Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Monday, May 17, 2010

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 1-Suatu Permulaan)


Segala pujian tertentu bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, sahabat dan keluarga baginda.

Assalamualaikum,

Sekilas perhatian kita teralih kepada isu yang panas diperkatakan pada waktu ini, berkenaan seorang wanita yang membawa title 'ustazah'. Ini sememangnya perkara yang amat serius dan menyedihkan apabila ia terjadi sedemikian rupa. Tetapi buat masa ini, ana tidak dapat membuat ulasan lanjut kerana ana baru membacanya dari blog Ustaz Nor Amin, jadi masih perlu membuat bacaan dan siasatan dari sumber yang lain juga. Jadi, ditangguhkan dahulu sehingga ana benar2 dapat memberikan ulasan. Cuma di sini ana mengajak sahabat2 berfikir, kenapa warden asrama yang bersubahat dengannya seperti kurang dihebahkan?? Ini adalah kerana title yang dipegang wanita tersebut, title tersebut memberi makna seorang wanita pendukung agama dan di mata masyarakat ianya adalah penghormatan yang amat tinggi. Contohnya ialah pesanan nazir masjid di tempat ana kepada para pegawai dan AJK masjid, supaya menjaga tingkah laku dan peribadi. Beliau membandingkan apabila 2 orang dewasa yang berjalan di pasar malam dengan memakai short, seorang memegang jawatan AJK di masjid manakala seorang lagi tidak, tentulah yang dicemuh dan dikeji paling hebat ialah AJK masjid itu. Sedangkan masyarakat pula seolah-olah menutup mata kepada yang seorang lagi, sedangkan di sini kedua-duanya memakai short.



Apa yang ana mahu bicarakan dalam entry kali ini ialah berkaitan doa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Doa itu senjata bagi orang mukmin." Seharian kita sememangnya sering berdoa kepada Allah SWT, lebih2 lagi selepas mengerjakan solat, tetapi doa kita sering bebas dan tanpa panduan tertentu. Semua bangsa dan penganut agama lain juga berdoa seiring dengan kepercayaan masing-masing, tetapi adakah doa mereka itu sentiasa diterima Allah SWT lantas menjadi suatu masyarakat yang maju menerokai lautan dan angkasa lepas? Sedangkan umat Islam sering dikaitkan dengan kemiskinan, kemelaratan, mangsa bencana serta sering ditimpa kemalangan.

Soalnya sekarang adakah doa kita sudah berkualiti?
Doa itu memberi kebenaran di dalam hati. Allah akan beserta dengan apa yang kita sangkakan dan apa yang kita pohon. Keyakinan diri amat penting di dalam berdoa kerana kita akan sentiasa berusaha ke arahnya (matlamat kita) apabila hati ini sudah mengiakan. Sebagai seorang Islam, kita telah dimuliakan Allah dengan diberikan kitab yang paling hebat dengan di pimpin oleh pimpinan nabi yang terunggul, Nabi Muhammad SAW. Di mana di dalam al-Quran tersebut sudah diberi panduan dan ayat-ayatnya yang pernah digunakan oleh Rasulullah SAW dan Nabi-nabi terdahulu semasa mereka berdoa kehadrat Allah SWT yang Esa. Dengan izin Allah, ayat al-Quran tersebut bolehlah digunakan sebagai penghubung kita kepada Allah SWT.

"...dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam." (al-Nahl, ayat 89)



Al-Quran itu adalah 'Nur' daripada Allah untuk kebaikan manusia yang menjelaskan banyak perkara iaitu menolak kebatilan dan syubhat serta membawa kita kepada hidayah Allah. Seandainya ianya melindungi dan memberi kebaikan kepada kita di dunia, ia memberi syafaat kepada kita di akhirat dan peneman kita di alam barzakh.

"Katakanlah (wahai Muhammad) al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman; (al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan kegelapan yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul dan melihat dengan nyata)." (al_Fussilat, ayat 44)



Kalau Allah SWT kehendaki, tidak mustahil kekuatan doa yang bersumberkan ayat al-Quran ini boleh mengalahkan kekuatan lahiriah. Mudah-mudahan dikurniakan olehNya kepada kita kekuatan untuk beramal dengan segala perintahNya dan dijauhi segala laranganNya dengan mengambil hidayah dan pelajaran daripada al-Quran.

Sekian sahaja dari ana. InsyaAllah sambungannya berkisar tentang Adab-adab di dalam Berdoa pula. Semoga bermanfaat kepada diri ana dan semua sahabat.

Wassalam.



Rujukan; 101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam al-Quran karangan Ustaz Zahazan Mohamed

7 comments:

Anonymous said...

salam.
isu ustazah: malu dan memalukan.
br shj menyambut hr guru..tapi, senario ini memberi gambaran dan amaran kpd pihak usrah dan tarbiyyah memperkuat usaha mentarbiyyah jiwa para guru pelatih sblm mereka terlepas bebas dr tarbiyyah...moga2..ada kesan..minta di permudah urusannya..

na'am.doa itu senjata.kualitinya melihat kpd kesungguhan dan intima' dgn Allah. wallahu'alam.

Keyyah said...

Salam..
isu ttg ustazah mmg panas smlm, tp bg sy manusia semua sama,ttp ada kelemahan..

nnt taib buat lah lagi n3 ttg doa.. sy suka sbb sy budak br blaja..kekadang takut sbnrnya nk blaja ttg agama melalui tenet, mcm2 penipuan ada..

RF4BI said...

dihadapan Allah tidak ada manusia yang sempurna kecuali para Nabi dan Rausl Allah.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam..

MasyaAllah...ujian sungguh!
Dunia sudah akhir zmn & smakin di penghujungnya...

Proses tapisan dan pemilihan sedang brlangsung sdikit demi sdikit tnpa kita sedari.Ssungguhnya pintu taubat masih trbuka.. Ya Allah ampunkn dosa sluruh ummat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Ttuplah sgala keaiban kami,tingkatkan IMAN kami di dunia serta naikkan DARJAT kami di akhirat. Amin.

taib wahid said...

Waalaikumussalam dan amin...

Pada ana,yg salah bukannya pada gelarannya (ustazah),tetapi adalah pada akidah dan perbuatannya.Seperti yg ana perkatakan,rata2 mencemuh wanita tersebut,dan mungkin hanya sedikit mencemuh warden tersebut.Terkilan juga apabila ianya berlaku di kawasan menimba ilmu dan kawasan tumpuan orang.Tiadakah yang menegur andai mereka terlihat sesuatu yang tidak kena??Di sinilah pentingnya amar makruf nahi mungkar,apabila ianya tidak lagi diamalkan nescaya bala akan menimpa.

Benar jika belajar dari internet terdapat risiko yang besar.Seeloknya rujuklah pada guru2 agama sesuatu ilmu yang diambil dan tidak mengamalkannya secara rambang.InsyaAllah akan lebih memahami andai ianya benar dan penangkis andai ianya tidak benar.

Anonymous said...

salam..bila buka blog nie rasa tenang je, dengan font hijau sedap mata membaca entry..better semua font ditukar warna hijau..Banyak ilmu yang saya dapat disini. Thank You For Sharing.

Aidi-Safuan said...

doa berkualiti? hurm.. btol gak tuh. selama nih main baca jer doa tuh tapi tak paham paper langsong.