Assalamualaikum,
Selamat sejahtera di ucapkan kepada para sahabat. Pada edisi santai kali ini, ana ingin mengulas tentang blog sahabat baik ana iaitu
Mr Padin, bukannya berkenaan tuannya, tetapi berkenaan blognya. So, sape2 nak kenal die secara lecih terang, sila contact dia sendiri ya, tidak layak untuk ana bercerita tentangnya kecuali tuan empunya badan sendiri.
Apa sebabnya ana tiba2 menulis entry berkenaan blog Padin nih?? Ini adalah kerana ana ingin blog ana disenaraikan dalam ruangan
HOT di blog Padin nih. Ini adalah salah satu bentuk promotion yang bagus kerana apabila pengunjung ke blognya, secara automatik mereka akan melihat header blog kita di situ. Tapi sekiranya ingin disenaraikan dalam ruangan tersebut, perlu mematuhi syarat seperti memperkenalkan Padin kepada khalayak ramai.
Apa yang perlu diperkenalkan sedangkan dia sudah pun tersedia terkenal di dunia blogger ini. Oklah mari kita menyingkap kisah silam antara ana dan dia. Sewaktu menuntut di KMPP dahulu, ana sudah bertemu dengannya, siap satu kuliah lagi. Tapi kami tak pernah bertegur sapa, walaupun kami juga pernah bermain futsal bersama-sama. Mungkin pada masa itu belum ditentukan Allah untuk kami berkenalan. Dijadikan cerita, sewaktu pendaftaran Universiti Teknologi Malaysia pada hari pertama, sewaktu ingin memasuki bilik, ana bertembung dengannya lagi. Waktu tu baru la kami bertegur sapa. Rupa-rupanya dia ni amek course yang sama dengan ana dan tinggal bersebelahan dengan blog ana. Jadi start daripada itu kami menjadi rapat.
Hasil dari perkenalan itu maka kami menubuhkan pasukan futsal yang terdiri dari classmate kami sendiri. Team itu menggunakan pelbagai nama sehinggalah nama yang offical di pilih iaitu The Reborn. Walaupun bilangan kami sedikit pada masa itu, tapi rata-rata budak lelaki kelas kami semuanya pandai bermain bola dan memiliki bakat tersendiri. Dengan Padin sebagai striker utama nama The Reborn terus mengukir nama di Kolej Tun Dr Ismail dan UTM sendiri. Kiranya percapaian yang dicapai adalah boleh dibanggakan sepanjang team tersebut ditubuhkan walaupun kami jarang bergelar Johan kerana sering kalah pada perlawanan akhir.
Selepas masing-masing menamatkan pengajian di UTM, kami membawa haluan masing-masing dengan Padin sudah pun bergelar seorang pendidik. Tapi hubungan persahabatan tetap diteruskan walaupon telah berjauhan. Semoga ianya kekal dan tidak akan goyah dengan izin dariNya.
Wassalam.
5 comments:
oooo...taib wahid kawan padin dan padin kawan taib wahid...hehehe
salam, bagus jugak idea tu....
hahaha.. HOT taib, hehe
Erm,
Pandai sungguh cik Mawaddah ni buat kesimpulan rupanya. Hehe, ana tersenarai dalam HOT akhirnya =)
oooooo kawan rupenye....huhuhu
Post a Comment