Assalamualaikum dan Alhamdulillah,
Sejuk rasanya hati ana lepas tgk angka followers tu dah hampir 100. Ni bermakna dah ramai rakan, sahabat dan pejuang2 yang mahu bersahabat dengan ana, dan sekali lagi silaraturrahim dalam bidang siber dan penulisan semakin berkembang. Sememangnya dahulu ana tidak akan mengjangka angka ini, kerana siapalah ana ini, hanyalah budak hingusan yang kurang ilmunya, cetek fikirannya dan lemah dari pelbagai segi andai dibandingkan dengan sahabat2 yang lain. Alhamdulillah dengan berkat kekuasaanNya diberinya ana ilmu melalui teguran dan pengajaran dari sahabat2 yang lain seperti cik
aliaazuan,
padin dan lain-lain.
'Siapalah ana tanpa rahmatNya'.
InsyaAllah sebagai mensyukuri nikmatNya dan tanda terima kasih kepada sahabat2 yang sudi bertandang dan berkunjung, ana akan memberi hadiah apabila angka followers itu melepasi angka 100. Tetapi tiadalah daya untuk ana memberi kepada setiap yang hadir, kerana itu cuma sebahagian sahaja yang akan menerimanya. Mungkin nanti akan ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk melayakkan menerimanya. InsyaAllah syarat itu tidak terlalu membebankan dan menyusahkan para sahabat. Tentang cenderahati tersebut, InsyaAllah akan diusahakan kepada produk2 yang berbentuk Islamik dan akan diberitahu selepas pengumuman ana lakukan
Sekian sahaja untuk entry yang pendek ini, semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dan hidayah dari Allah yang Esa, Amin.
Wassalam.
4 comments:
alhamdulillah... dah seratus ya... terima kasih sudi berkunjung ke laman blog saya... :-)
hehe..sy sukung! truskan usaha anda..
Assalamualaikum encik Taib.
Alhamdulillah..tahniah2. Dah ramai rupanya. Teruskan la niat baik cik Taib tu.InsyaAllah org yg slalu bersyukur & memberi ni Allah akan tmbh & tmbh lg rezekinya.
Mkin ramai yg ikut,makin byk ilmu yg trsebar...Paling penting, agama perlu disampaikn..& bagi yg membaca pula kena la ada azam nk buat yg trbaik (mknanya peringat utk diri sndiri juga la ni..). Jgn pula kita baca entry2 yg ada ni hanya stakat nk isi masa lapang @ sbb hobi kita saja.Ambilllah mana2 pengajaran yg baik utk buat sbgai amal.
Thniah lg skali, hanya Allah sj yg dpt bg REWARD kat Encik Taib..
Wassalam..
Jazakallah khair semua,semoga kita sama2 dirahmati dan mendapat hidayah dariNya
Post a Comment