Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Tuesday, May 25, 2010

Ceritalah Buku: Beginilah al-Quran Mengajar Kami



"Itulah kitab (al-Quran) hal keadaan tiada ragu dan syak padanya, sebagai petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa." (Surah al-Baqarah:2)

Assalamualaikum,

Untuk sesi Ceritalah Buku pada kali ini, ana mengutarakan sebuah buku yang insyaAllah bagus dan berguna sebagai bacaan dan panduan pembaca. Bukunya bertajuk Beginilah al-Quran Mengajar Kami hasil tulisan Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir dan Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin. Buku ini diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd dan cetakan pertamanya ialah pada September 2008. Mari kita ikuti apakah cerita di dalamnya pula.

Baca al-Quran ialah membaca hanya dengan lidah. Ayat-ayat al-Quran disebut mengikut hukum tajwid dan dilagukan mengikut kaedah-kaedah taranum. Maka akan terserlah keindahan dan ketinggian nilai seni ayat-ayat al-Quran itu. Pembacanya akan terhibur, beroleh ketenangan jiwa dan kepuasan yang tersendiri di samping memperolehi ganjaran pahala serta fadilat surah-surah tertentu. Manakala Tadabbur al-Quran pula ialah membaca dengan lidah, akal dan hati. Lidah memastikan bacaan dengan tartil, akal mengambil pemahaman makna (yang tersurat dan tersirat) dan hati mengambil pengajaran untuk dijadikan panduan. Maka akan terserlah al-Quran sebagai kitab hidayah dan mukjizat yang sarat dengan khazanah-khazanah yang tidak ternilai harganya. Inilah asas para ulama dan ilmuwan pada zaman keagungan Islam membangun suatu tamadun lahiriah dan rohaniah yang tiada tolak bandingnya. Beginilah al-Quran Mengajar Kami mengajar anda prinsip-prinsip asas tentang tadabbur al-Quran.



Melalui tulisan ini, pembaca insyaAllah dapat menerobos kepentingan tentang bahagian mana yang perlu di beri fokus yang utama. Seperti yang dicontohkan oleh penulis, tentang kisah Luqman al-Hakim dalam surah Luqman ialah kisah yang baik untuk ditadabbur. Kerana ianya mengandungi wasiat yang amat bermakna dan berguna dalam pendidikan anak-anak. Namun ada peminat tafsir lebih menumpukan kepada aspek teori dan fakta berkaitan Luqman dan anaknya. Siapakah Luqman? Adakah beliau nabi, rasul, wali atau orang soleh sahaja. Apakah bangsa Luqman? Bangsa Arabkah beliau? Bagaimana bentuk fizikalnya dan handsomekah beliau? Akhirnya fokus utama yang di ajar al-Quran hilang. Penulis menyatakan bahawa tidak salah untuk mengetahui apa kata ulama tentang Luqman tetapi biarlah ada batasnya.



Buku ini mengandungi 3 Bab yang utama dengan Bab 1 berkisar tentang pengenalan berkenaan Tadabbur al-Quran. Diceritakan di sini tentang makna tadabbur, kaedah baik dalam tafsir al-Quran dan Beradab dengan al-Quran. Pada Bab 2 pula adalah berkaitan dengan Prinsip-Prinsip Umum Tadabbur al-Quran. Ianya berkisar tentang kaedah-kaedah tafsir, kepelbagaian tafsir dan banyak lagi berkaitan kaedah-kaedah yang digunakan dalam menafsir al-Quran. Manakala Bab 3 iaitu bab terakhir pula berkaitan Prinsip-Prinsip Bahasa Tadabbur al-Quran. Terkandung di dalamnya tentang maksud sesuatu lafaz, konsep hazaf, konsep past tense, dan jamak dan mufrad.

Sekian sahaja dari ana, semoga pengenalannya memberi sedikit ilmu kepada semua.

Wassalam.

"Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya bersama-sama para malaikat. Yang membaca al-Quran dan mengulang-ngulang dan al-Quran amat payah ke atasnya untuk membuang maka baginya dua pahala." (HR al-Bukhari)

Berminat memiliki buku ini, boleh ditempah di kedai on-line ana di www.stormreaders.net/MdTaib

5 comments:

Aidi-Safuan said...

tadabbur tuh ape?

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam..

Al-Quran adalah prkataan Pemerintah Sluruh Alam, firma Raja bg seluruh raja2, undang2 Raja Yg Maha Brkuasa dan Gagah yg tidak boleh ditandingi, malah tidak mgkin dpt ditandingi oleh sbsr2 raja skalipun. Al-Quran adalah prkataan Kekasih dan juga Pemerintah,maka perlu bg kita mmelihara dan mengambil kira adab2 spt yg cik Taib telah tuliskan td.

Apabila Hazrat Ikrimah R.Anhu mmbuka mushaf Al-Quran utk mmbaca, beliau jatuh lalu pengsan.Sebaik shj beliau sedar beliau akan menyebutkan: Haazaa kalaamu robbi, haazaa kalaamu robbi... (ini prkataan Tuhanku,ini perkataan Tuhanku). Begitu skali keadaan shbt apbila Al-Quran brada di dpn mata mereka krana mreka tahu nilai yg amat bsr yg ada pd stiap kalam Allah itu. Dan bagaimana dgn kita pula hri ini? Smoga ada usaha mmprbaiki kkurangan2 kita,insyaAllah.

Wallahu alam..

taib wahid said...

Salam...

Terima kasih atas komen sahabat. Benar kata cik Alia, al-Quran ialah sebesar-besar mukjizat Rasulullah yang kekal sehingga ke hari ini dan kekal terpelihara.

Kepada Aidi-Safuan, Tadabbur maknanya sepintas lalu iaitu pemerhatian dan pemikiran terhadap sesuatu perkara dengan baik. Oleh itu al-Quran bukan sahaja dibaca, tetapi mestilah di kaji yang tersurat dan tersirat, dan tadabbur ini membawa kita mengambil pengajaran baik untuk dijadikan panduan.

Wallahu alam..

Mesintaip: said...

Perkongsian ilmu yang bagus. Dah beli juga buku ni tahun lepas, tapi belum khatam lagi sebab di asak oleh buku-buku baru yang dibeli setiap bulan. Saya memang macam tu, suka beli buku, tapi nak khatamnya lambat sebab saya kena faham betul-betul apa yang dicatat dan dimaksudkan oleh penulisnya.

Ustaz Azrai said...

baru setengah jam lepas sya mjual buku ni.. :)