Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Monday, April 19, 2010

Paper Review: I Luv Islam (Cantik Wanita;Antara Fitnah & Fitrah)

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."(Surah al-'Araf,ayat 31)



Assalamualaikum,

Ana baru sahaja purchase tabloid I Luv Islam edisi 7 pada 2 hari yang lepas. Alhamdulillah ana amat berbangga kerana anak2 muda mampu menggarap dan menerbitkan tabloid seperti ini lebih2 lagi banyak ditekankan unsur2 dakwah di dalamnya. Sebab itu ana memang menyaport usaha mereka dengan membeli paper ini (walau termiss beberapa isu). Sememangnya ana menyarankan supaya para pembaca Islam agar tidak ketinggalan memilikinya, kalau ekonomi tak mengizinkan cube pinjam dari kawan, tu pon salah satu usaha mencari ilmu=)



Oklah, mari kita berbicara tentang tabloid terbaru nih (Sesape yg nak tgk intisarinya klik disini). Sebenarnya ana amat tertarik dengan tajuk muka depannya yg tertulis "Cantik Wanita;Antara Fitnah & Fitrah". Tapi kenapa ana sebagai kaum adam tertarik? First ianya suatu ilmu, then kaum adam perlu tahu juga ilmu2 yang bersangkut paut dengan wanita, kerana mereka juga akan di soal di akhirat perihal kaum hawa dalam keluarga mereka seperti isteri, anak2 dan juga yang bertalian dengannya. So, semoga ilmu ini bermanfaat apabila ana sudah berumahtangga kelak, amin. Antara isu lain yang menarik adalah : Cerita Artis Kita : Apa Sudah Jadi?, Cepatnya Tamatkan Zaman Bujang, Harga Sebuah Nyawa, Wanita Sebagai Bos Lebih Bossy dan Al-Quran Selamatkan Cat Steven.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.”(HR Tirmidzi dan Ibn Majah)



Kat sini ana cerita sket apa yang terdapat pada tajuk utama tabloid ini. Di sini di ceritakan perihal wanita yang tabarruj (berhias) dan hukumnya di sisi Islam. Penulisnya juga menyebut tentang kepentingan tabarruj, dan bilakah ianya sesuai diaplikasikan oleh kaum hawa. Di sini juga diambil pendapat oleh golongan ilmuan seperti Ustaz Wan Akasyah dan Prof Kamariah Yusof (Pensyarah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam,UiTM). Ana tertarik dengan ulasan Ustaz Wan Akasyah tentang fesyen, di mana beliau menyentuh keperluan pereka2 fesyen mereka fesyen yang mengikut garis panduan Islam dan mendapatkan pendapat ilmuan Islam. Kerana apabila ianya di gayakan pemakai dan melanggar syariat Islam, maka sahamnya (dosa) adalah sama seperti orang yang mendedahkan aurat. Prof Kamariah pula mengulas tentang kepentingan menjaga penampilan diri, kerana wanita yang terlalu selekeh akan menimbulkan fitnah, tetapi yg berlebihan juga menimbulkan fitnah. Beliau menjelaskan kepentingan niat dalam berhias.

Terdapat juga ulasan-ulasan berguna dari ilmuan lain seperti Ustaz Lukmanul Hakim Hanafi (Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang,USIM) dan pakar Kosmetik dan Ketua Pegawai Eksekutif Imperial Medical Centre, Dr Mohamad Faizal Mohamad Anwar. Andai pembaca ingin tahu lebih lanjut, dapatkan tabloid edisi baru ini. Tak boleh la ana cerita lebih-lebih, nnt marah plak editor I Luv Islam dan anda tak beli pula akhbar tu nanti.

Sekian sahaja dari ana, mari kita sama2 support Produk Islamik.

Wassalam.



"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka yang zahir daripanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nurr,ayat 31)

5 comments:

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalamualaikum. Saya memang sgt2 brsetuju & brminat mberikn pdgn utk entry kali ini.

Benar,aurat itu keras utk wanita & wanita (nisa') itu sndiri adalah aurat!Rasulullah juga ada mmberitahu bhw ramai penghuni neraka adalah trdiri drp golongan wanita. MasyaAllah! Tidak timbulkah kerisauan dlm kotak fikiran kita akan hal ini?

Printah mnutup aurat (dgn sempurna) juga sudah jelas dinyatakan dlm Al-Quran (cth spt ayat yg saudara telah berikn).

Adapun TABARRUJ sbgmana yg dilarang dlm Al-Quran bkn sekadar mempamerkan keindahan & solekan, tetapi brmkna juga telah menolak & membuang hukum2/syariat Allah, serta mmbuang prinsip2 kemanusiaan. Kerana siapapun yg melihat wanita yg bertabarruj pasti hawa nafsunya suka. Inilah asbabnya yg menyebabkan berlakunya kelemahan jiwa & ketidakupayaan menghadapi godaan nafsu.. seterusnya membentuk masyarakat yg bersifat haiwan yg kacau bilau tanpa moral. Itukah yang kita inginkan? Tepuk dada, tanya masing2 IMAN...

Untuk para wanita (termasuk diri saya yg lemah ini), sama2lah kita 'usaha' menjaga diri drp pandangan lelaki yg bkn mahram kita, kerana utk mendpt kemanisan agama (halawatul iman),perlu ada usaha, pengorbanan & susah pyh..Ramai manusia yg inginkan agama, tp tidak mahu bersusah pyh, dlm ertikata lain inginkn scara senang lenang.(sbgmana kita perlukan sesuatu prkara di dunia ini, kita akan usaha bermati-matian utk mendptkannya,apatah lg usaha utk urusan akhirat). Biar kita merasa susah & berpanas sedikit di dunia yg sementara ini, yakinlah bhwa api neraka itu adalah lbih panas & tidak trtanggung azabnya!.. nauzubillah...Wallahu alam.

(Maaf ya encik Toyyib, trpnjg lg. smoga sy sndiri dpt amalkan apa yg diperkatakan)..amin ya Robb.

taib wahid said...

Waalaikumussalam cik aliaazuan,jazakallah khir=)

Semoga apa yang diterangkan oleh cik alia dapat menjadi pedoman muslimin dan muslimat.kenapa muslimin juga?macam ana cakap,di akhirat nnt semasa di padang masyar,kita akan disoal tentang wanita2 yg di bawah tanggungjawab kita.jadi bila berilmu,boleh la tegur supaya pahala amalan kita tidak hilang dek kerana tuntutan mereka pada hari pembalasan nnt.

Ana nak ulas panjang2 pon ana tak reti sangat berkaitan aurat wanita, dan ana sendiri pon dalam proses membaiki diri berkaitan aurat lelaki.jadi seandainya inginkan lebih kepastian seperti soal perlukah berhijab semasa di rumah dan lain2,boleh lah dirujuk kepada ustaz dan ustazah yg lebih arif.

Dan jgn lupa juga dapatkan tabloid terkini I Luv Islam=)

Mis Erika said...

berpesan2la kpd kbaikan :)

Anonymous said...

semakin ramai wanita menjadi cantik..
semakin ramai juglh yg berpakaian xmenepati syariat islam..
yg plg simple pon xbuleh nk ikut..
subhanallah..
semoga ALLAH mmberi kita smua ptunjuk..:-)

taib wahid said...

Amin,

Ingat tu kaum muslimin,nnt dah ade keluarga jalankan tanggungjawab kita,jgn kita hanya mementingkan amalan kita shj.