Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Wednesday, May 26, 2010

Info: Salam Kepada Bukan Islam



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada ruangan info ini, ana ingin berkongsi artikel yang ana baca dari Harakahdaily.net hasil tulisan M Jusoff Taib dalam ruangan Rencana yang bertajuk Salam Kepada Bukan Islam. Selalunya kita kadang-kadang keliru apakah berkaitan hukum memberi salam kepada bukan Islam, adakah di bolehkan atau tidak? Bagaimana pula seandainya mereka memberi ucapan salam kepada kita? Oleh itu, mari kita ikuti artikel yang ana petik dari Harakahdaily.net ini.

DI TENGAH kalut kalangan umat Islam yang menonjolkan perjuangan Islam di sebalik isu ‘nama Allah’, yang pada saya ramai yang masih mengenepi kedaulatan Allah dari hati nurani, Tok Guru Nik Aziz memunculkan isu ‘boleh beri salam kepada bukan Islam.’

Secara moralnya, bagi saya Muslim wajib memberi salam (jaminan kesejahteraan) kepada bukan Islam, iaitu secara sikap moral dan tertanam dalam batin atau hati nurani. Malah itu berupa sikap akidah, yang tidak boleh dicuaikan jika kita benar-benar seorang Muslim – yang menyerah diri kita kepada konsep hidup Islam demi Allah.

Salam secara maknawi adalah menjamin kesejahteraan, keselamatan dan pembelaan terhadap sesama Islam mahu pun sesama manusia yang tidak bermusuhan, malah sedia bermuafakat dan membantu kita dalam menyempurnakan masyarakat berkerukunan dan saling membantu.

Jadi falsafah ucapan salam ialah menyedarkan kontrak sosial, terutamanya sesama umat Islam. Misalnya moral memberi salam menurut Nabi saw, Muslim yang berkenderaan patut dan utama memberi salam terlebih dahulu kepada yang berjalan kaki. Maknanya yang elit lebih layak menjamin keselamatan sesama yang lebih daif dan berkurangan. Bukan sebaliknya.




Dalam fekah, umat Islam dikehendaki menjamin keselamatan orang bukan Islam yang sewarga negara dengan kita. Agama, maruah, harta mereka wajib dipastikan selamat dari pencerobohan orang Islam. Malah dibenarkan menentang seperti menentang kafir harbi kepada Muslim yang melakukan kejahatan dan kezaliman kepada mereka yang telah menerima hidup berkerukunan dengan kita.

Kenapakah sedemikian ? Kerana agama Islam yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad saw melalui wahyu Al-Quran, bukanlah agama eksklusif seperti slogan “Islam milik orang Melayu”. Slogan begini menjadikan seseorang Muslim itu memaling agama suci anutan mereka menjadi agama eksklusif seperti Judaisme – agama Yahudi.

Ketika kita bersolat, kita membaca surah Al-Fatihah. Di hujung surah itu ayatnya ialah “ Ghairi al-maghdhuubi ’alaihim wala adh-dhaalliiin”. Ayat ini ditafsir oleh Nabi Muhammad saw sendiri. “ Al-Maghdhu” sebagai “ Al-Yahud” – Yahudi. “Wala adh-dhaallinn” sebagai “ An-Nashara”. Jadi melalui Al-Fatihah setiap solat kita, telah ditentukan Allah supaya kita tidak meng-eksklusif-kan agama kita bagai Yahudi, dan tidak pula tersesat ke dalam emosi apabila beragama Islam. Kita wajib tunduk kepada pengertian dan fahaman berdasarkan ilmu.

Dan apabila disebut ilmu, ada dua ilmu penentu kesucian, kemuliaan dan kesahihan agama kita, iaitu Al-Quran dan Sunnah yang berdasarkan sumber yang sahih segi sanad dan matannya. Hujah ini sahajalah merupakan kesucian agama.

Apabila disebut ulama khilaf dalam satu-satu hal, ia menunjukkan ketiadaan dalil kuat yang mendokong satu-satu pandangan itu secara muktamad. Maka di sini kita harus menggunakan akal yang mendalam, murni dan waras dengan keadaan semasa untuk membuat pilihan demi kebaikan agama kita. Malah dengan tujuan demi Allah, bukan demi nafsu dan prasangka emosional kita.



Berbalik kepada pandangan Tok Guru Nik Aziz tentang salam kepada bukan Islam, beliau dipetik oleh tabloid Siasah sebagai berkata: “Ada orang pernah tanya bolehkah orang Islam beri salam bila jumpa orang Cina atau India (bukan Islam). Setengah ulama kata boleh, setengah ulama pula kata tak boleh.”

“Jadi bagi ambo (saya), boleh. Sebab ia perkara khilaf. Bila ia cuma satu khilaf kenapa kita masih nak ambil yang tak boleh. Mana baik kita beri salam dengan tak beri salam.”

“Tambah-tambah dunia sekarang dunia orang tengah balah (bertelagah), kita beri salam maknanya selamat untuk kamu. Di mana tak baiknya beri salam.”

Dari kenyataan yang dipetik sebagai kenyataan Tok Guru di atas, satu kesimpulan kaedah fiqh dakwah Islamiyah telah diberi oleh Tok Guru.

(1) Dalam permasalahan khilaf, pemilihan yang tepat harus dilakukan,
(2) Pemiliohan itu harus berdasarkan maslahat dan hikmah demi Allah dan agama-Nya.
(3) Mendalami kehendak semasa dan mencitrakan Islam sebagai kemuliaan dari Allah melalui mengamalan ke dalam budaya umat.

Dalam hal salam ini, jika kita merujukkan kepada Bustanul Arifin yang dikarang oleh Syekh Nashr bin Muhammad As-Samarqandi, kita dapati beliau menyebut tentang adanya khilaf.

Berkata Syekh Syeikh Nashr : “Para ulama berselisih (khilaf) mengenai memberi salam kepada ahli zimmah. Sebahagian mereka memperbolehkannya. Dan sebahagian lain melarangnya. Akan tetapi bila mereka memberi salam, kita boleh membalasnya dengan jawapan. Pendapat inilah yang kami anut.”

Menurut Syeklh Nashr, pihak yang membolehkan memberi salam kepada Ahli Zimmah berdasarkan pendapat Abdullah bin Mas’ud r.a. Sementara yang tidak membolehkannya pula, mengambil hujah dari Abdullah bin ‘Umar.



Untuk memberikan makna yang mendalam tentang hikmah agama Allah tentang memberi salam kepada bukan Islam ini yang dinyatakan oleh Tok Guru Nik Aziz itu, elok rasanya kita membuka Al-Quran dalam keadaan yang tenang, dan menghadap hati kepada Allah, lalu merenung ayat 84 hingga ayat 87 Surah An-Nisaa’.

Mudah-mudahan dicurahi hikmah ke dalam hati nurani kita. WaLahu a’lam bish-showaab !

(M Jusoff Taib,Salam Kepada Bukan Islam)

Sekian sahaja, semoga dapat difikirkan bersama.

Wassalam.

8 comments:

Loyar Lawa said...

kawan sye india dia suka bagi salam.. dn dy suka jawab salam. dn dy penah gak mengucap tapi kemudian dy dh tak ngucap sb mana leh wat maen... huhu

Mesintaip: said...

Dalam perkara yang khilaf, bermakna kita mempunyai pilihan. Kita boleh pilih pilihan yang sesuai dengan situasi yang kita hadapi. Benar kata TGNA, dalam dunia yang tengah berbalah ni, kenapa tidak kita pilih pilihan yang boleh membawa kebaikan dalam menghapuskan persepsi buruk non-muslim terhadap Islam. Bukankah salam juga merupakan salah satu konsep dakwah yang paling mudah dipraktikan bukan sahaja untuk orang Islam, tetapi juga kepada non-muslim. Dakwah Islam ialah mengajak sebanyak mungkin orang untuk memeluk Islam dan faham Islam.
Wallahualam.

penjejak maya said...

salam ziarah ke sini..

Mia Liana said...

Jenguk2 Pagi sabtu.... smile smile smile.... Jom sertai kuiz mia.
http://mialianas.blogspot.com

Anonymous said...

kawan cina kat plkn dlu selalu juga bg salam..
terima kasih ats perkongsian~

Seri Bahasa said...

soal salam ni susah sikit sebab ada mahzab atau ulama yang berpandangan berbeza. kita tak pernah dengar agama lain menyebut as'salamulaikum kepada sesama mereka melainkan mereka-mereka yang berugama islam.

soal agama kita tak boleh terlalu liberal. lihatlah apa yang terjadi kat malaysia sekarang. judi pon di halalkan oleh para pemimpin islam. dengar kabar peguam syarie pon ada yang bukan berugama islam.

tak tahu 10-20 tahun akan datang kalau mereka yang bukan berugama islam yang lebih perpengetahuan tentang agama islam akan dilantik pulak menjadi kepala agama. harap2 perkara ini tak akan terjadi.

istilah salam juga bukan perkara pokok yang dapat membantu melestarikan 1malaysia. itu terpulang dari pemikiran rakyat itu sendiri. demi kemakmuran sesuatu negara, rakyat haruslah bersatu tak kira bangsa atau agama yang mereka anuti.

taib wahid said...

Terima kasih atas komen dan perkongsiannya, semoga ia dapat banyak membantu.

Salam ini boleh merapatkan ukhwah dan membina persahabatan bukan sahaja antara muslim, malah dengan non-muslim. Isu ini mestilah di nilai dari sudut positif dan negatif dan bersesuaian dengan situasi.

Sebaiknya kita memperkukuhkan diri kita dengan memberi salam bila berjumpa saudara seIslam sebelum kita beralih kepada yg non muslim pula. Itu juga adalah dakwah secara halus kepada mereka.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam..

Dri Abu Darda' r.anhu, Rasululah Sallallahu Alaihi Wasallam brsbda: Sebarknlah salam spya kduduknmu tinggi. (H.R.Tibroni)

Wallahu alam.