Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Saturday, May 8, 2010

Hadiah Untuk Sahabat Duniaku Duniamu Jua...


Assalamualaikum di ucapkan kepada semua sahabat,

InsyaAllah pada entry kali ini ana akan bercerita tentang hadiah yang sudah ana suarakan pada entry yang bertajuk Siapalah ana Tanpa RahmatNya pada akhir April yang lepas. Di mana di situ ana ada menyuarakan untuk memberi hadiah yang kepada para sahabat ana setelah angka 'followers' ana mencecah melebihi angka 100. Alhamdulillah kerana apabila entry ini di tulis (8 Mei 2010,4:01am), angka itu telah pon sampai ke angka 118. Maaf di atas kelewatan ana membuat pengunguman ini kerana beberapa hari ini dirasakan masa ana sungguh sibuk sehinggakan trafik ke sini juga menurun dengan jayanya, tak mengapalah kerana itu semua dugaan dariNya dalam menguji kita sebagai makhluk ciptaanNya...sekali lagi Alhamdulillah.

Baiklah tanpa membuang masa, mari kita lihat2 apakah hadiah yang telah ana sediakan. Sebagai pemberitahuan di sini ialah ana menyediakan 4 cenderamata kepada 4 orang yang bertuah sahaja. Juga di sini terdapat beberapa syarat yang mudah kepada sesiapa yang berminat. Syarat itu ada dinyatakan pada akhir entry ini. Koleksi cenderamatanya ialah 1 buah Majalah Solusi Isu 18-Di sebalik Iqra', 1 buah buku Doa & Zikir Harian-Hadiah Buat Diriku Yang Sering Lupa, dan 2 buah buku Zikir Pagi Petang & Selepas Solat.

Pemberian cenderamata nnt adalah mengikut budi bicara ana berdasarkan 4 komen yang terbaik dan yang ana rasakan layak menerimanya. Diharapkan semua dapat menerima keputusan yang ana buat nnt. Ok, sekarang mari kita lihat syarat2 yang perlu di patuhi.
  1. Alamat anda di Malaysia (xlarat nak pos jauh2)
  2. Followers kepada blog ini
  3. Tinggalkan komen pada entry ini tentang kenapa anda berminat memiliki cenderamata tersebut.
Terbuka selama 3 hari (tempoh bergantung kepada penyertaan)

Sekian sahaja untuk kali ini, semoga sumbangan ini mendapat sambutan dari para sahabat.

Wassalam.

10 comments:

Seri Bahasa said...

siapa yang tak mahu hadiah, tak kira apa sekali pun bentuknya. di alam maya ini persahabatan yang tak mengenal fisikal pemberian ibarat pengganti diri untuk berkenal dan mengeratkan silaturrahim. semoga ramai bloger menyertainya bukan kerana hanya hadiah tapi semangat bloger itu harus di pupuk.

orang memberi kita merasa,
orang berbudi kita berbahasa.

taib wahid said...

Alhamdulillah sudah ada orang yang sudi.Bagus sekali komen dari cik seri,siap berpantun-pantun lagi=)

Jangan kekok untuk mencuba,
InsyaAllah cenderamata ini mampu membantu kita dunia dan akhirat.

Unknown said...

semua org nakkan hadiah...bukan nya senang nak dapat tetiba kan....jadi...mana la tau kot2 rezeki kita lak....

Haffiz Al-Banna said...

kehidupan di overseas memang penuh dengan cabaran dan dugaan. sesungguhnya kalau ana beroleh cernderahati ini, anda pata mengingatkan diri ana selalu bahawa ada yang lagi besar daripada pelajaran ana yakni Allah..ana tak kisah kalau tak beroleh tetapi harap anta adili dengan saksama..jazakallah khair..wassalam..

Cik Bayan said...

err...cik bayan tak pandai nak komen yg best2..tp kalau terpilih dapat buku doa & zikir tuh..ALHAMDULILLAH tuh laa adiah dari seorang insan kepada cik bayan yg selalu lupe....=')

taib wahid said...

Alhamdulillah,bertambah lagi komennya=)

InsyaAllah ana akan buat sehabis baik dalam memenuhi janji ana. Semoga Allah membantu ana, amin.

Anonymous said...

salam dari si fakir hina.
wah, hadiah? untuk ana?
pemurah betul sahabat ana nih.

cuma pesan buat sahabat;

saat dirimu rasa jauh dari Tuhan, ketahuilah itu ujian.
kerna Tuhanmu dekat.
dekat dari urat nadimu sendiri.

saat dirimu rasa hilang arah,
ketahuilah dirimu sentiasa di arah.
cuma kamu tak mengikut arah.
maka arah di beri disia-sia.

saat dirimu rasa hampa merana,
ketahuilah darjatmu meningkat disisinya.
cuma kamu kurang sedar akan
hikmahnya.
maka kamu kerap kecewa dengan janjinya.

saat dirimu rasa kecewa akan manusia,
ketahuilah itu tanda masih ada cinta hakiki untuk kamu disana.
cuma kamu tak menyedari akan hadirNya.
maka kamu terus merana dan meratapinya.

saat dirimu duka nestapa.
pandanglah ke langit.
akan sedar.
bahawa Allah bersamamu.

dugaan itu tanda cinta Tuhan buat si Insan. syukur pada DIA.

*cuma tinta hati buat sahabat*

ManKete said...

Salam .. Semoga dapat menefaat dr amalan yg di lakukan... Selamat beramal untuk semua...

Loyar Lawa said...

oooo yeahhhhh u la la la...tahniah kepada pemenang2...muahhahaa.. (saje nyemak)

taib wahid said...

Alhamdulillah,

Siap sudah tarikh tutupnya, semoga sumuanya berpuas hati nanti. InsyaAllah akan diumumkan esok andai berkesempatan. Terima kasih juga kepada cik loyar yang sudi 'menyemak'. Jazakallah khair.