Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Sunday, May 23, 2010

Bilal Kecil: Doaku Senjataku (Siri 2.1-Adab Berdoa)



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan,

Segala pujian tertentu bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan besar kita, Muhammad SAW, sahabat dan keluarga baginda. Terima kasih diucapkan kepada para pembaca, sahabat dan pelawat yang setia berkunjung walaupun telah lama ana tidak memuat turun nukilan untuk tatapan semua. Semoga Allah merahmati ana dan kita semua dengan limpahan idea dan semangat untuk kita meneruskan jihad di jalanNya menggunakan sebuah keyboard dan sedikit ilmu pinjamanNya.



Untuk kali ini,seperti yang ana janjikan pada entry yang lepas, untuk membuat sambungan kepada perkongsian kita dalam bab doa. InsyaAllah akan dibawakan pada entry kali ini tentang Adab-Adab Dalam Berdoa seperti yang terkandung dalam buku 101 Doa Para Nabi&Rasul Dalam Al-Quran, Khasiat dan Kaifiat Beramal karangan Ustaz Hj. Zahazan Mohamed.



Antara adab berdoa yang perlu dijaga untuk mendapat doa yang makbul ialah:

Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah.

Memulakan dengan pujian kepada Allah dan diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sekurang-kurangnya pujian kepada Allah dan selawat adalah Alhamdulillah dan wassalatu ala Rasulillah.

Menutup doa dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW juga. Imam al-Nawawi berkata bahawa para ulama telah berpakat (ijma') bahawa sunat doa itu dimulai dengan kalimah memuji Allah SWT, diikuti mengucapkan selawat Nabi SAW. Demikian juga penutup doa, diakhiri dengan pujian dan selawat.

Bersubgguh-sungguh ketika berdoa, menghadirkan hati dan meyakinkan diri bahawa Allah akan memakbulkannya.

Berdoa dengan khusyuk, tadharru' (rendah diri) dan disertai perasaan rabbah (takut) dan raghbat (pengharapan diterima).

Berdoa dengan penuh pengharapan dan mengangkat kedua-dua belah tangan. Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu sangat pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hambaNya yang mengangkat tangannya berdoa tetapi tak dimakbulkan permintaannya itu." (HR Abu Dawud dan al-Tirmizi. Ibn Hajar mengatakan sanadnya adalah jayyid, Sahih al-Tirmizi)

Berdoa dengan sabar menanti dimakbulkan Allah. Sikap terburu-buru mengakibatkan doa ditolak. Dalilnya ialah: "Dimakbulkan doa seseorang daripada kalian selama dia tidak terburu-buru. Dia berkata: "Aku sudah berdoa tapi Allah tidak memakbulkannya." (HR Bukhari dan Muslim)

Sentiasa berdoa dalam apa jua situasi sama ada ketika senang atau susah. Perkara ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya' ayat 60 yang bermaksud: "Dan apanila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain daripada Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah)."

Sekian sahaja untuk tatapan sahabat-sahabat untuk kali ini. Sambungan untuk adab-adab berdoa ini akan di poskan pada entry2 akan datang, InsyaAllah masih ada 2 lagi entry yang akan dipos mengenai adab-adab berdoa ini. Semoga semua sama mendapat manfaat darinya. Jazakallah khair.

Wassalam.


4 comments:

M a W a D D a H said...

nice entry... :) suka baca..

Nurul said...

terima kasih.. :) ye berdoa harus bersungguh. Percaya dan yakin akan pertolongan-NYA.


buat linkwithin dengan post berkaitan beserta thumbnailnya di sini

MPKB 90/93 said...

salam, entri yg sangat baik, suka saya membacanya...doa senjata umat Islam..

taib wahid said...

Terima Kasih atas kesudian membaca,

InsyaAllah sambungannya akan dikeluarkan nanti.