salam sahabat.
beginilah lumrah manusia,rambut sama hitam hati lain2.syukur dia dpt sahabat mcm sahabat.masih mahu bersilaturrahim walaupun atas apa yg berlaku.ttp sahabat tidak rugi pun,beliau yg rugi sbenarnya.harga sebuah kepercayaan lagi tinggi nilainya dr wang ringgit