Assalamualaikum dan selamat pagi,
Semoga kita semua mendapat keberkatan dan di murahkan rezeki pada hari ini. Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan rahmat dan kurniaNya, kita masih lagi diberi peluang untuk menumpang di atas muka bumiNya ini, sambil diberi kesempatan dan peluang untuk melakukan amal kebaikan sebagai bekalan kita di akhirat kelak. InsyaAllah pada post kali ini ana ingin menyentuh tentang hukuman ke atas peminum arak. Mungkin ilmu ini sudah agak lapuk berbanding dengan peristiwa hukuman ke atas Kartika yang lalu, tetapi kesan dari peristiwa tersebut akan banyak memberi ilmu dan peringatan kepada yang lain, bahawa hukuman yang ditetapkan Allah adalah amat sempurna berbanding hukuman ciptaan manusia yang banyak cacat celanya dan penyelewengan.
Ana tersentuh untuk mengutarakan tentang isu ini kerana sewaktu hukuman (kerja amal) ditetapkan, ramai sahabat2 yang tidak berpuas hati tentang hukuman yang dijatuhkan. Perlu difahami bahawa sebelum hukuman dijatuhkan lagi sudah banyak pihak2 yang sekadar nama sahaja Islam dan golongan politik telah mendesak supaya si pesalah itu jangan di hukum hudud, tetapi mestilah dihukum dengan hukuman yang berlandaskan hawa nafsu semata2 (atas dasar hak asasi dan keadilan terhadap wanita). Beberapa hari yang lalu sewaktu ana mensurfing artikel2 di laman
I Luv Islam, ana tertarik dengan sebuah artikel yang bertajuk
Isu Sebat: Jawapan Kepada Tun Dr.Mahathir. Seeloknya ia dikongsikan supaya menjadi ilmu kepada yang tidak tahu dan menjadi ulangkaji kepada yang sudah memahami. Berikut adalah ringkasan dari artikel yang telah ana pendekkan sedikit.
"
HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAMDalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.wErtinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.Firman Allah swt yang bermaksud:"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)Lagi Allah menegaskan yang ertinya:'Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan'( Al-Maidah : 90)Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.Kerana itu nabi menyebut, ertinya : 'Arak itu adalah ibu kepada kejahatan' ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.
HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAKBagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawapannya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-1) Hadis Nabi: 'Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka' ( Riwayat Abu Daud)2. Hadis Nabi : 'Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali' (Riwayat Muslim)3. Hadis Nabi: 'Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali '(Riwayat Muslim)4. Hadis Nabi: 'Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)5. Athar sahabat: Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) 6. Hadis Nabi: 'Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)Jika dikatakan, itu semuadari hadis, maka apakah pula dalil al-Quran yang menyuruh? jawabnya adalah'Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan' ( An-Nahl : 44)Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.PERBEZAAN TASFIRAN ULAMAUlama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.
BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.Jika HududJika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.
Jika Ta'zirJika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.
SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?PertamaJika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tidak layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menyesatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebahagian yang lain. Kerana apa adil? Kerana piawaian adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia, maka individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.KeduaSebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kasihan dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu:-* Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.* Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.* Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dan pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.* Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.* Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah."
Menurut editor, artikel ini telah dipendekkan dari artikel yang sebenar. Untuk mengikuti artikel yang sebenar bolehlah melawat ke laman web
Ustaz Zaharudin. Sekian sahaja dari ana, semoga pembaca memperoleh ilmu walaupun sedikit.
Wassalam.
7 comments:
wah! info menarik ni sbb sy pun x thu slama ni.. thnkz krn sudi berkongsi! :)
Tahu mengenai hukuman sebat bertujuan untuk pengajaran dan bukan untuk meyeksa namun saya lebih jelas tentang hal ini melalui ringkasan penerangan mengenai isu sebat oleh Ustaz Zaharudin.
suka artikel ini
Bila sebut je hukuman hudud, semua jadi takut. Sedangkan setiap yang telah ditetapkan Allah SWT pasti ada hikmah disebaliknya. Contoh paling mudah, berzina sebelum berkahwin perlu disebat 100x. Kini terbukti, hasil kajian menunjukkan AIDS dapat dicegah dari merebak jika tubuh dipukul 100x. Allah itu Maha Mengetahui.
Alhamdulillah,
sekadar berkongsi serba sedikit, supaya kita lebih mengenali hukum hudud.sebab masa sekarang kita selalu dipropagandakan oleh pihak2 tertentu bahawa hukum ini berbentuk penindasan dan melanggar hak asasi manusia,sebaliknya mereka lebih berbangga dengan sisa2 perundangan yang ditinggalkan oleh British...
ituela mereka ini takde ilmu jangan suka hati je cakap, silap hari bulan boleh jatuh akidah..... ishhh memng x suka orng yg tunjuk pndai.. kaji la dulu sblum nk ckp, kata kejam la apa la, taktaw kah hukum sapa yang mereka kutuk..ish ish ish... astagha
(emo plak)
hahaha
Erm,
Itu la,bila ade perbincangan untuk penerapan hukum Islam di Malaysia, mereka bersungguh2 membantah, lebih teruk lagi apabila ianya dibantah oleh orang2 Islam sendiri.Alasannya hukuman berteraskan syariah tidak sesuai dengan zaman dan geo-politik Malaysia berbanding undang2 sekular yang diciplak dari negara asing
Post a Comment